Tuesday, June 14, 2011

20 bulan..

20 bulan??? Tetiba macam tak sangka plak.. kenapa aku mati2 rasa mcm Aiman baru je 18 bulan!! hahahaha..


BTW, today my little cute boy ni dah 20 bulan.. cepat kan masa berlalu.. makin petah berkata2.. memang sangat sukala mengajuk orang. Tapi bagus jugak.. at least takde la aku risau Aiman ni diam je tak reti cakap kan.


Peel pun dah macam2. Kalu bab nak sesuatu.. memang kena pandai pusing2 alasan untuk tak kasi, tak pun attract dia dengan menda lain (hanya cara2 tertentu sahaja yang berkesan). So far aku n en suami memang jarang bawak Aiman jalan2 shopping so takde la masalah ngan nak barang2 kat kedai lagi.


Yang paling suka skali.. buat sepah! Pantang tengok sesuatu dalam bakul.. mesti cepat je nak terbalikkan bakul tu. Takde dah korek barang dalam bakul n bawak keluar. Terus angkat bahagian bontot bakul.. terus terbalikkan. Even beg brick block Aiman tu pun.. pantang kalu dia nampak berisi. Mesti sibuk suruh orang bukakkan zip.. dan di situ jugak dia nak kuarkan suma block2 tu. Rumah jangan harapla nak kemas.. hanya bila Aiman tido je boleh kemaskan.


Skarang.. Aiman pandai soh orang duduk sebelah dia. Dia akan duduk.. then tepuk2 sebelah dia cakap 'duduk sini.. duduk sini..'. Hehehe.. suara dia memang membuatkan aku cair.. rasa mcm serta merta nak tinggalkan segala keje n lepak je duduk sebelah dia. Tapi kalu aku baring.. memang laju je dia nak panjat2 n menghempapkan diri sendiri kat atas aku. Risau jugak kat adik Aiman kat dalam. Tapi adik Aiman even kat dalam pun, Aiman dah latih untuk menjadi lasak!


Sekarang.. kekadang terpikir jugak bila tengok Aiman. Risau kalu nanti aku lebihkan adik dia dari dia. Risau kalu aku lebih banyak tumpukan perhatian ngan adik dia berbanding dia. Risau kalu nanti Aiman nanti akan jauh n tak rapat dah ngan aku mcm sekarang sebab aku sendiri pun kena layan adik dia. Hmmmm.. mintak2 jauhla sebab kekadang tu, kita tak nak pun terjadi, tapi kekadang kita tak sedar yang kita ada buat camtu..


Ni gambar2 Aiman pagi tadi.. kol 6 dah bangun tp sangat behave. Baring tengok tv sambil makan biskut.. Pastu bila aku mandi.. kacau en suami yang tido. Hehehe...



Ibu.. Aiman tak sedia lagi la..



Senyum!!!



Dahla ibu amik gambo... kasi Aiman makan pulak..

No comments: