Bosan tol bila kena outstation sorang2. Lama plak tu.. First n second day.. internet problem kat hotel ni. Nak online plak, pakai internet kat lobby. Tu pun dok tengok staff hotel je yang sibuk main internet tu.. bukan wat apa pun, main Farmville!!! Sabo je la, seb baik bila tengok aku nak pakai, terus kasi. Kalu tak, sure report kat manager dia. Hua hua hua... hotel ni kat Singapore University, so aku rasa malam2 banyak student yang keje part time kat sini.
Channel tv plak macam hampeh. Banyak channel yang clear, suma cakap cina. Yang dapat ok ok tu.. tv2. HBO plak... asal aku nak tengok je, tunjuk citer2 dengan adegan yang melampau. Tak best langsung... Last2 tido je la..
Training so far biasa2 je. Dah penah belajar pun b4 this, maybe sebagai ulangkaji untuk aku. Masa perkenalkan diri, aku antara 3 orang yang paling lama join! Huhuhu... orang lain suma experience less than 1 year.. sekali aku.. 6 years!! Seb baik ada jugak orang2 yang aku kenal.. but still makan sorang2 la sebab diorg suma datang 3-4 orang dari negara diorg. Aku ok je.. lagipun makanan dia sedap kan... so fokus pada makanan!
Malam semalam pulak, sempatla Skype ngan Aiman. Rindunyer kat Aiman. Suma orang cakap Aiman kurang makan sekarang. Suma makan sikit2 je. Susu pun tak mo minum. Ala Aiman.. dah la awak tu kurus... ada lagi 4 hari aku kan sini. Jangan susut badan sudah. Aiman syok je ajuk apa yang aku cakap.. sambil tu sibuk jugak menyelongkar bilik adik aku. Kira kejap depan laptop.. kejap ilang.. Jap lagi datang balik bawak barang2 nak main.
Owh.. b4 that sempatla ronda2 kat Orchard Road. Saja pi awal sebab kebetulan semalam training abis awal. Ye la, sorang kan.. malas la nak jalan sorang2 sampai lewat2. Kalu ngan wani, balik hotel kol 11 pun no hal lagi. Setelkan terus barang2 yang orang pesan.. perfume, botol susu, tinggal handbag C&K Hanizah je tak jumpa lagi. Tengokla esok ke.. pi cari kat outlet dia pulak. Sempat sambar sepasang comfort sandal harga $10. Skarang pun pinjam sandal mak..
Masa sembang ngan Aiman semalam, tetiba bunyi cam meletup! Terus tv tershut down sendiri! Panggil staff hotel, diorg pun takleh nak wat apa. Katanya tunggu hari ni maintanence datang. Nak tukar bilik, kena tunggu availability sebab skarang suma bilik penuh. Takkan sampai jumaat ni aku kat sini tak de tv. Sakit woooo... dengan tak bercakap ngan orang.. suara lain pun langsung tak dengar kalu tv takde. Pagi ni perasan plug suis pun tak berfungsi jugak. Agaknya trip kot.. hopefully takde la sampai tv tu rosak.. so aku pun tak yah susah2.
Memang training kali ni amat mencabar la. Bukan mencabar pasal training tu tapi segala masalah2 remeh kat hotel ni. Aku macam tau nak salahkan sapa.. tp tak leh la tulis kat sini. Bahaya.. bahaya.. Klah, nak mandi then pi cari manager tu.. katanya kol 7 dah masuk keje. Malam ni pi Singapore Flyers, treat dari Emerson. Aku tak naik kot.. tinggi 26 tingkat woooo.. yang Eye on Malaysia tu pun terdiam aku kat atas. Nak plak skarang pregnant.. owh.. dah masuk bulan ke 6 ye... lepak kat bawah jela.. biar free org belanja pun..
Chowwww...
No comments:
Post a Comment