Saturday, December 27, 2008
Weekend yang panjang
So, i just took leave on friday then i have 5 days off. Rasa mcm nak off terus je, malasnya lah nak keje. Hahaha.. so beberapa hari ni dimulakan dengan membereskan kerja2 kawin. Bersemangat lepas mendapat checklist peringatan dari zue, mien, niza, kausar ari rabu aritu. So.. ari krismas, aku tolong mak jahit langsir. Sebelum ni, balik umah lepas keje, dah penat so tak larat nak wat. Then.. wat apa eh? Ohh.. tak wat apa2 dah.hehehe..
Jumaat, aku pi test make up. Okla kakak tu wat, harga pun not bad. Ditemani Adilah n Fadwa. Then lepas makeup, sempat singgah kfc. Wats selamba je sb pegi dengan make up yg test tuh. Then balik, pastu pegi amik keta kat Sunway. Penat menunggu.. seperti biasa, maghrib baru sampai umah. Hari ini.. huh.. dari bangun pagi tadi,sampai skarang dok short list kan member2 kat friendster yg mana nak mintak alamat utk jemput kenduri nanti. Huhuhu.. napela tak wat awal2. Ingatkan tak mo wat awal2 sb segan nak jemput org awal2, lagipun nanti org lupa. Tp skarang, rasa mcm lambat plak wat sb maybe org bukak friendster 2-3 minggu skali. Takpe la.. janji jemput ek. Plan for esok, ada 2 wedding, satu wedding Miradat kat Shah Alam and satu lagi wedding Pe'ah budak opis kat Pelangi Damansara. Then petang maybe pegi Batu Pahat utk test baju. Ari isnin.. plannya tak tau la. Tengok kol brapa sampai kl. Petangni, maybe nak kuar pi cari tiket bas n cari hadiah utk wedding esok. Malasnyer... tak mandi lagi nieh.. hahahaha...
Friday, December 26, 2008
Aduh, sukarnya memahami lelaki
So, i would like to share this info in my blog..
Berikut diperturunkan 12 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya kamu lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
- Kamu tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri kamu dan kamu tidak payah minta dia memberi pujian kamu kekasihnya atau gadis paling menarik di dinia ini. Hal ini berlaku kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. huh.. lelaki.memang pantang kalu tengok perempuan. especially kalu diorg sesama lelaki n kita takde kat sebelah.. lagi galak jadinya. jangan kata tengok, bleh komen lagi tuh. ni aku tau dari citer2 budak2 laki kat opis ah. kalu depan kitorg (biasanya masa lepak kat mamak) terkeluar jugak skit, takpun ckp/bahasa isyarat sesama diorg. Ingat kitorg tak perasan lah tuh.
- Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan kamu tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatkan sebelum kamu mengutarakan sebarang cadangan. Arrrgghhh..suma nak takdir yang menentukan. Perancangan.. kalu ada pun, mesti taknak cakap kat org. Suka simpan sorang2. Kita bukanla tolong rancangkan, cuma nak kasi pendapat jek. Sebab kekadang tu nampak lelaki mcm tak merancang langsung.
- Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. Memangla.. susah giler nak ubah lelaki. Nape aku nak lelaki berubah? I'm suppose to accept him as what he is rite? Tapi.. bab memaksa tuh, hahaha.. biasala. Suruh wat ni la.. wat tu la.. ajak pi sana la.. pi sini la.. terpaksa la paksa kalu dia wat bodo je tak mo ikut. Yela.. kalu biar je.. lemak lah. Suma kita wat sendiri. Ke, maksud paksa ni paksa menda lain eh? Tapi.. betul jugak, lelaki memang tak suka kita paksa wat menda yang dia tak suka. Eg.. teman pi shopping kat Jalan TAR.. =P
- Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. memang untungla kalu dapat lelaki tak merokok. tp.. bila dah dapat.. kembali ke point sebelum ni, lelaki tak suka dipaksa. hahaha.. mana bleh paksa lelaki berenti merokok. biarla diorg sedar sendiri, berenti ngan rela hati.. kasi hint2 sekali sekala jek la kalu nak diorg berenti.
- Setiap kali kamu marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung utk memikirkan :"Oh, dia ini pasti datang bulan." Sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati. Lelaki sure ada je menda yang menyakitkan hati kita. Bila pk kita datang bulan.. dia sure wat bodo je lah ngan apa yang kita marahkan.
- Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. yang nie.. memang watkan aku betul2 tensyen. Napela lelaki kena ada sikap camni. Tak penah nak dengar lama2, pastu kejap je wat2 macam dah takde apa. Ke sebab pompuan tu sendiri yang terlalu membesar2kan sesuatu benda? Takpun, meleret sangat bila bincang pasal sesuatu. Emm.. hihi.. ada gak betulnya.
- Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya. Ni memangla.. kita pun, sure terasa jugak kan. Ego lelaki sentiasa tinggi..
- Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim, lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita. ini mengingatkan aku pada sorang kawan baik aku punya nasihat. lelaki... kalu dia sama je masa mula2 sampaila sekarang (sekarang tu setelah perhubungan tu dah lama lah, lepas tunang ke, lepas kawin ke..) memangla lelaki tu tak normal! hahahaa.. lelaki yang normal, sura akan berubah punyala. takkan sama masa mula2 bercinta. biasala.. dah dapat..
- Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan." bestnya kalu dapat lelaki yang terima kita seadanya. but even dia terima kita seadanya.. pastinya dia sangat suka kalu kita sentiasa kelihatan cantik bergaya.
- Jangan kritik muzik, kereka, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa-apa saja yang menjadi kegemaran mereka. Kereta!!! tak tahan... obses giler kalu lelaki suka pada sesuatu. teringat satu kisah bila aku samakan belakang Evo ngan Spektra. Hahaha.. sure ramai lelaki yang baca apa aku tulis ni akan marah aku jugak. Aku bukan kritik, cuma kasi pendapat seperti ini " ni Evo, nape nampak mcm spektra jek.." hikhik... terus kena marah. Memangla.. manala aku paham pasal keta2 nieh. Apa yang aku nampak, aku sebut jelah. Opss.. lepas tu, dah jaga2 kalu nak ckp. Hahahaha..
- Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. Ye la.. yela.. style kita tak sama ngan style dia. Suka atilah..
- Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai kamu, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya. betulla yang ni. susahnya nak bawak jumpa kawan2 aku.
Wednesday, December 24, 2008
Calling for friends..
Aku : Hello.. hey..
Fina : Sapa ni eh?
Aku : Amirah lah.. KMPP (dengan nada yg penuh ceria)
Fina : Hah? KMPP? Apa tuh?
Aku : La.. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Tak ingat ke?
Fina : Awak ni sapa eh? Kenapa msg suami saya? (nada marah)
Aku : (hah? suami.. aku salah no ke?) Hah.. eh, ni bukan Fina ke?
Fina : Bukan, ni no tepon suami saya. Mana awak dapat no ni?
Aku : Ohh.. sorry. Saya ingatkan ni no kawan saya, Fina. Maafla yek, salah nombor.
Fina : Haa.. dah tahu salah tu, apa lagi. Delete la no ni. Jangan nak simpan2 plak..
Aku : Ye ye.. ok. Maaf la yek
Terus dia letak tepon. Mak aihhh.. kasarnya bahasa. Hampeh. Mana aku tau itu no laki dia? Aku dapat no ni pun dari Fina sendiri. Dia yang kasi kot email then aku save no dia. Tak penah la pulak msg dia b4 this. Ni baru nak msg. Pastu terus marah2. Kot ye pun.. cakap baik2 tak leh ke? Sah2 dah msg mintak alamat sb nak anto kad kawin. Bukannya nak ada affair ngan laki dia. Dahla orang cakap baik2..
Apapun.. biarla. Terus aku delete no dia. Nanti jemput Fina melalui friendster je lah. Pastu.. nampak plak nama Fatin Jr SMSPP. Anto jugak kat dia. Tp dia tak sure aku Amirah yg mana. Then aku ckp ah Sr dia kat SMSPP. Penah pi PD sama2 (dari situ aku dapat no hp dia). Pastu dia kata, salah org nie. Then aku pun kata.. ohhh.. sorry lah, salah no. (dah kena dah tadi, so cepat2 mintak maaf thru msg). Then sibuk pulak budak ni msg tanya sapa akula, aku yg mana lah.. Adula.. terus malas nak layan. Agaknya suma org dah tukar no, so maxis/celcom jual semula no tuh kat org lain.
Apapun, baru separuh jalan msg org. Dah kol 11.30mlm, tak berani dah nak msg, nanti kacau org jek. Especially yg dah kawin. Tp yg bestnya, kebanyakan diorg suma dok kl. Arini sambung balik. Maybe cuti panjang weekend ni budak majalah skolah n kolej amik alamat member2 lama plak. Stem skang ni pun dah mahal.. RM0.50!!!
Tuesday, December 23, 2008
Mak tih pindah..
Bila lepas abis belajar kat UM, mak tih jugak tolong carikan keje sambilan sambil2 cari keje betul. Keje kat restoran kawan maktih. Dok menumpang umah maktih. Susah senang sedih masa keje.. suma maktih tau. Bila dah keje pun, selalu jugak balik kajang. Penah jugak beraya haji kat Kajang ngan maktih sb cuti kejap sangat, tak sempat kalu nak balik kampung.
Then, bila paktih sakit, maktih pun susah. Maktih memang tabah, sorang2 kat Kajang uruskan paktih. Selalu gak teringat nak pi jalan Kajang, tp aku ni selalu je ada mcm2 hal nak kena wat. So sekali sekala je dapat pi sana weekend. Then maktih wat keputusan nak pindah ke Sg Petani. Senang skit.. sedara mara pun lebih ramai so blehla nak mintak tolong kalu ada apa2.
Lori 10 tan.. ingatkan banyak kosong, tp bila angkat n angkat n angkat...rasa mcm tak cukup je lori ni ngan barang2 maktih yg banyak. Gambar blah kanan tu barang terakhir yg naik lori. Pokok daun kari!!!
Monday, December 22, 2008
Weekend for shopping
Ahad.. memang plan nak pi Jalan TAR n Sogo with K Milin. Diana tak jadi pegi, kena masuk opis. Adilah ikut skali, nak shopping sambil jalan2. Before pegi Jalan TAR, singgah catering yg akan masak utk my kenduri nanti. Bayar lagi 80%. Bayarnya kejap je, tp sebab masa kitorg datang tu dia ada customer, tunggu dekat 30-40 minit la jugak. Setel suma, terus gerak pi Sogo. Sogo sale!! bestnya shopping. I bought seluar, shirt n sandal. Hehehehe.. sandal sb suma yg ada dah buruk n lekang. Tak leh pakai dah pun. Seluar plak, suma yg ada dah sangat besar n baju pun suma dah rasa besar sangat. Sedar tak sedar dah kol 5.. Jalan TAR tak pi lagi!! Terus pi Nagoya cari langsir (mak dah beli, tp tak cukup..), then shopping tudung. Mak aih.. memang banyak giler beli tudung tp pemenang beli tudung terbanyak ialah k milin! hihihihihihi.. lebih kurang kol 8 baru balik.
OTW balik baru teringat..yg ari sblmnya janji ngan Madihah, Mas n Hanim nak jumpa kat Jalan TAR. Memang nampak sangat seronok shopping sampai lupa lah. n kitorg pun ada gak plan nak pi pembukaan kedai letrik kat kota damansara ngan mak. Konon nak beli microwave murah. Nampaknya, mak pi ngan ayah je lah tp microwave murah tu tak de. Ada cabutan la pulak. Kat dlm broucure tak tulis gitu plak. Sajalah tu nak suruh org pegi..
Sekianla my weekend yg sangat penuh ngan aktiviti shopping. Penat tp luckily arini tak sakit kaki. Malasnyer nak keje..
Saturday, December 20, 2008
Procurement Away Day @ Pulai Spring
Dari Ipoh, balik KL then terus ke JB. Seb baik pagi tu tak jadi pi amik mak tok n cik kat SP utk bawak balik KL. Kalu tak, my journey ari tu memang gila ah..Ipoh-SP-KL-JB. Ayah take over utk pi SP.
Sampai Pulai Spring lewat malam. Dahla sesat.. hampeh penanda jalan. Map Pulai Spring kat internet pun tak membantu langsung. Ke..aku yang salah tengok map? Hik..hik.. dah terlepas simpang, jauh pulak nak wat u-turn. Nila jalan JB.. buat diri sendiri, biasa biasakan lah yek..
The next day, bila daftar utk Procument Away Day nieh, terkejut tengok ada presentation lagi! Ingatkan dia bagitau pasal final doc je.. memang aku tak penah attend pun prog anjuran customer yg mcm nie. Masuk je lah. Ingatkan biasa2 je, tp memang company aku teruk giler kena. Org tu (adala org tu..) apa ntah sakit ati dia ngan company aku, main hentam je. Dahla ckp depan suma org. Sampai last skali.. tetiba depan suma org jugak, dia discover yg dia salah. Kiranya dia salah kira delivery date kitorg kat dia. Dari awal dia dok sindir2 n marah2 company kitorg sb deliver lambat.. skali dia sendiri yg salah kira. Bukan dia la.. staff dia tp dia la yg dok war warkan kat suma supplier yg datang. Siap kitorg asyik kena gelak je ngan org lain. Aku n wani wat pe? Dok diam2 jela. But then, lepas dia discover yg dia salah kira delivery date.. terus dia. Jangan kata sebut nama, lalu kat meja kitorg pun tak! Biarla sesapa yg baca ni tak paham pun apa jadi.. kesimpulannya.. memang teruk giler kena bahan ngan org tu DEPAN SUMA VENDOR LAIN.. hari yg sangat teruk rasanya..
Abis je program tu, kitorg terus balik hotel, tido. Yela, ari sebelumnya, kol 2 pagi baru tido. Then pagi2 buta dah bangun. Malam tu, aku kuar pi jumpa Ida! Kebetulan Kamal ada sukan SUK di JB, Ida pun ikut. Aku anto Wani kat Jusco Tebrau. Besar giler Jusco ni. Sampaikan nak ke main entrance pun kena masuk bayar tiket. Seronok jumpa Ida. Yela, dah nak bersalin dah member aku sorang nieh. Dulu sama2 naik basikal pi skolah.. then sama2 join aktiviti kolej kat UM. Semoga selamat la bersalin nanti ye Ida..
Ari akhir.. bangun lambat skit, then breakfast. Pastu amik gambo kat sekitar pool then gerak balik KL. OTW balik, seb baik tak hujan sangat. Penat.......
Ingatkan harga kat Pulai Spring ni mahal.. memang mahal pun kalu tengok price dia kat internet. Tp kebetulan masa kitorg datang, ada promotion, RM 168 nett. Best dok hotel nie. Suma best la..makan pun best. Nanti2 kalu datang johor lagi, nak check kalu ada lagi promotion nieh. Kalu tak de.. memang tak mampu den nak dok cni..
Friday, December 19, 2008
Jumaat yg bosan..
About my wedding preparation.. banyak nieh menda nak wat. Rasa mcm suma menda nak wat. Facial.. seumur hidupku, tak penah pi pun lagi. Dari lepas tunang aritu dah plan nak pi, tapi tak pegi2 pun lagi. Pastu nak pi test make up, then pi jalan TAR beli skit2 plastik n few things utk gift. Lagi.. ohhh.. tudung kawin pun nak cari jugak. Barang2 hantaran.. pun tak beli lagi. Rasa suma menda nak wat weekend ni. And paling penting, BORANG PUN TAK SIGN LAGI!!!!
28 days to go..
Wednesday, December 17, 2008
30 days to go..
Cik n mamee
Raya Haji - Day 4
So now.. i already 26 years old.. Huhuhu..dah tua.. dah nak kawin pun..
KMPP
Raya Haji - Day 3
Kononnya.. ari raya nak pi jalan umah org so tak masak apa2 yg special. Tp.. sampai tengahari dok melepak lagi kat umah sb balik dari kubur lambat. Last skali.. masak gak nasi ngan lauk telur masak pedas n pekasam. Perghhh.. memang superb.. sedap giler. Petang baru pi jalan, tu pun 2 buah rumah je. Petangnya.. balik ke Ipoh..
Sunday, December 14, 2008
@ Do you think you're hot?
1) Do you think you're hot?
Hua..hua.. tak penah la pulak rasa hot. Tp penah gak zaman ada ramai peminat tu, tp takde satu pun yg aku minat (tu bleh kira hot ke?). Masa ramai peminat sampai tak tahu nak pilih sapa ni masa keje.. masa belajar, tak hot kot. Sekarang.. tak hot langsung.. but i'm updating my self not to be a hot person, but somebody dah tak macam budak skolah or budak u dah kot. Kasi naik taraf skit. Mana tau lepas ni lebih hot ke.. hihihi..
2) Upload your favourite picture of you?
Ala.. gambo tu dlm kamera. Kamera plak tak de skang.. nanti2 lah upload..
3) Why do you like that picture?
Gambar paling cantik n paling aku suka. N sb ni gambar tunang aku.. (",)
4) When was the last time you ate pizza?
Pizza? Emm.. 3 minggu lepas kot. Pizza hut Sri Damansara
5) The last song you listened to?
Selalu sangat dengar lagu.. mcm2 lagu. But the latest song yg aku sangat suka lately ialah.. Bila Rasa Ini Rasamu - Sixth Sense
6) What are doing right now besides this?
Tak wat apa2 pun.. update blog sepenuh masa.
7) What name would you prefer besides yours?
Nama? Ala.. dulu.. ayah ckp b4 nak kasi nama Amirah, dia nak kasi nama Athiyah. Tp last2 pilih Amirah. Dulu kecik2.. seronok gak ngan nama Athiyah tu. Tp skang.. tak terasa nak apa2 nama lain pun. Kalu ada nama yg best terbekenan, berangan nak letak nama anak lah.. =P
Tag 5 people to this
1. Kausar
2. Mien
3. Izyan
4. Yus
5. ala lagi sorang.. dah tak tau nak tag sapa. suma org dah kena tagged!!
** ingat nak tagged zue n nana gak.. tp yana dah tagged diorg..
Wednesday, December 10, 2008
Raya Haji - Day 2
I'm going out.. need to find few stuff for my wedding. Bunga pahar, beg kertas, bakul hantaran, bunga hiasan hantaran. Rasanya kat kl, aku takkan ada masa nak pi kedai beli suma barang ni. Memang target nak beli kat SP pun. Okgak.. mana tau, pattern dia lain skit dari kat kl. Harga.. ada yg mahal, ada yg murah. So yang mahal, kita KIV dulu, bleh beli kat kl. Tak banyak pun, rasanya 90% barang dah setel suma. Adilah la yg rajin meneman n kasi idea.
Raya Haji - Day 1
We planned to stop at Hentian Tapah but a lot of cars and people.. everybody going back to their hometown. We ate lunch at Megoplex, then stop at Tok's house for sembahyang. Leave Ipoh around 6pm and reach SP around 8pm. Direct go to the kitchen, super duper hungry.. yum...yum.. mak tok cook ikan masak sambal. Sedapnyer mak tok nyer sambal!!!!
That nite, lengoh giler kaki sb drive n ada few tpt yg jem. Ramai sangat org kat jalan. Alhamdulillah.. selamat sampai =)
** Mak tih n family je yg tak de, busy mengemas rumah sb nak pindah next weeknyer..
Tuesday, December 9, 2008
Ardini yang cute..
Sunday, December 7, 2008
Big Apple Treat
Memperkenalkan ahli paling baru TW, Peah (under K Milin)
Dulu.. selalu je takde org kat opis. Sebab budak laki suma busy ngan projek n pi offshore. Lately.. opis sentiasa penuh. Tetiba bila org tak de, sunyi je opis.. seronok jugak. Tp.. agaknya yg paling menyeronokkan ialah suasana ni buatkan kitorg lagi malas nak keje n dok bersembang jek!!! Hahaha.. aduhai.. apa nak jadi nieh... (",)
Rina's wedding at Kuantan, 30 Nov 08
Dari Tapah, balik KL and esoknya ke Kuantan utk attend wedding Rina. Arina yg lebih glemer ngan nama Arina MAB sb dia memang tiap2 tahun sure terlibat ngan MAB masa kat 4th kolej dulu. Memula nak pegi kenduri Rina, memang takde semangat langsung sb suma geng2 tak dapat pegi. Seb baik Suzen ada, dengan aircond keta aku rosak, terpaksa pegi ngan keta Suzen. Plannyer aku, Suzen n Siha je, then masuk plak Hazim, Ayam, Zura and satu keta lagi Liza n the geng. Suma ni junior aku masa kat 4th (kecuali Hazim). Plan pegi kol 9, tunggu kat umah hazim, last2, kol 10 gak gerak masuk karak. Perjalanan ke Kuantan yg ada eksiden la.. jem la.. polis la.. akhirnya sampai jugak. Alhamdulillah.. Sampai je.. tema kenduri kaler ungu. Hehehe.. sama ngan baju yg aku pakai. Terus Rina suruh jadi pengapit terjun. Masa sesi merenjis, ngan aku pun kena renjis jugak bila diorg tahu yg aku tak kawin lagi. Tak pe lah.. amik berkat...
Kitorg suma terpegun tengok kenduri Rina yg sangat simple. Ye la, Rina ni memang perfect orgnya.. sangat teliti. Bak kata Hazim, kalu org yg cerewet, biasanya kenduri dia simple je. Tp kalu org yg simple.. mesti kenduri dia grand punya (mcm cakap kat aku jekk...)
Niza & Yanti Wedding @ Tapah 29 Nov 08
Friday, December 5, 2008
Sepetang di TW..
Today.. keje tak banyak sangat. Menunggu email dari Emerson yg tak kunjung2 tiba. Ada plak masalah melanda lepas lunch. My own problem. Huhuhu.. napela satu demi satu.. ada je tak kena ngan myself. Rasa mcm diri sendiri ni teruk sangat. Terus takde mood nak wat apa2 pun. Tunggu asar, semayang, n now, writing this blog. I just want to share with this blog my feeling.. i'm tired, very tired.. i really need kedamaian yg bleh melupakan segala resah gelisah diri ini. Rasanya bukan melupakan, tp mungkin bleh menyelesaikan segala resah gelisah ini.
I'm suppose to onleave until 15 December, tp ada plak meeting kat Johor on 11 hb. Dah la aritu cuti keputeraan sultan selangor, kena jugak balik kl awal sb nak gerak ke JB. Tentativenya.. will be back to KL on friday. Bestnya kalu boleh bercuti tanpa perasaan resah gelisah ni. Takla rasa susah hati nak wat apa2, nak pegi mana2.. Even kena kerja di hari cuti pun mesti macam xcited je sb bleh dapat replacement leave. Tp skarang.. nak wat apa2 pun malas..huhuhu..
Ya Allah, aku tahu, ujianMu hanyala bagi hamba yg mampu menanggungnya. Kuatkanlah diri ini.. tenangkanlah hati ini.. agar segala langkahku sentiasa dlm limpah rahmatmu.. Amin...
Friday, November 28, 2008
Nida's wedding - 23 Nov 08 @ Sg Besar
First time pegi, kenduri kawin abang Nida, masa tu..memang b'tolak lambat dr UM tp jalan baru nak buat, so sangat jem. Siap eksiden lagi.. Sampai umah kenduri dah kol 7pm. Second trip pulak, masa Nida tunang.. hihihi.. lambat jugak. Sampai je, selamat dah cincin disarung di jari Nida.. but this time, we manage to arrive awal! Tak dinafikan.. memang aku bwk laju pun, tp takla laju giler..
Malamnya.. Nida selamat dah menjadi isteri org. Then majlis berinai, bagi family Nida, majlis berinai ni ala2 bersanding n ada tepung tawar jugak. Sebab lapar sangat.. kitorg tak tunggu sampai abis berinai.. kitorg makan nasi kat luar. Sedap.. aku, Kausar with 2 org member opis Nida dok homestay. Pergghh.. rumah besar giler..
Esoknya, kitorg breakfast dulu b4 pi umah Nida. Tgk nida makeup.. amik gambo skit skit.. pengantin laki sampai.. sesi ambil gambar, makan.. then balik.. rutin biasa kitorg di kenduri kawin.
Otw balik.. my car aircond rosak.. bukakla tingkap sampai ke kl. Seb baik tak panas sangat, cuma debu dah jadi bedak la sb lori banyak.. Pastu sampai Shah Alam around 4.30pm, pi shopping kat parkson ngan Kausar beli hadiah kawin n hadiah Sofia and then pi tgk Sofia (anak Azr)..
So Nida n Nasrul, semoga bahagia, berkekalan dan diberkai Allah... friends forever.. =)
** Warna gold and maroon sangat cantik..
JB..
Indon Trip
Semuanya bermula bila Kausar kata nak kawin. So, i volunteer myself utk temankan dia pi indon cari barang. Few weeks before the trip.. i ask Fadwa n Jehan to join us. The more the merrier.
"Food for friendship.." This is our dinner in the flight.. 1901 Hotdog.. make us remember our old time @ UM. New York Hotdog normally will be our favourite especially when we watch movie at MidValley. Huhuhu.. i miss that old days..
Tak reti nak citer camne bestnya journey kitorg.. but here i list down some of the our memories in Jakarta..
1. Kuar je dari tpt ambil beg kat airport, terkejut tengok banyak giler money changer booth. suma sibuk promote suruh kitorg tukar duit kat diorg. tp mahal skit la dari rate kat m'sia
2. Jalan2 kat airport sementara tunggu Jehan & Fadwa sampai, sambil2 tanya org kat mana banyak jual barang kawin. Kelakar.. sebab semua org yg ditanya, memberi jawapan yg berbeza. Nampak sangat takleh caya.. kena cari sendirilah nampaknya
3.Sampai hotel almost 12 midnight.. beriya suruh Jehan & Fadwa jauh2 dari kitorg. Takut hotel tak kasi masuk 4 org satu bilik. Tp diorg tak kisah pun, rasanya suma staff kat hotel tu tau ada 4 gadis manis dari m'sia. Kitorg memang kecoh!!
4. Stat journey dari hotel ke Mangga 2, naik bas. Dahla tak biasa lagi ngan duit indon yg riban riban nieh.. terkial2 kira duit kat atas bas. org lain tengok mcm nak curi je duit kitorg.. memang kena jaga2..
5. Sampai ITC Mangga 2, kedai baru nak bukak. Jalan2 sambil cari kot nampak kedai kad kawin n barang kawin. Finally jumpa kat Pasar Pagi (mall sblh ITC). Perghhh.. memang banyak giler ah.. tak terpilih rasanya. Memang tak dapat pilih pun. Kitorg hanya amik gambo, tanya harga n simpan kad kedai utk pemilihan n rujukan pada malam nanti..
6. Pegi ke Tanah Abang plak. Naik busway ke stesen Sarinah, makan nasi Padang. Restoren dia memang nampak kelas.. tp lagi murah dari fast food kat indon rege makanannya. Semayang kat situ gak.. selesa n senang nak shopping pas ni. Tak terkejar2 n tercari2 surau. Ohh.. thanks to my last trip with Geng Jalan2.. sb tau pasal restoren ni pun sb trip b4 this..
7. Sampai Tanah Abang.. perghhh.. memang best giler!!!! Suma menda ada. Kain utk barang kawin, kain cotton, barang2 kawin..blouse.. huhuhu... rasa mcm nak beli suma. Memang masa tak cukup. Tp as this is our 1st day n tomorrow never die, hahaha.. servey n mark few kedai utk datang balik esok.
8. Kausar tak cukup cash!!! kedai yg jual souvenir tu tak terima kredit card, so kitorg pun beriya la dok menolong kausar dapatkan duit. Guna my card credit utk kuarkan cash.. hihihi.. ni satu lagi masalah. Lupa yg my credit card limit pun dah nak exceed.. konfiden je bleh kuar banyak. tp dptla kasi kat kausar skit duit..
9. Journey balik ke hotel.. memang penat. Plan singgah ITC Mangga 2 balik (konon je org cakap tutup kol 10, kol 6 dah tutup!! huh..). Dahla kedai dah tutup, gelap plak tu. Jalan kaki almost (or maybe lebih) 2 km utk cari kedai makan. Seb baikla lambang A&W menjadi pendorong kitorg utk meneruskan perjalanan. Lapar.. penat.. barang berat.. finally.. dpt dinner kat A&W and we found out that specialnyer fast food kat indon nieh, kalu beli ayam, mesti ada nasi jugak..
10. Balik ke hotel naik bas.. kitorg berdiri kat belakang. memula dgr org nyanyi lagu sambil main gitar, pastu dia mintakla org kasi duit. Pastu ada plak sorang mamat yg masih muda, sihat giler.. kasi ceramah. Tak paham sangat.. tp antaranya yg dia ckp " ibu ibu.. tahukah anda di kota jakarta ini sangat susah mendapat kerja. maka, berkongsilah rezki ibu2 dengan saya..(sure dia ckp dlm bahasa indon ah..)". Pastu, dia mintak duit ngan org dlm bas. Hampeh.. pemalas.. badan sihat giler.. mintak kongsi2 rezeki plak..
11. Berenti.. berenti.. hahaha.. tak reti camne nak suruh bas berenti sb loceng tak de!! Diorg biasanya ketuk besi ngan syiling.. tp kitorang tak biasa, nak jerit beriya.. malu. Seb baikla ada org indon tolong jeritkan utk kitorg.. hihihihi.. terlajak skit bas..
12. Hmmm.. lepas penat jalan seharian, kat hotel kitorg sort out apa yg nak beli, nak pi kedai mana.. sumalah. Paginya, terjaga awal giler, lepas subuh dah tak leh tido. Dahla subuh awal giler (sbnrnya.. exited nak pi shopping!). Kuar awal dari hotel supaya elok je kedai bukak.. kitorg pun dah bersedia utk beli barang!
13. Suma shopping dijalankan dengan pantas. Dah tau apa nak beli.. just pegi bayar je. Kitorg split kat Tanah Abang.. senang..masing2 bleh pi cari barang masing2. Dah siap shopping.. sure mine yg paling banyak skali n berat jugak! Luckily jugak, barang2 souvenir tu dibungkus n akan dihantar ke hotel. Kalu tak. agaknya pakai 2 teksi pun tak ckp kot..
14. Sampai hotel awal sb kitorg plan semayang zohor/asar kat hotel. Barang pun suma dah beli.. dah tak ckp tangan pun nak tambah lagi barangan shopping. lapar giler, tak lunch sb nak shopping sehingga saat akhir. hahaha.. tunggu delivery McD lama giler.. diorg kehabisan peha!! memang rasa kebulur giler ah..
15. Terkejut sangat bila souvenir dihantar ke hotel. Banyak giler!!! terus tak rasa nak makan. Kausar lagilah.. kotak dia lagi banyak. takut esok tak lepas kastam, weight check in.. n dok pk jugak, berapala kena bayar. silap2 rugi je beli barang murah pun.. apapun.. bersedia utk yg terburuk..
16. Flight awal..so seawal 4 pagi lagi dah bangun. Penuhla satu Suzuki APV tuh ngan kotak2 barang shopping kitorg. Fadwa & Jehan teruskan percutian diorg ke Bandung while aku n Kausar.. bersedia utk segala kemungkinan ngan barang2 kitorg yg banyak.
17. Sementara tunggu plane berlepas, sempat jugak makan Indo Mie sebagai breakfast. Sedap.. lagi sedap dari megi mi kat msia..
18. Alhamdulillah.. selamat sampai m'sia. adala halangannya ngan barang2 kitorg.. tp.. oklah. yg penting, tak kena tax banyak sangat, n barang suma kitorg dpt bawak balik..
Emmm.. best trip ni. Even bila sampai umah baru perasan yg tak de beli banyak pun utk diri sendiri. Banyak beli barang utk wedding, barang org pesan je suma. Tak pe la, nanti bebila pegi lagi.. hihihihi..
Thanks to Litha, yg banyak kasi info camne nak jalan2 kat Jakarta nieh. To Fadwa & Jehan, nanti korang kawin, bleh la tuntut ajak saya teman korang shopping plak eh. To kausar, luckily i went there with you.. (",)
Indo Mie.. perisa soto n ayam. Air kaler oren tu.. huhuhu.. mahal giler!!!
Nampak tak dimana Kausar??
Sementara menunggu bus way..
Melaram ngan tudung Indon..
Kat restoren nasi padang..