Adoila.. cukup tak suka perkara2 yang berlaku di pagi hari yang sangat menguji kesabaran
Arini aku ada appointment kat kk
Sebab en suami ke kerteh semalam, so pagi ni aku gerak dari rumah mak
Dah amik dah pun buku smlm, sambil amik buku, dah pk.. 'betul dah buku ni, kang tersalah amik buku Aiman plak'
Pagi ni baru perasan.. memang aku amik buku Aiman pun!
Camne la boleh tersalah, sedangkan buku Aiman tu warna biru.. buku aku merah!
B4 ke kk, singgah balik rumah amik buku merah aku..
Cari2.. tak jumpa.. pk2 balik, baru teringat buku merah dalam keta yang en suami bawak!
Dah tu, alang2 appointment arini, so aku pun bawak je la buku merah lama..
Sampai kk, guna alasan tersalah amik buku..
Selamba je nurse ni, kata tak leh sb tak bawak buku yang betul
Bila aku ckp kan kk sendiri pun ada simpan satu copy, katanya.. tak sama.. dalam buku aku tu lagi banyak maklumat..
Dah malas nak bertekak.. aku pun cakap, takpela, kasi je la appointment ari lain
Aku pun bukan rajin benor nak mengadap nurse2 yang memang tak berapa ikhlas pun nak wat keje
Muka sorang2 masam mencuka.. pagi2 buta pun dah masam..
Kalu dah keje depan kaunter tu, cer manis2 kan muka.. ramah2 kan mulut tu..
Sepanjang aku menunggu.. memang aku dah terpk nak isi complaint form tu
Suggest supaya nurse2 ni, especially yang jaga kaunter depan pegi banyak skit Stress Management Course..
Biar dalam tu rasa tensen, tertekan, tapi pandai sorokkan especially depan pelanggan
Jangan sampai orang pun boleh rasa tempias ko tertekan tuh..
Lama punya tunggu... cari buku la.. pass kat orang ni.. pass kat orang tu.. barula dapat..
Ok je pun, diorg kasi kertas yg biasanya diorg guna bila buku dah penuh
Elleh.. bukan susah pun.. nurse je yang malas..
Bila nak amik darah plak, biliknya kat area pesakit luar yang sememangnya banyak giler bilik yang beroperasi
So nombor2 yang panggil orang tu tak berhenti2 berbunyi..
Bila turn aku, nurse kat dalam tu boleh plak sound.. tanya mana aku pegi sedangkan dah 3x dia panggil no aku
Aku mmg dah penat n tak larat nak layan, aku diamkan je dengar dia membebel
Ayat dia paling aku tak tahan.. 'sy ni tak kisah nak kena tekan no banyak2 kali.. sy keje sampai kol 5.30 ptg. Awak tu la.. bila tak perasan, kan dah jadi lama masa menunggu..'
Hmm.. ye la tu nurse. Bayangla kat luar tu satu je papan panggil no
Dalam bilik ada 3 nurse yang bekerja.. so kadar panggil tu cepat sangat..
Tak sempat sy tengok no saya lagi, dah no lain kuar
Tak sempat nak dengar no sy disebut sampai habis oleh mesin panggil no tu.. dah mesin tu panggil no lain pulak..
Mata saya ni.. bukan memandang papan tu je kejenyer..
Kalu setengah jam saya tunggu kat luar bilik tu, alamatnya melangut sakit tengkok sy ni sampai malam sebab nak memandang papan no awak kat luar bilik tu lama2 sampai no saya kuar..
Dah amik darah, pi lab anta sample darah ngan wat urine test plak
Haaa.. staff kat sini satu hal lain plak..
Bila dah tekan no tu, selagi orang tak datang, ditekannyer no tu banyak2 kali.. sampaila muncul orang yg sepatutnya kat depan kaunter tu
Adoila.. ni lagi satu hal.. dahla kaunter tempat orang lalu lalang
Bila dah panggil no tu, sure la orang amik masa nak bangun.. kalu dok belakang2.. nak kena lalu celah2 orang yang duduk lagi..
Kalu tengah baca paper, nak kena lipat2 dulu.. simpan barang.. baru bangun..
Kang otw.. lalu pulakla makcik2 or pakcik2 yang tak larat dah, kenala kasi laluan, takkan nak main redah je langgar diorg semata2 nak cepat2 pi kat kaunter..
Kesimpulannya, bila dah panggil no tu, tunggula kejap.. 10 saat ke, tarik nafas 5-6 kali ke.. kalu takde orang muncul, barula tekan lagi no nyer..
Seb baikla nurse yang jumpa kat dalam bilik tu baik.. siap sembang2 lagi..
Cover balik suma tensen2 dengan nurse2 n staff2 lain yang kat luar tadi tuh..
Nasibla.. keep remind my self, ni la yang aku dapat bila aku decide nak wat checkup kat kk
Nama pun gomen kan.. especially orang2 yang bekerja berdepan ngan pelanggan..
Rasa mcm diorg ni dah besar sangat..
So.. sabar n sabar n sabar je lah..
No comments:
Post a Comment