Monday, May 14, 2012

Zoo Negara trip on 13/5/12

Aktiviti bersama rakan2 sekerja en suami.. suma ada anak yang lebih kurang sebaya. Jalan2 Zoo Negara!! Punyala payah nak kejut Aiman bangun tido pagi tu.. tengok gambar ni, masih mamai2 lagi sebab masuk keta je, tido balik sampaila zoo. Tu pun sempat berdukung kejap sebab xmo bangun lagi. Sebab semangat sangat, x kol 9 lagi dah sampai zoo. Seb baik ada mcD depan skit dari zoo tu, maka breakfast kami pagi itu ialah mcD. Ni seludup masuk makanan dalam zoo.. tumpang makan kat gerai yang ahli rombongan lain beli breakfast.. Amni rambut gerbang2.. mcm tak bersikat je.. huk huk huk..


Dah siap breakfast.. mulakan perjalanan menonton binatang2. Aiman pun dah segar.. seronok sebab Aiman dah kenal binatang kan.. ngan patung2 pun sibuk nak sebut.. mcm lagi excited tengok patung binatang dari binatang betul. Berlari2 terutamanya masa tengok show. Show nyer okla, aku tak teruja sangat tengok pun, Aiman pun sama. Lagi sibuk nak panjat2 pagar ngan lari2 turun naik tangga. Separuh show, en suami dah bawak Aiman kuar tengok ikan. Aku pun kuar jugak.. sebab takde la menarik. Setakat burung pegi amik duit dari orang.. seal lompat masuk gelung..


Haa.. ni anak rusa nani. Hehe.. sibuk Aiman nak hulur tangan, konon nak salam ngan anak rusa.

Unta bukan dari arab sb bonggolnyer satu je. Lupa dah dari mana. Aiman suka sangatla.. masa ni suma orang pun dah tak larat, mencari keretapi untuk balik..


3-3 kawan Aiman menonton unta..

 Macam takleh jumpa kambing kat kampung je. Kat zoo jugak beriya tengok kambing. Tapi kambing ni sangat jinak. Sibuk nak kuar2 kan kepala nak suruh orang gosok2.

Penat sebab zoo sangat besar. Kitorg silap sebab start ngan area monyet2.. patutnya start ngan area gajah, zirafah, singa, harimau. Sebab bila dah penat, Aiman pun dah takde mood nak tengok gajah or zebra beriya. Sibuk nak lari2 je.. masa lalu kat gajah tu pun Aiman dah ngantuk sangat. Dia tengok pun dengan pandangan otak tak berfikir. Hahaha... Seb baik cuaca ok, tak hujan. Amni pun tak meragam. Banyak tido je bila tolak dalam stroller. Bila nak balik tu, dia pun dah panas dok dalam stroller, barula nak berdukung. Lebih kurang kol 2.30 petang kitorg gerak balik, tak habis cover suma pun. Nantila, tunggu Amni dah besar macam Aiman skarang, kita datang lagi zoo. Elok kuar pagar zoo je, Aiman dah tertido kat kerusi dia. Hehehe.. lagi 2 minggu.. mungkin ke aquaria pulak ye....

No comments: