Wednesday, May 18, 2011

19 bulan & manja gilerrrr

Dah 19 bulan Aiman skarang..



Actually ari sabtu aritu tapi tak sempat la nak update blog

Asyik teringat2 je.. tapi memang tak sempat langsung lagi nak buat

Aiman skarang dah pandai macam2.. cepat sangat perkembangan dia..


1. Cakap : pantang orang cakap, suma sibuk nak ikut cakap balik. Skarang dah ada partner lawan cakap ngan Aiman. "Talking Tom"!!! Hahaha.. Aiman suka sangat ikut orang kan.. dah si Tom ikut pulak Aiman cakap. Tapi biasanya kalu ngan Tom, Aiman tak cakap banyak pun. Sibuk nak geletek je..

Ni dah tak sabar nak kuar.. beriya cakap 'jom..jom' sambil tangan kat tempat bukak pintu

2. Nak itu ini : Bab ni paling penat nak layan. Dah pandai cakap... dah pandai monitor mcm2.. so pandai sangat nak mintak. Selalunyer bila nak mintak benda.. tunjuk sana sini sambil cakap 'ni.. ni..'. Suma benda kata 'ni..'. Tensen sebab tak tau apa yang dia nak. Lately cam dah ok sikit sebab aku selalu suruh dia cakap apa 'ni' tu or tunjuk mana satu. Kalu atas meja ada banyak benda, kekadang tu Aiman amik tangan aku tolak kat benda yang dia nak sb kalu dia pegang.. tak sampai sb aku dukung dia.


3. Masak : Selalu jugak aku masa sambil dukung Aiman. Yela, bila datang angin dia tu.. kalu tak dukung mau meraung kat kaki aku. Sambil tolak2 aku.. bila dah selalu sangat tengok aku masak, skarang dah pandai. Kekadang tu tengok aku amik periuk or kuali je.. dah sibuk suruh amik minyak. Tak sempat nak tunggu minyak panas lagi, dah sibuk suruh aku amik sudip. Nak nasi pun, akan suruh aku amik senduk utk cedok nasi dulu.



4. Eja : Tak pandai lagi mengeja. ABC pun tak reti. Salah aku jugak kot, selalu ajar dia mengira je.. jarang nyanyi lagu ABC kat Aiman. Tapi selalu jugak aku mengeja n Aiman akan ikut. Memang yang disebutnya tak sama langsungla.. suka2 je dia sebut apa nak sebut. Huruf fav ialah 'O' n 'M'. Contoh eja AIMAN.. mesti kuar ' A O E O M '. Hahaha.. suruh eja apa pun kuar lebih kurang bunyi ni jugak. Tapi skarang.. kalu aku eja, then sebut.. eg 'A I M A N' Aiman, terus je dia ikut 'Aiman'. Takde dah eja2..

Pantang kalu lepas keluar.. mesti nak lalu kat lalang nieh..


5. Album : Suka tengok album. Kalu rumah mak tok dia, abis dipunggah suma.. kalu kat rumah aku, mesti mintak nak tengok album kawin aku. Seb baik jenis yang hardcover... berat sikit so takde la Aiman larat nak main angkat je. Mesti kena mintak tolong jugak. Dari situ, sibukla tunjuk gambar n sebut sapa dalam gambar. Kenal je en suami.. tp bila gambo aku.. mesti mcm tak tau sapa. Ibu punya make up cantik sangat eh.. sampai Aiman tak kenal..


6. Susu : Adoila.. sangat tak banyak minum susu. So far, kalu ngan aku, dapatla 3 gelas susu, tapi setiap gelas takleh letak banyak pun susu.. kalu letak pekat sikit je, konfem muntah balik. Masih tak leh nak minum plain susu.. so skarang kalu kat nanny, aku bekalkan susu perisa madu ngan coklat tp kalu kat rumah, aku kasi minum yang madu je. Isnin aritu, nanny cakap nak jugak dia minum dalam botol kat rumah nanny.. tp bila aku try kasi kat rumah, taknak. Tak pe la, minum banyak2 ngan nanny.. at least kalu dia tak nak ngan aku, keperluan susu tu dah dicover kat rumah nanny.


Gaya ngantuk giler.. ngan buddy baru head hammer shark..

7. Sakit & Takut : Dah pandai skang guna dua perkataan ni. Kekadang tu dia tau kita akan cepat2 tengok dia bila dia cakap 'sakit'. Saja wat drama sakit kaki la.. sakit tangan la.. nak soh kita tiup2. Kekadang tu kena sikit je.. riuh cakap 'sakit' yang lebih. Takut pun.. kalu taknak pegi tempat gelap ke.. apa ke.. sibuk la cakap 'takut'. Bab takut ni, aku sebenarnya kurang gemar skit.. sb bila asyik takutkan dia.. suma menda dia tak nak buat. Kekadang tu menda yang tak sepatutnya dia takut pun, nanti dia takut. Slowly skarang.. aku dah jarang cakap takut ngan Aiman. Even kalu ada menda yang dia cakap takut, aku akan cakap balik supaya dia tak takut. Hmmm.. sbnrnya perkataan ni asalnya bukan datang dari aku. Tapi biasala budak2.. main serap je apa orang ajar..


8. Main : Pandai dah main ngan budak2 lain. Aritu Aqilah balik, ok je main bola sama2. Siap baling kat Aqilah, then kutip balik then kasi bola. Boleh lari2 lagi main. Then pegi rumah zue masa birthday party Azim pun, Aiman ok je dok ngan budak2. Cuma aku je yang risau tengok budak2 besar yang main langgar je Aiman yang kurus n ringan nieh. Terus aku angkat bawak ke tempat lain..

Aiman & Aqilah.. macam kembar je



9. Tido : Ok la jugak skarang.. asalkan tak lari waktu tidonyer, takde la kau nak kena berjaga lewat2 malam teman Aiman. Skarang, rasanya paling lambat tido pun dalam kol 1.30 pagi. Yang biasa.. 12.30 la.. nanti Aiman dah ngantuk, pandaila dia tarik aku ajak 'E A E A O' (lagu Old Macdonald) tu sambil hala ke tangga nak naik atas. Tapi.. bila kat atas, tak semestinya tido dulu... Kekadang tu aku yang dah tido dulu.. sedar2 je Aiman dah tido.. tepon aku pun ntah ke mana! Skarang lagi suka tengok video sendiri dari lagu Old Macdonald tu. Old Macdonald lagi suka tengok kat laptop, kat umah mak tok. Tapi still sebut 'E A E A O' kalu nak tengok video kat hp. Bila dah bukak tu, Aiman cakapla 'Aiman..'.. Haaa.. tu maknanya nak tengok video diri sendiri la tu. Skarang aku memang rajin rakam.. sebab akan ulang banyak kali suma video sampaila aku eh.. Aiman tido. Tengah malam jarang dah bangun, biasanya akan terjaga around 5.30 pagi, terus duduk n tunjuk pintu. Tapi mata pejam. So aku memang akan kena bawak Aiman turun bawah, akan try kasi air masak, biasanya Aiman dahaga n minum. Kalu dia tak mo, dukung kejap.. sampai lelap balik.. tidola Aiman sampai pagi. Ada jugak letak air dalam bekas tp Aiman selalu nak kena turun jugak. Kalu tak.. meraung sampai terjaga.. lagi susah nak kasi tido balik..




10. Makan : Kejap makan banyak.. kejap tak nak makan. Aku pun konfius.. risau pun ada. Yela, dah la berat kurang.. makan pun tak menentu. Bila datang angin nak makan tu, siap sambil makan tu boleh bunyi 'nyum.. nyum..' lagi. Ala2 menikmati n sedap sangat la tu. Hahaha.. sangat suka makan buah especially mangga n limau bali. Limau bali makan mcm makan nasi. Pastu, suma nak suap sendiri. Bila dah boring makan sendiri yang biasanya tak sampai 5 sudu pun.. mulala dikecah2kan nasi tu.. Abis berterabur suma. Kalu minum air kotak plak, memang sengaja picit nak kasi air kuar memancut. Letak tikar pun tak guna sebab bila dikecah2 kan tu.. abis merata melantun nasi or makanan. Itula.. suma ikut mood.. kalu masa nak makan, senang je kasi. Kalu takmo tu, abis dimain2kan je makanan.


Yum..yum.. fav food.. pantang jumpa sate..


11. MANJA!!!!!!!!! Ya Allah, manja giler Aiman skarang.. aku rasa, sejak aku balik dari S'pore, lagi manja jadinya. Sampaikan kekadang tu aku rasa tertekan nak melayan. Sebab manja tu, dia asyik nak dukung je. Duduk pun tak leh.. pastu bila dah dukung, mulala nampak macam2 (sebab tinggi kan pemandangannyer). Pastu arah2 nak soh masuk dapur yang memang biasanya kosong n takde menda. Hahaha.. aku plak yg susah hati sebab selalu je Aiman mintak sudip bila arah aku masuk dapur. Aku ni memangla malas nak masak.. Datang angin manja tu.. tak mo dah ngan en suami ke.. mak tok ke.. mesti nak aku jugak. Paling tensen bila nak sembahyang. Meraung2 nak soh dukung jugak. Aku banyak kali jugak biarkan je dia nangis.. bukan apa2.. penatla nak layan je suma. Terpikir jugak, bagus ke layankan aja suma permintaan anak kita ni? Haila, sebab yang tak tahan tu, kalu tak ikut cakap dia, menangis2 sampai teresak2. Ada jugak masa aku pun rasa macam nak nangis sekali sebab tak tahan n penat sangat dah..



Bahagia rasa dalam hati melihat Aiman membesar dengan baik. Even bab nak kasi makan, susu n berat dia tu susah skit.. as long as sihat.. hopefully slowly Aiman akan dapat atasi masalah2 ni. Kekadang terasa sedih mengenangkan takut aku tak dapat kasi banyak kasih sayang kat Aiman bila adik dah lahir. Tak mo Aiman rasa tersisih.. tp kesian jugak kat adiknya nanti. So harap2.. aku sendiri pun akan ada lebih masa nanti.. for both of them..

No comments: