Monday, February 7, 2011

CNY Balik Kampung Trip - Part 1

Seronoknyer dapat balik kampung..

Orang lain pun seronok sebab dapat jumpa Aiman..

Aiman pun seronok sebab ada ramai tukang layan..

Aku lagi seronok sebab ada je yang rela menjadi tukang jaga Aiman

Hehehe.. perjalanan bermula hari khamis pagi.. Atuk n nenek Aiman dari Batu Pahat bermalam rumah kitorg malam tu. Mak ngah n pak ngah Aiman pun datang jugak dari Putrajaya. Gerak pagi dalam kol 8.30.. jalan ok la, even banyak keta, tp smooth je sampaila kat area pas Jelapang tu.. Lama jugakla nak kasi lepas dari sebelum terowong ke Hentian Rehat Sg Perak. Ada eksiden... then pastu jalan clear, keta pun dah kurang sampai la ke SP..

Aiman dah penah dok atas aku, sibuk nak dok depan.. Aku bukak tempat letak tangan kat tengah ni, kasi dia duduk atas ni. Dapatla bertahan lebih kurang 30 minit..

Sampai kenduri, kebetulan pengantin pun baru lepas makan. Apalagi... kitorg pun dijamu la ngan lauk2 pengantin.. Sampai penuh meja.. Nasi bukhari kalu tak silap aku.. sedap... daging kicap dia sedap.. Aiman pun makan nasi ngan ikan siakap..

Biasala bila kenduri sedara mara, kita pun bukanla setakat datang makan je kan. Jumpa sedara, sembang2.. lepak2... lepas makan, makan lagi... Tak larat nak kejar Aiman sebab dia suka jalan ke sana sini. Pastu sibuk nak main kat area depan pintu pagar rumah pengantin. Yang tak best sebab jalan tu berbukit sikit.. masa dia naik tak pe la, bila dia turun.. risau kalu dia tergolek jatuh. Dahla Aiman ni tak main la jalan slow2.. main redah je jalan ala2 nak lari. Sampaikan aku yang dok pegang dia dah tak larat, dia relex lagi nak panjat2 main.. Pastu dapat bunga manggar, sibuk pulak nak pukul suma ngan bunga manggar ni. Yang jadi mangsa.. pokok2 bunga jiran2 kat situ... seb baik tak tercabut bunga orang...

Malamnyer.. keluar ramai2.. family aku.. family mak tih, mak tok suma ngan my fil & mil. Tak dapat nak ajak makan kat rumah sebab rumah penuh ngan barang2. Hehehe.. so tempat pilihan kitorg kat area Sg Merbok. Dekat je ngan hotel tp my PIL duduk.. lalu kot area Sg Layar. Restoran ni betul2 tepi sungai, kalu datang siang, mesti cantik nampak sungai n ada jugak bot yang boleh bawak kita menyusuri sungai. Yang bestnyer kat sini, kawasan dia lapang giler!!! Syok Aiman jalan2.. bleh kata sampai tak mo duduk atas kerusi lah. Seb baik ada banyak yang tukang kejar n ikut Aiman ke mana saja dia jalan. Aku penat dah kejar Aiman kat umah kenduri siang tadi, so aku duduk makan je.

Aiman ni pantang tengok budak2.. mesti nak pegi kat budak2 n macam nak main ngan diorg. Ada sorang budak ni, besar dah, dalam 3 tahun kot, lelaki, besar la jugak. Aiman pi dekat dia, sekali budak ni cam peluk Aiman dengan kasarnya. Pastu bila aku tarik Aiman, dia tarik pulak baju Aiman bahagian belakang. Aku cam dah panik dah, then abang budak tu datang, pukul n tarik dia. So aku lepasla Aiman.. sekali lepas tu, budak tu datang balik. Dahla aku nampak kat bahagian depan seluar budak tu basah! Budak tu tarik2 lagi Aiman, aku memang masa tu rasa cam nak pukul dah budak tu.. sb Aiman pun macam dah takut. Aku sempat tolak2 je budak tu.. then abang dia datang, pukul lagi budak tu. Sekali mak budak tu datang, marah abang dia sb pukul budak tu. Agaknya budak tu jenis yang hyper kot. Huhuhu.. memang berdebar la jugak masa tu. Memang nak protect anak sendiri tp takut sampai mencederakan anak orang lain plak. Tapi kalu lambat sikit je.. memang aku dah cubit budak tu kuat2 kot. Mak budak tu amik je anak dia.. tak cakap sorry ke apa ke.. Kesian tengok budak tu, ye la, dia pun bukan paham.. pastu main sorang2 angkut2 tayar tepi kedai.. Tak berani dah kasi Aiman jalan2 sampaila family tu balik.. baru lepas Aiman..

Esoknya en suami balik kl bawak my PIL. Aku n Aiman tinggal kat SP balik KL ngan mak hari Ahad. Sebelum balik, sempat lagi bawak Aiman mandi kat pool hotel tempat PIL stay. First time Aiman mandi air kolam. Memula berdiri je dalam air, tp memang dia seronok. Then tengok ada budak lain lari2 dalam kolam, Aiman pun start hentak2 kaki dalam air. Bila dah makin seronok, ngan tangan2 pun dia tepuk air tu. Excited giler... seb baik ada towel dalam keta n baju jacket Aiman dalam keta. Lepas mandi, pakai pampers ngan jacket je.. seluar tak de. Ok jugakla even Aiman xcited main air, bila aku angkat dia kuar, takde la dia melalak tak mo kuar dari kolam. Bila dah masuk keta baru nangis2 sebab memang dah ngantuk pun. Sampai rumah, lepas babai atuk n nenek n ayah, terus Aiman tido 2 jam!

Aiman ngan atuk n nenek bergambar kat lobi hotel. Aku rekemen sangat ke sesapa yang nak pegi Sg Petani, meh la duduk kat Sg Petani Inn ni. Dahla bilik besar, murah... kira selesa lah.

Kalu balik SP, memang tak sah kalu tak beli dadih n air dadih. Seb baik cuti raya cina pun dia bukak. Petang tu lari kejap pegi beli.. Atas ni gambo gerai dia depan Jabatan Haiwan. Kalu dulu, gerai dia bentuk botol dadih (yang kaler putih tepi kiri gambo tu).. tp skarang dah upgrade.. sebab bukan jual susu dadih je.. segala jenis daging arnab, puyuh, ayam n frozen food pun banyak.

Aiman minum susu dadih perasa jagung. Slurpp... slurppp.. sekali sedut abis 3/4 botol. Yum yum... abisla pas ni kalu beli kena kongsi ngan Aiman jugak. Then malamnya, aku kasi Aiman minum yang pure susu dadih, kaler putih. Hmmm.. nampaknya Aiman ni memang tak leh minum susu tak berperisa. Macam haritu.. abis muntah suma balik...

Suka je Aiman nak menempel kat pak cik2 yang dok main game. Pastu segala buku2 n kertas2 kat belakang tu abis di punggah n dibuang atas lantai..

Sapa biasa makan apam lenggang? Haaa.. yang kat atas ni gambo apam lenggang. Sedap... manis2 n ada masam2 rasa ragi skit. Kejap je orang tu buat.. n sedap dimakan masa panas2. Kalu beli tu, tak yah tunggu sampai rumah, makan dalam keta je sebab dia masih rangup2 lagi. Mana nak cari kat KL? Pi la Taman Ria kat SP.... tapi kena pi awal pagi sebab ramai peminat ni.

Bawah ni pulak gambo nasi lemak 70sen. Mana nak cari nasi lemak harga murah camni skarang? Ikan bilis ada, telur pun ada dalam sebungkus nasi lemak. Kalu beli kat kl, ikan bilis pun bleh kira 3-4 ekor je, punyala kedekut. Tu nasi lemak yang harganya RM1.50 tuh.. tak de la banyak sangat nasinya.. tp nama pun wat breakfast kan.. cukup la makan. Kuih pun suma murah2.. masih lagi 30 sen sebiji.. Terbaekkkk..


No comments: