Yey.. Dah 9 bulan princess aku ni. Rambut makin toing2.. en suami plak sayang benor nak potong..
Memang anak dara sorang ni manja, makin besar makin manja plak. Pantang nampak aku, nanti datangla nak memanjat kalu ms tu aku duduk. Kalu nampak aku pi dapur, sibuk jugak nak pi geledah dapur tu. Sukeeeee sangat mengutip segala menda kat lantai, masuk mulut. Kalu kita suap makan tu, pandai je tolak makanan ke luar mulut guna lidah. Tapi, menda2 yg dia kutip, reti pulak nak kulum lama2 dalam mulut. Memang suka jugak nak join main ngan Aiman, tp ofkos la kan Aiman mana nak kongsi. Lebih kepada Amni ni pengacau. Tp memang pun.. Dah elok2 susun mainan, amni datang, abis terabur suma. Selalu la jugak jadi mangsa kena ketuk, tolak.. sb kacau Aiman main. Huhuhu.. Dah, 2-2 xmo mengalah..
Alhamdulillah, pandai dah merangkak, tp selalu jugak dok menyulur lagi cuma xde la laju giler merangkak dia. Baru lagi, dalam seminggu dua lepas baru rajin menggunakan skit merangkak. Duduk pun dah elok, comey je tengok Amni duduk main2. Pastu, memang sukala panjat.. Kalu stakat kusyen, meja, suma dia panjat n berdiri.
Dah pandai babai!!! Hehe.. Tp masa mula2 kita babai tu dia slow skit, baru nak pk. So lama skit kita babai, baru angkat tangan babai balik. Mulut xbising sangat tapi suka la cakap. Mungkin nanti besar sikit. Tapi kalu bab kejutkan orang tengah tido, mulut memang bising je bunyi sambil tangan cakae2 muka orang.
So far, still full bf lagi, cuma susu aku je makin kurang. Entahla, aku pun dah habis idea dah camne nak tambah susu. Makan bekal hari2 pun byk, tp susu pun byk jugak. Tapi besarnya idak jugak. Aritu ms Amni sakit punggung, kurang makan, beratnyer naik turun area 6kg je. Next week cek kk, harap adala peningkatan.
Apa lagi cerita Amni? Banyak.. tp xcukup masa nak citer plus nak ingat balik suma. Apa pun, aku doakan Amni membesar dengan baik, sihat, gembira. Ibu suka sangat bau masyam awak, senyum leper awak.. cuma yg ngada2 awak tu je, sila kurangkan ye....
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment