Bosan tol bila isnin..
Pagi ni, otw ke office, singgah petronas pas nkve exit subang untuk kuarkan duit
Kat luar nampak sign CIMB ngan Maybank
Masuk dalam, terus aku pi mesin CIMB.. plan nak kuarkan duit guna kad Maybank
So pilih bahasa.. then lama skit kad aku kuar, katanya 'Urusniaga Tidak Dapat Diteruskan'
Aku pun terpikir, agaknya sb kad aku Maybank, pagi2 sistem MEPS tak beroperasi lagi kot..
So amik plak kat Public Bank.. sekali lagi... pilih bahasa.. then kad aku kuar balik..
'Urusniaga Tidak Dapat Diteruskan'..
Hmmm... then aku tengok mesin tu.. kenapa ada lubang besar untuk keluar duit..
Tengok atas.. argghhh.. aku kat Cash Deposit Machine!!
Dahla ada orang kuarkan duit kat atm sebelah, masa tu jugak dia dok jengok2 kat mesin aku
Agaknya dia pelik kot tengok aku.. hahahaha..
Then masa pk nak beratur belakang dia, nampak mesin atm Maybank..
Cepat2 pegi sana.. huhuhu.. malu jugak dekat orang sebelah..
Memang betulla.. pagi isnin sentiasa blur... eh.. pagi isnin je ke? Tiap2 pagi hari bekerja kotttt...
No comments:
Post a Comment