Hari khamis lepas keje gerak pi Batu Pahat. Lepak semalam kat kampung en suami.. kasi can atuk n nenek serta makcik & pakcik main2 ngan Aiman. Pas jumaat, mak datang singgah Batu Pahat. Sambil visit besan, then aku n Aiman ikut terus ke JB. Sampai JB around kol 7, singgah umah kawan mak masa kat UK dulu. Mak dok sembang.. kitorg layan Astro Beyond umah orang. Nak tengok kat tv sendiri.. entah bila agaknya...
Dari umah kawan mak, pi umah jiran kitorg kat Trg dulu, Mcik Syam. Punyala susah nak cari umah dia, actually bukan rumah dia yang susah, tp jalan kat JB yang hampeh. Kalu terlepas simpang.. mau kena jalan lagi 5km baru jumpa tempat nak u-turn. Dah penat terpusing2, last skali call n mintak husband mcik syam datang amik. Ingatkan rumah biasa2 je.. sekali....... huhuhu.. besau nyer rumah. Patutla tak kisah kitorg menumpang sampai 5 orang. Jangan kata 2 bilik.. 3 bilik kosong dia kasi untuk kitorg tido.
Syoknyer praktis meniarap kat umah orangLast time pi keje kat S'pore, kitorg ada sewa kereta untuk bawak masuk S'pore. Awal2 pagi ari sabtu tu, ayah n pakcik Ali (husband mcik Syam) pegi kat stesen teksi ke S'pore cari keta. Memula dapat kereta, tp dia sanggup bwk kitorg 5 org (xmasuk Aiman). Dia datang amik kat umah, n masa tunggu tu, dia call balik, katanya ada Avanza. Tapi kena tambah skit la bayarannya. Sekali trip sampai hotel $100. Ok rasanya..
Aiman dah ready nak gerak..
Sampai hotel awal.. dalam kol 11. Check in lepas kol 2 so kitorg tinggal je barang kat situ dulu. Terus gerak pi ke Pulau Sentosa. Hotel ni dekat je.. jalan kaki dalam 1km.. sampai kat bus stand ke Sentosa. Lunch dulu.. ada MRT station kat sini, so banyak kedai2 makan. Kedai makan diorg bahagikan, kawasan yang halal n kawasan yang x halal. So takde la risau sangat pasal makanan. Harga pun ok.. sedap tu.. bolehla..
Jalan ke stesen bas untuk ke Sentosa
Pas makan, naik bas ke Sentosa. Last time aku pi, rasanya tahun 2005, masa training kat S'pore dulu. Macam2 dah berubah, banyak tempat2 baru.. n ada jugak yang masih dalam renovation. Dari satu tempat ke satu tempat naik bas.. kalu game yang suma orang nak naik.. gilir2 la jaga Aiman. Tapi sebab aku dah pegi dulu.. takde banyak naik pun.. saja je jalan2. Bila diorg main... aku bawak Aiman masuk souvenir shop sb ada aircond! Hehehe.. Minum susu dulu dalam bas... charge tenaga.. Yeyyy.. dah kenyang.. Aiman penuh tenaga.. Di Imbiah Lookout.. tengah beratur nak naik Sentosa Tower
Kasi Aiman makan peta tu.. pastu Aiman bleh jadi penunjuk jalan..
Dari atas Sentosa Tower.. nampak satu Singapore
Berehat sekejap.. Aiman dah nak tido..
Penat dok dalam stroller.. meniarap atas kerusi.
Bergambar ngan Merlion besar.. tak masuk dalam, jalan kat luar je..
Petang dalam kol 5 lebih, kitorg gerak balik hotel. Naik bas, then jalan kaki balik hotel. Bilik tak besar pun, tp okla.. sebab kitorg wat tido je. Pas suma orang puas tido.. malam kuar pi Mustaffa Centre plak. Haaaa.. kat sini memang ramai giler manusia. Siap ada warning kat pintu masuk.. bgtau current customer kat dalam store 477, diorg nasihatkan bilangan pelanggan tak sepatutnya melebihi 450. Ni dari segi keselamatan la.. kot berlaku kebakaran ke apa.. Tapi kitorg masuk je.. macam2 ada kat sini.. world wide punya barang. Aku beli kit kit perisa mint n orange.. pastu biskut utk bawak balik opis n puting Aisyah kirim. Malam tu nak balik, punyala susah nak cari teksi. Aiman sampai tertido sambil kitorg tunggu teksi. Balik hotel... suma dah penat, tido terus.
Aiman meneroka satu bilik.. meregangkan otot setelah seharian dalam stroller
Hari ahad ke Universal Studio!! Dia kat dalam Sentosa jugak, plannya nak naik bas macam semalam, then naik tren ke Universal Studio. Otw ke bus stand tu, lalu bas yang direct ke Universal Studio. So kitorg pun terus naik, bayar $2 sorang. Sampai sana.. amik2 gambo.. then masuk. Tiket sold out, tp maybe sebab kawasan dia besar, so tak terasa sangat ramai orang. Aku naik roller coster kat Ancient World.. menjerit sampai sakit tekak. Hahaha.. tapi sangat seronok. Seb baik gelap.. aku rasa kalu roller coster yang kat luar tu boleh naik.. aku tengok je kot. Zaman gile naik roller coster ku sudah berlalu.. akak dah tua.......
Depan pintu masuk Universal Studio
Aiman lunch sambil menunggu Naim & Muaz Terasa ramai orang kat Jurasic Park. Mak n ayah queue dekat 40 minit, Muaz n Naim pun queue dekat 30 minit tp main menda yang berbeza. Aku dok melepak ngan Aiman bawah pokok tunggu diorg. Bila Aiman dah bosan... pusing souvenior shop lagi.. Pastu tengok show Waterworld. Dah tengok masa kat Universal Studio Hollywood aritu.. n sama je. Pastu lunch kat kedai makan kat Madagascar. Kitorg dapat voucer makan $10. Okla, kira bayaran masuk Universal Studio tu $73, dapat voucer makan $10, voucer retail $5.
Amik2 gambar yang terakhir.. then balik naik bas ke hotel semula. Dah check out pagi tadi, so kitorg amik barang je. Orang kereta sewa yang anto kitrang semalam pun dah tunggu kat hotel masa kitorg sampai. Gerak balik, woodlands n tambak johor pun tak ramai orang. Smooth je jalan... sampai umah makcik syam dalam kol 6 petang
Dalam bas balik ke hotel
Lepas dinner, smayang n mandi (Aiman yang mandi, then dia kencing atas aku.. so aku pun mandi jugak pas tu).. gerak balik kl dalam kol 8.30 malam. Jumpa Izwan kat hentain lepas Pagoh otw ke KL. Sampai KL dalam kol 12 lebih.. Hmmmm.. seronok sebab dapat jalan2 ngan family.. nanti plan another trip plak pasni. Mak teh dah suruh tengok2 tiket kalu ada yang murah.. pi jalan2 family ramai2. Hitam skit Aiman pas trip ke Singapore nieh.. banyak hari kena jemur!
No comments:
Post a Comment