Thursday, September 27, 2012

Oh My English!!

Semalam bos panggil.. katanya TW akan buat internal english class...
3 hours every morning.. every day.. for 4 weeks!!!
Wow... terkedu kejap aku.. lama tu.. bos tanya, nak join x?
Dia offer kat orang2 yang biasanya dok kat opis..
Course covered writing skill, grammar, conversation.. banyak lagila but for business use lah..
Lama gak terdiam, nak ke x nak.. nak ke x nak..
Macam menarik, bukan senang nak dapat kursus english free cenggini..
Tapi, 3 jam? 4 weeks? setiap hari?
Dahla wani skang tengah maternity leave..
Kang sebab nak join class ni, hari2 kena balik lewat sebab nak siapkan keje..
Tu yang xmo tuh..
Tapi.. selama ni dok pegi training sana sini TW hantar, xkanla training in house nak tolak plak kan?
So aku pun terima la, lagipun... memang penting pun belajar n english aku pun bukanla bagus sangat pun..
Aku rasa kalu gred aku dulu ok (bukan bagus).. tu mcm nasib baik je..
Cuma yang seronoknya.. most of kitorg2 yang dok opis ni dari kayangan (floor atas opis aku ni)..
So ramai la warga kayangan akan memeriahkan kelas ni..
K milin, Aisyah, Diana.. so excited..
Katanya maybe October start.. pastu kalu ada hari yang mc ke.. nak kena amik cuti ke.. bukanla xleh..
Boleh je.. sebab kelas tu memang dah hari2 pun kan..
Harap2 x sampai kena balik siapkan keje yang tertangguh sudah..
Mood "OH MY ENGLISH" sudah mari!!!!!!

@6.35 am

mula dah..... x sampai sejam bangun dau cenggini mainnyer. kalu xbagi main, kang kata menyekat perkembangan anak plak... main je la korang... jap lagi ibu piat telinga aiman...

Tuesday, September 25, 2012

Bila nak tido...

Amboi.... cerah betul mata awak... bila nak tido nieh? Semalam pegi Putrajaya, atuk n nenek diorg datang so kitorg dinner umah my sil. Dalam kereta balik rumah diorg dah tido, makanya bila sampai rumah 2-2 segar bugar. Xde maknanya nak tido balik.. last2 kol 3 baru tido.. owh… kepala ibu yang dah weng.. rasanya seminggu dah gini, even weekend haritu, hari sabtu je dapat bangun pagi lambat.. sedar2 dah kol 11.30 pagi! Hehehe.. tp still x cukup…




Sent from my iPhone

Monday, September 24, 2012

Sakitla Amni...

Adoila sejak weekend baru i, Amni bila bf, dia suka sangat gigit!! isap 3 kali, digigitnya.. pastu isap lg 3x, gigit lagi. waaaaaaa.... sakit giler tau. memang gigit guna gigi, tu xplus pakej gigit dan tarik. Hadoi.. nak wat camne ni, bila marah, nangis. bila cakap 'no..no..' sambil tunjuk sign tangan NO, dia gelak pastu buat lagi plak. semalam Amni gigit xnak lepas sampai aku tekan pipi nak suruh bukak mulut. memang nak nangis dah rasa. jangan kata nak nangis, rasa macam nak stop bf pun ada. sapa ye biasa kena ngan anak yg umur dalam setahun? agak2 lama x? adoi, memang xsanggup kena lg sb sakit sangat. aku pun rasa mcm fobia dah everytime nak bf.

dahla Amni... jangan gigit2 lg.. kang ibu kasi botol terus kang. dah 1 keje plaknak kena selaluanaskan susu eecially ygh malam

KK Visit Sept 2012





19 Sept 2012 :

rasanya dekat setengah tahun jugak kot x pi kk. patut aritu pi bulan 4 tapi Aiman masuk hospital plak masa tu. kebetulan plak visit yg just check up, xde cucuk, so aku pun skipped je lah. skang Amni dah setahun, baru menggagau cari buku n call untuk buat appiontment. nak plak aiman baru kena chic pox. tapi kalu amni kena pun, memang dah dipasrahkan je, mana nak lari. biarla kecik2 kena.. nanti parut boleh senang hilang.

berbalik pada check up, skang aku akan pilih kol11, memang sangat senang sebab orang dah xde. tunggu nurse cari kad, terus timbang, kejap je dah panggil masuk bilik nurse. kali ni pun mak x teman sb mak ikut ayah pi cameron highland. seb baik 2-2 behave dalam keta otw pegi n balik. nurse panggil, masuk dalam, rupanya nurse yang akan check tu nurse baru. tepi dia ada akak ala2 pangkat makcik jugak ngan aku tengah berdiri pakai baju lab coat tu. tengok sekali lagi, nampak dia tulis 'pengajar' kat baju dia. agaknya budak ni tengah ada assesmentkot so aku layankan je la. punyala budak ni nerveous sampai tunggang langgang jadi checkupnya.

sampaikan boleh lupa bahagian kepala yang mana nak kenacheck. eh.. memula pasal berat... dia mcm tulis je berat Amni 6.7 kg kat buku, pastu terus sibuk nak cek kepala amni

pengajar : ok ke berat baby tu?
nurse : (tengok no tu kejap) emmm... ok berat dia
pengajar : macam tu awak tengok beratbaby? pandang nojedahtauberat dia ok?
nurse : (tengok lagi no berat yg dia tulis) ok ni.. berat dia ok
pengajar : mana boleh tengok mcm tu!! (suara dah sedikit tinggi) mana graf? berat dah plot blom kat graf?

terkial2 nurse tu bukak graf. graf x plot lg, dah kena marah lg. makin gelabah la budak tu. aku, aiman n amni dah terkepit kat situasi tu. xtau nak react camne. buat2 pandang tempat lain mcm xpaham je la. tp pengajar tu bagus la, dia notify aku, cakap 'sekejap ye puan..'. cuma yg aku xtahan bila tengoknurse tu kena marah. tu kira sikit... sampaikan pengajar tu boleh cakap pas tu 'awak jangan buatkan saya jerit kat sini! semalam sy buat dah .. sy dah xnak jerit harini. awak jgn buat sy jerit...' tapi memang.. pada aku prestasi nurse ni agak teruk. sampaikan nak plot graf pun x reti. pembaris pun xde! rasanya pembaris tu menda wajib kot kena ada dlm poket nutse. dah kena marah lagi. lepas tu salah lagi cek bahagian kepala amni. 2-3 kali kena asak ditanya betul ke x apa yg dia cek, last2 pengajar tu sendiri yg cek, tunjuk bahagian mana yg sepatutnya. lepas tu pulak, nak test amni ngan set mainan utk umur setahun. xcukup pulak barang2 nyer. pegi cari.. punyala lama. sampai pengajar tu mintak maaf lagi ngan aku. dah bwk setnya, mainan tu boleh pulak letak dalam beg yg pttnya isi ubat! kena marah jugak lagi, ngan mainan yg still xcukup lengkap. Amni dah mula naik atas meja dah, abis pen nurse tu dia pegang buat main.

last2 pengajar ni suruh panggil suma batch nurse2 baru yg wat praktikal. suruh tutup pintu belah kiri n kanan yg attach ngan bilik sebelah. tinggal diorg ngan aku, aiman n amni je. menjerit2 pengajar dia tu marah budak2 ni. yg nurse ni plak asyik dok sengih2 je dari tadi. buat salah pun mcm xde rasa bersalah. hadoi, nasik ko la dik dapat anak akak yang memang bermasalah.

amni berat dari line kuning makin ke bawah dah. ye la, raya aritu sakit, memang xmakan langsung. ngan ruam kat bontot lg, tekak... pastu, development percakapan amni lambat berbanding yg sepatutnya di umur 1 tahun. ikutkan, amni sepatutnya ada few words yg dia boleh sebut yg dia sendiri paham maknanya. macam 'mama', 'papa' , 'nak', 'nenen'... apa2 lah, tp amni ni suma menda akan kuar bunyi 'ek...ek..' . kalu stakat sebut mamamamama tu kekadang terkeluar je tapi bunyi yg xbermaksud lah. so bila anak yg ada problem ni, lgla kena tanya mcm2 kan, pastu dengan nurse yg kelam kabut ni, makin haru. jadinya sebab asyik salah tanya, pastu kena marah. even aku yg bukan belajar nursing ni pun boleh tahusoalan yg dia tanya tu salah. makin berasap2 pengajarnya. aku still maintain muka mcm xreti, xpaham, xpandai... ala2 biarkan je nurse ni tanya apa yg dia patut buat n tanya. kesian kat dia.. kalu kita xbagi peluang, sama naik marah or sibuk nak balik jugak, lg la susah nurse ni nanti kan.

aiman pun problem berat jugak. dengan chicken pox yg masih berbaki.. tp kebanyakannya dah kering. boleh pulak budak yg banyak cakap ni jadi pemalu, nurse tanya... diam je xmo jawab. buat muka xtahu, sibuk main building block. last2 tu sb dah lama sangat layan pengajar tu marah nuse, aiman pun stat ckp mcm2 ngan aku. sebab berat aiman n amni sangat kurang, sebulan lg kena datang. pttnya 3 bulan sekali. diorg nak monitor berat dan mugak progress ckp amni. kalu x ok, kena refer ke doctor. punyala lama cek kan, sampai time aiman siap cek tu, amni dah tertido dlm dukungan aku. xminum susu pun. rasanya sejam lebih aku dalam bilik tu, sampai kol 1.30 petang!! fuhhh... memang lama. pastu amni cucuk setahun, then terus balik. memang sangat penat. penat melayan nurse tu. aiman seb baik ok, behave xberlari2 n mintak nak main gelongsor. sebelum datang aku dah pesan xleh main sebab aiman ada bintik2. nanti jangkit kat orang. memang kitorg dok jauh dari orang. kesian jugak tgk dia dok pandang je budak2 main.. tapi.. macamla kat rumah xde!

so misi skang, kasi makan banyak2 dua budak ringan ni.. banyakkan praktis ckp ngan amni jugak. amni sebenarnya paham je apa kita ckp, mcm mintak menda, suruh bagi benda kat ayah ke, aiman ke.. dia boleh paham n buat ikut arahan. cuma tu la, mahal sangat bak kuar suara utk bercakap. tapi seingat aku, aiman dulu pun kena tegur jugak pasal ckp lambat ni... diorg ni nak kena tegur dulu ni... baru boleh..

klah, tunggu next report dari kk lagi ye.....



Sunday, September 23, 2012

Thursday, September 20, 2012

Yang Maha Adil

Kekadang, terlalu kelam kabut di rumah
Tak terkejar menyiapkan suma keje, pasti ada yg on-hold dan delay
Minggu ni sangatla sukar dalam menguruskan hal2 rumah
Tapi Alhamdulillah.. kerja2 di opis semuanya berjalan dengan lancar
Sangat terasa kelancarannya kerana terlalu banyak urgent shipment with last minute notice
Tapi dapat diselesaikan dengan mudah
Seperti Allah telah memudahkan laluan kerja itu
Moga kerja2 rumah juga akan dipermudahkan
Soon... InsyaAllah..

**tp xmo la pulak keje opis jadi susah ;)

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Expect the unexpected

Hmmmm.. Bila dah jadi orang dewasa, terutamanya dah jadi mak kepada 2 anak, memangla sgt kena expect the unexpected. Kalaulah hari2 ku berlalu dengan smooth skali, terutama di waktu pagi sebelum pegi keje, itula antara nikmat yang Allah bagi.

Semalam, elok je Aiman n Amni tido kol 11 malam. Pada aku, timing tu xde la kira lambat, xjugak awal. Cun la tido kol 11, bangun kol 6. 7 jam aku target anak2 tido. Sempat siap2 iron baju n tudung utk pegi keje arini, supaya xlambat n kelam kabut. Sekali... Kol 2 Aiman bangun. Nak milo.. Bukan minum banyak pun, seteguk je. Nak tengok tv, aku xkasi, so masuk bilik main n aku tido. Dah Aiman menjagakan Amni, aku pun tido2 ayam, diorg mainla sesama apa2 yg ada dalam bilik. Menjelang kol 4 pagi, Aiman dah xlarat main, mulala usik Amni. Last2 bising, suma aku bawak turun, bukak tv. Aku sambung tido atas sofa. Sejam elok main bersama, Aiman stat punggah building blocks. Amni pegi dekat, kena marah, kena tolak dek Aiman sebab kacau. Last2 nangis, Aiman pun xnak kongsi, aku bawak Amni naik atas tido. Amni pun dah penat, tido la balik ngan aku around kol 5.

Kol 6 jaga, turun bawah nak masak nasi, nampak Aiman dok diam tgk tv sambil tangan dalam seluar. Aku tegur.. 'Aiman yak ke?' 'Jangan kacau!!'.. Aiman jerit. Hihi, tau la tu memang berak. Siap letak nasi atas api, nak naikla solat subuh, sekali Aiman panggil. 'Ibu, Aiman yak kat sini.. sini.. sini..'. Wahhh.. Banyaknyer.. Aku pegi dekat tengok, Aiman dah sapu yak dia kat carpet! Seb baik carpet aku jenis yg kain span boleh masuk mesin. Terus ajak masuk toilet basuh. Angin apa ntah sampai habis 2 belah tangan kena yak. Huhuhu.... Dengan seluar, baju pun kena jugak. Terus mandikan. Dah siap2 suma, tetiba Amni plak jaga then ada bau.. Sorang lagi pulak nak kena basuh. Pagi2, bila kita kelam kabut nak pi keje, time tu jugakla macam2 jadi. Bila aku nak tapaukan nasi utk Aiman makan kat rumah nanny, dah Aiman mintak nak makan nasi. Bila mintak tu, xnyempat2 nak tunggu sampai rumah nanny, nak jugak makan sekarang. Mengenangkan dia jaga lama dah, memang logik pun akan lapar. Bila aku hidang nasi ngan ikan bilis, last2 ratah ikan bilis je! Mujur xberebut ngan Amni, kalu x lagi pening aku nak melayan. Last2, time aku siap nak pakai tudung, Aiman tertido sendiri depan tv. Penat sangatla tu. Amni pun boleh pulak amik sendiri susu bekalan umah tokwan yg memang aku dah letak dlm botol, baring sebelah Aiman yang tido minum sendiri. Aman la sikit rasa, tapi masa tu dah kol 8 lebih!! Memang dah lambat sgt kalu ikutkan timing biasa ke opis. Seb baikla semalam aku pegi hantar tender dulu, maka kuar lambat skit pun xpe.

Itula.. Camne pun kita plan, siapkan sebanyak keje dari awal.. perkara2 yg xdijangka pastinya akan ada. Terpaksa sediakan diri untuk menguruskan hal2 macam ni, kalu x boleh mengamuk + nangis sorang2. What I want now.. is just a lovely n calm n no stress weekend.. Please come to me ASAP... Hahahahahaha....
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Keluarga Iskandar

Aku suka tengok citer ni. Kisah dia mmg mcm kisah seharian hidup orang yg biasa. Kisah kekeluargaan yg seronoklah pendek kata. Kekadang kalu xsempat nak tengok on time, aku tengok yg ulangan, n skarang dah rakam every episode. Tengok x tengok, belakang citer.

Lunch tadi kitorg pegi tapau kat Nasi Kandar Pelita kat SS15 Subang Jaya nieh. Aku sorang je turun, Ila tunggu keta sebab xde parking. Sambil tunggu mamak ni bungkus, nampak minah mat salleh tapau nasi. Sekali mamak ni cakap melayu ngan dia. Bila dia datang dekat ngan aku nak pilih ayam, baru nampak n rasanya macam Susan Lancester (sorryla kalu salah eja nama ayah dia). Ish... Memang rasa nak tegur sangat2. Dahla xde orang lain pun, aku ngan dia je. Tapi dia pakai spek besar, so aku pun mcm serba salah takut salah orang sebab xnampak muka dia full. Rambut macam dah sama, suara pun sama. Memangla, aku asyik dok pk n pk n pk n pk nak tegur ke x. Aku ni bukan jenis suka tegur artis pun even penahla nampak artis beberapa kali semenjak dok kl ni. Aku selalu rasa mcm kalu aku tegur, nampak mcm aku fanatic sangat minat, xpun buatkan artis tu perasan glemer. Owh... Tp memang akui rasa menyesal xtegur dia. Sebab aku rasa citer keluarga Iskandar tu sangat best, unik.. even mungkin ramai dah pun bgtau dia yg citer tu best, aku pun rasa macam nak jadi antara orang yg bgtau pelakon citer tu yg citer diorg best. Hehehehehe..

Tp nak wat camne, sampai sudah xtegur pun. Tapi dok terbayang + pikir nak tegur ke x punya pasal, aku sampai terlupa nak amik papadom free dan terlebih sebungkus nasi aku order. Dahla sebungkus RM7! Cessss... Ni suma salah keluarga iskandar sampai aku yg rugi.... Seb baik citer best! Ngeeeee...

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Saturday, September 8, 2012

Permata hatiku...

apa suma tengok tempat lain nieh... tp dlm 4 keping, yg ni je boleh diterima....

Friday, September 7, 2012

Aidilfitri

Lambat giler nak kuarkan post raya tahun ni.. last year raya sambil berpantang.. tahun ni raya dengan anak 2! So kita citer serba sikit la yek..
 
 
Beraya kat BP, tapi hari jumaat sebelum raya tu Amni dah start demam. Sabtu sebelum raya pi hospital, dapatkan ubat demam ,batuk n selsema. Standby siap2 sebab tau nanti masa raya mesti susah nak jumpa klinik. Ari sabtu ni pun pegi hospital sebab klinik kanak2 suma dah tutup.
Malam raya.. Aiman boleh tertido awal dan bangun balik lewat malam tu. Makanya... sampai ke pagi raya la dok main + tengok tv. Sebab Amni x berapa sihat, so dia banyak tido.. so dapatla aku pi solat raya yang jarak 100m je dari rumah. Aiman pun macam excited nak ikut, aku pun bawakla. Tak ramai pun jemmah pompuan, x sampai 3 saf pun penuh. So dapatla aku dok tepi skali, Aiman dok diam2. Dia pun mcm dah ngantuk kan, masa dah abis khutbah, dok baca doa tu, Aiman dah datang peluk aku sambil pejam mata. Owh no... abis je doa, terus cepat2 ajak Aiman jalan keluar. Salam pun dengan yang mana dan je. Ye la, kalu Aiman tido, mau aku kena dukung Aiman balik rumah. Umah mil aku atas bukit, masjid bawah bukit even jarak yang sangat dekat. Bukit curam ok... Dah sampai rumah, seronok pulak orang siap2 nak keluar, last2 Aiman tido dalam keta. Biasala, lepas solat raya, memang family en suami suma akan balik kampung en suami kat Pontian. Seharian la sampai malam kitorg kat sana..
 

 Aiman dah lemau2 sebab ngantuk. Ambik gambo pun asyik dok buat mimik muka yang macam2..

 
Like father, like daughter.. hahaha.. apsal 2-2 boleh buat muka sepesen nieh?
 
 
Bersama atuk n nenek...  Cucu kesayangan nieh..
 


Amni baru nak pandai melangkah.. kat mana ada makanan, kat situ la ada Amni.. Baju raya je, asyik bertukar2.. demam on off sebab consistant makan ubat..
 
 


Dengan MIL. Tengok Aiman buat muka..

 
 
With pak ngan n mak ngah.. Amni sibuk nak kasi makanan apa ntah kat Aiman.. nak dapat gambar ni pun punyala payah..
 

Raya ke 2 dok rumah je, sebab memang tiap2 tahun mil akan buat laksa johor n suma adik beradik mil n fil akan datang beraya. Penuh rumah... dari tghari sampai petang.

Malamnyer, kitorg gerak balik Kota dan plannyer nak rehat kejap, load barang then terus balik SP. Sekali, sampai KL, suhu badan Aiman naik tinggi giler! Amni pun sama. Ntahla, mungkin jugak sebab aircond keta.. So kitorg terpaksa hold dulu trip balik SP dan tengok esoknya diorg punya suhu badan ok tak. Risau jugak kalu teruskan jugak journey, diorg ni lagi teruk demamnyer..

 
Gambar Aiman kat rumah di Kota. Kepala dibasahkan ngan kain, badan pun aku balut jugak ngan kain basah.


Esok paginya, Aiman n Amni dah ok. So dalam tengahari, kitorg gerak balik SP tapi singgah Ipoh dulu. Ye la, family belah ayah aku kan kat Ipoh. Visit tok, pah n makcik pakcik yg kat ipoh. Tapi dapat pegi 3 rumah je sebab yang lain takde, jalan beraya. Lupa sangat nak amik gambo Aiman n Amni ngan tok n pah. Rasanya ada kot, dalam kamera Adilah. So far dari KL sampai Ipoh tu Aiman n Amni tak demam dan aku pun mesti kasi diorg makan ubat on time.

Gerak dari Ipoh sebelum maghrib, okla, jalan pun clear, tak jem sangat. Nak dekat Juru tu baru ada jem, eksiden. Sampai je SP, badan Aiman dah stat panas balik. Masa tu dalam kol 10 malam. Terus pi klinik yang 24 jam tapi ramainyer la manusia. Aiman pun dah start batuk.. adala muntah skali dalam keta, masa tu nak sampai SP dah. Kebetulan jugak farmasi sebelah klinik tu bukak. Bagusla SP ni, klinik 24 jam, banyak bukak, pastu ada pulak farmasi bukak 16 jam. So tengah2 malam pun still boleh beli ubat lagi. Sebab lama sangat nak tunggu kat klinik, suma pun penat, so beli je ubat batuk then terus ke rumah mak tok.
 
Sepanjang 2 hari kat rumah mak tok, raya ke 4 dan 5, memang tak pi mana. Aiman sakit teruk. Demam, batuk, selsema.. Amni macam dah ok, tak demam dah. Tinggal batuk sikit ngan selsema je. Aiman punya batuk tu, sampaikan muntah habis. Baju raya dah tak pakai dah, suma pakai baju buruk2 je sebab kejap je pakai, dah muntah. Kesian tengok Aiman sebab dia lapar, mintak nak milo, nak makan.. tapi lepas tu, batuk, terus muntah balik suma. Menempek je atas kusi, tengok tv. Petang 1st day kat SP tu memang nak bawak pi klinik, sekali hujan lebat sampai esok paginya. Petang khamis tu lepas muntah2 lagi.. bawakla pi klinik kanak2. Seb baik bukak.. depan doc tu jugak Aiman muntah then doc advise utk pakai nab. Okla, sebab lepas nab je, terus kurang Aiman batuk, siap boleh lompat2 bagai. Sebab Aiman mcm dah ok, kitorg pun decide terus balik KL, sebab kalu teruk balik ke esoknya, boleh terus pi hospital je. Kat SP, kalu masuk hospital, kang kena tahan lama, satu keje plak nak uruskan suma, ngan nak pegi keje lagi.
 
Owh.. mak kitorg jumpa kat Ipoh. Pun xsempat nak amik gambo. Mak balik cepat sebab cik nak balik US hari jumaat. Alhamdulillah, trip back to KL berjalan dengan sangat lancar.. xjem.. Aiman n Amni pun dah ok. Cuma Aiman still ada batuk sikit2, demam dah takde.
 
 

Salam raya ngan nenek SP. Masa ni sebelum balik KL. Kesian kat orang SP, tak sempat nak main2 ngan Aiman or Amni sebab 2-2 pun merengek + menempek baring je sebab sakit. Amni okla, tapi ada masa tu merengek jugak. Hopefully dapat balik lagi soon..
 
 
Serius tak tipu... memang aku tak puas balik SP. Terima kasih kat maktih, paksu.. datang rumah maktok tengok kitorg.. sedangkan kitorg yang muda ni patut pi rumah maktih n paksu. Tapi sebab budak2 ni tak sihat, terpaksa dok rumah je..

 
Amni dengan nenek n tok teh. Nanti bulan 12 nenek dah janji nak datang KL. Tok teh plak, kalu ada kursus kat KL, jangan lupa visit kitorg tau.. Ambik flight awal datang KL, balik kedah flight paling lambat..

 
Akhir kata.. moga kita bertemu lagi dengan ramadhan dan syawal tahun hadapan. InsyaAllah... baru sehari pakai baju raya nieh... huhuhu....


Thursday, September 6, 2012

Iklan Tiger

Sapa ingat iklan biskut Tiger? Nak aku kasi summary sikit. Budak ni kejar beg dia atas kereta yang bergerak. Bila nak dekat dgn kereta, budak ni nak melompat untuk dapatkan beg dia, gambar tunjuk ada 3 tiger kat belakang budak tu. Ala2 budak tu guna kuasa tiger dari biskut tiger yang dia makan.

Sambil tengok iklan tu, aku citer la kat Aiman.. Tengok budak tu, kuat lari, sebab makan biskut tiger. Nanti ibu beli biskut tiger, Aiman makan banyak2 tau (Aiman ni ikut mood, kekadang makan, kekadang x suka makan..). Ayat aku untuk pancing Aiman untuk makan lagi banyakla.

Rumusan iklan tu plak dari poandangan mata Aiman... "Abang tu lari sebab kena kejar ngan tiger....". Hmmm... Penat aku pancing, message failed to deliver...


Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Rehat sampai hilang penat..

Boleh x kalu nak rehat sampai hilang penat? Agak2 akan ada ke tahap hilang penat tu? Hihi.. Ye la, kalu pegi bercuti pun, sure bila sampai rumah akan terasa jugak penatnya. Dengan nak kemas rumah n barang2 masa bercuti tu..

Penat sangat rasa badan. Boss approved half day morning untuk rehat lepas 2 hari berturut balik malam n travel jauh untuk keje. Bila dok rumah, nampak pulak macam2 menda yang pending xbuat lagi kat rumah..

# baju Aiman n Amni dah menggunung x basuh lagi. Memang aku biasa kumpul pun tp xde la selama yang skang ni..

# kain pun menggunung jugak. Kain xkira menggunung tapi sampai melimpah keluar bakul la.. Bukan 1 bakul tapi 3 bakul besar!!

# stok makan Amni dah habis. Tadi sempat pegi Giant beli ayam, sayur, buah untuk dimasak dan difrozenkan.

# stok sup untuk bekal Aiman pun dah habis. Bukanla hari2 Aiman bawak bekal sup tp selalunya mesti ada stok sup dalam fridge untuk time2 terbangun lambat or dah xde idea nak buat bekal apa untuk Aiman

# reorganize balik stok susu. Skang ni amik je mana2 yg tercapai dek tangan. Selalunya aku akan simpan yg terbaru, kuarkan yg lama. Sejak habis stok yg lama, aku asyik guna yg baru je. Sebab yg lama kat bahagian bawah yang baru.

# mop rumah!! Owh.. Sebab Amni selalu bangun awal, aku ni asyik xsempat je nak mop rumah. Sebelum mop nak kena kemas dulu, pastu sapu lantai. Bila siap sapu, dah Amni bangun. Xleh dah la nak mop kalu x, mau Amni menempek tepi baldi main air sabun mop lantai

# top up air masak. Biasanya aku akan isi dalam 6 botol 5.5l air masak yang beli dari mesin. So skang stok dah makin susut, tinggal 2 botol je lagi. Kena cepat2 pegi refill, kang xde air nak minum

Disebabkan banyak sangat keje yang pending kat rumah, ngan aku terasa sangat penat, maka pagi tadi aku sempat pegi Giant beli barang n cuci ayam je. Buat sup xsempat, stok makanan Amni pun xsempat. Arini plan balik keje on time, amik diorg, xsinggah rumah mak. Terus balik rumah n setelkan sebanyak mana stok makanan yang boleh. Aku ada ayam, sup, labu, tomato dan pear. Kalu sebut, xde la macam banyak tp process nak kena rebus / kukus, then sejukkan, then blendkan then bungkus n masuk fridge, sampai malam jugak kot kalu setel suma. Silap2 aku buat kasi lepas utk esok pagi punya bekal je! Hehehe... Owh... Seronoknya kalu ada bibik. Tapi okla, pagi tadi aku dapat jugak melepak melayan Adam & Hawa marathon 3 episod + Keluarga Iskandar 1 episod + layan drama Aku Untukmu sejam. Kalu x, mengadap Pororo ngan Tayo je la..

Esok ke Lukut balik, konfemla sampai malam sebab kena habiskan jugak 1 meter ni. Esok je masa yang tinggal. Moga dipermudahkan suma, supaya xde la aku balik lambat sangat..

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 5, 2012

Berkampungla di sini..

Dari isnin n selasa... jadi isnin selasa dan rabu..
Sekarang.. jadi isnin, selasa, rabu dan jumaat..
Semalam, kol 9.30 baru sampai rumah..
Arini pun nampak gayanya macam tu la jugak..
Jumaat... hmmm.. kalu ikutkan hati nak je soh en suami bawak Aiman and Amni..
Lepas abis keje bleh dok semalam kat PD..
Mesti Aiman seronok dapat mandi laut..
Tapi... xkot, kang payah pulak en suami nak bawak 2 org tu dari kl ke sini..
Pastu nanti masa balik pun cenggitu jugak, sebab aku datang sini dah bawak satu keta..
Harini aku sorang je.. org TW takde, customer pun takde..
Boleh pulak tghari tadi tetiba black out, mau dekat 2 jam gak melangut..
Seb baik dah ok balik, kalu tak.. ntah kol brapa la agaknya nak habis buat keje ari jumaat nanti..
Ni kasi reveal skit mendalah yang aku dok calibrate dah 3 hari ni..
 
 


Poyo skit ambil gambo meja... wat gimik je ni semak.. kepala ni lagi semak nak setelkan cepat2 calibration nieh...

Tuesday, September 4, 2012

@ Lukut

Hari ke 2 berkampung kat Lukut, PD nieh.. Plan 2 hari je tp semalam problem communication, so arini baru mula wat calibration... Pastu plak, tak dapat accuracy yang sepatutnya.. dah kena ulang dan ulang dan ulang... last2 kitorg skip dulu yang tak dapat tu, tukar value lain plak... Esok ada 1 hari buffer yang diorg kasi.. tp esok la last. Apa2 jadi pun, kena jugak habiskan esok.. makanya... samada hanya esok, atau harini pun mcm ada kemungkinan akan balik malam... tak kisah pun nak balik malam, cuma kureng skit sebab nak kena pam susu. Kesian jugak kat mak sb malam ni mak kena babysit Nuha n Furqan sebab nisah pi outstaion. So tambah ngan Aiman n Amni... Makanya.. moga dipermudahkan segala urusan, supaya dapat siap cepat2, xde nak kena repeat banyak2 kali...
 
Lambat plak gambar ni nak dapat.. nanti post gambar saja la pulak...