Monday, February 28, 2011

Ngok tol

Geram tol aku
Dah tunggu dekat setengah jam pas doc kuar pi smayang
Aku tanya kat nurse tu aku turn yang ke berpa pas doc balik nanti
Dia cakap kol 8 baru doc balik!
Apalaaaaaaa.. Nape xcakap awal?
Dia ingat aku nak melangut je ke kat situ lagi sejam?
Geramnyer.. Bukan sibuk mana pun nurse tu
At least inform la..
Selamat dah aku balik rumah, tengokla kalu dah kurang skit panas hati ni,aku datang balik
Kalu x.. Nanti2 la pulak

Penantian satu penyiksaan

Sedang menunggu untuk check up kali ke 2 kat Pusrawi.
Xwat lagi kad merah kat kk, plannyer lambat2 skit, masa pi check Aiman tengah bulan 3 baru wat appointment.
Aku menunggu nie.. Dah dekat sejam lebih gak, memang ramai orang pun..
Hmmm.. Sapa kata kalu pi klinik swasta tu lagi cepat
Ikut nasibla jugak kan, n kalu kk.. Hehehe.. Itu mmg super duper lama
Seb baikla ada surat khabar kat depan ni, tp 3 jenis yang ada, suma aku dah abis baca
Tetiba doktor kuar dari bilik, bawak beg
Katanya nak pegi solat asar jap
Nampaknya terpaksala aku tunggu lagi setengah jam
Dahla ada banyak giler budak2 yang umur 3 tahun ke atas yang dok wat bising dalam ni
Kalu setakat bising cakap2, tahan lagi
Ni berlari, siap bleh berlumba lagi
Panjat2 kusyen dengan selipar plak tu
Geram tengok diorg, aku sound ckp jangan naik kusi pakai kasut, orang nak duduk, kotor
Seb baik budak tu dengar kata tp skang, dia masih lari2 panjat kusyen, tanpa pakai kasut pulak!
Mak dia wat bodo je, xkan aku plak yang lebih2 nak marah kan
Bila pk2 balik, nak cakap lebih2 pun susah sebab nanti aku pun xtau Aiman punya tahap aktif dia canme
Mungkin nanti dia pun menjerit2 lari bermain2 kat klinik
And maybe masa tu aku pun dah penat sangat n biar je
Huhuhu.. Hopefully Aiman jadi anak yang dengar cakap, behave depan orang
Biarla jadi pemalupun xpe dari terlebih xtahu malu..

Sekinchan Ikan Bakar

Xbest sangat.. Ikan bakar dia rasa sedang2 je. Baik ikan bakar FenD kat kelana jaya lagi. Dahla lama giler nak tunggu diorg top up nasi n sup! Aku rasa dalam 40 minit gak tunggu. Dari Aiman jaga sampai Aiman tdo, dari Aqilah tido sampai Aqilah jaga.. Tu pun banyak kali tanya kat pekerja yang beza2.. Suma kata kejap lagi. Sampai mak tanya, nasi ni ada ke x, kalu xde saya nak balik. Masih lagi chashier tu cakap kejap2, nasi ada kat atas. Mau 10 min gak tunggu pas tu.

Aiman yang kenyang dulu makan keropok keping..

Aqilah baru bangun tido..


Aiman yang dah tido.. then bangun balik.. masa ni aku baru nak abis makan..

Bila nasi dah ada, bukan nasi baru pun. Kira nasi untuk orang yang makan kat atas, so apa yang amik masa lama sangat?? Nak makan pun dah xde selera, perut pun dah masuk angin. Hampeh je, kalu ada orang belanja lagi, selagi ada peluang xmo la pegi lagi. Baik pegi Sari Ratu.. Berbaloi gak, harga pun lebih kurang je. Kesimpulannya.. Dari 5 markah penuh, aku kasi 1.5 je.. (Nanti nak komen kat web site diorg plak.. Kecewa sungguh rasanya..)

Pot luck lagi!

Sometimes, menda yang kita rancang last minit lagi berjaya dilaksanakan. Paling kurang 2 bulan sekali kena buat, so terus rancang, anto email.. maka terhidangla segala jenis makanan yang lazat2 belaka.Menu2 potluck kali ini..
Dessert Dadih ngan Aiskrim Float

Ila tokey masak nasi ngan ikan masin dan telur masin.. Peah ngan masak ikan sardin, nurul dengan sayur kacang buncis, wani ngan sup kentang, hasanah ngan ayam madu dan dadih, siti ngan telur dadar, k milin ngan ikan masin, aisyah n souk ling dengan buah yang manis2 suma, jenny ngan kek karot, ann ngan papadom dan air float dan diana ngan ayam percik. Hehehe.. Masakan suma masak sendiri kecuali diana, sb ibu mengandung ni dah sarat, sian nak masak berat2. Aku plak, sambal tumis udang...

Sementara menunggu suma orang.. kita bergambar dulu..


Yum.. Yum.. Suma makanan memang terbaik dari rumah. Dengan desert pun superb, juga dapat mempelawa orang2 yang kebetulan ada kat situ join makan sama. Xsabar nak ada next pot luck lagi. Kita pelbagaikan lagi lauk2 ye..
Suma licin.. skarang kita ratah buah pulak
Diana yang bertambah 3x.. suma orang dah siap.. dia tak abis lagi makan..

Sunday, February 27, 2011

What I see I follow..

Anak kecik aku nama Aiman Mikhail ni.. memang pandai dah tiru orang wat apa. Dia tengok je apa yang kita biasa buat, n dalam diam2 dia ikut.

Stat smlm aku perasan Aiman suka sangat main ngan losyen. Bila lepas mandi ke, tukar pampers ke, mesti nak sikit amik losyen kat jari, pasti sapu atas hidung. Pastu amik lagi losyen sikit, sapu lagi.

Pagi ni,lepas mandi, dia amik lagi losyen letak kat hidung. Bila aku amik botol losyen, dia amik plak krim rashes punggung dia, nak korek skit letak kat jari. Then baru aku teringat, rupanya Aiman ikut aku pakai krim kat hidung!! Kan aku ada rashes kat hidung, so memang aku akan kerap sapu krim kat hidung. Hehehe.. Memang Aiman selalu tengok pun n xsangka plak dia tiru.

Itula budak2 stage umur skarang, kita yang kena hati2 dengan suma perbuatan kita. Suka sangat meniru, so kita sbg parents.. Buat and cakap menda baik2, barula diorg pun akan ikut menda yang baik je. =)
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 25, 2011

Fw: Jalan2 dalam rumah



Angin apa ntah Aiman, tadi nampak stroller dia berlipat belakang pintu, sibuk suruh bukak. Dah bukak.. aku tinggal kasi dia main tolak2. Kejap je, dah merengek balik. Gaya mcm mintak nak naik. Aku letak kat dalam, syok pulak dia dok dalam ni. Yang kenanya, akula sebab kena tolak dia pusing2 rumah. Kalu berenti marah n skarang ni, sambil taip ni pun tengok dok tolak dia slow2. Xde gaya mcm ngantuk pun, baru je bangun kol 10 malam tadi lepas nap 30min. Ingatkan nak tido sampai pagi, rupanya nap je. Pening dah aku menaip sambil tolak Aiman. Mcm menaip dalam keta plak.
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

AHB


'Nanti jangan lupa alihkan pasu bunga tu ye..'

Lebih kurang gini la ayat mak cik kat jaga dalam iklan Amanah Saham Hartanah kat tv tu..
Macam berkenan je nak join, lagipun aku xpenah join mana2 investment pun so far
Ramai orang sibuk ngan ASB, aku sampai skarang xbukak2 pun gara2 dengar citer satu masa dulu diorg xjamin pelaburan ikut syariah
Skarang mungkin dah ikut syariah kot tp aku yang malas nak pi bank bukak akaun
Aritu pun, ada skali orang Maybank talipon, nak promote insuran direct tolak dari akaun, aku kata xmo pastu sempat tanya orang tu pasal AHB nieh
Kata minah yang call tu, dia xtau pulak, keje dia jual yang insuran tu je
Maka terbantut lagi niat nak tau details pasal saham ni
Kebetulan tadi pegi bank, cash in kan cek, sementara tunggu Wani datang pick up, sempat sembang ngan pegawai bank n dia kasi borang untuk join
Xperlu bukak buku bank pun, dia akan kasi penyata je
Min RM500 untuk melabur, anytime boleh keluarkan duit dengan syarat sebulan sekali je, min pengeluaran RM100 dengan balance dalam akaun x kurang dari RM500
Dividen 2x setahun, contoh kalu dapat 6%, so awal tahun 3%, akhir tahun 3% la.
So borang dah amik, nanti bolehla simpan duit sikit buat pelaburan ni, lagipun ni under gomen punya
Hopefully terjamin la yek
Lagipun sama je macam simpan duit kat bank..


Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa eh?

Kenapa eh... dalam seminggu bekerja tu..
Katala ari isnin n selasa aku sangat bersungguh2 membuat keje
Pastu bila hari rabu, terus jadi malas
Terus mcm rasa tak tau nak buat apa dah
Nak pk keje apa yang perlu dibuat pun.. slow je otak tu berjalan
Kekadang, tak perlu 2 hari kerja dengan bersungguh2...
Cukup sehari je kerja bersungguh2... esoknya tu sure dah mcm penat
Ala2 merecoverkan diri sendiri sb ari sebelumnya dah penat lelah
Inilah yang dinamakan wasatiah dalam bekerja..
Ni istilah dari aku sendiri eh... kang marah pulak orang lain..
Menggunakan makna yang salah..

** sungguh2 ni memang membawa maksud bekerja menggunakan otak sepenuhnya.. kekadang tu tak sempat pun nak dengar orang2 keliling bersembang...

Tuesday, February 22, 2011

....

Banyak pakar motivasi kata, mungkin doktor pun banyak yang kata, sarapan bagus untuk memberi kecergasan n kecerdasan untuk otak dan tubuh kita sepanjang hari. Tapi... Nape aku selalu ngantuk lepas makan sarapan eh? Nak pulak kalu makan nasi lemak.. Lagila sedap je rasa nak tido. Agaknya kena wat macam omputih kot, breakfast makan roti, makan cereal.. Pastu minum fresh orange.. Baru segar. Ngantuknyer.. Malasnyer nak buat keje..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 20, 2011

Rasa lambat je..

Bulan ni rasa macam lambat giler berlalu
Macam dah lama sangat je CNY
Tengok balik haribulan, baru 20 hb?
Hmmmmm... lambatnyer nak bulan baru
Bak kata wani, agaknya sebab bulan ni banyak sangat cuti kot
Cuti plak berselang selang
So rasa mcm masa lama sangat berlalu
Nak tunggu apa bulan depan?
Bulan depan rasanya almost every weekend full
Start with kenduri cousin en suami kat jb
Then kenduri kak milin plak kat kelantan
Then kenduri blah lelaki plak kat kuala pilah
Macam2.. sure rumah tunggang langgang sebab weekend tak de kat rumah, tak sempat nak kemas
Apapun.. hopefully next month will be much better
Especially dalam keje.. sebab bulan ni banyak sangat meeting yang menyesakkan kepala..

Friday, February 18, 2011

16 bulan

Today Aiman dah 16 bulan (setahun 4 bulan). Syok tengok Aiman membesar, masa yang berlalu pun rasa kejap ke.. Latest perkembangan Aiman :

1. Suka sangat panjat memanjat ni.
a. Dah pandai panjat kerusi meja makan. Xboleh kalu kerusi xrapat betul2 ngan meja, kalu dia perasan je, mesti dah selamat naik n tepuk2 meja. Kalu kusi ada gap sikit pun, mesti sedaya upaya gak dia cuba nak naik.

b. Panjat sofa, then panjat tempat sandar kat sofan then berdiri sambil pegang rail tangga! Suka sangat memanjat sampaikan sofa xleh kosong.. Kena letak barang kalu xsure Aiman dah naik dulu.

c. Panjat tangga. Ni bukan tangga rumah tp tangga bertukang yang sandar kat dinding. Ada skali ayah letak kat pintu masuk, mak ke dapur. Senyap je Aiman kat depan. Cari2 xjumpa, jengok kat luar (tp still dalam kaw grill), dah sama paras bahu kita dah! Dia pun diri kaku je, agaknya xtau nak naik lagi n xreti camne nak turun. Seb baikla xjadi apa2, terus simpan tangga jauh dari pandangan Aiman

2. Dah pandai kira sikit2. Rasanya dia xdela paham nak kira tu camne tapi kalu aku sebut 'satu', mesti dia sambung 'dua'. Biasa naik turun tangga aku mesti kira, so dengarla certain nombor yang Aiman sebut macam 'dua','empat','lima'

3. Pantang dengar bunyi orang start keta or bunyi kunci bukak grill. Kelam kabut berlari kat pintu nak ikut orang keluar.

4. Macam2 dah makan. Paling suka keropok keping goreng. Aku kasi bahagian yang kecik2 je, tp mmg habisla makan. Kekadang tu Aiman kenyang sebab makan keropok je. Boleh pegi kat meja tunjuk kat balang nak keropok. Kalu xmo kasi dia makan, jangan goreng lagi keropok untuk top up keropok yang dah habis.

5.Biasa kalu kebetulan aku solat n Aiman ada dalam bilik, bila aku dah abis, nak baca doa, selalu ajak Aiman dok atas riba baca doa sama2. Even xlama pun Aiman bertahan, hopefully blehla latih dia supaya rajin solat bila dah pandai nanti. Tp skarang.. pantang aku solat je, then duduk, either antara 2 sujud ke, tahyat awal ke tahyat akhir lagila.. laju je dia datang dok atas aku. Pastu siap tadah tangan lagi! Tapi kejapje la, pastu Aiman pi la lari main kat tempat lain pulak, nanti dia datang balik..

6. Pandai kalu dapat hp, or any phone mainan, mesti cakap 'Hello.. Hah.. Hah..' Xpun. 'Hello.. Hello.. Hello..' Dok ulang hello banyak kali. Ada masa jugak, cakap hello beberapa kali, then Aiman cakap 'muahhh'. Siap bila kata hello tu, mata melilau2 sambil pk ala2 dengar apa orang cakap. Bila ada orang cakap.. Terus diam n bila kita amik balik phone, sure marah n nangis..

7.Masih lagi nak nenen untuk tido malam or bila dia merengek malam2. Usaha masih belum berhasil tp so far adala kemajuan sikit. Nak kena wat entri lain pasal ni tp hanya akan di post entri bila sepenuhnya berjaya.

Memang ligat Aiman skang. Kekadang tu kita dah penat, nak tido, tp dia masih aktif. Xlarat nak kejar.. Hmmmm.. Tapi memang seronok nengok telatah Aiman. Penghibur hati even kekadang tu geram gak bila time Aiman wat perangai. Aiman nak jadi abang dah ni, kena behave tau..

** entri ditulis masa tgh tunggu flight nak pi s'pore aritu. Ni baru berkesempatan nak habiskan tulis.
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 14, 2011

Ke Kota Singa

Aku ada meeting d S'pore arini. Flight kol 8.50 pagi tapi kena kuar awal sebab ada hal lain nak setelkan. Jam dah bunyi 10 min lalu tapi aku stuck atas katil sb Aiman terjaga jugak. Ni dalam process kasi susu but hopefully it won't take long. Kol 7 dah nak kena gerak ni. Senang kalu Aiman tido supaya aku boleh siap2 dengan cepat dan kalu dia jaga with bad mood, silap2 berdukung je dia.

Aku balik esok tengahari. Kalu ikutkan, bolehje nak amik tiket balik malam ni jugak. Tapi aku kan dalam proses nak stop bf. Huhuhu.. Dalam proses yang aku sendiri pun xpasti amik masa berapa lama. So ni peluang baik untuk tengok camne Aiman survive malam2 without bf. Hopefully ok la suma, kalu xsian kat mak malam ni nak jaga Aiman.

Selain meeting dengan customer yg super duper cerewet witout my boos (again..), misi aku nak cari seluar untuk Aiman dari Cotton-On ngan nak beli perfume. Harga yang sangat murah compares to M'sia. Kalu cotton-on tu, beli kayt butik cotton-on baby je n perfume, maybe pegi cari kat Lucky Plaza. Ada masa, pi ronda ngan wani kat area depan Universal Studio. Ini plan tambahan kalu ada masa la sebab hotel kitorg mmg dekat. Hotel yg dok masa datang ngan my family ke Universal Studio dulu.

Chow.. Doakan my safe journey. Aiman.. udah.. Jangan lebih2... Susu dah abis ni..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 12, 2011

Ai sorang je?

Sekarang aku kat kedai mamak,baru lepas abiskan megi goreng sepinggan gara2 terliur tengok gambo megi Nana post kat fb. En suami tengah tunggu keta siap kat bengkel selang beberapa kedai dari sini. Sambil makan, aku teringat kalu dulu2, memang aku xkan makan kat kedai kalu sorang2. Rela tapau or beli fast food drive thru then makan dalam keta. Masa skolah dulu pun, kalu lambat nak pi makan, kawan2 suma dah pegi dulu, aku rela berlapar dari makan sorang2. Tapi skarang.. Bila dok makan sensorang kat kedai, dah xde rasa apa2. Makan, skali skala pandang2 org keliling or tengok tv n skali skala belek2 hp. Maybe bila dah lama keje, dah biasa pi jalan2 opis customer sorang2, then kalu pi checkup kat klinik pun selalu je sorang2.. So dah tak rasa apa dah.xde rasa segan sebab orang lain suma berteman tp aku sensorang.

Kat sebelah ni ada 2 orang pakcik keje security yang bawak van tu rasanya. Sorang melayu, sorang india. Yang melayu makan nasi tp yang india tu cuma makan biskut bekalan dia je. Biskut tu pun yang ada 2 keping kot dalam plastik paket kecik2. Yang sedihnya, pakcik ni sorok biskut bawah meja, bila dia nak gigit biskut tu, dia akan tunduk then baru angkat muka sambil kunyah makanan. Biskut dia sorok kat bawah meja balik. Huhuhu.. Mesti gaji dia xcukup banyak untuk membolehkan dia makan nasi. Muka dia pun nampak sayu je. Sedih aku temgok sebab bayang camnela kalu ayah sendiri yang macam tu. Memang tengok pakcik ni membuatkan aku rasa betapa beruntungnya hidup aku. Tu pun sibuk lagi komplen macam2 x cukup. Ginila manusia, xpenah rasa apa yang kita dapat tu cukup n selalu banding dengan orang lain yang dapat lebih. Sedangkan kita patut banding betapa bertuahnya kita kalu banding ngan orang yang lebih susah.,
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 11, 2011

Cik Mut..


Semenjak dua ni, musim hujan ni, selalu pulak nampak semut masuk rumah.
Mula2 sekor dua.. 3-4 hari pastu.. abis semua keturunan diorg jalan2 atas lantai rumah aku.
Dahla lantai kaler putih, semut plak jenis hitam yang besar2 tu..
Risau gak dok baring2 sambil tengok tv, dia dok merayap atas badan kita
Kita yang besar ni reti la nak bunuh, tp kalu Aiman, kang masuk pulak semut dalam telinga ke.. apa ke..
Penah je tengok Aiman macam cuba nak amik semut yang tengah jalan2 atas lantai
Lintang pukang semut tu lari.. hahaha..
Aku ada satu ubat semut yang pada aku sangat berkesan
Dalam ni mcm biskut yang dipecah2 kan.. tabur je kat area semut tu ada
2-3 hari pas tu.. insyaAllah semua semut dah hilang
Masa mula2 beli ubat ni dulu2, dia kata semut akan bawak jugak biskut balik ke sarang
So boleh mati la suma..
Skarang, bila ada nampak semut mula nak masuk.. aku akan tabur kat bawah pintu
Takleh jugak tabur suka ati, sebab kang Aiman dok kutip
Kalu kena mainan Aiman ke, kang dia makan, susah pulak
Aritu kat pintu belakang.. boh ubat.. selamat suma semut dah tak ada
Semut2 ni bukan mati bergelimpangan tau.. dia mcm balik rumah.. mati kat busut agaknya
Sebab takde pun mayat2 semut kat lantai
Then lama pastu, hujan balik.. masuk pulak kot depan.. so aku letak kat depan pulak
Skarang.. 2-3 hari lepas nampak ada geng semut tp besar sikit, kecik sikit dari kerengga tp kaler hitam dah mula jalan2 kat lantai rumah
Ni yang pegi dapatkan stok baru ubat semut.. hopefully berkesan jugak untuk semut2 besar nieh..
Kat mana nak cari ubat semut ni? Aku biasa beli kat kedai hardware tp bukan suma kedai hardware ada
Kalu nak konfem, pi beli kat pasar tani kat stadium shah alam tiap2 ari ahad
Ada pakcik bukak meja jual segala jenis ubat semut, lipas, cicak n tikus..
Tak mahal, aku rasa kalu beli kat kedai hardware dlm RM1 satu kot.. ke RM2 dapat 3 paket..
Aku pun dah lupa tp memang puas ati la pakai..

Thursday, February 10, 2011

Cian Aiman penat

Balik keje lewat arini,pas beli sup untuk dinner,dalam kol 7.40 baru sampai umah. Memula Aiman merengek,xleh lepas langsung. Lepas kasi minum air masak n jumpa purse aku, ralit plak Aiman korek kad2 aku depan tv. Aku apa lagi, cepat2 naik atas tinggal Aiman ngan en suami. Lama pas tu, aku dengar sunyi jer kat bawah. Terpk gak Aiman tido.. Turun2 tengok, memang tido pun.. Terbaring atas carpet, di tepi purse n kad2 yang bersepah. Cian anakku.. tp sempat jugak aku amik gambo! Hehehe.. Ibu nak join Aiman lah, ngantuk jugak nieh..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

TW Annual Dinner 2011

Dinner TW selalu dekat2 ngan aniversary kawin aku.
Tahun ni dekat je.. kat area Ara Damansara..
Tema... Hawaiian Night..
Baru sekarang boleh wat post sb baru dapat gambo..
Tak banyak amik gambo pun, sebab pegi tujuan untuk dapatkan cabutan bertuah
Kot2 bertuah dapat i-pod ke.. tahun2 sblm ni stakat dapat voucer Jusco je
En suami dapat voucer jugak tahun ni tp banyak sikit, RM70
Aku bertuah sikit.. dapat kamera Lexus apa ntah..
Tapi kamera kosong je, memori kad takde, skrin protector ke apa.. suma takde
Basic kamera ngan bateri n charger je
Tp kira ok la kan... mau RM500 gak lebih kurang harganya..
Hopefully tahun depan lebih bertuahla yek
Pastu makanan buffet, okla, kenyangla jugak
Sedap pun boleh tahan..
Lepas dapat hadiah, cabutla cepat2, perut pun dah kenyang..

Tuesday, February 8, 2011

Hilang seri..

Aku rasa.. lately aku memang makin hilang seri lah
Bukan la nak kata aku memang berseri
Memangla selama ni pun, aku bukanla jenis pompuan katagori lawa pun
Cuma bersyukur la muka takde jerawat banyak sangat even aku ada resdung
Bersyukur takde parut2 kat muka
Baru2 ni, start naik merah2 kat area hidung n satu tompok kat pipi
Nampak macam jerawat.. tp sebenarnya bukan
Macam kulit mengelupas, tu yang sebabkan warna merah
Sebenarnya ruam ni sangat menggatalkan!!!
Kalu garu, kulit halus akan kuar, lagi gatal...
Baru tau.. ni penyakit eczema
Hanisah pun kena masa awal2 pregnant aritu
Lepas dia boh krim, dah ok skit
Aku.. dah boh krim sama cam Hanisah tu, tapi still gatal n merah lagi
Maybe aku pun baru pakai 3 hari.. kena tunggu lama sikit kot
Tapi tu la, bukan kata merah2 kat muka je, tangan pun gatal2 abis
Kulit kering giler.. asyik rasa gatal n nak garu je
Sampaikan luka2 jadinya.. ni pun kira dah abis tahan dah tak kasi garu
Muka pun makin kusam je rasanya..
Yela, dah merah2 kat hidung, takkan nak make up bagai..
Kang tak pasal2 dari kat hidung je merah, satu muka plak kena
Baby ibu nieh dah serap suma seri ni..
Hahahaha... nak wat camne.. sabar je la
Hopefully suma akan jadi lebih baik..
InsyaAllah...

Monday, February 7, 2011

CNY Balik Kampung Trip - Part 2

Hari terakhir di SP.. pagi tu Aiman jalan2 kat luar. Aku sidai kain n Aiman menjerit2 dari dalam rumah nak kuar. Dah kasi pakai kasut, sibuk main tolak2 buaian. Last2 tok teh kuar temankan Aiman main2 kat luar rumah.



















Bila berenti gerakkan buaian, mula la Aiman nak pegang yang tempat letak tangan kat tepi. Konon nak gerakkan balik buaian..


















Amik vitamin D di Sungai Petani..

















Tengok burung2 yang berkicauan belaan arwan wan. Dari aku kecik sampai dah ada anak.. ada lagi burung2 nyer. Rasanya bukan burung yang sama kot.. ni pun kira cucu cicit burung yang wan bela dulu. Hehehe.. bila orang datang je.. sure disambut oleh bunyi burung2 ni. Pagi2 pun, sebelum subuh lagi dah bunyi burung2 ni. Kejutkan orang solat subuh agaknya..

Babai nenek SP, babai tok teh, babai tok ngah, babai suma pak cik n mak cik yang rajin melayan Aiman di SP. Pagi tu suma kuar ramai2 pegi kenduri sepupu mak tok kat bukit mertajam. Panas sangat hari ni, kat umah kenduri pun Aiman meragam. Makan nasi sikit je.. pastu dah nangis2.. apa ntah tak kena. Seb baik ramai tukang angkat and bawak Aiman jalan2. Tapi cuaca memang panas giler. Bila masuk dalam rumah barula ceria sikit Aiman.. sibuk pulak nak panjat tangga rumah orang! Tak dok lama pun, ingatkan nak tunggu kol 2 bleh makan laksa, tp tengokkan Aiman yang dah resah gelisah.. suma pun balik cepat.
Gerak ke Ipoh pulak. Punyala banyak keta... dari simpang kuar Bukit Mertajam kat area nasi kandar Subaidah kat lebuh raya plus tu.. sampai ke tol juru... almost sejam! Adoi.. sangatla tertekan. Agaknya mak tih yang balik SP kuar sesama ngan kitorg pun suma dah lena tido dah kat rumah n kitorg masih lagi stuck tak sampai pun tol Juru.
Dah lepas tol Juru, Aiman pun batuk2.. sampai muntah! Abis kuar nasi kenduri ngan oren yang dia makan. Abis jugak baju aku!! Agaknya panas sangat, n dia dahaga. Sebelum muntah tu aku ada kasi dia minum air masak.. banyak jugakla sekali minum tu. Berenti kat hentian mana ntah, kasi Aiman mandi. Terus segar n gembira giler Aiman main air sinki! Lepas tu.. banyak la jugak keta, stop kat hentian Gunung Semanggul, kat ngan Bukit Merah. Ayah solat, tp aku ngan mak lepak je dalam keta. Jama' je lah, lagipun baju dah masam kena muntah Aiman. Sepanjang kat situ, Aiman tido je dalam keta. Sebab banyak keta, ayah pun decide nak guna jalan lama. Kuar kat Changkat Jering sb ada info kat highway tu kata dari exit Kuala Kangsar ke Hentian Sg Perak memang jem. Bila kitorg kuar... banyak la jugak keta tp still moving la. Cuma bila kat Sg Siput tu.. memang macam siput! Keta dah la banyak, trafik light pun banyak jugak!



Aiman dah bosan dok ngan aku kat belakang. Sibuk nak dok depan ngan mak tok dia pulak. Minum air teh kundur sampai ke kepala! Ditekannya kotak air tu, abis terpancut.









Penat dah Aiman.. aku pun boleh relex tido jugak. Kalu tak sibuk dia kejap ke depan, kejap ke belakang. Pastu ada jugak masa nak pi kat ayah yang tengah drive!
Lepas 5 jam, perjalanan dari Bukit Mertajam ke Ipoh, sampai jugak akhirnya. Tapi tak sempat sampai rumah tok sebab memang nak maghrib dah pun. Singgah rumah pak tih kat Tambun solat dulu. Aiman seronok main ngan anak2 paktih. Biasalakan, kat mana ada budak2, dia pun sibukla nak join. Siap dia yang jadi tukang kejar budak2 tu. Tak sempat nak amik gambo.

Pastu sampai rumah tok, singgah jap rumah mak su. Kat sini pun seronok Aiman main2 ngan pakcik2 dia.









Ni pulak main air. Tengok rambut serabai.. mana tak nyer, dipercikkan air sampai ke kepala. Pastu dia sapu pulak kepala. Hmmmm...









Pagi ahad gerak balik kl dalam kol 11. Banyak keta dari Gua Tempurung sampaila ke hentian Tapah. Pastu ok, lagipun jalan dah 3 lane. Around kol 2 sampai kl. Syok balik kampung.. even terpaksa bersesak2 dalam jem. Nampaknya raya nanti tak balik la, sebab InsyaAllah masa tu adik Aiman baru lahir..



CNY Balik Kampung Trip - Part 1

Seronoknyer dapat balik kampung..

Orang lain pun seronok sebab dapat jumpa Aiman..

Aiman pun seronok sebab ada ramai tukang layan..

Aku lagi seronok sebab ada je yang rela menjadi tukang jaga Aiman

Hehehe.. perjalanan bermula hari khamis pagi.. Atuk n nenek Aiman dari Batu Pahat bermalam rumah kitorg malam tu. Mak ngah n pak ngah Aiman pun datang jugak dari Putrajaya. Gerak pagi dalam kol 8.30.. jalan ok la, even banyak keta, tp smooth je sampaila kat area pas Jelapang tu.. Lama jugakla nak kasi lepas dari sebelum terowong ke Hentian Rehat Sg Perak. Ada eksiden... then pastu jalan clear, keta pun dah kurang sampai la ke SP..

Aiman dah penah dok atas aku, sibuk nak dok depan.. Aku bukak tempat letak tangan kat tengah ni, kasi dia duduk atas ni. Dapatla bertahan lebih kurang 30 minit..

Sampai kenduri, kebetulan pengantin pun baru lepas makan. Apalagi... kitorg pun dijamu la ngan lauk2 pengantin.. Sampai penuh meja.. Nasi bukhari kalu tak silap aku.. sedap... daging kicap dia sedap.. Aiman pun makan nasi ngan ikan siakap..

Biasala bila kenduri sedara mara, kita pun bukanla setakat datang makan je kan. Jumpa sedara, sembang2.. lepak2... lepas makan, makan lagi... Tak larat nak kejar Aiman sebab dia suka jalan ke sana sini. Pastu sibuk nak main kat area depan pintu pagar rumah pengantin. Yang tak best sebab jalan tu berbukit sikit.. masa dia naik tak pe la, bila dia turun.. risau kalu dia tergolek jatuh. Dahla Aiman ni tak main la jalan slow2.. main redah je jalan ala2 nak lari. Sampaikan aku yang dok pegang dia dah tak larat, dia relex lagi nak panjat2 main.. Pastu dapat bunga manggar, sibuk pulak nak pukul suma ngan bunga manggar ni. Yang jadi mangsa.. pokok2 bunga jiran2 kat situ... seb baik tak tercabut bunga orang...

Malamnyer.. keluar ramai2.. family aku.. family mak tih, mak tok suma ngan my fil & mil. Tak dapat nak ajak makan kat rumah sebab rumah penuh ngan barang2. Hehehe.. so tempat pilihan kitorg kat area Sg Merbok. Dekat je ngan hotel tp my PIL duduk.. lalu kot area Sg Layar. Restoran ni betul2 tepi sungai, kalu datang siang, mesti cantik nampak sungai n ada jugak bot yang boleh bawak kita menyusuri sungai. Yang bestnyer kat sini, kawasan dia lapang giler!!! Syok Aiman jalan2.. bleh kata sampai tak mo duduk atas kerusi lah. Seb baik ada banyak yang tukang kejar n ikut Aiman ke mana saja dia jalan. Aku penat dah kejar Aiman kat umah kenduri siang tadi, so aku duduk makan je.

Aiman ni pantang tengok budak2.. mesti nak pegi kat budak2 n macam nak main ngan diorg. Ada sorang budak ni, besar dah, dalam 3 tahun kot, lelaki, besar la jugak. Aiman pi dekat dia, sekali budak ni cam peluk Aiman dengan kasarnya. Pastu bila aku tarik Aiman, dia tarik pulak baju Aiman bahagian belakang. Aku cam dah panik dah, then abang budak tu datang, pukul n tarik dia. So aku lepasla Aiman.. sekali lepas tu, budak tu datang balik. Dahla aku nampak kat bahagian depan seluar budak tu basah! Budak tu tarik2 lagi Aiman, aku memang masa tu rasa cam nak pukul dah budak tu.. sb Aiman pun macam dah takut. Aku sempat tolak2 je budak tu.. then abang dia datang, pukul lagi budak tu. Sekali mak budak tu datang, marah abang dia sb pukul budak tu. Agaknya budak tu jenis yang hyper kot. Huhuhu.. memang berdebar la jugak masa tu. Memang nak protect anak sendiri tp takut sampai mencederakan anak orang lain plak. Tapi kalu lambat sikit je.. memang aku dah cubit budak tu kuat2 kot. Mak budak tu amik je anak dia.. tak cakap sorry ke apa ke.. Kesian tengok budak tu, ye la, dia pun bukan paham.. pastu main sorang2 angkut2 tayar tepi kedai.. Tak berani dah kasi Aiman jalan2 sampaila family tu balik.. baru lepas Aiman..

Esoknya en suami balik kl bawak my PIL. Aku n Aiman tinggal kat SP balik KL ngan mak hari Ahad. Sebelum balik, sempat lagi bawak Aiman mandi kat pool hotel tempat PIL stay. First time Aiman mandi air kolam. Memula berdiri je dalam air, tp memang dia seronok. Then tengok ada budak lain lari2 dalam kolam, Aiman pun start hentak2 kaki dalam air. Bila dah makin seronok, ngan tangan2 pun dia tepuk air tu. Excited giler... seb baik ada towel dalam keta n baju jacket Aiman dalam keta. Lepas mandi, pakai pampers ngan jacket je.. seluar tak de. Ok jugakla even Aiman xcited main air, bila aku angkat dia kuar, takde la dia melalak tak mo kuar dari kolam. Bila dah masuk keta baru nangis2 sebab memang dah ngantuk pun. Sampai rumah, lepas babai atuk n nenek n ayah, terus Aiman tido 2 jam!

Aiman ngan atuk n nenek bergambar kat lobi hotel. Aku rekemen sangat ke sesapa yang nak pegi Sg Petani, meh la duduk kat Sg Petani Inn ni. Dahla bilik besar, murah... kira selesa lah.

Kalu balik SP, memang tak sah kalu tak beli dadih n air dadih. Seb baik cuti raya cina pun dia bukak. Petang tu lari kejap pegi beli.. Atas ni gambo gerai dia depan Jabatan Haiwan. Kalu dulu, gerai dia bentuk botol dadih (yang kaler putih tepi kiri gambo tu).. tp skarang dah upgrade.. sebab bukan jual susu dadih je.. segala jenis daging arnab, puyuh, ayam n frozen food pun banyak.

Aiman minum susu dadih perasa jagung. Slurpp... slurppp.. sekali sedut abis 3/4 botol. Yum yum... abisla pas ni kalu beli kena kongsi ngan Aiman jugak. Then malamnya, aku kasi Aiman minum yang pure susu dadih, kaler putih. Hmmm.. nampaknya Aiman ni memang tak leh minum susu tak berperisa. Macam haritu.. abis muntah suma balik...

Suka je Aiman nak menempel kat pak cik2 yang dok main game. Pastu segala buku2 n kertas2 kat belakang tu abis di punggah n dibuang atas lantai..

Sapa biasa makan apam lenggang? Haaa.. yang kat atas ni gambo apam lenggang. Sedap... manis2 n ada masam2 rasa ragi skit. Kejap je orang tu buat.. n sedap dimakan masa panas2. Kalu beli tu, tak yah tunggu sampai rumah, makan dalam keta je sebab dia masih rangup2 lagi. Mana nak cari kat KL? Pi la Taman Ria kat SP.... tapi kena pi awal pagi sebab ramai peminat ni.

Bawah ni pulak gambo nasi lemak 70sen. Mana nak cari nasi lemak harga murah camni skarang? Ikan bilis ada, telur pun ada dalam sebungkus nasi lemak. Kalu beli kat kl, ikan bilis pun bleh kira 3-4 ekor je, punyala kedekut. Tu nasi lemak yang harganya RM1.50 tuh.. tak de la banyak sangat nasinya.. tp nama pun wat breakfast kan.. cukup la makan. Kuih pun suma murah2.. masih lagi 30 sen sebiji.. Terbaekkkk..


Saturday, February 5, 2011

What u give u get back

@ hentian rehat Gunung Semanggul
Tunggu ayah solat jap, aku jama' je la, baju dah abis kena muntah Aiman
Dok tengok ada family berkelah kat bawah pokok tepi tempat parking ni
Anak kecil, lebih kurang umur 3-4 tahun gitu
Kencing tepi pokok sebelah
Hmmmm.. Agak2 diorg ada terpikir tak maybe sebelum ni ada family lain yg mungkin berkelah kat pokok tempat anak diorg kencing..
And anak orang tu kencing kat pokok yang diorg dok berkelah skarang?
Mungkin niat nak kasi baja kot
Apalah salahnya kencing masuk longkang terus kot ye pun malas nak pi toilet
Aiman, nanti jangan kencing merata ngan diri tau..
Tak elok..

Wednesday, February 2, 2011

Balik kampung!!!

Lama dah tak balik SP!!
Kebetulan plak ada kenduri kawin cousin en suami di SP!
So esok akan turun bersama MIL n FIL..
Then aku stay sana balik KL ngan mak hari ahad nanti
Singgah tido kat Ipoh hari sabtu
Dah terbayang kuih2 yang menarik..
Boleh pulak mak tih post gambo2 kuih kat FB
Jeles tengok ni.. kena pi rasa semua!
Hehehehe....

Girl's Day Out!

Setelah mendapat jemputan dari Tuan Pengarah.. cik Aizura.. sangat xcited sebab dah lama tak jumpa member2 dari UM. Kalu dulu, selalu jugak beremail emailan masa keje. Tapi skarang dah jarang.. maybe suma orang pun makin sibuk. Rasanya, last skali kitorg jumpa masa bukak posa kot.. tu pun masa aku tak kawin lagi lagi..

Aku n Aiman sampai awal sekali! Sementara tunggu yang lain, kasi Aiman naik keta ni dulu, kat depan Nando's. Bukan main suka lagi Aiman, tak payah letak coin kasi keta gerak/bunyi.. sibuk pusing2 kan stering, siap berdiri2 lagi bawak keta.




Pas tu Rina n Niza datang.. then Mien n Suhen. Ni Dania, anak gadis Mien. Tengok Aiman buat apa? Hehehe.. dia dok usha Dania punya donut. Aiman makan lagi banyak dari Dania! Siap gigit sendiri!!! Banyak pulak tu..

Dari luar, gerak masuk dalam Kenny Roger's. Tunggu tuan pengarah sambil makan dulu.. Macam2 cerita n sembang.. rasa mcm lost contact bertahun2 lamanya.. dan tersedar yang memang dah lama giler tinggalkan UM. Tapi jiwa tetap rasa muda. Hahaha.. tak mo ngaku tua.. Oh tidak.. tahun depan umur dah mula ngan no '3'!
Lama pas tu.. Adda datang pulak. Order makan suma.. n lagi lama pastu.. akhirnya tiba tuan pengarah!!! Alhamdulillah.. selamat sampai.. (hahahaha.. chura.. jangan marah!!!)

Chura, Ada, Suhen, Dania (mak Dania meja depan ye..)
+ aku n Aiman... penah dah Aiman, dodoikan sikit je terus tido..

Rina, Niza n Mien..

All of us!!
Lebih kurang kol 2 lebih.. kitorg pun bersurai. Entah bila nak jumpa lagi.. cadangannya tahun depan wat kat rumah Chura pulak. Hehehehe..........
Then aku pi Jusco kejap, memang plan nak cari mainan baru untuk Aiman. Kali ni cari mainan yang boleh dia wat susun2 pulak. Ada lagi balance Jusco Voucer yang dapat masa lucky draw dinner TW aritu.
Sambil aku dok pilih, Niza n Rina bawak Aiman pegi main kat playland dalam Jusco tu. Relex je Aiman pegi ngan orang yang dia tak biasa..

Aiman ni suka jugak ngan anak patung.. tp yang besar2 saja ye.. suka peluk..

Ni la mainan baru Aiman. Tak reti main sangat lagi, reti sepah2kan je dulu.. Tak pe, slow2.. nanti belajar bina bangunan eh.. =)