Thursday, July 16, 2009

Update

Lama tak update blog. Banyak citer dalam kepala, tapi tak sempat nak tulis lagi. Antara sebab lain ialah gambar dalam kamera. Asyik lupa je nak bawak cable pi opis. Card reader plak, dari aritu plan nak beli, tak beli2 lagi. Citer kenduri Marlia, company trip ke Redang.. etc.

Aku pi JB ari selasa aritu, day trip je. Pegi ngan Wani. Kat satu plaza tol kat JB ni, ada satu keta honda accord laju je memotong suma orang yang elok2 beratur kat lorong tunai. Pas satu keta kasi jalan utk dia masuk, dia pi ke depan lagi.. pastu.. tetiba nampak dia nak masuk lorong Touch & Go (tambah nilai). Elok dia nak masuk je, lorong tu dah tutup (diorg turunkan palang). Pastu slow2 dia gerak keta dia pi ke lorong Smart Tag. Tak lama pastu, dia gostan balik! Adala beberapa keta yang nak masuk lorong Smart Tag tu terpaksa reverse balik sebab tunggu dia. Then dia masuk lorong Touch & Go (bukan yang tambah nilai). Pastu dia gostan balik. Pekerja Plus yang kat tepi lorong dia masuk tu cakap sesuatu sambil tunjuk ke lorong tunai tempat kitorg queue. Huh.. apa punya manusia la. Pemandunya.. perempuan, chinese. Bukan orang singapore pun, plate kete Johor, takpun plate KL. Aku pun dah lupa tp memang konfem bukan plate Singapore. Teruk betulla, apa yang dia pikir masa tu pun aku tak tau. Aku rasa dia memang takde pun kad Touch & Go, apatah lagi Smart Tag sb kat tol tu amik tiket, bukannya bayar. Kalu amik tiket, even kad tak cukup kredit pun, still lagi lepas. Hai la... itula manusia. Memang jenis mementingkan diri sendiri. Agaknya dia ingat keta dia besar, dia pompuan, dia masuk lorong2 tu, orang kasi dia lalu la tu. Manually kasi kad tol kat dia.. menyusahkan orang lain yang dok beratur tunggu dia drive dari lorong Smart Tag hujung kanan, menyeberang 5 tol untuk ke tol tunai di sebelah kiri...

Semalam ngan arini ada JCard day kat midvalley. Again.. rasanya tahun ni dah 2x JCard kat mid. Tak tau nak pegi ke tak lagi. Sebenarnya tak de menda nak beli pun, saja nak melepak ngan member2 tp memandangkan Yana n Dla tak sihat.. so aku pun tak sure akan pegi ke tak. Tengokla kalu rajin lepas keje nanti pi la. Barang yang nak dibeli memang konfem ada, tp takdela banyak sangat, tak yah pi JCard pun, pi Jusco kat OU pun boleh beli. Ain pun dok promote ajak pi makan durian kat SS2. Emmm... memang idea yang menarik.. Apapun, tengokla camne mood aku bila balik keje nanti..

En suami takde, since ari isnin aritu lagi, dia pegi Kerteh ada commissioning. Balik bila? TBA.. sampai siap keje. Harap2 takla sampai bulan August. Nak ajak pi Pureen warehouse sale ni (hahaha.. mcm dia suka nak ikut..) So sampaila dia balik, aku seperti biasa akan nomad ke rumah mak kat Kota Damansara. Tp esok sampai selasa, mak, ayah n Muaz akan ke Kelantan plak, ayah ada meeting. So, aku tengah dok pk2 lagi nak dok mana dalam tempoh tu. Next week, isnin - khamis ada ERP training plak kat PJ. Silap2 kena pi JB lagi next week.. Owhh.. kalu pi JB, malas dah nak naik keta. Nak naik flight la pulak. Hehehe... cepat skit. Sampai sana, amik keta sewa.. Penat pun mungkin kurang skit kot..

So.. let's see how this weekend will goes. Waiting forward for Farees (Nana's baby boy) birthday and nak jumpa Azr on Sunday. Harap2 Kausar pun bleh join.. ;-)

No comments: