So, sebelum subuh 30 Nov dah gerak ke airport. Aku siap2, tak sempat pun nak siapkan Aiman sebab pagi tu tak sedar jam bunyi. Bila angkat Aiman masuk keta, baru dia terjaga. Then bila kat airport.. tido lagi.. dengan tak mandi, pakai baju tido basahan yang sangatla buruk.. tak macam nak pi oversea.. hehehe...
Ramainyer orang kat lcct macam masa tu dah tengahari sedangkan kitorg sampai pun around kol 5.30 pagi. Kelam kabut masa nak check in sb kaunter lambat bukak. Rasanya kol 6.15 pagi baru bagitau kaunter mana untuk check in. Aku n Wani travel agency dah siap2 online check in so just check in bag je. Mak, maktok n Aiman tak leh sb bawa infant, kena normal check in. Aku n wani join mak check in, skali org jaga tu tak nak check in kan beg kitorg. Dia suruh pegi kat kaunter beg check in jugak. Dahla masa tu 6.30 lebih (boarding kol 6.40), orang beratur panjang gilerrrrr kat beg check in. Berlari2 aku kat kaunter check in tu balik, mintak tolong ngan org kaunter tu. Bleh plak dia kata 'sy dah tutup kaunter..'. Dah tu.. beg kitorg.. takkan tak masuk plane??? Bengang je tapi sebab nak mintak gak dia tolong, merayu jugak aku kat situ. Then dia cakap bolehla.. berlari2 aku panggil wani yang tengah beratur kat belah beg. Dahla jauh.. pastu plak tersalah pi kat gate yang area international. Even manila tu oversea, tp sb flight AK, maka masuk kat area domestic. Berlari2 kitorg sebab masa tu memang lambat giler. Hai la.. aku ni, kalu nak kena pi naik plane, oversea plak tu.. mesti akan jadi cenggini. Rasanya setiap trip.. mesti akan ada kisah berlari2 di airport... Dulu ngan beg je takpe la, skarang.. ngan dukung Aiman lagi..
Ni gambar sambil nak menunggu nak check in. Masa ni relex2 je lagi.. Aiman pun baru bangun tido, so elok je dia dok baik2 atas beg. Mamai lagi.. Leganya bila dah duduk dalam plan. Aiman pun agaknya penat kitorg berlari2 sambil dukung dia, dia pun sama tido jugak.
Bila dah bangun.. terus salin kan Aiman. Tak dapat nak mandikan dia, dahla toilet kecik je, pastu orang dok pusu2 kuar masuk.. jadi Aiman mandi bedak je lah. Elok pulak masa dia bangun tu, kitorg dah abis makan. Bila dah wangi, pas kat mak pulak.. tu yang bukan main Aiman dok atas table tray nieh.. seb baik ringan.. kalu tak sure kena sound ngan peramugari dah. Sebab beli tiket asing, mak and mak tok dok seat lain2 ngan kitorg. Seb baikla seat aku n wani dok ni, ada satu seat kosong. Senangla sikit Aiman nak bergerak, takde la kena duduk atas riba aku je..
Yey... kita dah sampai ye.. udara sejuk je... even sampai tengahari, tp cuaca mendung. Masa beli tiket, main pilih je airline yang murah. Rupanya2 AirAsia punya flight mendarat kat Clark, kira2 2 jam jugakla perjalanan dari airport ke hotel. Dah arrange hotel pickup.. dia plak bawak Sentra je, takde van besar. Bersumbat2 la kitorg dalam keta tuh. Rupa2 nya kat airport tu banyak je keta2 sewa yang bleh bawak kita ke Manila City. Charge dia pun lagi murah dari yang hotel pickup charge. Diorg tolong angkat barang, pastu sibuk mintak tips dalam RM. Maktok baik, pegi kasi RM10. Then amik no diorg.. nanti dari hotel nak ke airport semula boleh guna diorg.. besar n selesa skit.. lagipun murah..
Driver kitorg tu perempuan. Otw ke manila lalu highway je.. n trafic pun tak sesak. Kebetulan hari tu thanksgiving, kat sana public holiday. Tapi driver ni bawak keta melelong2.. kitorg pun naik risau tengok. Pastu asyik tanya je kat kitorg nak pi washroom ke.. beli air ke.. tiap kali pass R&R. Lama2 tengok dia makin melelong.. kitorg pun tak sempat dia tanya, terus mintak stop kat R&R. Buat2 pi toilet.. tp stakat masuk n basuh tangan je.. hehehe.. dia plak isap rokok n pas tu dah tak ngantuk. Pakat gelakkan sesama sendiri sebab tak paham maksud dia tanya banyak kali nak singgah R&R ke tak..
Masuk bandar Manila, baru la nampak cam banyak orang. Driver tu kata ni kira kurang orang lagi sb public holiday. Kalu tak, sure jem jalan. Sampai hotel.... terkejut gak kitorg. Hotel security bukan main ketat, keta masuk dia check, then kat pintu masuk hotel pun dia cek gak. Dengan ada anjing lagi cium2 dekat beg kitorg. Bila hotel tau aku bawak Aiman, diorg pun offer baby cot. FOC... hehee... orang dah nak kasi, kita terima je lah kan.
Abis training.. dah nak malam. Kat manila, kol 5.30 dah masuk maghrib. Kitorg abis keje pun around 6-7pm. Memang dah gelap la. Ingat nak balik naik taxi.. then baru kitorg tau yang hotel tu dekat giler (sblm ni tau la 2 block away.. tp tak sangka dari opis tu pun dah boleh nampak hotel kitorg!). So jalan kaki je balik.. lagi cepat, rasanya dalam 10 minit je dah sampai. Masa ni memang perasan betapa ramainyer rakyat diorg. Di mana2 saja.. memang orang penuh, bas penuh, jipney penuh, van penuh, jalan raya pun penuh ngan keta yang jem. Seb baik jalan kaki.. kalu naik keta, silap2 45 minit gakla baru sampai.
Mall2 kat sini, kol 9pm dah tutup.. jalan bawah tanah tu pulak, kol 10pm dah tutup.. so memang takleh kalu nak kuar malam2. Sebab sampai hotel pun agak lambat, pas siap sembahyang suma, kitorg kuar ke SM mall yang berdekatan je. Jalan kaki dalam 10-15 minit.. sampaila. Tapi nak sampai ke SM mall ni, lalu kat dalam mall2 yang bersambung2an. Tak rasa la sangat jalan jauh, sibuk tengok kedai2 yang semuanya sale. Decoration christmas pun dah siap.. so memang lampu berwarna warni.
SM ni kalu kat msia ala2 jusco ke.. giant ke.. kira mall yang ada mcm2.. n bleh kata merata2 ada. Harga pun murah jugak. Hmmm.. maybe sebab sale kot, tu yang murah. Dapat jugak jumpa kasut satu untuk Aiman. Suka besar Aiman jalan bila dah pakaikan kasut tu. Nak plak ada bunyi.. lagi la dia xcited jalan laju2.
Day 4... siang kitorg pegi training, mak tok, mak n Aiman keluar pi Rizal Park. Park biasa je, ada monumen n pokok2. Memenuhkan masa waktu siang. Alkisah yang maktok n mak pun ikut ke manila, sepupu mak tok ada sorang baru keje kat embassy Malaysia di Manila. Baru je tau masa raya haji aritu. So alang2 ada kesempatan datang manila, maka kitorg pun visitla rumah dia. Dijamu ngan sambal belacan n ulam2... perghhh.. bertambah suma orang makan. So malam hari ke4 ni, kitorg lepak2 kat umah dia je. Rupanya rumah dia pun tak jauh sangat dari hotel kitorg. Balik tu dia anto kitorg balik hotel tp sempat pusing2 makati city dulu.. tengok decoration bangunan2 sempena Christmas.Abis satu rumah dia kitorg pusing. Aiman berkenan sungguh nak main kat tangga rumah dia. Sebab landai.. syok jugak main cak cak ngan wani n tracy.
Day 5... training arini separuh hari je. Yeah... seronok sebab petang tu boleh pegi shopping. Farewell lunch kat Persian Grill.. tempat yang hari2 kitorg order nasi suruh deliver kat hotel n opis untuk lunch. Kedai nyer dekat je.. kecik je tp penuh ngan orang. Agaknya sebab lunch time masa tu. Fav food kitorg BBQ Chicken dah abis.. agaknya sebab seminggu ni asyik kitorg je order.. sampai abis dah stok dia. Hehehehe... ada serve Cherry Coke. Tak penah jumpa.. tp bila rasa terus pening. Kotla ada alkohol kan.. takde pun sebenarnya tp maybe sebab kita tak biasa minum, tu yang sampai pening.
Sampai hotel, siap2 semayang asar, then terus ke Greenhills skali lagi! Kali ni memang shopping sampai kedai tutup. Sembahyang maghrib kat sini.. ada 2 kedai halal kat sebelah surau. Makan nasi kat situ.. then sambung balik shopping. Beli tshirt, pearl, souvenir, handbag, baju, mainan Aiman.. hehehe.. sampai penuh bonet teksi. Seronoknyer teksi kat sini, dia kasi je kita naik 5 orang. Biasa kalu kat msia, jalan 5 orang, mesti kena amik 2 teksi. Ni masukla ramai mana pun, janji muat kita dok dalam tu.Dah siap shopping.. Aiman pun dah tertido sebab penat. Bila Aiman tido, mak tok pegang.. aku hilang pi shopping lagi! Hehehe... kalula duit banyak, memang selori bawak balik.. suma menda menarik nak beli.
Last day... beg beranak ranak.. memang dah sedia bawak beg xtra pun.. sempat amik gambo last dengan tracy.. flight dia petang, so kitorg jalan dulu.
Seb baik pegi airport naik kereta sewa yang jumpa kat airport masa datang aritu. Naik van pregio.. muat suma beg2 yang dah beranak ni. Otw ke airport, suma tido. Penat sb pagi tu kuar awal giler..
1 comment:
comel aiman duduk kat trolley beg tu.. macam big boy! hehe..
Post a Comment