Yey.. Aiman dah 17 bulan... setahun lima bulan..
Seronok? hehehe.. mestila seronok tengok Aiman membesar dengan happy n makin banyak idea2 dia..
Sekarang.. kerusi meja makan suma dah dibaringkan atas lantai. Kalu before this aku tindankan satu atas yang satu lagi.. bebaru ni dia dah pandai tolak kerusi yang tindan blah atas tu.. maka skarang.. suma kusi dibaringkan.. bila en suami nak makan kat meja, baru amik satu n bila dah siap makan, kena baringkan balik.
Aiman dah pandai cakap 'nak' dan 'tak nak'. Kalu tunjuk nak makanan ke, air ke.. kalu tak nak tu, memang akan kata tak nak lah. Senangla sb dah tau memang dia tak nakkan.. tp.. bila dah pandai cakap mcm ni, banyak pulak la songehnye sebab dah pandai pilih. Hahaha... Kalu air pun dah pandai cakap nak air or susu.
BF tak dapat stop fully lagi, tp skarang Aiman hanya akan minum bila nak tido je. Tengah malam plak, ikut nasib. Kekadang tu dia jaga, aku suapkan botol (minum ikut mulut botol susu.. bukan puting). Tapi kekadang dia tak nak so kenala kasi bf. Susu aku pun dah tak de, tp dia mcm saja je nak nyot nyot. Payah jugak cenggini, cuma bila dia penat sangat, kejap je la dia akan nyot nyot.. then bila dah tido, okla nak lepas pun. Skarang aku latih Aiman, bangun tido je minum susu yang aku sediakan kat tepi katil. Sebelum tido pun kasi jugak tp biasanya sebelum tido tu bergantung pada tahap dahaga dia la. Kalu nasib baik habis 4oz, kalu tak, 1 oz je pun jadila yek Aiman. Janji minum susu..
Kalu berak, pandai dah bagitau 'yak' ataupun dia cakap 'eeeee'. Hehehe.. start satu hari tu la, everytime dia berak, aku akan cakap eeeee sambil pegang pampers dia. Tapi.. kekadang tu pun, saja je Aiman cakap 'eee' sambil pegang pampers. Bila cek, tak de menda pun.. sajala tu seronok nak masuk bilik air.
Suka sangat kalu en suami main game. Mesti dari mana2 dia berada, akan cepat2 pegi duduk sebelah en suami. Siap jerit gol.. gol.. lagi. Pastu, macam semalam, en suami balik keje, Aiman tersedar dengar en suami masuk rumah, terus cepat2 pegi amik remote tv ngan joystick kasi kat en suami. Hahaha.. nak suruh main. Tahu pulak tu bezakan remote tv ngan remote astro..
Pantang dengar bunyi.. suka sangat nak mengajuk. Jalan2 pusing area taman kat rumah tu, dengar bunyi burung.. ajuk. Dengar siren polis yang sayup2.. pun ajuk jugak. Baru 3-4x dengar lagu Old Macdonald, dah pandai ikut 'e a e a o'....
Dah kenal bird.... cat.. tp cat selalunya dia sebut meow. Masuk Giant area sayur n buah pun.. pandai sebut buah..
Manja?? Hmmm.. memang manja. Xtaula manja sebab tau nanti akan dapat adik ke tak tp kalu kena dia punya mood manja tu.. memang tak leh buat apa2. Aku basuh pinggan pun sure sekuat hati akan tolak kaki aku dari bawah sinki. Sambil merengek2.. pastu bila dok depan.. relex je dia pegi main menda lain. Aku masuk dapur balik, merengek balik.. saja jer..
Pantang orang nak keluar, mesti nak ikut. Kalu tengok en suami pegang kunci.. cepat2 dia akan peluk kaki en suami sekuat2 nyer.. memang takde kasi can orang kuar la. Kalu ada orang datang rumah, memula sure akan malu or takmo dekat2 sangat ngan orang kan. Especially kalu lelaki.. tp.. bila orang tu nak balik.. ringan je dia benarkan diri diangkat untuk keluar...
Banyak lagi.. tp aku pun tak dapat nak pk suma. Apapun, Alhamdulillah membesar dengan sihat even semalam check kat kk, berat 7.4kg je... memang ringan betul Aiman ni. Ni gambar2 sekitar menunggu nak kena check kat kk semalam. Rasa mcm buang masa sangat sebab bukan pegi untuk cucuk pun. Nurse pun tanya sikit je.. biasala sibuk ramai orang kan..
Aiman bosan dok dalam stroller.. sibuk nak tolak stroller. Seb baik ada kawasan tepi yang takde orang lain. Sibuk jugak dia nak pegi kat baby2 n budak2 kecik yang lain. Beberapa cubaan untuk menarik rambut budak2 pompuan tapi sempat ditahan..
Menung jauh tengok orang main gelongsor. Aku tau.. dia memang teringin nak main tu. Sebab ahad pegi klinik, seronok dia main gelongsor. Tapi yang ni tak leh kasi la.. sebab ramai sangat budak besar main. Kang Aiman melayang kena tolak. Seb baik pintu masuk ke playground belah lain.. n memang aku tak bawak Aiman jalan dekat pintu masuk tu pun..
Penat dah jalan2 pusing.. letak dalam stroller plak. Ni sambil makan keropok n melihat awek comey kat sebelah. Kebetulan masa amik gambo muka sedih plak.. sedangkan sebelum n selepas ni senyum2 je.. Rasanya bukan muka sedih, muka ngantuk..
Yeah... my hero tido kepenatan. Tak mo dok atas car seat, nak dok atas aku. Seb baik masa tu dah kat area rumah mak, so dekat sangat dah ngan umah aku. Sedar2 tertido bersandar kat aku. Sampai rumah, sebab nak kena bukak mangga kat pagar, baringkan kat kusi dulu, turunkan seat. Tak sedar langsung dah.. penat sangat..
No comments:
Post a Comment