Monday, May 30, 2011

Baru jumpa playground..

Aiman sebenarnya tak penah aku bawak pi main kat outdoor playground. Kalu indoor playground pun.. jarang2. Selalu tumpang main gelongsor kat klinik ke.. area luar Giant ke.. tu pun tak lama. Semalam balik dari BP, singgah Kajang visit my SIL. Sebab sampai Kajang tu dah nak maghrib, so kitorg pun decide makan dulu kat Sate Samuri n lepas maghrib baru pegi rumah orang. Kebetulan plak sebelah kedai sate tu stadium n memang ada playground yang agak besar.. memang ramai budak2.. Punyala exited Aiman nak main kat situ. Terus lari2 ke sana.. pastu mcm tak tentu arah sebab dia macam nampak suma tempat menarik n nak ke sana. Dah panjat satu anak tangga, nampak plak gelongsor kat sebelah, turun balik lari kat gelongsor sebelah. Bila dah naik separuh, nampak pulak jongkang jongkit.. dah berlari turun ke sana pulak. Hahaha.. kelakar.. seronok pun ada melayan Aiman.



Seb baik la playground ni besar.. jadi even ramai budak2, suma lagi suka main yang tinggi2 n lari2 dalam terowong. So Aiman dapatla main sepuas2nya kat satu gelongsor ni yang boleh tahan la jugak tinggi dia. Tapi Aiman pandai tahan ngan kasut.. so takde la laju sangat turunnya.





Dah abis main.. nak bawak pegi makan.. nampak plak gerai2 kat tepi tu ada jual bola besar2. Kat rumah dah ada sebiji.. tapi Aiman kan.. memang pantang tengok bola. Beriya sangat2 nak jugak.. aku sebagai ibu yang memang tak sampai hati.. belikan la jugak.. dapat la satu bola saiz kecil sikit dari yang paling besar tp masih besar lagi saiz dia dari bola biasa. Punyala seronok..



Ada jugak gerai jual bola bulu2 getah yang suatu masa dahulu Aiman memang geli sangat. Ingatkan dah tak geli.. rupanya bila bola tu dia letak banyak2.. Aiman memang takut! Apa lagi.. seronokla kitorg mengusik Aiman. Memang erat betul dia peluk..



Nanti kita jalan2 main kat playground lagi ye Aiman. Aku bukan tak mo bawak.. cuma Aiman ni kecik n kurus sangat.. selalu budak2 besar main tolak2 je dia.. Risau pulak tengok kot jatuh ke.. tergolek ke apa..

Friday, May 27, 2011

Nuha & Furqan.. Welcome!!



Alhamdulillah.. pagi semalam, 9.04 pagi lahirla Nuha and Furqan lahir 9.05 pagi melalui pembedahan. Petang semalam baru pi visit sebab masa lunch tu baby tak masuk wad lagi. Both of them sooooo adorable n cute. Seb baik baru umur sehari.. kalu dah seminggu.. dah bukak2 mata.. konfem tak lekat dok atas tilam. Suma pakat nak dukung.. Nuha besar, 3kg.. so nampak sangat beza ngan Furqan. Pastu sangatla putih n kulit dia nampak pink je sebab putih sangat. Furqan plak.. macam besar Aiman masa lahir dulu.. kulit pun merah n gelap skit banding Nuha. Bleh kata.. Nuha ala2 chinese look ikut abah dia n Furqan plak ala2 malay look ikut ummi dia. Kesian tengok nisah kelam kabut nak susukan both of them.. pastu even kembar tak seiras.. lepas sorang bersin.. terus diikuti sorang lagi plak bersin. Pastu kuatnyer la berak.. tapi biasala baby baru lahir ni.. memang berak bagus pun untuk diorg. Ahad nanti baru balik rumah.. so nanti baru amik gambo banyak2. Riuhla rumah mak pasni.. Furqan.. Nuha..

Thursday, May 26, 2011

Biasa biasa aja..

Lama gak tak update blog..
Tak de kisah menarik sangat lately..
Nak update blog kat opis pun mcm tak sempat sebab sedikit sibuk..
Jap lagi nak chow dari opis awal..
Nak pi visit Hanisah n her newborn babies kat UH..
Aiman en suami jaga sampai aku balik rumah pas maghrib nanti..
Hehehe.. sejak dia jaga Aiman masa aku kat singapore aritu..
Makin boleh dipercayai kalu tinggal Aiman ngan en suami..
Tapi bukan untuk saja2 la.. hanya pada keadaan2 yang tertentu saja..
Memang mood nak tulis blog tak de..
So till next update lah..

Thursday, May 19, 2011

Sabar.. sabar & banyakkan bersabar

Adoila.. cukup tak suka perkara2 yang berlaku di pagi hari yang sangat menguji kesabaran
Arini aku ada appointment kat kk
Sebab en suami ke kerteh semalam, so pagi ni aku gerak dari rumah mak
Dah amik dah pun buku smlm, sambil amik buku, dah pk.. 'betul dah buku ni, kang tersalah amik buku Aiman plak'
Pagi ni baru perasan.. memang aku amik buku Aiman pun!
Camne la boleh tersalah, sedangkan buku Aiman tu warna biru.. buku aku merah!
B4 ke kk, singgah balik rumah amik buku merah aku..
Cari2.. tak jumpa.. pk2 balik, baru teringat buku merah dalam keta yang en suami bawak!
Dah tu, alang2 appointment arini, so aku pun bawak je la buku merah lama..
Sampai kk, guna alasan tersalah amik buku..
Selamba je nurse ni, kata tak leh sb tak bawak buku yang betul
Bila aku ckp kan kk sendiri pun ada simpan satu copy, katanya.. tak sama.. dalam buku aku tu lagi banyak maklumat..
Dah malas nak bertekak.. aku pun cakap, takpela, kasi je la appointment ari lain
Aku pun bukan rajin benor nak mengadap nurse2 yang memang tak berapa ikhlas pun nak wat keje
Muka sorang2 masam mencuka.. pagi2 buta pun dah masam..
Kalu dah keje depan kaunter tu, cer manis2 kan muka.. ramah2 kan mulut tu..
Sepanjang aku menunggu.. memang aku dah terpk nak isi complaint form tu
Suggest supaya nurse2 ni, especially yang jaga kaunter depan pegi banyak skit Stress Management Course..
Biar dalam tu rasa tensen, tertekan, tapi pandai sorokkan especially depan pelanggan
Jangan sampai orang pun boleh rasa tempias ko tertekan tuh..
Lama punya tunggu... cari buku la.. pass kat orang ni.. pass kat orang tu.. barula dapat..
Ok je pun, diorg kasi kertas yg biasanya diorg guna bila buku dah penuh
Elleh.. bukan susah pun.. nurse je yang malas..
Bila nak amik darah plak, biliknya kat area pesakit luar yang sememangnya banyak giler bilik yang beroperasi
So nombor2 yang panggil orang tu tak berhenti2 berbunyi..
Bila turn aku, nurse kat dalam tu boleh plak sound.. tanya mana aku pegi sedangkan dah 3x dia panggil no aku
Aku mmg dah penat n tak larat nak layan, aku diamkan je dengar dia membebel
Ayat dia paling aku tak tahan.. 'sy ni tak kisah nak kena tekan no banyak2 kali.. sy keje sampai kol 5.30 ptg. Awak tu la.. bila tak perasan, kan dah jadi lama masa menunggu..'
Hmm.. ye la tu nurse. Bayangla kat luar tu satu je papan panggil no
Dalam bilik ada 3 nurse yang bekerja.. so kadar panggil tu cepat sangat..
Tak sempat sy tengok no saya lagi, dah no lain kuar
Tak sempat nak dengar no sy disebut sampai habis oleh mesin panggil no tu.. dah mesin tu panggil no lain pulak..
Mata saya ni.. bukan memandang papan tu je kejenyer..
Kalu setengah jam saya tunggu kat luar bilik tu, alamatnya melangut sakit tengkok sy ni sampai malam sebab nak memandang papan no awak kat luar bilik tu lama2 sampai no saya kuar..
Dah amik darah, pi lab anta sample darah ngan wat urine test plak
Haaa.. staff kat sini satu hal lain plak..
Bila dah tekan no tu, selagi orang tak datang, ditekannyer no tu banyak2 kali.. sampaila muncul orang yg sepatutnya kat depan kaunter tu
Adoila.. ni lagi satu hal.. dahla kaunter tempat orang lalu lalang
Bila dah panggil no tu, sure la orang amik masa nak bangun.. kalu dok belakang2.. nak kena lalu celah2 orang yang duduk lagi..
Kalu tengah baca paper, nak kena lipat2 dulu.. simpan barang.. baru bangun..
Kang otw.. lalu pulakla makcik2 or pakcik2 yang tak larat dah, kenala kasi laluan, takkan nak main redah je langgar diorg semata2 nak cepat2 pi kat kaunter..
Kesimpulannya, bila dah panggil no tu, tunggula kejap.. 10 saat ke, tarik nafas 5-6 kali ke.. kalu takde orang muncul, barula tekan lagi no nyer..
Seb baikla nurse yang jumpa kat dalam bilik tu baik.. siap sembang2 lagi..
Cover balik suma tensen2 dengan nurse2 n staff2 lain yang kat luar tadi tuh..
Nasibla.. keep remind my self, ni la yang aku dapat bila aku decide nak wat checkup kat kk
Nama pun gomen kan.. especially orang2 yang bekerja berdepan ngan pelanggan..
Rasa mcm diorg ni dah besar sangat..
So.. sabar n sabar n sabar je lah..

Wednesday, May 18, 2011

19 bulan & manja gilerrrr

Dah 19 bulan Aiman skarang..



Actually ari sabtu aritu tapi tak sempat la nak update blog

Asyik teringat2 je.. tapi memang tak sempat langsung lagi nak buat

Aiman skarang dah pandai macam2.. cepat sangat perkembangan dia..


1. Cakap : pantang orang cakap, suma sibuk nak ikut cakap balik. Skarang dah ada partner lawan cakap ngan Aiman. "Talking Tom"!!! Hahaha.. Aiman suka sangat ikut orang kan.. dah si Tom ikut pulak Aiman cakap. Tapi biasanya kalu ngan Tom, Aiman tak cakap banyak pun. Sibuk nak geletek je..

Ni dah tak sabar nak kuar.. beriya cakap 'jom..jom' sambil tangan kat tempat bukak pintu

2. Nak itu ini : Bab ni paling penat nak layan. Dah pandai cakap... dah pandai monitor mcm2.. so pandai sangat nak mintak. Selalunyer bila nak mintak benda.. tunjuk sana sini sambil cakap 'ni.. ni..'. Suma benda kata 'ni..'. Tensen sebab tak tau apa yang dia nak. Lately cam dah ok sikit sebab aku selalu suruh dia cakap apa 'ni' tu or tunjuk mana satu. Kalu atas meja ada banyak benda, kekadang tu Aiman amik tangan aku tolak kat benda yang dia nak sb kalu dia pegang.. tak sampai sb aku dukung dia.


3. Masak : Selalu jugak aku masa sambil dukung Aiman. Yela, bila datang angin dia tu.. kalu tak dukung mau meraung kat kaki aku. Sambil tolak2 aku.. bila dah selalu sangat tengok aku masak, skarang dah pandai. Kekadang tu tengok aku amik periuk or kuali je.. dah sibuk suruh amik minyak. Tak sempat nak tunggu minyak panas lagi, dah sibuk suruh aku amik sudip. Nak nasi pun, akan suruh aku amik senduk utk cedok nasi dulu.



4. Eja : Tak pandai lagi mengeja. ABC pun tak reti. Salah aku jugak kot, selalu ajar dia mengira je.. jarang nyanyi lagu ABC kat Aiman. Tapi selalu jugak aku mengeja n Aiman akan ikut. Memang yang disebutnya tak sama langsungla.. suka2 je dia sebut apa nak sebut. Huruf fav ialah 'O' n 'M'. Contoh eja AIMAN.. mesti kuar ' A O E O M '. Hahaha.. suruh eja apa pun kuar lebih kurang bunyi ni jugak. Tapi skarang.. kalu aku eja, then sebut.. eg 'A I M A N' Aiman, terus je dia ikut 'Aiman'. Takde dah eja2..

Pantang kalu lepas keluar.. mesti nak lalu kat lalang nieh..


5. Album : Suka tengok album. Kalu rumah mak tok dia, abis dipunggah suma.. kalu kat rumah aku, mesti mintak nak tengok album kawin aku. Seb baik jenis yang hardcover... berat sikit so takde la Aiman larat nak main angkat je. Mesti kena mintak tolong jugak. Dari situ, sibukla tunjuk gambar n sebut sapa dalam gambar. Kenal je en suami.. tp bila gambo aku.. mesti mcm tak tau sapa. Ibu punya make up cantik sangat eh.. sampai Aiman tak kenal..


6. Susu : Adoila.. sangat tak banyak minum susu. So far, kalu ngan aku, dapatla 3 gelas susu, tapi setiap gelas takleh letak banyak pun susu.. kalu letak pekat sikit je, konfem muntah balik. Masih tak leh nak minum plain susu.. so skarang kalu kat nanny, aku bekalkan susu perisa madu ngan coklat tp kalu kat rumah, aku kasi minum yang madu je. Isnin aritu, nanny cakap nak jugak dia minum dalam botol kat rumah nanny.. tp bila aku try kasi kat rumah, taknak. Tak pe la, minum banyak2 ngan nanny.. at least kalu dia tak nak ngan aku, keperluan susu tu dah dicover kat rumah nanny.


Gaya ngantuk giler.. ngan buddy baru head hammer shark..

7. Sakit & Takut : Dah pandai skang guna dua perkataan ni. Kekadang tu dia tau kita akan cepat2 tengok dia bila dia cakap 'sakit'. Saja wat drama sakit kaki la.. sakit tangan la.. nak soh kita tiup2. Kekadang tu kena sikit je.. riuh cakap 'sakit' yang lebih. Takut pun.. kalu taknak pegi tempat gelap ke.. apa ke.. sibuk la cakap 'takut'. Bab takut ni, aku sebenarnya kurang gemar skit.. sb bila asyik takutkan dia.. suma menda dia tak nak buat. Kekadang tu menda yang tak sepatutnya dia takut pun, nanti dia takut. Slowly skarang.. aku dah jarang cakap takut ngan Aiman. Even kalu ada menda yang dia cakap takut, aku akan cakap balik supaya dia tak takut. Hmmm.. sbnrnya perkataan ni asalnya bukan datang dari aku. Tapi biasala budak2.. main serap je apa orang ajar..


8. Main : Pandai dah main ngan budak2 lain. Aritu Aqilah balik, ok je main bola sama2. Siap baling kat Aqilah, then kutip balik then kasi bola. Boleh lari2 lagi main. Then pegi rumah zue masa birthday party Azim pun, Aiman ok je dok ngan budak2. Cuma aku je yang risau tengok budak2 besar yang main langgar je Aiman yang kurus n ringan nieh. Terus aku angkat bawak ke tempat lain..

Aiman & Aqilah.. macam kembar je



9. Tido : Ok la jugak skarang.. asalkan tak lari waktu tidonyer, takde la kau nak kena berjaga lewat2 malam teman Aiman. Skarang, rasanya paling lambat tido pun dalam kol 1.30 pagi. Yang biasa.. 12.30 la.. nanti Aiman dah ngantuk, pandaila dia tarik aku ajak 'E A E A O' (lagu Old Macdonald) tu sambil hala ke tangga nak naik atas. Tapi.. bila kat atas, tak semestinya tido dulu... Kekadang tu aku yang dah tido dulu.. sedar2 je Aiman dah tido.. tepon aku pun ntah ke mana! Skarang lagi suka tengok video sendiri dari lagu Old Macdonald tu. Old Macdonald lagi suka tengok kat laptop, kat umah mak tok. Tapi still sebut 'E A E A O' kalu nak tengok video kat hp. Bila dah bukak tu, Aiman cakapla 'Aiman..'.. Haaa.. tu maknanya nak tengok video diri sendiri la tu. Skarang aku memang rajin rakam.. sebab akan ulang banyak kali suma video sampaila aku eh.. Aiman tido. Tengah malam jarang dah bangun, biasanya akan terjaga around 5.30 pagi, terus duduk n tunjuk pintu. Tapi mata pejam. So aku memang akan kena bawak Aiman turun bawah, akan try kasi air masak, biasanya Aiman dahaga n minum. Kalu dia tak mo, dukung kejap.. sampai lelap balik.. tidola Aiman sampai pagi. Ada jugak letak air dalam bekas tp Aiman selalu nak kena turun jugak. Kalu tak.. meraung sampai terjaga.. lagi susah nak kasi tido balik..




10. Makan : Kejap makan banyak.. kejap tak nak makan. Aku pun konfius.. risau pun ada. Yela, dah la berat kurang.. makan pun tak menentu. Bila datang angin nak makan tu, siap sambil makan tu boleh bunyi 'nyum.. nyum..' lagi. Ala2 menikmati n sedap sangat la tu. Hahaha.. sangat suka makan buah especially mangga n limau bali. Limau bali makan mcm makan nasi. Pastu, suma nak suap sendiri. Bila dah boring makan sendiri yang biasanya tak sampai 5 sudu pun.. mulala dikecah2kan nasi tu.. Abis berterabur suma. Kalu minum air kotak plak, memang sengaja picit nak kasi air kuar memancut. Letak tikar pun tak guna sebab bila dikecah2 kan tu.. abis merata melantun nasi or makanan. Itula.. suma ikut mood.. kalu masa nak makan, senang je kasi. Kalu takmo tu, abis dimain2kan je makanan.


Yum..yum.. fav food.. pantang jumpa sate..


11. MANJA!!!!!!!!! Ya Allah, manja giler Aiman skarang.. aku rasa, sejak aku balik dari S'pore, lagi manja jadinya. Sampaikan kekadang tu aku rasa tertekan nak melayan. Sebab manja tu, dia asyik nak dukung je. Duduk pun tak leh.. pastu bila dah dukung, mulala nampak macam2 (sebab tinggi kan pemandangannyer). Pastu arah2 nak soh masuk dapur yang memang biasanya kosong n takde menda. Hahaha.. aku plak yg susah hati sebab selalu je Aiman mintak sudip bila arah aku masuk dapur. Aku ni memangla malas nak masak.. Datang angin manja tu.. tak mo dah ngan en suami ke.. mak tok ke.. mesti nak aku jugak. Paling tensen bila nak sembahyang. Meraung2 nak soh dukung jugak. Aku banyak kali jugak biarkan je dia nangis.. bukan apa2.. penatla nak layan je suma. Terpikir jugak, bagus ke layankan aja suma permintaan anak kita ni? Haila, sebab yang tak tahan tu, kalu tak ikut cakap dia, menangis2 sampai teresak2. Ada jugak masa aku pun rasa macam nak nangis sekali sebab tak tahan n penat sangat dah..



Bahagia rasa dalam hati melihat Aiman membesar dengan baik. Even bab nak kasi makan, susu n berat dia tu susah skit.. as long as sihat.. hopefully slowly Aiman akan dapat atasi masalah2 ni. Kekadang terasa sedih mengenangkan takut aku tak dapat kasi banyak kasih sayang kat Aiman bila adik dah lahir. Tak mo Aiman rasa tersisih.. tp kesian jugak kat adiknya nanti. So harap2.. aku sendiri pun akan ada lebih masa nanti.. for both of them..

Friday, May 13, 2011

It's the day!!

Nape ntah tak leh nak log in to blogspot. So anto jela post thru email.
Sangat exited sebab harini balik!!!!!!!!
Training abis semalam, then tumpang bas peserta lain ke hotel diorg yang memang kat Orchard Road.
Abiskan mencari barang2 yang orang pesan.. then balik semula kat hotel with Michael
Kitorg pegi makan durian.. aku memang dah janji since last trip Michael ke Malaysia aritu lagi
Tapi masa tu bukan musim durian.. so aku belanja donut durian jek
This time.. aku nak belanja.. tp last2 Michael yang bayar..

Balik hotel.. still lagi sakit perut cherry berry..
Seb baikla sakitnya bila kat hotel je.. mau 3x jugakla berkampung aku dalam toilet tu
Sempat gak skype ngan Aiman kejap..
He seems very happy and don't really bother about me too!!
Cess.. seronok sangat la tu ayah dia bawak jalan2 merata2..
Last2 tu baru kasi flying kiss tak berenti..
Agaknya dia mcm blur napela ibu dia asyik ada dalam laptop je
Pastu pegang bola, bila aku mintak.. hehehe.. dia pun kasi bola kat screen tu..
Takde apa2 for Aiman in this trip, tp train yang aku redeem point HSBC dah sampai semalam
Even tak pandai lagi nak main.. itu kira hadiah la..

Jap lagi naik atas kemas barang.. then pegi opis balik sekejap amik CD
Semalam tak sempat nak jumpa orang yang berkenaan
Then singgah hotel amik beg.. terus ke Mustafa Center
Nak beli apa kat sana eh? Saja jalan2 cuci mata & buang masa..
Maybe beli coklat la kot for my family.. penat lelah diorg menjaga Aiman seminggu nieh
Dari Mustafa terus la ke airport.. saja pilih Mustafa sblm ke airport sb dia ada tempat simpan barang
Bolehla letak beg kat situ..
Just hoping that i will not have any more trouble either with things... or with people especially custom @ airport..
Dahla aku bawak balik banyak giler perfume orang pesan nieh.. seriusly.. memang banyak giler..
Aku rasa negro jual barang yang selalu promote kat kedai2 makan tu pun tak bawak sebanyak aku
Hehehe.. insyaAllah.. moga selamat sumanya..

Wednesday, May 11, 2011

Lagi 2 hari je...

Malam ni tak kuar mana2. Sebab lunch dari lari kejap pi Sim Lim plaza cari adaptor baru untuk charge laptop aku. Tak larat dah nak jalan2 lagi malam ni. Esok last day.. nak pegi Orchard, ada second order on the perfume.. pastu member dari Manila nak ikut datang ke area hotel aku ni, ada bukak kedai jual durian + makan durian skali. Diorg ni jenis yang minat n memang makan durian. Sebab tadi beli adaptor pakai cash.. duit skarang pun tinggal kurang dari $70. Kalu esok abis sb makan durian, pas ni nampaknya bayar tambang teksi pakai kredit kad lah..

Malam ni aku jadi mcm pungguk rindukan bulan... Aku = pungguk.. rindukan Aiman = bulan.. hehehe.. skang Aiman tengah kat Giant, ngan en suami pi cari dinner. Tak tau la diorg nak pi makan kat mana tuh. Nanti balik rumah mak baru Skype... esok last day.. sangat tak sabar nak balik rumah. Kulit muka pun dah kering.. perut pun asyik sakit je sb makan makanan yang ntah apa2... maybe ni antara trip outstation yang terakhir kot.. hehehe.. sb pas ni dah nak masuk 7 bulan. Dah tak leh naik flight.. then pastu dah ada baby lagi sorang.. mau amik masa setengah tahun jugak tak outstation. Yeeyyyy...

Tuesday, May 10, 2011

Malangnyer

Aku rasa.. sejak datang Singapore ni.. hari2 ada je menda yang tak kena

1st day internet.. then malam2 buta kena pi McD cari internet sb bos suruh jugak anto email. Then balik tu.. lama giler tunggu teksi.. tempat tak ramai orang plak tu.. =(

2nd day tv.. meletup then terus tv tak berfungsi. seb baik ada laptop n bersembang ngan Aiman thru Skype

3rd day laptop charger.. baru perasan rupanya meletup tv tu sb tripped n effect jugak kat plug suis. Masa kejadian malam sblm tu.. aku tengah charge laptop n skarang adaptor tu dah rosak! Abis je bateri.. keje pun takleh buat. Dahla takde orang pun pakai HP.. dalam 30 org dlm training tu.. suma pakai DELL!!!!! Bab keje tu tak la kisah sangat.. ni nak menggantikan adaptor laptop aku nieh.. dah la tak leh nak sembang ngan Aiman..

Aiman plak makin kurang makan (report dari en suami). Katanya dia banyak minum air je. Mana aku tak risau.. huhuhu.. berita tetiba sampai PS3 kat rumah hasil aku redeem point HSBC.. tak buat aku rasa gembira pun. Sebenarnya aku redeem mainan Aiman n steam pot untuk aku.. sekali en suami cakap sampai PS3! Biar betul.. tak leh nak check lagi.. tp en suami dah janji nak ganti balik mainan n steam pot tu.. yang tu lantakla.. yang aku nak skarang.. NAK BALIKKKKK...

Janganla ada lagi masalah pas ni.. jangan jugakla ada masalah ngan kastam bila bawak balik perfume banyak2. So far dah beli 4.. then arini dapat pulak order orang lain pesan.. nak beli.. tak nak beli.. nak beli.. tak nak beli.. tak belikan, sian pulak, bukan selalu orang datang s'pore. Tapi kat Subang airport skarang, suma beg sampai dari oversea diorg lalu scanner dulu. Sure akan query punya bila nampak banyak botol2 perfume kan.. Hmmmm... entahla.. dengan masalah yang bertimpa2 setiap hari ni.. membuatkan aku berfikir banyak kali adakah nak beli pesanan diorg tu.. kang kena tahan ngan kastam.. nak kena bayar tax pulak.. huhuhu.. bab bayar tu tahan lagi, sb bleh claim ngan diorg.. nak berurusan ngan kastam tu yang leceh. Bukan aku reti nak kasi2 rasuah ni......

Ngantuk dah.. saja je abiskan masa kat pc lobby nieh.. nanti naik atas terus tido. Tadi pegi Singapore Flyer pun takde perasaan gembira or apa. Dahla sensorang.. even ada je yang tegur2.. tp dengan memikirkan Aiman.. laptop adaptor.. takde rasa nak seronok2 pun. Gayat pun ye jugak.. so dok je la diam2...

Alone

Bosan tol bila kena outstation sorang2. Lama plak tu.. First n second day.. internet problem kat hotel ni. Nak online plak, pakai internet kat lobby. Tu pun dok tengok staff hotel je yang sibuk main internet tu.. bukan wat apa pun, main Farmville!!! Sabo je la, seb baik bila tengok aku nak pakai, terus kasi. Kalu tak, sure report kat manager dia. Hua hua hua... hotel ni kat Singapore University, so aku rasa malam2 banyak student yang keje part time kat sini.

Channel tv plak macam hampeh. Banyak channel yang clear, suma cakap cina. Yang dapat ok ok tu.. tv2. HBO plak... asal aku nak tengok je, tunjuk citer2 dengan adegan yang melampau. Tak best langsung... Last2 tido je la..

Training so far biasa2 je. Dah penah belajar pun b4 this, maybe sebagai ulangkaji untuk aku. Masa perkenalkan diri, aku antara 3 orang yang paling lama join! Huhuhu... orang lain suma experience less than 1 year.. sekali aku.. 6 years!! Seb baik ada jugak orang2 yang aku kenal.. but still makan sorang2 la sebab diorg suma datang 3-4 orang dari negara diorg. Aku ok je.. lagipun makanan dia sedap kan... so fokus pada makanan!

Malam semalam pulak, sempatla Skype ngan Aiman. Rindunyer kat Aiman. Suma orang cakap Aiman kurang makan sekarang. Suma makan sikit2 je. Susu pun tak mo minum. Ala Aiman.. dah la awak tu kurus... ada lagi 4 hari aku kan sini. Jangan susut badan sudah. Aiman syok je ajuk apa yang aku cakap.. sambil tu sibuk jugak menyelongkar bilik adik aku. Kira kejap depan laptop.. kejap ilang.. Jap lagi datang balik bawak barang2 nak main.

Owh.. b4 that sempatla ronda2 kat Orchard Road. Saja pi awal sebab kebetulan semalam training abis awal. Ye la, sorang kan.. malas la nak jalan sorang2 sampai lewat2. Kalu ngan wani, balik hotel kol 11 pun no hal lagi. Setelkan terus barang2 yang orang pesan.. perfume, botol susu, tinggal handbag C&K Hanizah je tak jumpa lagi. Tengokla esok ke.. pi cari kat outlet dia pulak. Sempat sambar sepasang comfort sandal harga $10. Skarang pun pinjam sandal mak..

Masa sembang ngan Aiman semalam, tetiba bunyi cam meletup! Terus tv tershut down sendiri! Panggil staff hotel, diorg pun takleh nak wat apa. Katanya tunggu hari ni maintanence datang. Nak tukar bilik, kena tunggu availability sebab skarang suma bilik penuh. Takkan sampai jumaat ni aku kat sini tak de tv. Sakit woooo... dengan tak bercakap ngan orang.. suara lain pun langsung tak dengar kalu tv takde. Pagi ni perasan plug suis pun tak berfungsi jugak. Agaknya trip kot.. hopefully takde la sampai tv tu rosak.. so aku pun tak yah susah2.

Memang training kali ni amat mencabar la. Bukan mencabar pasal training tu tapi segala masalah2 remeh kat hotel ni. Aku macam tau nak salahkan sapa.. tp tak leh la tulis kat sini. Bahaya.. bahaya.. Klah, nak mandi then pi cari manager tu.. katanya kol 7 dah masuk keje. Malam ni pi Singapore Flyers, treat dari Emerson. Aku tak naik kot.. tinggi 26 tingkat woooo.. yang Eye on Malaysia tu pun terdiam aku kat atas. Nak plak skarang pregnant.. owh.. dah masuk bulan ke 6 ye... lepak kat bawah jela.. biar free org belanja pun..

Chowwww...

Sunday, May 8, 2011

Off to Singapore

I'm departing to Singapore and I'm not happy at all. No shopping list for myself or Aiman or en suami.. No friends is going with me, staying at hotel that not together with other participant. Even they are not from M'sia.. At least staying same hotel with them can make me feel better. Paling sedih ialah meninggalkan Aiman sampai hari jumaat.

Tadi masa babai ngan Aiman pun dah bergenang air mata. Tengok Aiman babai.. Terus nangis!! Masuk airport memang mata berair, tapi pedulilah orang lain kan. Masa nak letak Aiman dalam keta, dia nak ikut aku.. tp bila en suami amik n dukung, relex je dia salam n kiss aku. Tapi kiss tu macam blur2 skit. Hopefully Aiman behave la ngan maktok. Jangan wat perangai xmo tido.. Jangan jaga tengah malam ngamuk2 nak kena dukung je lama2 tau. Nanti kita sembang malam2 ye..

Xde plan pun nak jalan2 kat S'pore nanti. Maybe stakat pegi Lucky Plaza cari perfume orang kirim ngan Mustafa jalan2 cuci mata. Tu pun kalu rajin sebab training pun abis petang. Kalu nak balik, xleh lewat2 sangat sb aku sorang je.. Semoga trip ni selamat pegi n balik.. Cepat2la ari jumaat.. dah mula rindu kat Aiman nieh..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone