Tuesday, May 29, 2012
Amni : 9 bulan (27/5)
Memang anak dara sorang ni manja, makin besar makin manja plak. Pantang nampak aku, nanti datangla nak memanjat kalu ms tu aku duduk. Kalu nampak aku pi dapur, sibuk jugak nak pi geledah dapur tu. Sukeeeee sangat mengutip segala menda kat lantai, masuk mulut. Kalu kita suap makan tu, pandai je tolak makanan ke luar mulut guna lidah. Tapi, menda2 yg dia kutip, reti pulak nak kulum lama2 dalam mulut. Memang suka jugak nak join main ngan Aiman, tp ofkos la kan Aiman mana nak kongsi. Lebih kepada Amni ni pengacau. Tp memang pun.. Dah elok2 susun mainan, amni datang, abis terabur suma. Selalu la jugak jadi mangsa kena ketuk, tolak.. sb kacau Aiman main. Huhuhu.. Dah, 2-2 xmo mengalah..
Alhamdulillah, pandai dah merangkak, tp selalu jugak dok menyulur lagi cuma xde la laju giler merangkak dia. Baru lagi, dalam seminggu dua lepas baru rajin menggunakan skit merangkak. Duduk pun dah elok, comey je tengok Amni duduk main2. Pastu, memang sukala panjat.. Kalu stakat kusyen, meja, suma dia panjat n berdiri.
Dah pandai babai!!! Hehe.. Tp masa mula2 kita babai tu dia slow skit, baru nak pk. So lama skit kita babai, baru angkat tangan babai balik. Mulut xbising sangat tapi suka la cakap. Mungkin nanti besar sikit. Tapi kalu bab kejutkan orang tengah tido, mulut memang bising je bunyi sambil tangan cakae2 muka orang.
So far, still full bf lagi, cuma susu aku je makin kurang. Entahla, aku pun dah habis idea dah camne nak tambah susu. Makan bekal hari2 pun byk, tp susu pun byk jugak. Tapi besarnya idak jugak. Aritu ms Amni sakit punggung, kurang makan, beratnyer naik turun area 6kg je. Next week cek kk, harap adala peningkatan.
Apa lagi cerita Amni? Banyak.. tp xcukup masa nak citer plus nak ingat balik suma. Apa pun, aku doakan Amni membesar dengan baik, sihat, gembira. Ibu suka sangat bau masyam awak, senyum leper awak.. cuma yg ngada2 awak tu je, sila kurangkan ye....
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, May 23, 2012
Anakku Sayang..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, May 18, 2012
Kita Hanya Merancang
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, May 17, 2012
Burger Bakar Special
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
31 months of joy
Hadoi, kekadang tu memang mencabar kesabaran bila layan Aiman ni. Mujurla aku manusia biasa, kalu aku ni Hulk ke, mesti rumah dah xde sebab asyik bertukar je sebab xsabar layan Aiman. Kalu time ngada2 dia, suma nak ibu buatkan. Xpun sibuk nak berdukung, xdapat.. nangis. Kalu angin xbaik, suma nak menjerit. Mintak barang pun jerit2. Bila camni, aku ckp balik 'aiman ckp jerit2, ibu xnak ckp ngan aiman..' Terus ubat tone cakap elok2.
Skarang memang malam2, jadi burung hantu sama2 ngan Amni. Amni yg dah tido awal,sebab Aiman bising buat projek, mesti akan terjaga punya. Baru2 ni, Aiman first wall art.. Terbaik, satu dinding dicontengnya. Boleh pulak amik pen dalam tong sampah. Dia nampak agaknya aku buang pen tu sebab dakwat kuar dgn byknya. Selamat dah dinding rumah. Semalam, dok memanjat almari baju, sampai jatuh perfume. Seb baik Amni xde kat bawah tu or perfume pecah. Kalu x,xpasal2 perfume kena kepala Amni. Pesen terbaru jugak ialah memakai baju n seluar berlapis2. Ada skali tu, seluar sampai 7 helai! Baju so far, max 4 helai. Sampai ke esok pagi la dipakai baju berlapis2. Kalu stakat punggah baju tu, memang dah biasa la. Xde guna aku susun baju elok2 dalam almari. Baik longgokkan je (alasan malas nak lipat) sebab sure hari2 akan dipunggah baju keluar. Dengan bakul2 dlm almari tu pun keluar skali. Semalam jugak, dibukaknya zip bantal peluk en suami, dikeluarkan suma span2 dalam bantal. Sarung span tu dah reput pun, memang dah koyak2. Tengah2 malam (masa tu aku n budak2 xtido lg), en suami bangun capai bantal peluk, kosong! Hahaha.. Dengan span2 bersepah kat lantai. Seb baik Amni xnampak sebab letak kat hujung balik.
Aku gembira tengok Aiman membesar dengan baik. Pandai dah ikut orang solat, siap buat mulut bunyi sot set sot set. Mengajuk kita baca. Tapi ikut mood la. Sangatla nak ikut orang pi solat kat surau. Nanti Aiman besar Aiman pegi ngan ayah, atuk n pakcik2 eh.
Xlama lagi nak 3 tahun,yang pasti, potty train xstart2 lg. Owh, rasa xmampu nak buat lagi. Sure bila dah stat, kena bersedia nak cuci satu rumah sb Aiman bukan reti dok diam lepas dia melepas. Kang abis menceceh2 satu rumah. Lagi teruk, ngan Amni pi main pulak. Xdapat bayang kalu jadi gitu. Last2 beli la stok pampers murah bertimbun2. Tunggu dulu, ibu x ready, n rasanya Aiman pun xready lg. Hahahaha..
Akhir post, ibu sayang Aiman! Muaahhh..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, May 14, 2012
Zoo Negara trip on 13/5/12
Tuesday, May 8, 2012
Ipoh trip
Monday, May 7, 2012
Sedihla camnie..
Kalu pam tengahari, dapat 4oz total dah nasib baik sangat..
No more 5 oz.. Skang ni pun, dapat 3oz je..
Sedeyyyy.. Alfalfa dah makan, mungkin xsempat berkesan kot, kena tunggu lama sikit baru pam..
Tapi memang sangat stress skang, tido x cukup, rumah semak + kelam kabut, keje kat opis xbanyak, sedang2 n x stress pun
So apakah sebabnya??? Adakah mmg betul susu dah makin sikit..
Huhuhu.. Camne ni, ada lg 4 bulan untuk Amni setahun..
Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku, bagila banyak susu.. Amin...
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone