Thursday, March 10, 2011

New Hair Cut

Aiman potong rambut lagi!!

Biasala, Aiman punya hair stylist kat Batu Pahat

Bila balik kampung baru berpeluang nak potong

Tapi sebab 2-3 bulan sekali baru potong, memang tak biasala Aiman n sure meraung punya..

Mari kita lihat apa yang terjadi..

Tengah tunggu giliran. Relex je main2.. rambut serabai dah.. memang wajib potong..

It's my turn! Dah ready, dok atas kusi.. bukak baju.. perasaan masih tenang.. seronok tengok muka sendiri kat cermin besar..

Baru bermula. Dia rasa geli.. asal mesin tu kena kepala je, dia pusingkan kepala ke kanan n ke kiri. Siap senget2kan badan lagi..

Dah 4-5 kali pusing2 kan kepala, mulala sesi tolak menolak mesin potong rambut ngan pakcik gunting rambut tu. Last2 Aiman dah tak tau nak wat apa.. nangis je la!!!! Makin lama makin kuar meraungnyer.. Aku boleh amik satu gambo je.. segan kat orang kat kedai tu. Adake anak tengah nangis, maknyer sibuk nak amik gambo pulak..

Dah siap.. ni dalam keta, tengah tunggu en suami beli air untuk Aiman wat upah baru lepas potong rambut. Tak nangis dah tp masih dalam mood nak mengamuk. Dahaga kot. Tapi rambut tak potong botak mcm sebelum ni. Sebab pakcik yang lain gunting rambut n pakcik ni kata.. lagi elok trim je. So bahagian belakang nampak la macam potong.. depan nampak makin pendek sikit je.. Apapun.. hensemmmmmm...

Ni Aiman bergaya. Tengah xcited sebab nak pegi makan kenduri. First time pakai baju lawa, kemeja kotak2. Sayangnye, otw ke kenduri yang kat JB (1-1/2 jam journey) Aiman kencing.. abis basah seluar. Bukan pampers yang bocor, tp kebetulan ada space masa Aiman kecing tu, keluarla kot tepi.. Kurus sangat anak aku yang sorang nieh. Ngan aku skali kena tempiasnyer. So terbatasla sikit aktiviti kat kenduri tu. Yela, Aiman bolehla tukar baju, tapi aku ni manala terpikir nak bawak baju spare. Nak pi jalan2 kat JB pun tak jadi sebab kena balik rumah cepat nak kena salin baju n solat...

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

No comments: