Petang raya haji 2008... otw balik ke Ipoh dari SP, lalu kot highway.. nampak KMPP yg tersergam di tepi highway. Sibuk suruh Adilah amikkan gambo. Teringat.. petang2 selalu lepak kat astaka sambil tengok highway.. kawan2 kat matrix dulu, mana ntah suma. Jarang dah kontek. Antara kenangan2 manis kat sana :
1. Aku, Nona dah Bayam dikenali sbg Perempuan Melayu Terakhir. Sebab.. kitorg memang budak pompuan terakhir masuk kuliah. Dahla ikut pintu depan plak tu (pintu belakang berkunci..). Paling best masuk lewat setengah jam sb sangkut kat bilik masa kitorg nak kuar, radio pasang lagu Ka Ho Na Pyar He..
2. Asyik main game RISK sampai suma budak pompuan tak pi kelas praktikal. Yela, dah letak suma dok sebilik.. senangla nak pakat tak nak pegi kelas. Dapat msg dari budak laki tanya.. mana korang.. ponteng eh.. hahaha.. Game ni memang mengasyikkan, kitorg pun sampai bergaduh la jugak kes simpan dalam hati sb tak dapat menang!
3. Main simbah2 air, tersimbah budak lain dlm toilet sb ingat yg masuk toilet tu member kitorg. Pastu siap guna pili bomba lagi dok main pancut air. Memang bengong lah..sampai warden naik atas marah kitorg. Budak yg basah kena pancut air tu plak..sampai sudah memang bengang ngan kitorg.
4. Meniaga pelbagai keropok dari terengganu sempena hari merdeka. Masa tu jugak ada pelita buat bentuk apa ntah kat padang. Tulis merdeka kot.. sampai masuk surat khabar. Nak pecah Malaysia Record la kononnya. Hasil untung meniaga.. pegi jalan2 kat Batu Feringgi.
Banyak lagi sebenarnya..cuma sayang, jarang keep in touch ngan budak matrix. Diorg pun suma sibuk kot..
No comments:
Post a Comment