Wednesday, December 24, 2008

Calling for friends..

Semalam baru start msg kawan2 dari my handphone utk mintak alamat nak anto kad kenduri kahwin. Msg reply dari kawan2 suma bertubi2 masuk.. and ada gak yg tak de no tepon aku tuh (maybe dah delete sb kebanyakan yg tanya tu member yg sangat2 la lama), tanya balik sapa aku. Biasa la tuh.. and di tengah2 sibuk dok msg org tu.. ada call masuk. Kuar nama, Fina KMPP. Hehehe.. ni kawan lama ni, biasanya kitorg kontek kot friendster jek. Tak sangka plak dia call. Aku konfiden ingat dia tak tau no aku so nak tanyala sapa aku. Here our conversation :
Aku : Hello.. hey..
Fina : Sapa ni eh?
Aku : Amirah lah.. KMPP (dengan nada yg penuh ceria)
Fina : Hah? KMPP? Apa tuh?
Aku : La.. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Tak ingat ke?
Fina : Awak ni sapa eh? Kenapa msg suami saya? (nada marah)
Aku : (hah? suami.. aku salah no ke?) Hah.. eh, ni bukan Fina ke?
Fina : Bukan, ni no tepon suami saya. Mana awak dapat no ni?
Aku : Ohh.. sorry. Saya ingatkan ni no kawan saya, Fina. Maafla yek, salah nombor.
Fina : Haa.. dah tahu salah tu, apa lagi. Delete la no ni. Jangan nak simpan2 plak..
Aku : Ye ye.. ok. Maaf la yek
Terus dia letak tepon. Mak aihhh.. kasarnya bahasa. Hampeh. Mana aku tau itu no laki dia? Aku dapat no ni pun dari Fina sendiri. Dia yang kasi kot email then aku save no dia. Tak penah la pulak msg dia b4 this. Ni baru nak msg. Pastu terus marah2. Kot ye pun.. cakap baik2 tak leh ke? Sah2 dah msg mintak alamat sb nak anto kad kawin. Bukannya nak ada affair ngan laki dia. Dahla orang cakap baik2..
Apapun.. biarla. Terus aku delete no dia. Nanti jemput Fina melalui friendster je lah. Pastu.. nampak plak nama Fatin Jr SMSPP. Anto jugak kat dia. Tp dia tak sure aku Amirah yg mana. Then aku ckp ah Sr dia kat SMSPP. Penah pi PD sama2 (dari situ aku dapat no hp dia). Pastu dia kata, salah org nie. Then aku pun kata.. ohhh.. sorry lah, salah no. (dah kena dah tadi, so cepat2 mintak maaf thru msg). Then sibuk pulak budak ni msg tanya sapa akula, aku yg mana lah.. Adula.. terus malas nak layan. Agaknya suma org dah tukar no, so maxis/celcom jual semula no tuh kat org lain.
Apapun, baru separuh jalan msg org. Dah kol 11.30mlm, tak berani dah nak msg, nanti kacau org jek. Especially yg dah kawin. Tp yg bestnya, kebanyakan diorg suma dok kl. Arini sambung balik. Maybe cuti panjang weekend ni budak majalah skolah n kolej amik alamat member2 lama plak. Stem skang ni pun dah mahal.. RM0.50!!!

9 comments:

:: !zyan :: said...

k.mirah, "fatin jr smspp" yg same2 pi PD tu adalah fatin batch izyan ke? dia kat aussie sekarang ni.
Pi la click kat blog izyan scipp zone-fatin atiqah

=) tq for the sms n invitation

mira edora said...

haah.. fatin tu lah.oohh...dia kat aussie ke?memang konfemla org lain yg jawab sms dia tuh.ntah sapa2 ntah.jadi mcm nak berkenalan plak.terus akak malas nak layan. hahaha..

ExtraTerrestrial said...

kak mira...saye saye...bila mau kawen? saya pulang lagi 2 minggu.ada rejeki buyeh menjoinkan diri...mahu jugee...makan nasi minyak nyam nyam....

mira edora said...

memang nak makan nasi minyak ni pun fatin.akak siap msg dah jemput.dlm blog pun kuar nama fatin! hihihi.. lama tak balik? tak lama je lagi kenduri ni. datang tau..memang akak jemput suma.ajak lagi kawan2 yg lain.kasi alamat, nanti akak pos kad

ExtraTerrestrial said...

uuu..tahniah...
saya balik dari 7 jan smpi early feb. akak add la ym saya lady_yunalesca54
nanti senang nak contact and kasik alamat.

:: !zyan :: said...

woo fatin. Nanti jumpe ye.
Ber-gathering same2 jugak..ejeje
Kite wat mini-alumni meeting mau tak k.mirah? ahahahah

Anonymous said...

saye tak dapat sms pun!!!!!

kausar

mira edora said...

hahaha, ko memang aku tak kasi sms.even mintak kot email pun, aku plan nak kasi by hand special utk ko. jom jumpa, kita lepak kat umah azr.ajak nida skali.hahaha..suka ati je sebut kata umah azr, dia tak tau pun lagi

mira edora said...

jom jom, beres je nak wat meeting.bila? kan plan nak wat dinner tahun nieh. buat kat kenduri kawin akak pun boleh!