So dah cuti lama ni, balik opis 2 hari.. pastu insyaAllah kita cuti lagi. Dah beli tiket awal tahun lg aritu, ke Langkawi. Pun xde la lama, pegi petang rabu, petang jumaat flight balik sini. Family kecilku, plus mak, adilah, nisah with nuha n furqan. Sepatutnya Shamin pun join tp next week dia ada kursus kat Langkawi jugak so minggu trip kitorg tu dia kena siapkan keje2 untuk kursus tu. Xpela, nampaknya en suami je la hero nyer. Pun xde la plan nak jalan beriya pun, rasanya mak pun baru je lagi pegi Langkawi ikut ayah meeting. Mungkin kitorg pegi cable car je, pastu shopping, pastu mandi laut, shopping lagi, mandi laut lagi, shopping n mandi laut. Sebab masa pun xbanyak, n kitorg pun bawak budak2. So relex2 je bercuti sambil mandi laut. Moga dipermudahkan segala urusan.
Balik dari Langkawi, keje seminggu, then balik BP plak weekendnyer. Pastu dah start cuti deepavali n Awal Muharam kalu x silap. Berselang2 cutinya. Maka, aku pun tapau habis 3 hari yg keje tu, kita balik Kedah pulak. Plannyer isnin drive balik with the kids n mak. Stay sampai ahad, sebab sabtu ada kenduri. En suami cutinya dah habis, maka tinggalla jadi org bujang kejap seminggu. Dah kawin ni, susah betul nak rasa mcm masa kecik2 dulu, bleh lepak lama2 kat kampung sendiri. Mesti nak kena bahagi2 jugak, lagipun cuti bukannya boleh panjang2. Ni pun, moga diberi kesihatan, diizinkan Allah untuk balik nanti. Khamis tu nisah n family, ayah n dilah turun dari kl join the crowd di SP. Hehehe.. I like...
Bulan 12 plak, aku check kalender, ada 3 minggu yg hari selasa tu cuti. Dengan cuti ada sikit lagi yg xleh nak carry forward ke tahun depan, mcm bolehla nak merasa 3 minggu dalam sebulan keje 3 hari je seminggu. Hehehe... Tp ni suma susah nak kata, kena tengok workload jugak. Harap2 banyak la orang cuti, factory pun tutup 2 weeks masa christmas n new year. Xde la manusia2 yg gatal2 nak buat tender2 yg sangat terhad closing date campur plak spec yg special2 ni. So bolehla bercuti lebih skit. Tapi kalu cuti pun, bukan nak pi mana pun, en suami keje. Dok rumah, kalu Aiman n Amni ada, jangan harapla rumah boleh sentiasa kemas. Tapi okla, melepak2 je...
Kes kad cimb lupa nak amik masa masukkan duit kat cash deposit, dah kena buat kad baru sebab automatic cimb clicks pun kena block. Boleh pulak aku xjumpa buku cimb aku. Abis dah cari segala tempat yg berkemungkinan. So, mungkin aku terpaksa turun KT sebab kalu buku hilang, kena buat buku balik kat branch asal kita buat buku tu. Aku plan nak tutup je akaun ni, bukak akaun baru kat kl. Senang skit. Alkisahnya, dekat 2k jugakla dalam bank tu. Tu yg xleh biarkan begitu saja. Tapi cost nak turun KT ni, mau rm500 gak campur shopping n flight tiket balik hari. Tapi xpe la kan, sebab hari2 stress bila bayang duit dalam cimb ni. Dahla akaun ni mmg aku guna untuk bayar sewa rumah n duit shopping. Hmm.. tp seronok jugak dapat turun kt. I miss fresh keropok lekor, sotong celup tepung, pasar payang, batu buruk, dah segalanya la. Sampaikan A&W kat batu buruk pun aku rasa mcm nak kena singgah. Hahahaha... Nostalgia tu ngan kengkawan SHAMS.
Apapun, sumanya adalah rancangan. Moga Allah permudahkan segala urusan, supaya suma berjalan seperti yg dirancangkan. Amin..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment