2 minggu lepas.. aku n en suami berbincang pasal penama dalam insurans dan EPF. Pastu aku tak ingat sapa dah aku letak sbg penama. Then minggu lepas plak, dapat email mengisahkan 3 org yang berpengalaman menghadapi masalah pasal EPF/KWSP tak update nama penama yang diorg dah namakan. Konon pakai sistem baru and tak suma data tak update. Pastu ada gak kes yang sampai penama terpaksa susah payah mintak ngan Amanah Raya sebab pemegang akaun dah meninggal dunia, and KWSP tak update penama kat diorg. Dahla tu, siap Amanah Raya amik sikit plak bahagian yang berjaya dituntut (setelah bersusah payah melalui pelbagai prosedur). Dari cerita tu, kesimpulannya, kita kena check balik penama yang kita letak kat KWSP sb maybe penama yang kita penah letak dulu, diorg tak update dalam sistem. Silap2, duit kita tu free2 je dapat kat Amanah Raya.
So last wednesday, aku ngan Diana pun pi la KWSP utk check penama kitorg. Diana ingat sangat, masa memula dia keje kat Transwater, 2 kali orang HR mintak dia isi form utk penama bagi KWSP ni. Skali.. masa kitorg pi check, kitorg dua2 takde penama yang dinamakan dalam sistem. Memang kitorg tak terkejut pun, ye la, lepas baca email tu kan. So isila borang balik semula, kena potostet i/c. Yang hampehnya, potostet i/c pun kena wat kat luar. Tak leh potostet kat KWSP. Pada aku la kan, apala salahnya diorg tolong potostetkan. Brapa sen sangatla, even memang ramai orang yang menggunakan khidmat kat situ. Tp copy i/c tu bukan utk saja2, utk kegunaan diorg jugak. Bukannya suruh bukak kaunter potostet pun. Setakat sekeping pun nak berkira.
Itula.. dari kejap je process tu patutnya, dahla tak ramai orang, jadi lama plak kitorg kat situ. Yela, memula amik borang & no utk check penama. Bila tau penama takde, kena isi borang lain, potostet ic and kena amik no semula. Menapakla kitorg mencari kedai potostet. So kepada sesapa pasni yang nak pi check penama, bawakla siap2 ic copy, kalu tetiba nama penama tu takde, tak yah susah2 nak pi cari kedai yang ada potostet plak.
No comments:
Post a Comment