Friday, July 3, 2009

Ice Age 3 & Transformers

Semalam pi tengok movie ni kat GSC, OU. Asalnya cari tiket online utk Transformer, tp suma full. Sebab mcm dah lama sangat tak tengok wayang.. n rasa nak tengok jugak wayang, so belila tiket Ice Age 3. My expectation before tengok citer ni, biasa2 je. Takla excited sangat. Sebab aku tak penah pun follow citer ni dari yang first and second. Citer2 kartun ni memang jarang aku tengok or beriya, apatah lagi sampai pi tengok kat wayang. Teringat, last time aku tengok citer Wallie tu pun, sampai tertido aku dalam wayang. Hahahaha.. Tapi.. citer ni memang best. Kelakar giler2.. sampai sakit perut n pipi aku ni gelak banyak sangat. Tak terkata betapa dasatnya citer ni punya kelakar (ni aku nyer pendapat la..). Agaknya kalu aku boleh golek kat situ, memang dah aku gelak sambil tergolek2. Sid memang sangat bengong. Pastu, binatang2 ni pun suka benor 'menganjing' sesama diorg (eg masa Diego tak larat nak kejar rusa). Sampai hari ni pun masih terasa keseronokan tengok citer ni semalam..

Malam ni pi tengok transformer plak. Finally.. dapat gak tiket untuk seat yang agak ok kedudukannya. Before this, tiap kalu aku nak beli tiket, seat yang available mesti 2-3 row yang paling depan je. Teringat dulu penah skali masa kat UM tengok citer Senario (tiket free sempena festival filem kot), seat paling depan sekali. Lengoh kepala mendangut. Tapi aku pun satu, esok nak tengok, arini baru cari tiket. Citer ni plak memang terhangat di pasaran, konfem2 la asyik full house je. Dari komen yang aku baca n dengar.. ada yang kata citer ni best.. tak kurang jugak yang kata kureng skit. Tunggujela malam karang yek..

1 comment:

Adilah said...

transformers yg ske pusing2 gmbr die..kuar dr wayang,pening kpale smpai mlm..xnk tgk cite camni dh kat wayang!
kwn dilah siap tido lagi..hahaha