Friday, December 10, 2010

Aiman's first step

Lambatnyer la Aiman nak boleh berjalan.. masa pi cucuk kat kk awal minggu aritu, tengok budak2 yang lagi muda dari Aiman pun dah pandai jalan. Ada gak yang kata, budak2 ni, kalu 10 bulan tak leh jalan, then maybe 1 tahun, kalu tak leh gak, maybe 1 tahun 2 bulan.. so skarang.. Aiman dah lepas 1 tahun.. hopefully by next week which is birthday Aiman 1 tahun 2 bulan dah bolehla jalan ye.

Aiman mula start berlatih jalan lebih dari 2 tapak masa kat Manila aritu. Kat Manila tu beli kasut kat Aiman, excited je dia nak jalan dengan orang pegang tangan kiri kanan sebab nak dengar bunyi kasut dia yang berbunyi2 setiap kali pijak. Bila kat hotel, mak n mak tok pun rajin suruh dia jalan tp still langkah tak lebih dari 4-5 langkah lagi. Tapi okla, sb sebelum ni, dah pandai diri tp untuk mulakan first step tu, Aiman macam gayat skit.

Bila dah balik m'sia.. dah makin rajin nak praktis jalan2 sendiri. 2-3 hari ni pun.. dah mula dapat 10 langkah lebih dah. Kalu terjatuh or terduduk.. ada inisiatif sendiri nak bangun balik n sambung balik jalan. Suka sangat bila dia dah jalan n orang dah makin dekat ngan dia.. dalam lagi 2-3 langkah.. mesti laju2 jalan then sembamkan badan kat kita.. Semalam peningkatan terbaru, dah boleh jalan then pusing.. tanpa jatuh.. hehehe...

So Aiman comel... berusaha ye............


video

No comments: