So, i would like to share this info in my blog..
Berikut diperturunkan 12 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya kamu lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
- Kamu tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri kamu dan kamu tidak payah minta dia memberi pujian kamu kekasihnya atau gadis paling menarik di dinia ini. Hal ini berlaku kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. huh.. lelaki.memang pantang kalu tengok perempuan. especially kalu diorg sesama lelaki n kita takde kat sebelah.. lagi galak jadinya. jangan kata tengok, bleh komen lagi tuh. ni aku tau dari citer2 budak2 laki kat opis ah. kalu depan kitorg (biasanya masa lepak kat mamak) terkeluar jugak skit, takpun ckp/bahasa isyarat sesama diorg. Ingat kitorg tak perasan lah tuh.
- Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan kamu tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatkan sebelum kamu mengutarakan sebarang cadangan. Arrrgghhh..suma nak takdir yang menentukan. Perancangan.. kalu ada pun, mesti taknak cakap kat org. Suka simpan sorang2. Kita bukanla tolong rancangkan, cuma nak kasi pendapat jek. Sebab kekadang tu nampak lelaki mcm tak merancang langsung.
- Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. Memangla.. susah giler nak ubah lelaki. Nape aku nak lelaki berubah? I'm suppose to accept him as what he is rite? Tapi.. bab memaksa tuh, hahaha.. biasala. Suruh wat ni la.. wat tu la.. ajak pi sana la.. pi sini la.. terpaksa la paksa kalu dia wat bodo je tak mo ikut. Yela.. kalu biar je.. lemak lah. Suma kita wat sendiri. Ke, maksud paksa ni paksa menda lain eh? Tapi.. betul jugak, lelaki memang tak suka kita paksa wat menda yang dia tak suka. Eg.. teman pi shopping kat Jalan TAR.. =P
- Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. memang untungla kalu dapat lelaki tak merokok. tp.. bila dah dapat.. kembali ke point sebelum ni, lelaki tak suka dipaksa. hahaha.. mana bleh paksa lelaki berenti merokok. biarla diorg sedar sendiri, berenti ngan rela hati.. kasi hint2 sekali sekala jek la kalu nak diorg berenti.
- Setiap kali kamu marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung utk memikirkan :"Oh, dia ini pasti datang bulan." Sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati. Lelaki sure ada je menda yang menyakitkan hati kita. Bila pk kita datang bulan.. dia sure wat bodo je lah ngan apa yang kita marahkan.
- Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. yang nie.. memang watkan aku betul2 tensyen. Napela lelaki kena ada sikap camni. Tak penah nak dengar lama2, pastu kejap je wat2 macam dah takde apa. Ke sebab pompuan tu sendiri yang terlalu membesar2kan sesuatu benda? Takpun, meleret sangat bila bincang pasal sesuatu. Emm.. hihi.. ada gak betulnya.
- Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya. Ni memangla.. kita pun, sure terasa jugak kan. Ego lelaki sentiasa tinggi..
- Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim, lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita. ini mengingatkan aku pada sorang kawan baik aku punya nasihat. lelaki... kalu dia sama je masa mula2 sampaila sekarang (sekarang tu setelah perhubungan tu dah lama lah, lepas tunang ke, lepas kawin ke..) memangla lelaki tu tak normal! hahahaa.. lelaki yang normal, sura akan berubah punyala. takkan sama masa mula2 bercinta. biasala.. dah dapat..
- Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan." bestnya kalu dapat lelaki yang terima kita seadanya. but even dia terima kita seadanya.. pastinya dia sangat suka kalu kita sentiasa kelihatan cantik bergaya.
- Jangan kritik muzik, kereka, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa-apa saja yang menjadi kegemaran mereka. Kereta!!! tak tahan... obses giler kalu lelaki suka pada sesuatu. teringat satu kisah bila aku samakan belakang Evo ngan Spektra. Hahaha.. sure ramai lelaki yang baca apa aku tulis ni akan marah aku jugak. Aku bukan kritik, cuma kasi pendapat seperti ini " ni Evo, nape nampak mcm spektra jek.." hikhik... terus kena marah. Memangla.. manala aku paham pasal keta2 nieh. Apa yang aku nampak, aku sebut jelah. Opss.. lepas tu, dah jaga2 kalu nak ckp. Hahahaha..
- Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. Ye la.. yela.. style kita tak sama ngan style dia. Suka atilah..
- Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai kamu, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya. betulla yang ni. susahnya nak bawak jumpa kawan2 aku.
2 comments:
haha.shoping kat jalan TAR.lawak ah mirah cite tu.korang ni mmg comel heheeeheee
haha.. bab jalan TAR tu memang sampai matila aku akan ingat..
Post a Comment