Dalam kol 6 gerak ke Hotel De Palma kat Ampang. Tak penah pegi pun.. gamble je sb rasa mcm hotel ni kat tepi MRR2 je. Aku antara yang sampai awal..makanan dia banyak la jugak tp orang sangat ramai!! Dewan makan je ada 2, then ada function bukak puasa ngan anak yatim rasanya. Makanan, buka posa kat sini hanyala sampingan, yang best sb dapat jumpa kawan2. Yang datang geng2 biasa la, and Ira & Ana pun ada. Tak reti dah nak cerita apa, tengok gambar je la yek..
Balik berbuka, sampai rumah dalam kol 10.. then masak nasi untuk sahur esok. Tetiba en suami cakap.. ada kawan dia nak datang tumpang tido kat rumah. Satu family, kawan dia, wife n baby. Seb baik memang dah ada bilik utk tetamu, hanya remove penutup katil je, siap dah suma cadar n bantal. Then, baru teringat.. alamak, sahur! Nak jamu apa nieh. Aku kalu ngan en suami, berdua, suma main ala kadar je. En suami pun kekadang kalu weekend lagi la, setakat sahur air ovaltine je. Seb baik ada tapau banyak rendang masa buka posa TW aritu, so aku just tambah lauk ayam masak kicap je. En suami kuar pi beli sayur yang dah siap masak. Untuk pertama kali, kol 4 pagi aku bangun, masak ayam masak kicap! Dah penat sangat nak masak malam sblmnya tu. Air pun, segala jenis air yang ada dalam peti sejuk aku kuarkan.. senang diorg nak pilih. Hehehe....
Hari ahad.. lepas diorg kuar, aku pun kuar pi rumah mak, buat kuih lagi 2 jenis. Mcm semalamnya, sampai je aku, dah siap mak buat sejenis, so kitorg buat lagi satu jenis. Tak berapa menjadi sangat kuih ni dari segi rupa, tp dari segi rasa (aku makan bila berbuka la...) memang sedap. Takpe, makan untuk diri sendiri, bukan untuk dihidang. Malamnya pulak, lepas berbuka, pegi OU cari baju raya untuk aku. Memang lebih kurang 6 minggu je lagi pun sebelum date dijangka bersalin, tp aku sendiri pun memang dah tak de baju. Baju mengandung yang ada, suma dah wat pakai pi keje hari2.. terpaksa la beli jugak. Tapi aku rasa, boleh je kalu nak pakai nanti lepas bersalin pun. Kalu nak simpan untuk next baby, lambat sangat rasanya..
So.. itula ceritaku di minggu terakhir ramadhan, baju raya dah ada, bukak posa ngan geng skolah pun sudah.. kuih raya dah buat jugak.. cuma plan nak wat kek kukus coklat je tak menjadi. Nanti la bila balik raya, buat. Lagipun kek kukus bekalan MIL pun banyak..
Yey.. next week dah nak raya...
No comments:
Post a Comment