Hihihihihihihihihihi... (x citer lagi dah gelak..)
Kelakar citer ni. Kalu b4 ni, betapa best pun citer melayu tu, konfem aku tak pi tgk. Tp agaknya kerap sangat kot tunjuk the making of.. citer ni kat tv, n buat aku teruja plak nak tengok. Aku ni dahla tak suka sangat tengok citer hantu. Rasanya masa kat um dulu, selalu gak tengok wayang citer hantu ngan Kausar. Sampaila tengok citer Tales of Two Sister, yang tak paham langsung citer dia and buatkan aku sakit kepala bila kuar panggung, terus tak tengok dah any citer hantu. Even ni citer kelakar, tp hantunya (selain dari hantu kelakar 3 ekor tu..) yang sekali sekala kuar, mengejutkan jugak.
Wayang penuh, tp ramai budak2 n family. Mungkin cuti skolah jugak kot. Tengah tengok dlm 20 minit lepas start, tetiba ada org tegur aku. Rupanya aku dok kat seat dia! Kelam kabut cari tiket balik. Seat aku kat satu row belakang! Hehehe.. tp kitorg tak bangun pun, suruh je couple tu dok kat seat kitorg. Seb baik memang seat paling tepi. Tp memang enjoy la tengok citer ni. Ada sorang minah dlm wayang tu, asyik gelak je.. masa tak lawak pun dia gelak jugak. Sampai kitorg pun jadi konfius, apala yang dia gelakkan. Ada sorang minah lain pulak, jadi tukang cerita. Ala, setakat tengok preview kat tv, aku pun tengok. Sibuk citer kat org sebelah dia agaknya. Kuat plak tu. Hampeh je.. Seb baik mula2 je dia sibuk citer, pastu dah diam. Ada orang sound dia kot.
So.. sesapa yang tertekan, bleh la tengok citer ni. Konfem puas korang gelak! =)
No comments:
Post a Comment