Sunday, January 4, 2009

My wedding updates

Tinggal lagi 13 hari lagi menjelang hari aku nak kawin. Emm.. persiapan? Hehehe.. ntahla, tak reti nak ckp camne. Macam ok je so far. My checklist :

1. Borang kahwin.. finally.. selesai jugak hal borang kawin nie. Pegi JAIS ari jumaat, tu pun kelam kabut. Seb baik suma borang lengkap. Skang ni tinggal nak kasi kat Penolong Pendaftar Nikah kawasan aku ni jek. Yang ni.. ayah yang uruskan.
2. Rumah ni nak kena kemas dan nak mula mengemas tu yang tak boleh nak mula2 lagi. Sebabnya.. rumah baru tengah renovate. Plannya kebanyakan barang nak dipindahkan ke sana, so umah akan lebih kosong. Maybe next week siap la kot.
3. Barang hantaran.. tadi baru siap beli 2 barang terakhir. Tu pun sebab arini last day Mega Sale. Sebbaik sempat. Cuma tinggal sejadah je. Nantila pi cari kat Jalan TAR or PKNS. Hiasan2 utk hantaran, so far suma dah ada. Tinggal nak wat je. Bukan tak mo wat lagi, cuma kalu dah wat, mesti makan spaca kat umah aku yang kecil ni. So.. next week lah wat.
4. Kad jemputan.. kad yang ditempah tak cukup. Ramai rupanya kawan2 aku. Hehehe.. so esok baru dapat kad tambahan yang diorder semula. Tapi rasanya 80% kawan2 aku suma dah jemput. Yang tinggal ni pun kebanyakannya yang nak anto by hand and budak2 opis je.
5. Make up.. ohhhh.. ni memang teruk! Aku pi test makeup, aku memang tak berapa berkenan ngan make up aku tp org2 kata ok, so aku proceed je lah. But then, semalam jumpa Eda, Zue, Dla, Yus n Yana yang memberikan semangat n dorongan pada aku utk mencari make up yang baru. InsyaAllah.. by end of this week, mak andam aku dah ada =)

Apa lagi eh.. banyak sebenarnya.. slow2 la. Tapi rasanya kebanyakan benda, next week baru bleh wat. Minggu ni punya kerja tak banyak sangat. Memang rasa mcm dah dekat sangat nak kawin. Bila dok sesaja.. terpikir.. eiii.. tak sangka dah nak kawin! Hahahahahaha.. insyaAllah.. semoga suma berjalan lancar.

2 comments:

Anonymous said...

smgt dorongan cr make up baru = paksa cari make up baru..haha..bab2 kalo nk th etruth ni, u hv to ask us..hehe.. ;p

Khadijah said...

Mira!
Congrats ye...
Semoga selamat semua..add dijah dalam ym tau

dijah_best

*teringat memori duduk dalam kelas sebelah2 masa darjah satu*