Tuesday, December 28, 2010

Eh.. apa kat belakang tu?

Inilah Aiman Mikhail yang kurus...
Seluar banyak yang pinggang besar..
Actually lebih kepada getah kat pinggang yang kurang kualiti..
Dapat pulak aku ni yang suka kumpul baju banyak2..
Suma masuk mesin basuh..
Lagila getah yang kurang berkualiti ni lagi kembang..
Aiman plak kurus..
Asyik londeh je seluarnya..
Selalu je tengok2 dah tinggal pampers je..
Seluar Aiman dah tinggal ntah mana..
Sebab dah terlondeh separuh, so Aiman bukak je terus..
Mak tok Aiman dah tak tahan tengok seluar asyik londeh je..
Maka, dia pun ikatla sikit seluar Aiman
Kuarla bunjut kat bontot..
Hahahaha...
Smile!!

Thursday, December 23, 2010

Masterchef Finale USA

Aku tengah tengok Masterchef Finale..
Sebenarnya dari last week lg dah mula tgk episod akhir ni kat you tube
Tapi memang syok n xcited tengok lg malam ni kat tv
Davis vs Withney
Dari awal lagi aku mmg suka Withney.. N rasa David sangat berlagak
Tapi sebenarnya yg paling aku suka ialah Sharone
Bila tengok second time.. Tetiba mcm terperasan yg Whitney ni byk bernasib baik
Aku rasa dia sgt bernasib baik sebab byk kali dia masak last minit tp berjaya masak dgn baik, cukup masak and of course judge kata sedap
Mcm wat cheese cake, patutnya (judge yg kata), masa yg ada kek xsempat kembang, tp jadi elok
Then last minit jugak, telur dia pecah, wat balik dlm beberapa saat yg terakhir.. Jadi gak ngan elok
Then masa final, ayam jatuh pulak.. Dia goreng balik ayam dlm masa 7 minit je n ayam tu masak..
Masa lawan ngan Sharone, soufle (mcm salah je eja.. Belasah je la) dia pun last minit giler tp berjaya buat dia menang
Hmmmm.. Hehehehe.. Tulis macam xsuka Withney je..
Tp aku suka dia menang sb David tu over confident sangat..
Apapun, doirg menang xde kasi aku kaya pun
Hehehe.. So skang sambung tengok Masterchef Junior Australia plak
Sangat kagum budak2 ni kecik2 lagi dah pandai masak
Siap ngan hiasan lagi..
Kalaula aku pun boleh masak sedap with great presentation cam diorg..
Berangan je lah...

Tuesday, December 21, 2010

Kemalasan melanda

Nape ntah.. dua tiga menjak ni rasa malas giler nak keje.. rasa mcm nak dok relex2 je.. kat umah pun, takde la rajin mana aku mengemas. Baju Aiman dah menimbun tak basuh.. selagi ada lagi baju lain, nak kumpul banyak2 skit. Nak plak hujan skarang, suma baju yang di basuh aku gantung kat kerusi di sekeliling meja makan. Kipas tu dah tak tutup2 dah dari pagi ke malam ke pagi esoknya semula. Cuaca sangat tak menentu, kang kalu jemur kat luar, free free je kena bazirkan air basuh semula sebab lenjun kena hujan.

Aku rasa cuaca ni pun antara penyebab aku malas giler lately. Keje kat opis ni takde la banyak sangat, bleh kata adala. Tapi otak ni macam malas nak pikir keje apa yang kena buat. Kenapa agaknya eh? Agaknya 2-3 minggu ni banyak sangat jalan2 kot, so mood nak berehat2 dan bersuka ria je. Uih... tak bagus nieh.. segera bertukar!!!!!!

Emmm... tak tukar pun... sama je rasa.. hahahahah... entri untuk Aiman umur setahun 2 bulan pun aku tak wat lagi. Aku combine kan je lah ngan entri ni.

Alhamdulillah Aiman skarang dah makin ligat berjalan. Dah stat nak jalan laju2 dah. Pastu kalu nampak step kecik, macam dari ruang depan ke dapur, ada turun ala2 satu anak tangga gitu tp yang kecik jela, tak tinggi sangat. Ada hati nak turun sambil berdiri. Kalu naik pun.. gitu jugak. Adala beberapa kali berjaya..tapi selalunyer terduduk la kat situ. Sebab small step je.. so kalu terduduk pun takde la sampai tergolek..

Ni tengah cakap.. 'cak!'
Mulut dah makin riuh cakap bahasa dia. Kekadang tu ada dengar mcm dia sebut menda yang sama je.. sapa membawa maksud yang berbeza. Suka cakap sambil tunjuk2.. ala2 bercerita gitu. Seronok tengok cara dia.. sebab ala2 nak sembang ngan kita. Cakap panjang2.. dengan tangan tunjuk sana sini, pastu siap ada mimik muka lagi. Kadang2 tu berkerut2.. pastu kitorg selalu cakap perkataan, suruh dia ajuk. Sayangnyer.. tak pandai lagi sebut ibu n ayah. Kalu ayah tu, selalu yang kedengaran mcm Abah. Kalu ibu.. kedengaran macam2... suka ati je dia main sebut. Aritu sebut 'banana'.. memula kuar 'nana' je.. pastu banyak kali ulang.. dapat gak kuar 'banana'. Sangat comel masa tu.. dia pun gelak gak bila suma orang xcited gelak sb dia dapat sebut. Pastu suka giler mengajuk orang.. orang batukla, bersih la, gelak la.. pastu kalu aku sebut bisik2 kat dia, dia pun ngajuk balik ala2 suara bisik... hihihi..

Senyum sinis..

Dapat hadiah dari my SIL, beg ala2 buku sekali ngan pen. Pen tu dakwat dia air je.. ada la bahan kat permukaan tempat dia tulis tu bertindak balas ngan air yang membuatkan bila kita tulis kuar warna biru apa yang kita conteng / tulis. Tapi bila dia kering.. hilangla apa yang dia tulis. Ni ala2 percubaan baru untuk Aiman belajar menulis. Seb baik dakwatnyer air je.. sebab bila Aiman menulis, sure terbabas sampai ke tepi2 n sampai lantai. Kalu kasi, bolehla dalam 10-15 minit dia dok depan ni menulis sambil mulut bising2. Pastu.. cari mainan lain pulak...

Suka nak manja2 ngan orang. Especially kalu tengok orang tengah baring ke.. nanti dia datangla sondoi2.. cium2... pastu dia punya sondoi sampai boleh panjat kita lah. Hahaha.. geram sangat tp suka sangat bila dia manja2.

Tengah mamai lagi.. otw hantar ke rumah tok wan..

Wednesday, December 15, 2010

Manila 30 Nov - 4 Dec 10

CST Training 2010.. memula bila tau pasal training ni, rasa berbelah bahagi sebab nak kena tinggal Aiman. Then buat seketika.. senyap kejap sb bos yg uruskan.. tp last minit.. bos pulak pegi China n kitorg yang uruskan sendiri. Dari dapatkan approval, booking tiket, mintak advance, penginapan.. etc.. disamping setelkan suma tu, aku ajak mak join pegi manila jugak. Bleh jaga Aiman masa aku keje.. then jalan2 sekali. Ayah kasi greenlight n kebetulan masa tu mak kat sp.. n ajak maktok sekali. Seronok n xcited pas tu sebab ramai2 pegi n tak payah tinggalkan Aiman... =) =) =)

So, sebelum subuh 30 Nov dah gerak ke airport. Aku siap2, tak sempat pun nak siapkan Aiman sebab pagi tu tak sedar jam bunyi. Bila angkat Aiman masuk keta, baru dia terjaga. Then bila kat airport.. tido lagi.. dengan tak mandi, pakai baju tido basahan yang sangatla buruk.. tak macam nak pi oversea.. hehehe...

Ramainyer orang kat lcct macam masa tu dah tengahari sedangkan kitorg sampai pun around kol 5.30 pagi. Kelam kabut masa nak check in sb kaunter lambat bukak. Rasanya kol 6.15 pagi baru bagitau kaunter mana untuk check in. Aku n Wani travel agency dah siap2 online check in so just check in bag je. Mak, maktok n Aiman tak leh sb bawa infant, kena normal check in. Aku n wani join mak check in, skali org jaga tu tak nak check in kan beg kitorg. Dia suruh pegi kat kaunter beg check in jugak. Dahla masa tu 6.30 lebih (boarding kol 6.40), orang beratur panjang gilerrrrr kat beg check in. Berlari2 aku kat kaunter check in tu balik, mintak tolong ngan org kaunter tu. Bleh plak dia kata 'sy dah tutup kaunter..'. Dah tu.. beg kitorg.. takkan tak masuk plane??? Bengang je tapi sebab nak mintak gak dia tolong, merayu jugak aku kat situ. Then dia cakap bolehla.. berlari2 aku panggil wani yang tengah beratur kat belah beg. Dahla jauh.. pastu plak tersalah pi kat gate yang area international. Even manila tu oversea, tp sb flight AK, maka masuk kat area domestic. Berlari2 kitorg sebab masa tu memang lambat giler. Hai la.. aku ni, kalu nak kena pi naik plane, oversea plak tu.. mesti akan jadi cenggini. Rasanya setiap trip.. mesti akan ada kisah berlari2 di airport... Dulu ngan beg je takpe la, skarang.. ngan dukung Aiman lagi..

Ni gambar sambil nak menunggu nak check in. Masa ni relex2 je lagi.. Aiman pun baru bangun tido, so elok je dia dok baik2 atas beg. Mamai lagi.. Leganya bila dah duduk dalam plan. Aiman pun agaknya penat kitorg berlari2 sambil dukung dia, dia pun sama tido jugak.
Bila dah bangun.. terus salin kan Aiman. Tak dapat nak mandikan dia, dahla toilet kecik je, pastu orang dok pusu2 kuar masuk.. jadi Aiman mandi bedak je lah. Elok pulak masa dia bangun tu, kitorg dah abis makan. Bila dah wangi, pas kat mak pulak.. tu yang bukan main Aiman dok atas table tray nieh.. seb baik ringan.. kalu tak sure kena sound ngan peramugari dah. Sebab beli tiket asing, mak and mak tok dok seat lain2 ngan kitorg. Seb baikla seat aku n wani dok ni, ada satu seat kosong. Senangla sikit Aiman nak bergerak, takde la kena duduk atas riba aku je..Yey... kita dah sampai ye.. udara sejuk je... even sampai tengahari, tp cuaca mendung. Masa beli tiket, main pilih je airline yang murah. Rupanya2 AirAsia punya flight mendarat kat Clark, kira2 2 jam jugakla perjalanan dari airport ke hotel. Dah arrange hotel pickup.. dia plak bawak Sentra je, takde van besar. Bersumbat2 la kitorg dalam keta tuh. Rupa2 nya kat airport tu banyak je keta2 sewa yang bleh bawak kita ke Manila City. Charge dia pun lagi murah dari yang hotel pickup charge. Diorg tolong angkat barang, pastu sibuk mintak tips dalam RM. Maktok baik, pegi kasi RM10. Then amik no diorg.. nanti dari hotel nak ke airport semula boleh guna diorg.. besar n selesa skit.. lagipun murah..


Driver kitorg tu perempuan. Otw ke manila lalu highway je.. n trafic pun tak sesak. Kebetulan hari tu thanksgiving, kat sana public holiday. Tapi driver ni bawak keta melelong2.. kitorg pun naik risau tengok. Pastu asyik tanya je kat kitorg nak pi washroom ke.. beli air ke.. tiap kali pass R&R. Lama2 tengok dia makin melelong.. kitorg pun tak sempat dia tanya, terus mintak stop kat R&R. Buat2 pi toilet.. tp stakat masuk n basuh tangan je.. hehehe.. dia plak isap rokok n pas tu dah tak ngantuk. Pakat gelakkan sesama sendiri sebab tak paham maksud dia tanya banyak kali nak singgah R&R ke tak..

Masuk bandar Manila, baru la nampak cam banyak orang. Driver tu kata ni kira kurang orang lagi sb public holiday. Kalu tak, sure jem jalan. Sampai hotel.... terkejut gak kitorg. Hotel security bukan main ketat, keta masuk dia check, then kat pintu masuk hotel pun dia cek gak. Dengan ada anjing lagi cium2 dekat beg kitorg. Bila hotel tau aku bawak Aiman, diorg pun offer baby cot. FOC... hehee... orang dah nak kasi, kita terima je lah kan.

Pas siap2 semayang suma.. relex2 kejap, then Michael n JP datang, tunggu kitorg kat lobby. Diorg siap sewa keta untuk bawak kitorg jalan2. Actually bukan jalan2, lebih kepada shopping. Kitorg pegi Greenhills Mall. Ni ala2 bazar la jugak, jalan tar yang letak dalam mall, tapi lagi luas scope barang yang ada kat sini dari jalan tar. Murah giler plak tu.. siap bleh guna credit card. Aku memang tak tahan giler tengok pearl yang banyak n murah, lagi murah dari kat kk. Rasa mcm nak beli suma jek.. tp sebab memang dah plan untuk datang balik last day kat sini (sebab Tracy tak join kitorg first day, dia sampai malam)... so tak beli banyak sangat. Cari kasut untuk Aiman sebab lupa langsung nak bawak kasut dia. Tak jumpa yang menarik tp Aiman berkenan sangat ngan bola2 kat sini. Sampaikan bola yang orang buat hiasan kat pokok krismas pun dia nak.

Gambar berlatarbelakangkan kedai pearl. Macam2 ada.. rantai, gelang, brooch, subang.. suma lah. Kristal pun banyak.. Mekasih la kat Michael n JP yang bawak jalan, siap belanja kitorg makan lagi malam tu. Makan kat kedai mahal plak tu.. sebab takde kedai halal yang murah.2nd day... pagi tu dah kuar pegi training. Jarak opis tempat training tu dalam 2 block je tp sebab naik teksi plus jem lagi, plus jalan sehala yang berpusing2.. dekat setengah jam jugakla. Lunch tu makan kat restoran arab.. jalan kaki dari opis. Tapi harga makanan dia mahal.. kira sepinggan tu dalam Rm30 jugakla.. huhuhu... seb baik orang belanja. Terus pk esoknya order makanan jelah, suruh orang deliver. Ada kedai halal yang wat delivery n hari2 kitorg makan dari kedai tu je. Makanan dia pun sedap..

Abis training.. dah nak malam. Kat manila, kol 5.30 dah masuk maghrib. Kitorg abis keje pun around 6-7pm. Memang dah gelap la. Ingat nak balik naik taxi.. then baru kitorg tau yang hotel tu dekat giler (sblm ni tau la 2 block away.. tp tak sangka dari opis tu pun dah boleh nampak hotel kitorg!). So jalan kaki je balik.. lagi cepat, rasanya dalam 10 minit je dah sampai. Masa ni memang perasan betapa ramainyer rakyat diorg. Di mana2 saja.. memang orang penuh, bas penuh, jipney penuh, van penuh, jalan raya pun penuh ngan keta yang jem. Seb baik jalan kaki.. kalu naik keta, silap2 45 minit gakla baru sampai.

Mall2 kat sini, kol 9pm dah tutup.. jalan bawah tanah tu pulak, kol 10pm dah tutup.. so memang takleh kalu nak kuar malam2. Sebab sampai hotel pun agak lambat, pas siap sembahyang suma, kitorg kuar ke SM mall yang berdekatan je. Jalan kaki dalam 10-15 minit.. sampaila. Tapi nak sampai ke SM mall ni, lalu kat dalam mall2 yang bersambung2an. Tak rasa la sangat jalan jauh, sibuk tengok kedai2 yang semuanya sale. Decoration christmas pun dah siap.. so memang lampu berwarna warni.


SM ni kalu kat msia ala2 jusco ke.. giant ke.. kira mall yang ada mcm2.. n bleh kata merata2 ada. Harga pun murah jugak. Hmmm.. maybe sebab sale kot, tu yang murah. Dapat jugak jumpa kasut satu untuk Aiman. Suka besar Aiman jalan bila dah pakaikan kasut tu. Nak plak ada bunyi.. lagi la dia xcited jalan laju2.

Dah pusing2.. masuk kat bahagian grocery plak. Tak larat nak jalan, Aiman relex je dalam bakul. Kitorg borong mangga kering kat sini. Murah giler... sampaikan nak abis stok mangga kering kat rak. Bila balik m'sia, tengok jenis yang sama, jenama yang sama, kat sini jual dalam RM15 tp kitorg beli kat sana, RM3.50 je satu. Berbaloi2... sedap plak tu.
3rd day... siang training lagi tp arini kitorg dah prepare nak balik cepat2. Elok abis je training.. terus balik. Dah tak jalan2 kat dalam bangunan dah. Hehehe.. semalam sebab tak biasa n tak tau jalan balik. Kena tunggu orang temankan balik hotel, tp ni dah biasa.. so abis je..terus cabuttt...

Aktiviti hari ke3 ialah ke Mall of Asia. Diorg kata mall ni yang paling besar dia Asia. Fuhhhh.. memang besar giler.. kitorg tak ronda semua pun. Seb baik mall ni tutup kol 10, so adala banyak masa kat sini. Sampai around kol 7pm.. then pusing2 kat dalam. Ingatkan ada secret recepi (kat sini halal) tp rupanya kitorg salah mall. Mall lain yang ada secret recepi. Target nak ke SM mall lagi.. hehehe.. kat dalam Mall Of Asia pun ada SM Mall. Sebab besar giler kawasan ni, aku sewa kiddy cart untuk Aiman. Aiman xcited giler dok dalam nie! Siap bunyi2 lagi, konon berangan bawak keta agaknya. Pastu pandai pusing2 stering.. hehehe.. kekadang tu siap bawak sambil berdiri.. semangat.. memang tak payah risau nak dukung Aiman sebab dia memang tak berminat pun nak orang dukung dia. Lagi seronok dok dalam kart dia tuh.
Mission kali ini ialah untuk cari souvenir especially tshirt. Kat SM ni ada satu bahagian memang jual barang2 souvenir. Dekat 2 jam gakla kitorg kat sini.. pun borong sakan gak. Pastu.. ingat nak balik sebab kat sini takde kedai halal. Plan nak order kedai Parsi yang biasa tu. Sekali terjumpa satu stall kebab yang halal. Alhamdulillah...sedap nyer makan..

Day 4... siang kitorg pegi training, mak tok, mak n Aiman keluar pi Rizal Park. Park biasa je, ada monumen n pokok2. Memenuhkan masa waktu siang. Alkisah yang maktok n mak pun ikut ke manila, sepupu mak tok ada sorang baru keje kat embassy Malaysia di Manila. Baru je tau masa raya haji aritu. So alang2 ada kesempatan datang manila, maka kitorg pun visitla rumah dia. Dijamu ngan sambal belacan n ulam2... perghhh.. bertambah suma orang makan. So malam hari ke4 ni, kitorg lepak2 kat umah dia je. Rupanya rumah dia pun tak jauh sangat dari hotel kitorg. Balik tu dia anto kitorg balik hotel tp sempat pusing2 makati city dulu.. tengok decoration bangunan2 sempena Christmas.

Abis satu rumah dia kitorg pusing. Aiman berkenan sungguh nak main kat tangga rumah dia. Sebab landai.. syok jugak main cak cak ngan wani n tracy.Day 5... training arini separuh hari je. Yeah... seronok sebab petang tu boleh pegi shopping. Farewell lunch kat Persian Grill.. tempat yang hari2 kitorg order nasi suruh deliver kat hotel n opis untuk lunch. Kedai nyer dekat je.. kecik je tp penuh ngan orang. Agaknya sebab lunch time masa tu. Fav food kitorg BBQ Chicken dah abis.. agaknya sebab seminggu ni asyik kitorg je order.. sampai abis dah stok dia. Hehehehe... ada serve Cherry Coke. Tak penah jumpa.. tp bila rasa terus pening. Kotla ada alkohol kan.. takde pun sebenarnya tp maybe sebab kita tak biasa minum, tu yang sampai pening.

Sampai hotel, siap2 semayang asar, then terus ke Greenhills skali lagi! Kali ni memang shopping sampai kedai tutup. Sembahyang maghrib kat sini.. ada 2 kedai halal kat sebelah surau. Makan nasi kat situ.. then sambung balik shopping. Beli tshirt, pearl, souvenir, handbag, baju, mainan Aiman.. hehehe.. sampai penuh bonet teksi. Seronoknyer teksi kat sini, dia kasi je kita naik 5 orang. Biasa kalu kat msia, jalan 5 orang, mesti kena amik 2 teksi. Ni masukla ramai mana pun, janji muat kita dok dalam tu.

Dah siap shopping.. Aiman pun dah tertido sebab penat. Bila Aiman tido, mak tok pegang.. aku hilang pi shopping lagi! Hehehe... kalula duit banyak, memang selori bawak balik.. suma menda menarik nak beli.
Last day... beg beranak ranak.. memang dah sedia bawak beg xtra pun.. sempat amik gambo last dengan tracy.. flight dia petang, so kitorg jalan dulu. Seb baik pegi airport naik kereta sewa yang jumpa kat airport masa datang aritu. Naik van pregio.. muat suma beg2 yang dah beranak ni. Otw ke airport, suma tido. Penat sb pagi tu kuar awal giler..

Bergambar ngan beg2 yang menimbun sebelum check in. Siap ada family m'sia tegur tengok beg kitorg banyak sangat. Kitorg agak orang yang tegur tu tak pi greenhills.. sebab tu tak beli banyak barang!

Tada!!!! total beg kitorg suma 82.65kg! Seb baik aku n wani dapat 30 kg, mak n maktok plak sorang 15kg. Ni kalu ikut, bleh tambah lagi barang ni. Hehehehe..


Flight balik delay dalam sejam gakla. Aiman dah ngamuk2 kat airport sebab ngantuk bangun awal sangat. Naik je plane, terus tido. Sampai msia, dilah tunggu sebab dia pun balik bercuti. Takde sapa amik kitorg kat airport sb barang n orang banyak, tak muat keta. Maka sewa van balik..


Kesimpulan dari trip ni.. sangat seronok!!!! Rasa cam tak nak balik je even hari kedua pun dah tak leh tengok makanan yang kat tepi jalan. Rasa rindu giler kat nasi lemak. Hehehe.. Seronok sebab keje relex je (ye la, training je pun), pastu bleh pi shopping hari2 n suma menda sale! Duit sana plak murah, so kalu banding ngan duit kita, banyakla barang yang murah. Hujan batu kat negeri sendiri.. hujan emas kat negeri orang.. tetap best negeri sendiri. Tapi kalu nak jalan2.. tempat menarik kat Manila tu takde la banyak sangat. Banyak kat luar daerah dari manila.


Kalu ada rezeki.. bolehla pegi lagi. Tapi kalu pi sensorang tak mo lah.. nak bawak Aiman jugak. Biar susah kena dukung dia sentiasa.. hati lagi rasa senang bila dia ada depan mata.. =)

Tuesday, December 14, 2010

Rumahku banjir!!

Semalam makcik tukang cuci datang cuci umah aku. Lama giler dia tak datang, last skali masa cuci rumah ni before aku move in. Puas hati jugakla dia bersihkan rumah.

Malamnyer, en suami kuar.. aku plak basuh kain then kasi Aiman minum susu. Lama la jugak.. sampai Aiman dah tido.. sambil tu aku tengok tv. Sekali dengar bunyi benda jatuh. Rasa mcm takde apa2.. tp risau jugak so jengokla kat dapur. Melangkah je nak masuk dapur.. kaki aku basah.. rupanya hos air kuar dari mesin basuh tu tak masuk bilik air! Makcik tu pi letak hos tu belakang mesin basuh. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... abis basah suma tempat2 seperti di bawah :


1. Seluruh kawasan dapur basah. Abis air bawah sink, bawah dapur, bawah fridge..


2. Bilik tido sebelah mesin ni pun basah jugak. Ni lagi teruk, sebab lantai dia macam rendah sikit. So air suma datang sini n bertakung. Macam meredah banjir aku masuk bilik ni. Nampak kipas kat bawah tu.. haaa.. sebenarnya kipas ni la bunyi menda jatuh yang aku dengar tu. Kipas ni letak atas kotak. Punya banyak air yang diserap kotak tu sampai lembik kotak n sampai jatuh kipas sebab kotak tak mampu nak menampungnya. Dahla ada tilam.. Baldi2 ni suma diletakkan lepas aku mop buang air suma. Cuma seb baikla tilam ni masih dalam plastik.. kalu tak, sure tilam pun basah..


3. Sampai ke area nak naik tangga ni air mengalir. Agaknya penuh dah air masuk bilik n dapur, dia pun kuar kot depan pulak.



Masa aku sedar ni, tinggal beberapa minit je lagi nak siap mesin tu basuh. Air banyak n bertakung satu hal.. suma air sabun pulak tu!!! Punyala licin.. seb baikla Aiman dah tido. Bertungkus lumus la aku sensorang membuang air, mop n mop n mop n mop n mop... argghhh.. banyak kali giler mop sebab nak hilangkan sabun tu. Memang buat dengan kadar tertekan yang amat tinggi sebab tak tau nak salahkan sapa. Aku kot yang salah.. tak cek.. tp.. biasanya takde orang pun ubah menda tu.. so manala aku sangka hos tu akan berada di tempat yang salah.... Elok habis mop suma.. Aiman pun bangun..

Lepas tu pulak, masa aku nak minum air, Aiman main2 kat kaki aku. Camne ntah, boleh pulak tertumpah air atas Aiman.. even sikit je.. tp air laici!!!! Hmmm... apa punya clumsy la aku semalam. Dah kena mandikan Aiman. Aiman memang suka la main air.

Makcik tukang cuci ni memang suka kemas rumah ikut citarasa dia. Abis tilam kat bilik atas dia ubah susunan. Yang paling kelakar sekali ialah barang2 kat bawah ni. Sebenarnya sabun2 ni Yus pesan suruh aku belikan masa Pureen Warehouse aritu. Dia tak datang amik lagi kat umah aku. Barang2 ni suma aku letak dalam plastik n simpan kat rak paling bawah skali. Agaknya makcik ni ingat barang2 aku.. dia kuarkan suma dalam plastik.. susun cun2 je kat rak ni. Dahla rak ni menghadap pintu masuk... hahaha.. memang aku sampai je rumah semalam, terus gelak.


Takpe la makcik ni suka susun barang ikut cara dia pun. Janji.. umah aku bersih n cantik.. kalu nak harapkan aku buat sampai panjat2 tingkap n cuci kipas.. alamatnya tak cucila sampai bila2..

Friday, December 10, 2010

Aiman's first step

Lambatnyer la Aiman nak boleh berjalan.. masa pi cucuk kat kk awal minggu aritu, tengok budak2 yang lagi muda dari Aiman pun dah pandai jalan. Ada gak yang kata, budak2 ni, kalu 10 bulan tak leh jalan, then maybe 1 tahun, kalu tak leh gak, maybe 1 tahun 2 bulan.. so skarang.. Aiman dah lepas 1 tahun.. hopefully by next week which is birthday Aiman 1 tahun 2 bulan dah bolehla jalan ye.

Aiman mula start berlatih jalan lebih dari 2 tapak masa kat Manila aritu. Kat Manila tu beli kasut kat Aiman, excited je dia nak jalan dengan orang pegang tangan kiri kanan sebab nak dengar bunyi kasut dia yang berbunyi2 setiap kali pijak. Bila kat hotel, mak n mak tok pun rajin suruh dia jalan tp still langkah tak lebih dari 4-5 langkah lagi. Tapi okla, sb sebelum ni, dah pandai diri tp untuk mulakan first step tu, Aiman macam gayat skit.

Bila dah balik m'sia.. dah makin rajin nak praktis jalan2 sendiri. 2-3 hari ni pun.. dah mula dapat 10 langkah lebih dah. Kalu terjatuh or terduduk.. ada inisiatif sendiri nak bangun balik n sambung balik jalan. Suka sangat bila dia dah jalan n orang dah makin dekat ngan dia.. dalam lagi 2-3 langkah.. mesti laju2 jalan then sembamkan badan kat kita.. Semalam peningkatan terbaru, dah boleh jalan then pusing.. tanpa jatuh.. hehehe...

So Aiman comel... berusaha ye............


Thursday, December 2, 2010

Dari dulu sampaila sekarang

Aiman lahir dengan berat 2.43 kg... kecik je..
So masa dia lahir, kebanyakan baju dia besar2 sume
Tapi.. masih ada beberapa baju Aiman yang dari lahir sampai sekarang masih muat Aiman pakai
Mak kata.. baju2 ni membesar bersama Aiman..
Bab lebar masih muat, panjang seluar pun cun2 lagi..
Cuma baju2 ni banyak yang nampak dah singkat skit
Tapi aku suka tengok Aiman pakai baju2 ni suma
Macam combination of Aiman dari lahir sampaila sekarang
Biarpun dah comot2.. selagi muat..
Kita pakaikan je lah kan..
Baju basahan gitu..
So.. ni dia baju2 yang menjadi fav aku untuk pakaikan kat Aiman
Even ada gambo masa 9 bulan.. 10 bulan..
Tp sebenarnya.. suma baju ni masih muat Aiman pakai hari ini..
Reaching his setahun 2 bulan next week..
=)
Dulu : umur 5 hari

Kini : umur setahun sebulan
Dulu : umur 2 bulan setengah
Kini : umur 9 bulan setengah
Dulu : umur sebulan 3 minggu
Kini : umur 10 bulan 7 hari
Dulu : umur 2 bulan 8 hari
Kini : umur 1 tahun 8 hari
Dulu : Umur 11 hari
Kini : 1 tahun 1 bulan 2 minggu
Dulu : umur 6 hari
Dulu : umur 1 bulan 1 hari
Kini : umur 11 bulan


** Gambar baju yang first and last memang unik lah.. sebab ni baju new born yang dalam pack orang kasi hadiah tu. tak sangka sampai skarang pun still muat lagi.



Sunday, November 28, 2010

Bekerja & Berjalan

Esok aku n Wani outstation
First time outstation yang lama sejak ada Aiman nieh
Sebab jauh.. n lama... maka..... aku bawak Aiman skali!!!!!
Hehehehe.... of course la bila Aiman ikut.. mak pun ikut jugak!
Dan..... mak tok pun ikut jugak!!!!!
Esok sebelum subuh dah bertolak..
InsyaAllah, sabtu petang sampai sini balik
Kebetulan plak Dilah pun balik lebih kurang masa kitorg sampai
So skali harung je lah amik kitorg ramai2..
Nanti kalu sempat, bolehla update dari sana..

Friday, November 26, 2010

Mcik masam vs mcik manis

Sorang mak cik jual nasi lemak n kuih2 kat area umah mak.. dulu.. selalu kitorg singgah beli breakfast b4 pegi opis. Bleh kata hari2 jugakla.. bihun untuk en suami.. kueytiaw or kuih untuk aku.. takde la sedap mana pun tp bihun dia kaler gelap n bolehla diterima. Ada satu pagi tuh.. bihun yang tinggal sikit giler.. then aku ckp.. takpe la, bungkus jelah. Aku beli jugak kuih masa tu.. bihun yang sikit giler tu.. rasanya dalam 3 suap je makan.. dia charge 30sen.. dahla bila melayan pelanggan tu muka tak penah senyum.. masam je memanjang.. siap jeling2 lagi.. stakat 30sen.. apalah salahnya kalu dermakan je bihun tu kat kitorg.. dahla hari2 beli bihun kat dia.. kalu skang ni, orang derma kat orang mintak sedekat pun kasi paling kurang RM1.... Takpela.. nama pun pembeli kan.. kita jugak yang nak makan.. bayarje lah.. tp skarang dah memang tak singgah dah kat situ.. bihun keras n liat.. sejuk giler plak tu.. macam masak malam semalam...
Sorang lagi mak cik jual nasi lemak n nasi kerabu ayam bakar.. pun dekat area rumah mak. Sedap... sangat sedap nasi dia.. tak lokek langsung.. harini, aku beli nasi lemak, RM1.50.. kasi RM2.. dia cari2 syiling, tak de.. tanya aku.. aku hanya ada 5 sen je dalam purse. Masa dia dok cari2 syiling tu, terpk gak dalam kepala otak, halalkan jela 50sen balance kat makcik tu.. kang nanti kalu dia kasi balik RM1, sure nanti kena datang balik bayar 50sen.. kalu terlupa, tak pasal2 je hutang kat mcik ni. Sekali, dia kasi balik RM1 aku.. katanya, tak pe lah.. tak yah bayar.. memang aku terkejut giler dia halalkan je 50sen tu.. memangla 50sen je.. tp mengingatkan mak cik masam... tak sangka mak cik manis ni, selain dari selalu senyum.. pun tak kedekut n baik hati...
Macam ni la meniaga... bila kita murah hati ngan pelanggan.. lagi banyak pelanggan akan datang.. lagi murah rezeki nanti... moga2 rezeki mak cik manis akan murah n lebih murah lagi pas ni.........
** syoknyer musim cuti skolah.. jalan lenggang je pi opis....

Saturday, November 20, 2010

Setahun sebulan...

14 November 2010... Dah setahun sebulan Aiman... Alhamdulillah membesar dengan sihat even tak banyak berat naik.. masih lagi di kawasan kuning.. achievement Aiman so far..

~ tak leh jalan lagi!!! sangat malas nak berlatih n kekadang nampak macam gayat je bila dah berdiri n nak mula melangkah. then sure akan duduk n terus merangkak balik. tp Aiman dah beberapa kali jugak melangkah setapak dua.. cuma pastu merangkak balik...
~ tak pandai cakap jugak lagi... sebut ibu pun tak pandai. tapi lately perkataan yang selalu kuar mcm "mie.. mie.. ta.. ta.. dah... tu.. tu.. "

~ kalu dengar bunyi azan... serta merta letak jari telunjuk kat mulut yang selalunya hujung jari tu sampai ke dalam lubang hidung.. kira isyarat nak suruh orang diam lah.. kekadang dengar bunyi orang mengaji or takbir raya pun dia wat gini gak. agaknya dia ingat azan jugak kot..

~ kalu tengok aku pakai telekong nak solat, Aiman akan tadah tangan ala2 membaca doa. tapi takde la lama.. kejap je la tadah tangan nyer.. pastu.. sambung main balik... kekadang tu lalu lalang depan sejadah masa aku sembahyang

~ boleh jugakla paham sikit2 arahan orang kasi. mcm suruh dia ambil bola dia yang bergolek ke.. datang kat aku bila aku panggil untuk makan.. or orang marah dia ke..

~ sebelum ni, pandai geleng2 kepala bila kita cakap NO.. skarang, dengan tangan sekali goyang2 bila orang cakap NO. aku pun terkejut tengok masa first time dia wat.. mesti belajar dari kita yang tiap kali cakap NO, tangan pun gerak gak tanda jangan. skarang.. kalu dia wat menda2 yang dia tau orang akan cakap NO, eg nak balik remote ke.. diri depan tv ke.. bila aku panggil je dia.. 'Aiman... ' dia akan awal2 lagi wat gaya tangan NO nieh. hahaha.. sangat comel.. mcm dah tau je orang akan cakap tak leh buat. lagi satu, even dia dah baling remote tu pun lepas orang cakap NO, dia pun akan wat gaya tangan NO jugak...


~ sangat suka kalu orang dukung dia.. kalu aku pegang dia sambil duduk.. sure nak kat orang yang berdiri. pastu kalu orang bawak dia keluar.. lagila suka nak ikut orang lain. tak kisah dah kat ibu dia.. siap boleh lambai2 lagi...

~ suka giler mandi.. skang Aiman mandi pakai air water heater je. tp mesti ada baldi berisi air untuk Aiman main2 tepuk air sambil aku mandikan dia..

~ gigi ada 6!!! pandai dah gosok gigi sendiri. masa mula2 gosokkan gigi untuk Aiman, sure bunyi bising dari mulut dia kuar masa gosok gigi. skarang.. kalu aku nak gosokkan.. kejap je.. then dia tak mo. bila kasi berus gigi suruh gosok sendiri.. haaaa.. pandai la dia pusing2kan berus gigi tu kat dalam mulut dia. sambil2 tu aku pun tolong2 la jugak halakan berus gigi kat tempat yang dia tak buat lagi.. pantang jugak dengar kalu orang cakap 'berus gigi' or 'gigi'.. mesti dia akan nganga mulut, tunjuk jari dalam mulut then wat bunyi 'aaaa... aaaa..'. bunyi Aiman memberus gigi..

Banyak lagi dah Aiman pandai wat skarang.. panjang je akal dia.. seronok melihat telatah dia.. rajin jugak membuli orang.. Sayang Aiman...... =)

Pureen Warehouse

Kali ni Pureen Warehouse aku pegi ngan Nurul n Diana. Diana takde menda nak beli pun.. cuma servey2 untuk next time warehouse. Skarang ni masih terlalu awal... Kol 10 baru gerak dari rumah, en suami pun ikut skali tp drop dia kat Digital Mall. Dah siap pesan awal2.. kitorg akan ada kat warehouse tu dalam 2 jam plus... kenala tawaf digital mall lama2 skit.. Memang jem giler jalan nak masuk ke warehouse ni.. so aku park jauh sikit. Orang jalan kaki lagi cepat sampai dari yang dalam keta.. apa lagi... serbu!!!!


Seperti biasa.. terus ke tempat baju. Kali ni tak plan pun nak beli baju Aiman banyak2. Kalu 'ter'beli tu.. kira nafsu lah.. sebab baju Aiman banyak lagi. Kali ni beli baju yang nisah pesan. Fuhhh.. syok giler shopping untuk nisah sebab dengan budget yang dia bagi.. memang banyak giler dapat baju. Diana ngan aku mengutip2 baju.. dari tempat longgok baju sampaila mengorek bakul2 orang yang dah siap pilih baju yang diorg nak. Rasanya hampir suma bakul2 baju lebih aku korek. Pastu siap ada kat satu kawasan ni, bawah tempat longgok baju ada satu kotak terbukak. Diana tolong cover, aku korek cari baju kat dalam kotak! Hehehe.. dapatla 6-8 helai jugak dari bawah tu..Agaknya ni dia simpan untuk stok esok pulak kot.. sebab baju2 yang dalam kotak tu tak jumpa pun kat tempat longgok2.
Yang bestnyer warehouse kali ni, banyak baju2 baru.. n banyak baju pasangan yang lebih meriah warnanya. Kalu dulu.. baju yang RM3 tu, biasanya banyak base putih, or biru or pink.. tp lebih banyak yang putih la. This time.. sebut je.. segala jenis kaler ada.. merah, kuning, hijau, oren... puas hati giler lah.. lepas pilih untuk nisah.. sempat jugak sambar dalam 7 pasang untuk Aiman n 3 pasang untuk Aqilah. Hahahaha... memang tak dapat la nak menahan nafsu... Seb baik jugakla ada anak sedara pompuan sorang, dapat gak lepas geram beli baju baby pompuan yang comel2... Tapi baju yang aku beli untuk Aiman tu agak besar.. so boleh la pakai nanti2... Boleh pulak jumpa satu baju yang berpasangan ngan seluar yang aku beli pada previous warehouse. Last time.. banyak giler jual seluar tu.. aku panggil seluar penjara sebab dia kaler biru belang2. Kali ni jumpa baju dia pulak. Dapat sepasang baju tido..
Baju baru beli.. seluar beli masa warehouse sebelum nieh
Pas siap pilih baju.. cari barang2 harian pulak. Kali ni tak beli banyak sangat sb last time punya stok beli lebih. Cuma beli pampers je la banyak.. yang lain tu tolong belikan yang orang pesan jek.. Tp sambil beli barang orang pesan, sempat jugak tambah beli barang yang takde dalam list untuk Aiman! Dekat 2 jam lebih gak la shopping, then siap bayar suma. Seb baikla tak hujan.
Hasil perbelanjaan di warehouse.. kotak pampers yang memenuhkan keta..
Balik tu pun jem jugak.. pusing kot jalan2 belakang.. dulu masa belajar kat UM, ada gakla skali skala pusing area belakang tu.. last2 tembus kat Digital Mall ambik en suami.. Balik rumah mak amik Aiman.. then lunch kol 3.30 ptg kat Ani Sup Utara.
Kat Ani Sup Utara, KD. Aiman makan biskut beras baru first time makan..
Sampai rumah.. suma tido kepenatan......