Hari ni genap 7 hari aku menjadi ibu. Baru sempat nak online untuk update blog. Inilah kisah n pengalamanku...
14 October 2009... aku ada appointment ngan doktor kat hospital sg buloh. For this appointment, aku kena buat 2nd BSP test hari sebelumnya and result aku oklah.. dalam range yang ok. Aku datang awal skit sb last week doktor kata nak wat pemeriksaan penuh minggu ni. Seperti biasa, datang.. letak kad, panggil nama, kasi nombor, test air kencing then tunggu.. tak lama lepas tu panggil aku untuk test heart beat baby. Syok wat test ni and aku biasa sampai tertido la jugak sb test ni amik masa 20 minit. Then tunggu.. tunggu yang ni lama sb nak jumpa doktor. Seperti biasa, sudoku menjadi peneman setia. Masa jumpa doktor, dia check, baby tak membesar sangat berbanding last week. Then air ketuban aku sedikit kurang, and dari Doppler test (maybe kalu doktor, terms dia lain kot. ni aku main sebut based on apa yang doktor tu bagitau aku), aku nyer bacaan tinggi. So ayat yang mengejutkan aku ialah.. OK, U DATANG ESOK UNTUK INDUCED. Katanya air ketuban pun dah kurang sikit, and aku pun dah minggu ke 39. Baby dah cukup matang untuk keluar. Dari tunggu.. baik terus induced je. Aku terkejut giler.. ESOK??? but then, dia check ngan dewan bersalin, katil full esoknya. Hari tu pun full jugak, tp dari tunggu esok, doktor suruh aku pegi dewan bersalin terus. Masa tu lebih kurang kol 1,dia suruh pegi kol 2. Doktor suruh pi makan dulu. Aku mcm blur2 je.. ye la, sapa tak terkejut, dahla aku datang sorang je. En suami tak ikut, biasala ingatkan checkup biasa je. Aku sempat tanya doktor tu, boleh tak balik sb barang tak kemas lagi. Doktor kasi, tp pesan dia suruh aku hati2 n jangan lupa datang balik. Aku kuar.. kepala memang mcm takleh nak pikir je. Dah kena bersalin? Aku memang tak bersedia langsungla. Terus tepon en suami.. dia pun for sure la terkejut jugak. Jumpa dia kat opis, sempatla aku makan 2 ketul ayam KFC (kebetulan ada jamuan makan kfc orang belanja..). Pastu terus balik umah. Kitorg plan nak pi PUSRAWI dulu, rasa mcm nak bersalin kat PUSRAWI je..
Pegi PUSRAWI.. doktor pulak kasi alasan. Macam tak mo je aku bersalin kat situ. Mula2 dia kasi alasan yang doktor kat gov dah wat mcm2 utk aku.. segala report n lengkap.. so dia cakap, alang2 tu baik bersalin kat hospital je. Dapat jugak jimat few thousand.. and duit tu bleh guna utk baby. Aku ngan en suami keluar n bincang jap. Kitorang rasa mcm nak proceed je kat PUSRAWI sb senang n tak serabut sangat. Then.. jumpa doktor balik, dia kata pulak.. duit tu small matter je, main concern skarang ialah baby. Sebab baby kecik, dia kata tak tau apa akan jadi lepas deliver nanti. Kalu baby ada apa2 problem, dia akan refer ke hospital jugak. Kalu hospital A tak mo terima, dia kena pi hospital B and so on. Cara dia citer tu memang nak suruh aku pi bersalin kat hospital tp cara halus. Dah dia cakap camtu, kitorg pun balik la.. bersiap untuk pi hospital.
Kat hospital, sb katil penuh, aku memang tak leh induce hari tu. Kata nurse, esok tp kena check dulu. Kalu ok, aku mungkin boleh balik. Kalu tak ok, aku kena tunggu je kat hospital, kalu ada katil kosong, bleh terus induce. So aku pun relex je lah, siap sempat pesan kat en suami sblm masuk dlm dewan bersalin tu 'ala, ni checkup je. sure nanti boleh balik punya. kalu tak pun, saya nak mintak jugak balik umah. malas la nak tunggu kat hospital'. Then diorg check heart beat baby. Memula ok, tetiba heart beat baby ada problem. Terus nurse panggil doktor. Bila doktor datang, terus dia ckp baby dah lemas (or nak lemas) tp dlm medical terms panggil fetal distress (rasa mcm betul dah ejanya). Doktor terus tanya apa aku makan sebelum ni. Air gas? Air selusuh? Huhuhu.. memang aku ada minum minyak selusuh pun b4 pi hospital, tak sangka pulak bleh jadi penyebab. Doktor kata sb aku ada diabetis so minyak selusuh ni tak leh minum patutnya. Kena la marah jugak, dengan en suami sekali kena marah sambil diorg sediakan aku untuk wat emergency operation. Terkedu jugakla dengar kena operate. Then diorg terus bawak aku ke OT.
Dalam masa sejam.. selamat la aku bersalin n siap suma. Memang serun giler rasa bila dia bawak aku dari Labour Room kat ting 2 ke OT di tingkat 3. Tapi nurse yang bawak aku tu memang baik la, menenangkan aku, kat suma akan ok, operation ni tak teruk sangat pun, kejap je.. Lega la jugak dengar. Pas tu aku kena bius separuh badan, diorang tutup depan aku supaya aku tak nampak diorg tengah operate aku. Ala.. kalu ikutkan, bukan aku nampak sangat pun, sb aku tak pakai spek pun. Tp nurse n dr bius tu pun baik. Sepanjang operation, diorg la yang sembang ngan aku. Memang sejuk giler. Sakit tak rasa, cuma rasa macam orang tekan tekan perut je. Kol 21.07.. baby kuar dengan berat 2.43 kg.. dia nangis kejap.. pastu selang 2-3 saat dia nangis lagi kuat. Then terus kedengaran suara dia je kat situ. Diorg basuh.. n then kasi kat aku untuk sahkan jantina baby. It's a BOY!! Memang dah jangka pun. Alhamdulillah.. terharu sangat rasa, memang rasa mcm nak nangis pun bila dengar baby nangis.. bila tengok baby dalam keadaan kabur2 sb aku tak nampak sangat. Tapi tak de la sampai kuar air mata. Syukur pada Allah, sumanya selamat. Diorg bawak baby pergi, aku plak diorg sambung jahit balik. Memang tak rasa apalah, rasa mcm orang tekan2 n kacau2 kat bahagian perut.En suami tunggu kat luar OT, tp baby kuar dulu sebab aku diorg tahan dulu kat OT tu, dalam 30-45 minit la jugak kot. Lepas tu terus anto aku ke wad bersalin di tingkat 6. En suami pulak ikut baby turun ke tingkat 2 semula dan azankan baby kat sana. Dia cakap, masa azankan tu, kuat jugakla baby nangis. =) Mak ngan Muaz datang tp tak sempat jumpa aku ataupun baby.
Then en suami datang jumpa aku kat wad, paskan barang2 then dia balik. Memang tak leh tunggu pun. Aku plak, memang tak leh bangun, nurse tak kasi. Katanya kena baring 6 jam.. sejam pastu diorg hantar baby kat tepi aku.. aku pun mcm dah mamai giler.. sempat perasan tak lama pastu nurse amik baby bawak ke bilik baby. Rasanya suma baby dia amik.
Paginya, dalam kol 5, diorg anto baby kat aku. Aku dah boleh bangun, tp aku start muntah2. Kata nurse kesan dari ubat bius. Bleh rasa KFC yang aku makan tengahari day b4. Hahaha... tengok baby.. dia buka mata. Waaa.. ni pun rasa terharu balik. Agaknya first time tengok baby dengan jelasnya. He's so cute... amik gambo terus mms kat en suami. Then aku terus memuntahkan diri sendiri sampaila dalam kol 8 lebih kot. Nurse datang, bawak aku untuk salin baju n bersihkan diri skit. Darah tok sah cakap la, bersepah atas katil tu.
Kat hospital ni, tak leh orang tunggu. So en suami dan mak datang tengah hari nanti waktu melawat. Baby tido je.. aku try la jugak nak kasi susu, tp memang susu badan tak kuar pun. Baby pun asyik tido je, susah nak suruh dia hisap susu. Tp pagi tu nurse dah kasi susu, jadi dia pun tak la lapar. Malamnya, baru baby jaga n aku berjaya buat dia hisap susu. Exited sangat.. susu pun boleh kata banyak la jugak. Malam tu.. aku tengok akak katil depan tengok anak dia.. pastu kesat2 air mata. Dia mcm cover2, tp sebab aku dok berdepan ngan dia, memang bleh nampak ngan jelasla. Aku pun rasa mcm sedih sangat.. and akhirnya ngan aku skali nangis jugak. Tp rasanya akak tu tak nampak kot aku nangis. Hehehe..
Esoknya, Jumaat 16 Oct 09.. pagi tu aku nyer emosi memang tak stabil giler. Rasa nak nangis.. dah tak tahan dok hospital. Tak dapat bayang camne nak habiskan lagi satu hari kat hospital. Aku dengar orang katil sebelah tanya nurse pagi tu, nurse kata sabtu baru boleh balik kalu ikut 3 hari dok hospital. Tapi.. depends pada doktor. Uwaaa... nak balik... Pagi tu, doktor check balutan luka operation. Dia bukak n brief aku pasal merancang keluarga. Dia nasihatkan aku supaya mengandung lagi 2 tahun. Pastu bila doktor pegi, nurse tu cakap ngan aku, "Dah boleh balik kan arini..". Terkejut aku.. Betulke? Nurse tanya balik, "Doktor tak cakap ke tadi? Memang dah boleh balik arini.." SERONOKNYA!!!!! Terus aku pusing mcm nak turun dari katil, sambil cakap, Skarang dah boleh balik la ni? "Eh.. bukan sekarang, tunggu kami update n sediakan report dulu. Maybe dalam tengahari nanti" Hahaha... memang xcited sangat la aku. Call en suami pun, suara ketar2 sb exited n terharu n sedih sb boleh balik. Betulla, bila jadi mak ni, hati macam cepat sangat tersentuh. Aku konfemkan balik, nurse kata, dalam kol 4 bolehla keluar. Yey...
Bersalin bedah ni, tak rasa sakit langsung. Even 2-3 hari pertama pun tak rasa sangat. Kawan2 yang datang melawat pun pelik tengok aku relex je dok mcm2 gaya.. mcm tak sakit je. Tp.. bila balik umah.. ubat bius dah hilang sepenuhnya, dah tak makan ubat tahan sakit... memang SAKIT GILERRRR... aku sampai hanya boleh tido atas kerusi je bila balik rumah. Tido atas katil ke, sofa ke, mana2 lah.. bila bangun tu, nak jalan, memang akan sakit giler2. So aku dok atas kusi je lah, itupun tambah tilam kat tpt duduk, n tambah 2-3 bantal kat belakang utk sandar. Apapun, aku bersyukur suma selamat.. aku selamat, baby selamat.. even operation ni sesuatu yang tak penah terlintas pun difikiran aku.. tak terbayang pun akan terjadi.. memang kita manusia hanya merancang, Allah yang tentukan. Thanks to all family and friends yang datang melawat aku kat hospital n rumah, thanks for all the presents untuk baby n jugak utk aku.. dan yang paling penting.. doa kalian untuk kami.. =)
No comments:
Post a Comment