Monday, October 22, 2012

Dari dapurku..

Aku memang xpandai masak... bila tak pandai masak, campur plak en suami yang tersangat mementingkan kualiti rasa sesuatu makanan, maka kekadang tu aku lg suka beli dari masak. At least kalu xsedap, tu salah makcik tukang jual... hehehe.. tapi, sekarang aku ada azam baru. Aku nak memulakan misi 'road to become a masterchef'. Chewah.... hahahaha... macam xmungkin berjaya tapi tak pe la, kita slow2 praktis. Mana tau suatu hari nanti, bila aku dah jadi nenek baru dapat tittle masterchef. Paling kurang pun dapat pengiktirafan dari en suami....... :D

So, lately aku ada cuba beberapa resipi baru. Yang keluar dari zone keselesaan aku eg masak kicap, masak sambal, goreng... Kita cuba pelbagaikan bahan2 masakan, komplekskan sikit masakan tu. Sebenarnya xde la susah kot, dalam masterchef tu kasi masa masak 45-60 minit. So asalkan aku balik awal, anak2 tak meragam, bolehla siapkan lauk yang luar biasa sikit. Yang pastinya, perancangan kena awal.

Kebetulan pulak berkuarantin kat rumah ni kan, so aku bolehla try resepi2 baru. Arini aku test buat Ayam Pandan. Kalu ikutkan mereka2 yang memang dah biasa ke dapur, masak ayam pandan ni apalah sangat. Pandang sebelah mata je kot. Tapi xpe, aku kan baru nak start. So ni hasil ayam pandan yang dah siap diperap. Nanti petang karang boleh goreng untuk dinner. Lama jugak amik masa nak pilih resepi mana nak ikut. X leh nak reveal lagi resepi sebab xtau sebab ke x rasanya. Harap2 berjaya lah...

More pictures of food will come very soon. Hehehe.. baru berjaya dapatkan cara nak upload gambo dari ipad ni untuk tulis kat blog. :)

No comments: