Kuala Lumpur International Book Fair 2012.. Pesta buku ni dah mcm wajib tiap2 tahun pegi. Semangat nak cari buku2 untuk Aiman n Amni. Tahun ni, siap amik cuti lagi sebab dah pegi masa weekdays, tak sesak, pastu nak amik masa lama, tenang2 cari buku.. tp, kebetulan pulak last minit pagi tu customer panggil meeting, so angkutla Nisah skali pegi KLCC meeting kejap. Seb baik kejap je, kol 11 tu dah siap suma.. pam kejap, then terus gerak ke PWTC. Alhamdulillah jugak, cepat je dapat parking even memula tu pusing2 jugakla kat car park Terminal Putra. Sangat exited!!
Masuk dalam, syoknyerrrr.. banyaknyer kedai dengan buku2 yang aku memang target nak cari. Sorry ye, saya ni memang jenis yang sangat sukakan pada barang murah.. so buku2 yang aku beli pun murah2 saja..
Buku ni RM2 satu. Hard cover tau..
Buku kisah2 nabi ni memang dah lama dok servey2. Saja tunggu pesta buku sebab aku harap kat sini lagi banyakla murahnya. Okla kot.. dari RM50++ aku dapat RM29 je. Pastu jumpa plak set Bedtime Storybook kisah Al-Quran ngan kisah Nabi Muhammad (atas kanan). Yang ni utk 2 buah buku set bedtime ni, RM50. Yang English version dia hard cover, tp yang Malay version kulit dia lembut skit. Buku siri teladan ni, ada banyak kisah dalam dia. 5 buah RM 10. Saja beli untuk bacaan diri sendiri. Boring2 pam susu kat opis, boleh baca buku.
Ni je la yang aku beli untuk diri sendiri. Masaknyer tak tau bila.. tapi at least ada resepi, ye tak? hehehe..
Ni plak.. suma jenis 'big book'. Kali ni dah tak cari poster sebab takleh nak lekat kat dinding. Aiman asyik nak tarik je. Kang kalu lekat kuat2, dikoyakkan pulak. Yang 3 atas tu dia jual RM10 satu, yang 3 kat bawah ni jual RM10 untuk 3 buah. Yeah.. terbaik..
Ni la hasil barang2 yang dibeli. Giler berat sebab boleh kat separuh dari yang aku beli tu, suma hard cover.
Ada lagi beberapa buku yang aku beli tapi tak amik gambo. Nisah banyak beli poster, dan poster tahun ni pun murah lagi dari tahun lepas. Beli 4 for RM20, dapat free 1. Buku kecik yang hardcover utk budak2 baca tu pun, sama, 4 for RM20, free 1. Pastu.. kebetulan masa aku lalu kat Telaga Biru, diorg buat lelong buku novel RM5. Buku baru, tapi diorg saja lelong. Aku pun beli.. tapi skarang memang aku tak baca novel pun. Hahaha.. tinggal je la kat rumah mak untuk sesapa yang rajin nak baca.. Beli jugak buku ngan CD. Boleh pasang dalam kereta sambil hantar/amik Aiman dari rumah pengasuh. Sambil drive, boleh jugak ajar Aiman. Tapi dah ada banyak CD belajar ni, aku plan nak set up tv kat atas, siap dvd player skali. Kalu Aiman boring2 tengah malam tak mo tido, dari dia punggah baju2 dalam almari aku, baik dia tengok dvd. Tapi.. tak tau la bila nak stat set up. Baju2 dalam bilik2 lain kat rumah tu pun tak sempat2 lagi nak kemas.
Sebab banyak sangat buku untuk Aiman aku beli, simpan separuh. Kuarkan sikit2. Sangat gatal tangan nak beli buku mewarna.. tapi bukan Aiman reti pun.. Masa hall yang kat bawah tu, karangkraf dan banyak lagi.. tak larat dah nak masuk sb beg dah berat sangat. Masuk karangkaf sebab nak tengok buku2 resepi murah2. Parkingkat beg kat tepi rak.. hall sebelah2 tu suma tak masuk dah. Ok la jugak, kang masuk, sure nak beli lagi kan... hehehehe...
Aiman, sila rajin belajar ye.. Dah banyak ibu beli buku nieh..
No comments:
Post a Comment