Lambat giler nak kuarkan post raya tahun ni.. last year raya sambil berpantang.. tahun ni raya dengan anak 2! So kita citer serba sikit la yek..
Beraya kat BP, tapi hari jumaat sebelum raya tu Amni dah start demam. Sabtu sebelum raya pi hospital, dapatkan ubat demam ,batuk n selsema. Standby siap2 sebab tau nanti masa raya mesti susah nak jumpa klinik. Ari sabtu ni pun pegi hospital sebab klinik kanak2 suma dah tutup.
Malam raya.. Aiman boleh tertido awal dan bangun balik lewat malam tu. Makanya... sampai ke pagi raya la dok main + tengok tv. Sebab Amni x berapa sihat, so dia banyak tido.. so dapatla aku pi solat raya yang jarak 100m je dari rumah. Aiman pun macam excited nak ikut, aku pun bawakla. Tak ramai pun jemmah pompuan, x sampai 3 saf pun penuh. So dapatla aku dok tepi skali, Aiman dok diam2. Dia pun mcm dah ngantuk kan, masa dah abis khutbah, dok baca doa tu, Aiman dah datang peluk aku sambil pejam mata. Owh no... abis je doa, terus cepat2 ajak Aiman jalan keluar. Salam pun dengan yang mana dan je. Ye la, kalu Aiman tido, mau aku kena dukung Aiman balik rumah. Umah mil aku atas bukit, masjid bawah bukit even jarak yang sangat dekat. Bukit curam ok... Dah sampai rumah, seronok pulak orang siap2 nak keluar, last2 Aiman tido dalam keta. Biasala, lepas solat raya, memang family en suami suma akan balik kampung en suami kat Pontian. Seharian la sampai malam kitorg kat sana..
Aiman dah lemau2 sebab ngantuk. Ambik gambo pun asyik dok buat mimik muka yang macam2..
Like father, like daughter.. hahaha.. apsal 2-2 boleh buat muka sepesen nieh?
Bersama atuk n nenek... Cucu kesayangan nieh..
Dengan MIL. Tengok Aiman buat muka..
With pak ngan n mak ngah.. Amni sibuk nak kasi makanan apa ntah kat Aiman.. nak dapat gambar ni pun punyala payah..
Raya ke 2 dok rumah je, sebab memang tiap2 tahun mil akan buat laksa johor n suma adik beradik mil n fil akan datang beraya. Penuh rumah... dari tghari sampai petang.
Malamnyer, kitorg gerak balik Kota dan plannyer nak rehat kejap, load barang then terus balik SP. Sekali, sampai KL, suhu badan Aiman naik tinggi giler! Amni pun sama. Ntahla, mungkin jugak sebab aircond keta.. So kitorg terpaksa hold dulu trip balik SP dan tengok esoknya diorg punya suhu badan ok tak. Risau jugak kalu teruskan jugak journey, diorg ni lagi teruk demamnyer..
Gambar Aiman kat rumah di Kota. Kepala dibasahkan ngan kain, badan pun aku balut jugak ngan kain basah.
Esok paginya, Aiman n Amni dah ok. So dalam tengahari, kitorg gerak balik SP tapi singgah Ipoh dulu. Ye la, family belah ayah aku kan kat Ipoh. Visit tok, pah n makcik pakcik yg kat ipoh. Tapi dapat pegi 3 rumah je sebab yang lain takde, jalan beraya. Lupa sangat nak amik gambo Aiman n Amni ngan tok n pah. Rasanya ada kot, dalam kamera Adilah. So far dari KL sampai Ipoh tu Aiman n Amni tak demam dan aku pun mesti kasi diorg makan ubat on time.
Gerak dari Ipoh sebelum maghrib, okla, jalan pun clear, tak jem sangat. Nak dekat Juru tu baru ada jem, eksiden. Sampai je SP, badan Aiman dah stat panas balik. Masa tu dalam kol 10 malam. Terus pi klinik yang 24 jam tapi ramainyer la manusia. Aiman pun dah start batuk.. adala muntah skali dalam keta, masa tu nak sampai SP dah. Kebetulan jugak farmasi sebelah klinik tu bukak. Bagusla SP ni, klinik 24 jam, banyak bukak, pastu ada pulak farmasi bukak 16 jam. So tengah2 malam pun still boleh beli ubat lagi. Sebab lama sangat nak tunggu kat klinik, suma pun penat, so beli je ubat batuk then terus ke rumah mak tok.
Sepanjang 2 hari kat rumah mak tok, raya ke 4 dan 5, memang tak pi mana. Aiman sakit teruk. Demam, batuk, selsema.. Amni macam dah ok, tak demam dah. Tinggal batuk sikit ngan selsema je. Aiman punya batuk tu, sampaikan muntah habis. Baju raya dah tak pakai dah, suma pakai baju buruk2 je sebab kejap je pakai, dah muntah. Kesian tengok Aiman sebab dia lapar, mintak nak milo, nak makan.. tapi lepas tu, batuk, terus muntah balik suma. Menempek je atas kusi, tengok tv. Petang 1st day kat SP tu memang nak bawak pi klinik, sekali hujan lebat sampai esok paginya. Petang khamis tu lepas muntah2 lagi.. bawakla pi klinik kanak2. Seb baik bukak.. depan doc tu jugak Aiman muntah then doc advise utk pakai nab. Okla, sebab lepas nab je, terus kurang Aiman batuk, siap boleh lompat2 bagai. Sebab Aiman mcm dah ok, kitorg pun decide terus balik KL, sebab kalu teruk balik ke esoknya, boleh terus pi hospital je. Kat SP, kalu masuk hospital, kang kena tahan lama, satu keje plak nak uruskan suma, ngan nak pegi keje lagi.
Owh.. mak kitorg jumpa kat Ipoh. Pun xsempat nak amik gambo. Mak balik cepat sebab cik nak balik US hari jumaat. Alhamdulillah, trip back to KL berjalan dengan sangat lancar.. xjem.. Aiman n Amni pun dah ok. Cuma Aiman still ada batuk sikit2, demam dah takde.
Salam raya ngan nenek SP. Masa ni sebelum balik KL. Kesian kat orang SP, tak sempat nak main2 ngan Aiman or Amni sebab 2-2 pun merengek + menempek baring je sebab sakit. Amni okla, tapi ada masa tu merengek jugak. Hopefully dapat balik lagi soon..
Serius tak tipu... memang aku tak puas balik SP. Terima kasih kat maktih, paksu.. datang rumah maktok tengok kitorg.. sedangkan kitorg yang muda ni patut pi rumah maktih n paksu. Tapi sebab budak2 ni tak sihat, terpaksa dok rumah je..
Amni dengan nenek n tok teh. Nanti bulan 12 nenek dah janji nak datang KL. Tok teh plak, kalu ada kursus kat KL, jangan lupa visit kitorg tau.. Ambik flight awal datang KL, balik kedah flight paling lambat..
Akhir kata.. moga kita bertemu lagi dengan ramadhan dan syawal tahun hadapan. InsyaAllah... baru sehari pakai baju raya nieh... huhuhu....
No comments:
Post a Comment