Saturday, October 3, 2009

Sahabat..

Aku ada seorang sahabat..
Lama dah kitorg kenal, sejak zaman belajar lagi dulu..
Dan rasanya.. kitorang boleh dikatakan agak rapat..
Tapi.. sejak kebelakangan ni, aku mcm dapat rasa sesuatu yang lain..
Aku rasa mcm sahabat ni dah berubah..
Seakan seboleh bolehnya menjauhi aku..
Kalu aku tanya, jawapannya hambar..
Mungkin sekadar menjaga hati, tak pun berbasi basi denganku..
Kalu aku bercerita.. sahabat ini akan diam sahaja..
Kalu aku berada dalam satu kumpulan bersembang bila sahabat ini juga ada.. sahabat ini akan segera beredar..
Malah, penah satu peristiwa, bila aku datang join sahabat ini bersembang dengan seorang lagi rakan kami.. sahabat ini beredar.. bersembang dengan rakan yang lain..
Kemudian, bila kami yang lain termasuk aku join dengan rakan yang sahabat ini baru bersembang ni plak.. tak lama lepas tu, sahabat ini beredar lagi..
Pernah jugak satu lagi peristiwa, yang mana aku rasa sangat ketara..
Bila aku datang dan duduk di depannya join bersama masa bersembang, dia memalingkan badannya dan bercakap dengan rakan lain di belakangnya..
Aku ada buat salah ke?
Nak tanya.. tak berani.. sebab takut aku yang salah sangka..
Mungkin perasaan aku sahaja..
Mungkin setiap kali aku kerana dengan sahabat ini, dia dalam mood yang tak baik..
Tapi selalu je aku tengok, pada masa yang sama, sahabat ini ok je ngan orang lain..
Sahabat.. di kesempatan ini, aku nak mintak maaf..
Aku betul2 tak tahu or tak sengaja sekiranya ada aku buat sesuatu yang menyakitkan hati sahabat..
Sesungguhnya, tak de terdetik sedikit pun di hati ini untuk berbuat demikian..
Di bulan yang baik dan mulia ini.. aku mohon..
Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya..
Dan juga.. maafkanla andai ada kesalahan yang aku buat menyakitkan hati sahabat..
Yang membuatkan sahabat berubah begini rupa terhadapku..
Dan kita akan kembali seperti biasa.. seperti dulu2.. seperti mana jugak sahabat n rakan2 kita yang lain..
Maaf zahir dan batin.. buat sahabat..

3 comments:

kausar said...

mira,sayunya bc ;( u're a great friend,pecayalah...happy2 ok ;) ? hugs

Unknown said...

ada perbualan kita atau tajuk yang kita bercakap... menyentuh perasaan orang lain. Ada juga apa yang kita bualkan yang menyeronokkan bagi kita tetapi membosankan teman kita kerana dia tidak dapat seperti apa yang kita dapat... sebab tu lah dia tak suka untuk join kita bercakap.. atau kalau dia join..nanti terkeluar tajuk yang dia tak suka..dia akan kecil hati... seperti apa yg dialami maktih laa.... u know.....

The Lady of Leisure said...

ahh, ty je mirah.. direct tu lagi bagus. kalau dia tanak jawab, it's her lost, not yours..