Tuesday, March 22, 2011

Trip to Kelantan 2011

Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba. Mana taknya, beli tiket murah dari bulan 11 aritu. Hari2 kejar K Milin bila tarikh kawin dia sebab nak beli tiket murah. Kitorg ramai2 turun Kelantan wekend haritu sempena K Milin kawin.

So hari Jumaat tu flight tengahari ke KB tp delay sampai pukul 4 lebih petang. Punyala lama tunggu... n sepatutnya delay sampai 5.50pm. Tapi sebab ramai wat bising n ada sorang Datuk ni kecoh2 jugak, siap tunjuk surat apa ntah.. maka dapatla naik cepat sikit kol 4 lebih. Sebab delay dekat 4 jam.. maka tak sempat nak pi tolong2 kat rumah K Milin. Sampai KB dah around kol 5.30pm, amik keta sewa suma.. then kitorg pegi Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sementara menunggu Wani ngan Anan yang dijangka sampai dalam kol 7pm, diorg memang amik flight lambat sikit. First time jejak kaki ke PCB walaupun sebelum ni 2 tahun belajar kat Kelantan. Ombak besar, angin sedikit kuat n ramai jugak orang. Biasala hari minggu. Kitorg lepak tepi pantai sambil makan aiskrim.. Aiman asyik pandang atas tengok layang2 yang banyak orang main. Pastu kitorg makan seafood goreng celup tepung n terjumpa pulak orang jual satay ikan! Memang mengimbau kenangan masa dok kat Trg dulu lah. Sedap, makan sampai kenyang.. tp tak puas. Esoknya kena datang lagi sebelum balik KL.....

Lepas amik Wani kat airport, mula mencari Jalan Bayam, tempat homestay kitorg yang dah book awal2 lagi. Masuk jalan ni, kuar jalan tu, tak jumpa2 Jalan Bayam. Rasa mcm dah betul.. tp sebab banyak jalan sehala kat bandar KB nie, asyik tak dapat nak masuk Jalan Bayam. Last2 kitorg decide nak pegi terus rumah K Milin sb masa tu pun dah nak kol 8 lebih. Pengantin lelaki patut datang kol 8.30 malam untuk akad nikah. Belasahla kitorg suma pi majlis akad nikah pakai seluar jeans. Dengan muka minyak nyer.. tak mandi nyer... hehehehe.. buat bodo je la orang kampung pandang2.. Dinner kitorg nasi dagang kat rumah kenduri..


Dalam kol 10 lebih gerak cari homestay. Ni kak milin dah guide bagitau mana rumahnya yang takde la jauh mana pun dari rumah kak milin. Besar homestay nieh, n dekat jugak ngan bandar. Siap ada astro, aircond suma tempat, water heater. Letak2 barang.. terus keluar ke Wakaf Che Yeh pulak. First time pegi sana.. memang dah aim nak cari tudung. Seb baik Wani biasa datang maka Wani la jadi tour guide kitorg kat sini. Memang tak sangka.. besar giler kawasan dia, n memang berpusing2.. sempatla cari kasut baru untuk Aiman n aku jumpa tudung RM5!!!! Menjadi kepantangan kalu jumpa tudung murah tapi tak beli. Borong sampai 6 helai. Kata tuan kedai tu, dia lelong sebab nak clear stock. Tempat lain tudung ni paling murah bleh dapat RM15, tp banyak jual RM20. Anak tokey kedai ni siap main baring2 lagi atas longgokan tudung. Mentang2 la RM5 je selai. Takde rosak pun.. bawal no 1 lagi.. sulam banyak, batu banyak.. kotor pun tak. Cuma sayang, kitorg ni bukan bisnes minded.. kalu tak sure borong abis suma then jual kat kl RM15 selai pun dah untung banyak. Kat WCY ni banyak jugak orang jual tudung segera tu, cuma aku, wani n nurul memang tak pakai so takde pandang sangat. Murahla harga kalu banding ngan kl. Kain cotton pun murah2.. pendek kata, suma murahla.. Cuma duit je tak cukup banyak nak beli macam2. Hehehe.. dalam kol 1.30pagi gerak balik.. Aiman tido dalam keta. Sampai rumah dah jaga balik.. aktif main sampaila kol 3 pagi lebih. Aku nak monitor pun dah tak larat, seb baik wani ada dok main2 ngan dia.

Tudung2 yang kitorg borong... memang macam nak meniaga tp sebab murah, suma ni untuk kegunaan sendiri..

Pagi sabtu, bangun pun dah kol 8. Konon nak pegi Pasar Siti Khadijah (PSK) lepas subuh. Tido lambat punya pasal.. suma xbangun pagi tuh. Pas siap suma, kejutkan Aiman, mandikan dia, tapi nangis2 Aiman mengamuk. Agaknya dia ngantuk lagi.. nak tinggalkan dia ngan en suami, kang kalu aku balik lambat dia dah bangun n lapar.. tak de makanan pulak. Tu yang paksa jugak tu. Sekali lagi, pusing n pusing bandar KB, asyik tak nampak je PSK. Mau dekat 3-4 kali gakla lalu kot bulatan kat stadium tu.. Seb baik la bandar tak besar mana, so pusing2 pun kuar kat tempat yang sama. Sambil pusing2 tu.. start hujan pulak.. then Aiman pun tertido balik dalam keta. So kitorg decide balik rumah hantar Aiman n breakfast dulu kat rumah. Beli nasi kerabu n nasi berlauk depan rumah then makan. Banyak giler nasi.. tp murah giler!!!!


Pas sarapan, gerak pi PSK kali kedua. Tadi dah tanya kat mak cik jual breakfast tu, katanya PSK depan Parkson. Rupanya masa kitorg dok pusing2 tadi, lalu depan parkson n tak sangka PSK tu bahagian belakang Parkson yag kitorg lalu. Dulu masa skolah, kalu outing KB, selalu amik bas/teksi kat stesen teksi tepi PSK tu. Rupanya tempat tu dah ganti ngan bangunan Parkson yang sangat tinggi n besar tu. Patutla tak jumpa. Pastu lalu depan KFC n Pasaraya Pantai Timur yang dulu selalu pegi. Mengimbau kejap kenangan tumpahkan air kat KFC sebab terkejut terjumpa cikgu skolah aku yang hensem kat KFC tu jugak. Ngok tol.. hahahaha.. Best jugak sebab kebetulan sangat dapat parking dekat je ngan PSK. Then masuk je, terus kat area kuih2.. Sangat best!!! Rasa mcm nak beli suma je.. even tak beli suma, tapi banyak gak aku beli kuih. Dengan roti canai segera pun beli jugak.

Pastu shopping kat tingkat atas pasar, cari serunding then ole2 nak bawak balik. Pastu beli tudung kiriman orang n kaftan. Bleh kata murah n berbaloi la jugak. Dekat kol 12lebih baru sampai rumah.. Aiman dah bangun tp sangat behave ngan en suami. Biasala Aiman, bila ngan aku, lebih2 skit mengada dia. Terus kemas2, then pindah ke homestay yang lagi satu. Masih kepunyaan tuan yang sama tapi kecik skit, harga murah sikit sb malam karang aku dah balik. Tinggal 3 orang je yang akan stay lagi 1 malam kat KB. Rumah ni pun still kat Jalan Bayam gak. Pas letak barang suma.. terus pi umah kenduri. Gambo ngan pengantin ada.. tp kat kamera pengantin. Bila dah jadi mak budak ni, tak ingat dah nak amik gambo bagai. Asyik dok tengok mana anak pegi je.. Petang tu dari kenduri balik rumah, lepak2 rehat2 sambil tunggu petang skit ke PCB sekali lagi!

Kat PCB kitorg makan lagi seafood kat kedai yang sama. Alasannya pencicah kedai ni sangat sedap sampaikan sayang rasanya kalu pegi kedai lain n pencicah diorg tak sesedap kedai ni. Pilih sotong, udang, keropok lekor n lain2.. makan 5 orang, dekat RM50 jugakla termasuk air. Memang mahal sikit pun sebab sotong n udang besar2. Ni pun yang last2 tu dok tolak2 soh makan habiskan jugak suma. Pastu beli jugak satay ikan lagi. Makan sepuas puasnya. Masa makan ni Aiman penat, tertido so aku pun dapatla makan dengan aman.


Dah kenyang.. lepak tepi pantai melihat ombak. Hari ni orang tak seramai semalam, Aiman pun dah bangun. Aku kasi dia makan satay ikan tanpa kuah. Pastu syok betul dia main pasir n wani rajin melayan Aiman bawak dia main kat gigi air. Tapi tak basahla.. bila ombak datang terus angkat cepat2..

Balik dari PCB, ingatkan nak cari Nasi Kukus stadium yang menjadi sebutan ramai orang bila tau kitorg datang KB nieh. Kebetulan plak malam tu ada bola, punyala penuh area tu. Tersangkut jugak kitorg kat situ n xjadi cari nasi kukus sebab lama sangat stuck dalam jem. Terus pegi cari satu lagi kedai yang dulu masa aku datang kelantan kenduri Sal, ada jual nasi kerabu, nasi dagang n kuih2 tradisional kelantan. Even masih lagi kenyang makan kat PCB, rasa mcm rugi je kalu tak beli n rasa suma makanan tu. Hahaha.. melampau je kan.. tp ni jela peluang, bukan senang nak dapat rasa makanan yang murah n best camni.

Then balik rumah, siapkan beg suma. Terus pegi airport. Flight kitorg kol 10.30pm. Kat airport sementara plane sampai, aktif tol Aiman jalan2. Aku yang tak larat nak kejar n ikut dia. Tapi memang aku sengaja biarkan supaya dia penat, nanti dalam flight tido terus. Aku pun tido jugak sampaila ke Subang. Tak sedar pun masa bila diorg kasi air n makanan.

Wani balik hari ahad, Nurul plak balik hari isnin. Diorg pi Pengkalan Kubur plak hari ahad. Syoknyer... tp seb baik tak pegi sebab kalu aku pegi, sure lagi banyak borong. 2 hari 1 malam tu pun macam dah flat giler.. dengan penat jalan, tido malam tak cukup layankan Aiman, pagi plak bangun awal giler.
Sesapa yang nak pi jalan2 Kelantan.. memang merata2 ada homestay. Kotla berminat nak dok kat tempat yang kitorg ni, bolehla kontek Pesona Homestay 013-9202778. Rumah yang besar tu ada 3 bilik, 2 bilik ari, ruang tamu yang besar ngan ada beberapa xtra tilam. Yang ni RM200. Rumah satu lagi, rumah berkembar, 2 bilik, 1 bilik air. Water heater n astro takde, ruang tamu pun okla, xbesar mana. RM130. Kata tuan rumah tu, ada satu lagi rumah, harga RM100 je. Agaknya rumah yang sebelah rumah RM130 tu kot.
Akhir kata, Selamat Pengantin Baru buat K Milin n Hafiz. Semoga berkekalan ke akhir hayat..

No comments: