Tuesday, June 2, 2009

Balik kampung ke SP

Memang seronok balik kampung. Ni first time aku n en suami balik kampung aku kat Sg Petani. Kebetulan ada wedding sepupu mak, so sambil pi kenduri, bleh la jumpa sedara2 yang ada. Kitorg gerak balik ke SP around 10.30pm dari kl, sb attend wedding kawan en suami dulu kat Dewan Perdana Felda. First time pi kenduri kat dewan tp tak tahan, lambat sangat nak tunggu boleh makan. Kitorg datang kol 8, dalam kol 9 baru pengantin sampai. Tepung tawar la, tarian la, silat la.. so around 9.30 baru makan. Lapar giler.... seb baikla ada dia letak kerepek kat meja tu. Dapatla mengalas perut, tp tu pun, sblm pengantin sampai lagi dah abis satu bekas kerepek. Jemputannya ramai, tp kat area kitorg duduk tu tak ramai sangat. Meja kitorg yg suppose utk 10 org, kitorang dok berdua je. Yum..yum.. memang sedapla melantak. Tp baru nak stat makan, dalam satu group dlm 4 org baru sampai join kitorg. Terus kitorg tetiba jadi sopan n diam je masa makan tu. Sedap makanan dia, tp perut pun dah masuk angin, makan pun tak banyak sangat. Elok lepas makan je, terus kitorg cabut. Keluar pun ikut pintu ke toilet. Menyusup keluar. Tak larat dah nak tunggu, lagipun nak drive balik ke SP lagi. Aritu, kitorg sampai SP dlm kol 3 pagi. Tak bawak laju sangat pun sb kereta banyak jugak (tp tak jem lah) and ada la dalam 4 eksiden bila masuk Pulau Pinang. Seb baik eksiden yang libatkan keta je.. tak nampak la org dalam kesakitan.
Esoknya.. memang sedapla kitorg tido. Bila bangun, siap2 pegi kenduri. Ramai jugakla jumpa sedara mara. Tapi aku takla tegur. Yang mana mak ngan mak tok salam, aku pun ikut jugak salam. Lama gak melepak kat sini, n tak sangka mak jumpa kawan lama dia kat Terengganu dulu. Makcik ni dok umah tepi laut, n aku ingat masa kecik2 selalu pi mandi laut kat rumah dia. Mak makcik ni kawan mak tok. Hehehe.. memang berkait2.. Ni pokok durian yang sangat rendah, rasa boleh petik je buah durian. Letaknya kat halaman rumah kenduri je. Lepas pi kenduri, pi rumah maktih kat Laguna Merbuk. Ni first time datang rumah maktih. Lepak2 je.. Malamnya plak.. pi makan Mi Rebus Sg Dua!! Tapi bukan di Sg Dua, kat area jam besar kat SP je. Tp mi rebusnya tetap best. Tempoh menunggu je lama skit, tp biasala.. memang ramai org pun masa tu. Lupa nak amik gambar. Dah lapar sangat n asyik mendengar makteh citer pasal nak murid dia yang kena rasuk pastu jadi bomoh menolong budak2 lain yang kena rasuk.
Ahad.. konon nak pi Pasar Minggu.. nak cari kuih peneram. Tp sebab bangun pun dah lambat, panas dah. Hehehe.. tp yang best, breakfast nasi lemak mak tok!! Yum..yum.. ni memang faveret aku. Special request mintak maktok buatkan nasi lemak.
NASI LEMAK MAK TOK
Lunch plak kat rumah mak tih. Sempat singgah beli Susu Segar dari Jabatan Haiwan. Walaupun yang tinggal hanyala perisa jagung.. aku tetap borong banyak sb aku n en suami sangat suka ngan susu segar nieh.Mak tih masak lauk ketam goreng, ketam masak lemak, kari ikan n sambal belacan kuinin. Pergghhhh.. memang makan banyak tak ingat punyalah. Makteh senang dapat ketam, n murah pulak tu. Ketam suma besar2. B4 pi umah maktih, ingat dah nak amik gambo, tp bila dah nampak makanan.. terus tak ingat dah. Yang pastinya.. sedap...
Dah kenyang, balik rumah, siap2.. dalam kol 8 baru gerak balik KL. Tapi, sblm balik, maktok sempat buatkan cekodok. Maktok satu2 nya org yang mana cekodoknya bulat yang betul2 bulat. Bukan sebab letak serbuk penaik ya. Ni kena ada teknik menggoreng yang betul, baru jadi bulat. Plan nak gerak lewat petang tapi alang2 dah lambat, lepas maghrib baru gerak. Tp ni bukan idea yang baik sb en suami tak biasa jalan2 ke kedah ni. Dia merasakan perjalanan yang sangat jauh n penat. Aku relex je.. ye la, namapun kampung aku kan. Kitorg sampai KL kol 1 pagi. Even selalu jugak sampai KL around this time kalu balik dari BP, tp sb sp lebih jauh, terasala penatnya. Takpe la, next time kita gerak balik awal skit ye.

Pagi isnin... malasnya nak pegi keje!!! Kol 10 baru masuk opis.. =P

** ENTRI NI KHUSUS BUAT CIK, HANISAH N DILAH.. MMG SENGAJA NAK JELESKAN KORANG..

5 comments:

Anonymous said...

Mirah mana gambar pengantin Marlinda dan pasangan?

-Cik

mira edora said...

hahaha.. ala, tak amikla pulak gambo pengantin. tak ingat langsung.. sapa pun tak amik gambo diorg..

Adilah said...

ek eleh...xpe2..nnti maktok dtg akhir thn ni suh maktok msk je.dilah xyah msk.hahaha

ummi mien said...

iiee...susu segar tuh. aku pon suukkaaa! ada stok lagi tak mirah? hikhikhik...

yup. cekodok mak aku pon bulat. mak aku cakap kalu nak bulat mulat cantek kena uli ngan air panas. pastu masa nak goreng tu kena pandai main2 kan sudu tu supaya uli tu turun cantek masuk kuali jadi bulat. sangat envy ngan seni tangan mak aku.

mira edora said...

lambat la ko mien.. aku beli 10 botol aritu, sehari je dah abis.kirim gambo je lah yek. hehehe.. tu ah, memang kena pandai uli2 cekodok tu masa dlm kuali.Aku penah try, tp penyet jugak cekodok aku. Kena jadi nenek dulu baru pandai kot.