Monday, September 24, 2012

KK Visit Sept 2012





19 Sept 2012 :

rasanya dekat setengah tahun jugak kot x pi kk. patut aritu pi bulan 4 tapi Aiman masuk hospital plak masa tu. kebetulan plak visit yg just check up, xde cucuk, so aku pun skipped je lah. skang Amni dah setahun, baru menggagau cari buku n call untuk buat appiontment. nak plak aiman baru kena chic pox. tapi kalu amni kena pun, memang dah dipasrahkan je, mana nak lari. biarla kecik2 kena.. nanti parut boleh senang hilang.

berbalik pada check up, skang aku akan pilih kol11, memang sangat senang sebab orang dah xde. tunggu nurse cari kad, terus timbang, kejap je dah panggil masuk bilik nurse. kali ni pun mak x teman sb mak ikut ayah pi cameron highland. seb baik 2-2 behave dalam keta otw pegi n balik. nurse panggil, masuk dalam, rupanya nurse yang akan check tu nurse baru. tepi dia ada akak ala2 pangkat makcik jugak ngan aku tengah berdiri pakai baju lab coat tu. tengok sekali lagi, nampak dia tulis 'pengajar' kat baju dia. agaknya budak ni tengah ada assesmentkot so aku layankan je la. punyala budak ni nerveous sampai tunggang langgang jadi checkupnya.

sampaikan boleh lupa bahagian kepala yang mana nak kenacheck. eh.. memula pasal berat... dia mcm tulis je berat Amni 6.7 kg kat buku, pastu terus sibuk nak cek kepala amni

pengajar : ok ke berat baby tu?
nurse : (tengok no tu kejap) emmm... ok berat dia
pengajar : macam tu awak tengok beratbaby? pandang nojedahtauberat dia ok?
nurse : (tengok lagi no berat yg dia tulis) ok ni.. berat dia ok
pengajar : mana boleh tengok mcm tu!! (suara dah sedikit tinggi) mana graf? berat dah plot blom kat graf?

terkial2 nurse tu bukak graf. graf x plot lg, dah kena marah lg. makin gelabah la budak tu. aku, aiman n amni dah terkepit kat situasi tu. xtau nak react camne. buat2 pandang tempat lain mcm xpaham je la. tp pengajar tu bagus la, dia notify aku, cakap 'sekejap ye puan..'. cuma yg aku xtahan bila tengoknurse tu kena marah. tu kira sikit... sampaikan pengajar tu boleh cakap pas tu 'awak jangan buatkan saya jerit kat sini! semalam sy buat dah .. sy dah xnak jerit harini. awak jgn buat sy jerit...' tapi memang.. pada aku prestasi nurse ni agak teruk. sampaikan nak plot graf pun x reti. pembaris pun xde! rasanya pembaris tu menda wajib kot kena ada dlm poket nutse. dah kena marah lagi. lepas tu salah lagi cek bahagian kepala amni. 2-3 kali kena asak ditanya betul ke x apa yg dia cek, last2 pengajar tu sendiri yg cek, tunjuk bahagian mana yg sepatutnya. lepas tu pulak, nak test amni ngan set mainan utk umur setahun. xcukup pulak barang2 nyer. pegi cari.. punyala lama. sampai pengajar tu mintak maaf lagi ngan aku. dah bwk setnya, mainan tu boleh pulak letak dalam beg yg pttnya isi ubat! kena marah jugak lagi, ngan mainan yg still xcukup lengkap. Amni dah mula naik atas meja dah, abis pen nurse tu dia pegang buat main.

last2 pengajar ni suruh panggil suma batch nurse2 baru yg wat praktikal. suruh tutup pintu belah kiri n kanan yg attach ngan bilik sebelah. tinggal diorg ngan aku, aiman n amni je. menjerit2 pengajar dia tu marah budak2 ni. yg nurse ni plak asyik dok sengih2 je dari tadi. buat salah pun mcm xde rasa bersalah. hadoi, nasik ko la dik dapat anak akak yang memang bermasalah.

amni berat dari line kuning makin ke bawah dah. ye la, raya aritu sakit, memang xmakan langsung. ngan ruam kat bontot lg, tekak... pastu, development percakapan amni lambat berbanding yg sepatutnya di umur 1 tahun. ikutkan, amni sepatutnya ada few words yg dia boleh sebut yg dia sendiri paham maknanya. macam 'mama', 'papa' , 'nak', 'nenen'... apa2 lah, tp amni ni suma menda akan kuar bunyi 'ek...ek..' . kalu stakat sebut mamamamama tu kekadang terkeluar je tapi bunyi yg xbermaksud lah. so bila anak yg ada problem ni, lgla kena tanya mcm2 kan, pastu dengan nurse yg kelam kabut ni, makin haru. jadinya sebab asyik salah tanya, pastu kena marah. even aku yg bukan belajar nursing ni pun boleh tahusoalan yg dia tanya tu salah. makin berasap2 pengajarnya. aku still maintain muka mcm xreti, xpaham, xpandai... ala2 biarkan je nurse ni tanya apa yg dia patut buat n tanya. kesian kat dia.. kalu kita xbagi peluang, sama naik marah or sibuk nak balik jugak, lg la susah nurse ni nanti kan.

aiman pun problem berat jugak. dengan chicken pox yg masih berbaki.. tp kebanyakannya dah kering. boleh pulak budak yg banyak cakap ni jadi pemalu, nurse tanya... diam je xmo jawab. buat muka xtahu, sibuk main building block. last2 tu sb dah lama sangat layan pengajar tu marah nuse, aiman pun stat ckp mcm2 ngan aku. sebab berat aiman n amni sangat kurang, sebulan lg kena datang. pttnya 3 bulan sekali. diorg nak monitor berat dan mugak progress ckp amni. kalu x ok, kena refer ke doctor. punyala lama cek kan, sampai time aiman siap cek tu, amni dah tertido dlm dukungan aku. xminum susu pun. rasanya sejam lebih aku dalam bilik tu, sampai kol 1.30 petang!! fuhhh... memang lama. pastu amni cucuk setahun, then terus balik. memang sangat penat. penat melayan nurse tu. aiman seb baik ok, behave xberlari2 n mintak nak main gelongsor. sebelum datang aku dah pesan xleh main sebab aiman ada bintik2. nanti jangkit kat orang. memang kitorg dok jauh dari orang. kesian jugak tgk dia dok pandang je budak2 main.. tapi.. macamla kat rumah xde!

so misi skang, kasi makan banyak2 dua budak ringan ni.. banyakkan praktis ckp ngan amni jugak. amni sebenarnya paham je apa kita ckp, mcm mintak menda, suruh bagi benda kat ayah ke, aiman ke.. dia boleh paham n buat ikut arahan. cuma tu la, mahal sangat bak kuar suara utk bercakap. tapi seingat aku, aiman dulu pun kena tegur jugak pasal ckp lambat ni... diorg ni nak kena tegur dulu ni... baru boleh..

klah, tunggu next report dari kk lagi ye.....



No comments: