Thursday, July 30, 2009

28 weeks = 7 month

Aku jarang post entri pasal mengandung.. n harini, genap 28 minggu dah umur my baby. Bukan tak nak wat entri pasal ni b4, cuma tak reti nak express my feelings especially dalam penulisan. Sb tu karangan kat skolah dulu fail. Deeply inside my heart, memang sangat2 happy with this anugerah. Syukur sangat2 even tak sangka pun secepat ni bleh pregnant n akan dapat baby. So far, my baby sihat.. aku.. lagila terlebih sihatnya. Semalam tengok depan cermin, takut sekejap melihat perut yang dah membesar.

This morning pegi wat checkup untuk kali yang ke 5. Lepas ni, kena pi klinik every 2 weeks. N starting from today jugak, dah kena mula kira pergerakan baby. Mengikut 'buku merah' tu, kena tanda tiap kali gerak. Kalu kurang dari 10 kali.. kena cepat2 pegi hospital. Tp ni ikut klinik kerajaan je kot, kalu swasta, takde yang kira2 nieh. Arini jugak, kena cucuk utk kali yang kedua.

Bila pregnant ni.. perasaan memang berubah-ubah. Memang aku rasa seronok mengandung ni, n kekadang tu rasa xcited sangat nak tunggu baby keluar. Tp.. kekadang tu pulak, aku rasa mcm suka je baby ada dalam perut. Hahaha.. ngok jugak la kalu dipikir.. sb takkanla baby selamanya nak dok dalam perut kita kan. Tp perasaan bila baby gerak2.. perut yang besar.. mmm.. rasa mcm satu perasaan yang amat best. Tu yang buat aku rasa mcm sangat best kalu sentiasa mengandung je..

Dah 7 bulan ni.. makin dekat nak deliver, makin mcm2 menda yang aku pk. Pk yang best..tak kurang jugak pk menda2 yang mengarut2. InsyaAllah.. aku sentiasa doa supaya suma selamat nanti. Still have 2 months 2 go! Let's enjoy it.. =)

** Sian baby, takde pun gambar dia kat sini. Nantila, next time scan, kita upload gambar baby.

Tuesday, July 28, 2009

Weekend yang akan datang

Arini baru selasa.. tp aku dah terbayang2 akan weekend ni.. apa aku nak buat? Hehehe..
Jeng.. jeng.. jeng.. ni adalah aku punya plan..
Plannya, pegi Pureen dulu, then ke Anakku. Pastu kotla tak puas, bleh pi Pureen nyer lagi skali sb dekat Seksyen 17 je. We'll see.. skrang semangat, kang hari tu, penat!
Rasa macam awal sangat je nak beli barang2. Tapi jugak.. kalu tak beli skarang, warehouse sale dah takde dah pasni. List pun tak de lagi, baru ada satu, itupun amik dari blog Yana. Hehehe.. Tengokla camne nanti.. takpun pi jalan2 je. Bolehke aku jalan2 je? Kalu aku dah jalan2, konfem beli punya! =P

Thursday, July 23, 2009

Finally, training is over

Fuhhh.. akhirnya berakhir jugak training aku selama 4 hari. Training wat kat area sek 14,PJ. Diorg tak sediakan lunch, so 2 hari yang pertama, lunch kat UM. Kat opis tempat kitorg training tu ada gak sederet gerai makan, tp sangat kotor. Even training, penat bila balik rumah tu, kalah penat keje seharian kat opis. Bukanla teruk sangat pun trainingnyer.. tp rasanya penat drive kot. B4 this pegi keje hari2 jalan kaki je dari rumah, paling teruk pun dari kota, tp tak rasa pun penatnya. Bila drive ke PJ selama 4 hari ni, macam2 kerenah org bawak keta kat KL nieh. Sangat menyakitkan hati sb ramai sangat orang yang mementingkan diri sendiri je..
Rasa minggu ni berlalu dengan sangat lambat.. ESOK BARU JUMAAT??? aduhla, masih ada sehari nak kena keje. Nak plak lepas 4 hari tak masuk opis, sure banyak yang nak kena cover. Emm.. nama pun makan gaji yek..
Yey.. minggu depan dah akhir bulan.. pay day!!!!!!!

Tuesday, July 21, 2009

Happy Birthday My Dear..

Harini birthday en suami..
Tp dia takde kat KL skarang..
Sangat sibuk bekerja siang dan malam kat Kertih..
Just a wish.. and kebetulan plak ada budak opis nak turun Kertih arini
So aku pun kirimkanla kek..
Harap2 bila sampai kek tu ke tangan birthday boy.. masih elok lagila
Tahun lepas pun sambut birthday kat site.. tahun ni pun outstation lagi..
Untuk en suami..
Semoga panjang umur.. murah rezeki.. gembira, bahagia & dirahmati Allah sentiasa..
=)

Saturday, July 18, 2009

Marlia's wedding @ Almar, Penang

Selamat Pengantin Baru buat Pn Marlia..
Thanks to en suami.. kasi aku pegi kenduri Mali kat Penang ngan Aza, Suzen, K Sam n Yuna.

Dan en suami, pulang ke kampugnya di Batu Pahat setelkan hal keta. Okla, takla aku rasa bersalah sangat jalan2 tanpa dia ngan kawan2.. =P

Sebab esoknya pun Aza kena attend kenduri kat Melaka, so kitorg decide nak pegi balik hari je. Gerak dari KL around kol 8, amik Yuna n K Sam kat Ipoh, then sampai masjid tempat nikah tu around 11.30 am. Patutnya nikah kol 11, tp sb kitorg lambat, so nikah pun jadi lambat skit. Hehehe.. konon je..
Ada 2 pasangan yang nikah pagi tu. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Cik Marlia dah jadi Puan Marlia. Pasangan yang sorang lagi tu, sampai 3 lafaz baru sah. Nape ntah, pengantin laki tu asyik nak gelak je masa akad nikah tu. Seb baik 3 kali, kalu tak sure kena pi amik air semayang semula.
Elok setel suma, cepat2 kitorg pi umah Mali, sangat lapar!! Rupanya kat situ ada 2 kenduri (agaknya yang lagi satu tu pasangan yg kat masjid tu kot). Masuk lorong yang sama dari jalan besar, cuma rumah Mali blah kiri, umah lagi satu blah kanan. Masa kitorg masuk rumah pengantin bawak hadiah, ada skali ngan kitorg 2 akak yang bawak hadiah sangat besar (sorang satu bawak). Elok sampai depan pintu rumah, baru tau yang diorg salah rumah, nak pi rumah kenduri lagi satu. Seb baik tak siap makan n kasi hadiah.
Marlia sangat cantik di make up. Paling menyerlah bulu mata n baju pengantin ala2 ikan duyung gitu. Memang dijahit khusus utk Mali. Hantaran yang saaaangat banyak.. sampai kitorg ni sambil tunggu rombongan lelaki datang, dok belek (siap bukak bekas hantaran lagi) nak tengok apa barang yang diorg kasi. Mengikut kata Mali, orang kampung yang kasi. Bagus sungguh org kampung tuh..
Lepas sanding, kitorg terus balik. Sempatla bergambar ngan pengantin. Makanan pun sedap, siap hidang dessert bubur kacang n laksa. Tapi sebab kitorg dah kenyang mencekik lauk kenduri, tak daya dah nak makan dessert.
OTW balik, singgah umah Yuna semayang. Then sampai KL dalam kol 6.30 pm. Aza sbg driver, memang laju giler bawak. Seb baik selamat! Hehehe.. Buat Mali n Apis, selamat pengantin baru, semoga kekal gembira n bahagia ke akhir hayat..


** Tak lupa wat Bai yang kenduri blah laki kat Jitra hari yang sama. Tapi tak dapat nak pegi.. jauh ke atas sangat..

Friday, July 17, 2009

Kisah teringin..

Semalam budak2 opis ni pi makan durian kat SS2. Aku memang nak join tp pi JCard dulu. Kononnya, kalu masa balik dari Jusco tu, kalu diorg masih kat SS2, aku bleh la join. Tapi tau la kan, namapun bershopping.. tak sempat pun join diorg sb diorg kol 7 lebih dah balik. So di opis before lunch tadi, diorg bercerita seronoknya makan durian buffet kat sana. Bayar Rm9, bleh makan banyak mana pun durian kampung. Kalu nak makan D24 plak, upgrade je bayaran kepada RM15. Ada few kedai jugak, pilih je nak yang mana. Kalu durian tu rasa tak sedap, tukar je durian lain. Budak2 ni makan sampai mabuk durian la jugak!
Bila mendengar kesedapan diorg pi makan durian ni, aku pun teringin jugak. Aku memang hantu durian. Hehehe.. konon nak ajak yang lain2 pi petang karang, lepas keje. Sekali.. lepas makan nasi kukus kat tepi jalan tu, yang mana kat situ pun ada jugak gerai durian yang baru je nak bukak.. kitorg pun tersangkutla kat situ makan durian. Kitorg tak suka durian yang banyak isi sangat, so amik durian kampung je. Dapatla 3 biji, RM10. Pilih yang manis2.. kalu dapat yang pahit, pak cik tokey tu tukarkan yang lain.
Siap cakap awal2 kat pakcik tu, 'saya ni mengandung.. takpe kan makan durian..'. Dia kata, kalu 1-2 bulan, kena muntahkan balik ni. Tp sebab dah besar, bolehla makan. Tapi jangan makan banyak sangat.. kang panas. Hehehe.. makan banyak jugak, tp K Milin makan lagi banyak ah..
Pulun.. pulun.. pulun.. memang sedapla makan durian. Dahla tengahari buta, makan berdua je.. lihatla aksi2 kitorg.. Next week kumpul ramai2 orang pi makan durian kat SS2 lah.. skarang ni aku dok menelan air masak bergelen2.. takut baby kat dalam panas. Hehehe..

Thursday, July 16, 2009

Update

Lama tak update blog. Banyak citer dalam kepala, tapi tak sempat nak tulis lagi. Antara sebab lain ialah gambar dalam kamera. Asyik lupa je nak bawak cable pi opis. Card reader plak, dari aritu plan nak beli, tak beli2 lagi. Citer kenduri Marlia, company trip ke Redang.. etc.

Aku pi JB ari selasa aritu, day trip je. Pegi ngan Wani. Kat satu plaza tol kat JB ni, ada satu keta honda accord laju je memotong suma orang yang elok2 beratur kat lorong tunai. Pas satu keta kasi jalan utk dia masuk, dia pi ke depan lagi.. pastu.. tetiba nampak dia nak masuk lorong Touch & Go (tambah nilai). Elok dia nak masuk je, lorong tu dah tutup (diorg turunkan palang). Pastu slow2 dia gerak keta dia pi ke lorong Smart Tag. Tak lama pastu, dia gostan balik! Adala beberapa keta yang nak masuk lorong Smart Tag tu terpaksa reverse balik sebab tunggu dia. Then dia masuk lorong Touch & Go (bukan yang tambah nilai). Pastu dia gostan balik. Pekerja Plus yang kat tepi lorong dia masuk tu cakap sesuatu sambil tunjuk ke lorong tunai tempat kitorg queue. Huh.. apa punya manusia la. Pemandunya.. perempuan, chinese. Bukan orang singapore pun, plate kete Johor, takpun plate KL. Aku pun dah lupa tp memang konfem bukan plate Singapore. Teruk betulla, apa yang dia pikir masa tu pun aku tak tau. Aku rasa dia memang takde pun kad Touch & Go, apatah lagi Smart Tag sb kat tol tu amik tiket, bukannya bayar. Kalu amik tiket, even kad tak cukup kredit pun, still lagi lepas. Hai la... itula manusia. Memang jenis mementingkan diri sendiri. Agaknya dia ingat keta dia besar, dia pompuan, dia masuk lorong2 tu, orang kasi dia lalu la tu. Manually kasi kad tol kat dia.. menyusahkan orang lain yang dok beratur tunggu dia drive dari lorong Smart Tag hujung kanan, menyeberang 5 tol untuk ke tol tunai di sebelah kiri...

Semalam ngan arini ada JCard day kat midvalley. Again.. rasanya tahun ni dah 2x JCard kat mid. Tak tau nak pegi ke tak lagi. Sebenarnya tak de menda nak beli pun, saja nak melepak ngan member2 tp memandangkan Yana n Dla tak sihat.. so aku pun tak sure akan pegi ke tak. Tengokla kalu rajin lepas keje nanti pi la. Barang yang nak dibeli memang konfem ada, tp takdela banyak sangat, tak yah pi JCard pun, pi Jusco kat OU pun boleh beli. Ain pun dok promote ajak pi makan durian kat SS2. Emmm... memang idea yang menarik.. Apapun, tengokla camne mood aku bila balik keje nanti..

En suami takde, since ari isnin aritu lagi, dia pegi Kerteh ada commissioning. Balik bila? TBA.. sampai siap keje. Harap2 takla sampai bulan August. Nak ajak pi Pureen warehouse sale ni (hahaha.. mcm dia suka nak ikut..) So sampaila dia balik, aku seperti biasa akan nomad ke rumah mak kat Kota Damansara. Tp esok sampai selasa, mak, ayah n Muaz akan ke Kelantan plak, ayah ada meeting. So, aku tengah dok pk2 lagi nak dok mana dalam tempoh tu. Next week, isnin - khamis ada ERP training plak kat PJ. Silap2 kena pi JB lagi next week.. Owhh.. kalu pi JB, malas dah nak naik keta. Nak naik flight la pulak. Hehehe... cepat skit. Sampai sana, amik keta sewa.. Penat pun mungkin kurang skit kot..

So.. let's see how this weekend will goes. Waiting forward for Farees (Nana's baby boy) birthday and nak jumpa Azr on Sunday. Harap2 Kausar pun bleh join.. ;-)

Tuesday, July 7, 2009

Penjagaan Ibu & Bayi

Aku memang malas baca buku. Apatah lagi kalu buku tu dalam english. Paham la jugak, tapi memang tak leh nak concentrate lama2. Last2, tak sempat abis baca 5 mukasurat pun, aku dah lost. Terus tak tau apa yang aku baca. Pastu plak, disebabkan ke'busy'an aku sebulan dua ni (actually aku pun konfius apa yang aku busykan, maybe tak de masa nak pi jalan2 kot), baru minggu lepas aku tersedar yang aku sepatutnya mula membaca buku2 ibu n bayi nieh. Hahaha.. itupun kesedaran timbul setelah tengok my SIL beli majalah yang kat dlm tu ada promotion majalah Pa&Ma. Edisi masa tu citer pasal before bersalin and bulan2 awal bersalin. Bila aku cari kat kedai, dah takde. Sebab masa aku cari tu dah bulan Julai and edisi yang aku tengok tu ialah bulan Jun.
Thanks to Yus yang promote suruh beli buku 'Penjagaan Ibu & Bayi'. Buku ni takde la details giler2 sb tak tebal mana pun tapi bagi aku sangat berguna. Kira info2 yang ada kat dalam ni pun doktor tak bagitau. And ada banyak info yang bukan saja utk ibu yang dah mengandung, perancangan b4 mengandung pun ada. Lagipun, aku pun bukan banyak masa sangat nak membaca. Kang beli buku tebal2, tak terbaca, wat rugi je.
Aku beli buku ni kat kedai majalah setentang ngan GSC OU. Sesapa yang berminat, bleh la cari. Tp aku pun tak sure tinggal berapa je lagi buku tu sebab masa aku beli tu ada 4. Aku dah beli 3 (satu utk aku, Yus n Dla). Cashier tu siap tanya lagi, gambar u n ur baby ada kat dalam ni ke? Pelik dia tengok aku beli banyak sangat. Hahaha.. anyway, to friends, yang merancang nak dapat baby, or yang tak kawin lagi pun boleh beli. Ni maybe bleh jadi satu buku lengkap yang simple utk dapatkan info pasal before pregnant, semasa pregnant n lepas bersalin.
Antara sebab aku rekemen sangat buku ni ialah.. ada few things yang aku tak tau pun, doktor/nurse pun tak bagitau aku.. tp bila aku dapat tau dari buku ni, mcm dah terlambat utk aku buat. Tak pe la, kongsi ngan kawan2, n utk my next baby plak. =)

Monday, July 6, 2009

Dilema ke Redang

Tahun ni, Transwater wat company trip ke Redang. Suma diberi pilihan utk pilih either nak Redang or Cherating. For me, of course la Redang!! Sebabnya lagi best, lagi jauh, lagi mahal.. hehehe... and final result is we are going to Redang!!!!

Tapi.. masalahnya sekarang aku mengandung, dah masuk 6 bulan. Aku macam ok je, sebab dari servey kat internet and tanya kat committee yang wat trip ni, kata diorg naik bot yang muat 120 orang. 120 orang ni bilangan kitorg yang akan pegi. Katanya suma naik satu bot. Maknanya satu bot muat suma 120 orang. Katanya lagi, b4 this dia pi, bot tu naik sampai 180 orang lagi. So, what will u think from this info? For me, of course la the boat must be big enough and tak la wat aku melantun2 mcm naik bot yang max 10 orang je. Aku makin excited ngan trip ni. Even sesekali tu terpikir gak pasal bot yang melompat lompat. Tahan ke aku ni? Aku memang tahan, cuma risaukan baby je lah.
But then, aku ada training kat HQ. Ramai la jugak yang tanya aku pasal trip ni. Risau pasal ombak, bot yang melambung2, naik speed boat plak tu, etc.. Aku tau, suma orang concern pasal aku.. n bila orang concern camni, aku yang pada awalnya yakin, tetiba jadi risau jugak. Tapi.. aku nak pegi....

Pastu kat opis, ada orang tanya lagi. Yala, aku paham, diorg risau, mengambil berat sama. Tapi aku tetap aku, lagipun dah kuar email kata, sapa yang cancel, kena penalty. Kena bayar balik cost utk trip ni sebab suma dah book n bayar. Bila orang tanya aku, aku tanya dia balik, dah tu, takkan aku nak cancel je. Kena bayar balik la. Mahal plak tu..

Bila ramai yang dah cakap ngan aku, and ada jugak yang cakap ngan en suami, en suami cakap balik ngan aku. Tanya betul ke aku nak pi ni? Dia pun risau jugak, tp aku rasa dia tau betapa excitednyer aku nak join this trip. Aku mention balik pasal boat yang aku dah tanya kat committee tu, katanya bot besar. Aku harap boat besar ni takde la teruk sangat.

Pastu aku sembang ngan K Wan. Dia tak pegi, tapi aritu masa dah tutup pasal confirmation ke Redang ni, dia ada tanya either dia bleh pi lagi ke tak. Tp sebab dah tutup, so dia tak dapat join. Aku tanyala dia, kalu dia berminat nak pegi, bleh gantikan aku. Beratnya hati n perasaan bila tanya tu. Sebab aku memang beriya giler2 nak pegi!!!!!! K Wan kena tanya husband dia dulu. Lagipun, dia pun ada anak nak kena jaga. Kalu dia pi, bermakna kena pikir pasal anak2 dia lagi. Tapi, dia pun ada cakap, dulu dia penah pi Redang gak. Masa tu ngandungkan anak pertama, 5-6 bulan ngandung. Alhamdulillah suma ok. Dia pun galakkan je aku pi. Seronok.. =)

Semalam aku tepon Azr, saja tanya khabar and details pasal trip dia pi Redang masa mengandung. Katanya, dia pun pi masa mengandung dalam 5 bulan. Tapi dia dok Berjaya. Katanya bot berjaya besar, macam feri. Tak rasa apa2 langsung. Siap kata lembap je feri tu. Cuma bot yang kat pulau tu sendiri je yang melambung2. Yela, naik speed boat, berdua je plak tu.. so semalam, makin bertambah yakin n excited aku nak pi.

Pagi ni, committe utk ke Redang call aku lagi.. nak konfemkan betul2 aku ok ke nak pegi. Yela, diorg pun risau gak kalu jadi apa2 kat aku. Nak plak diorg organizer. Hmmmm.. sekali lagi membuatkan aku terpikir. Betul ke keputusan aku nak pegi ni. Tapi... aku memang beriya sangat sangat sangat nak pegi!!!..

Apa pun, plan aku skarang, katala tetiba yang tiba kat jeti tu adala speed boat kecik.. aku akan cari boat yang besar, maybe dari orang lain ke. Or naik feri berjaya ke. Kalu mahal sangat, or susah sangat nak cari.. aku stay je kat KT. Hahaha.. carila umah Madihah ke.. Ida ke.. sesapa kawan2 yang ada kat KT la. Lepak umah diorg, pi jalan2 KT, makan sotong. Hehehehe... tapi, hopefully sumanya berjalan lancar, selamat n takde masalah. InsyaAllah..

Friday, July 3, 2009

Ice Age 3 & Transformers

Semalam pi tengok movie ni kat GSC, OU. Asalnya cari tiket online utk Transformer, tp suma full. Sebab mcm dah lama sangat tak tengok wayang.. n rasa nak tengok jugak wayang, so belila tiket Ice Age 3. My expectation before tengok citer ni, biasa2 je. Takla excited sangat. Sebab aku tak penah pun follow citer ni dari yang first and second. Citer2 kartun ni memang jarang aku tengok or beriya, apatah lagi sampai pi tengok kat wayang. Teringat, last time aku tengok citer Wallie tu pun, sampai tertido aku dalam wayang. Hahahaha.. Tapi.. citer ni memang best. Kelakar giler2.. sampai sakit perut n pipi aku ni gelak banyak sangat. Tak terkata betapa dasatnya citer ni punya kelakar (ni aku nyer pendapat la..). Agaknya kalu aku boleh golek kat situ, memang dah aku gelak sambil tergolek2. Sid memang sangat bengong. Pastu, binatang2 ni pun suka benor 'menganjing' sesama diorg (eg masa Diego tak larat nak kejar rusa). Sampai hari ni pun masih terasa keseronokan tengok citer ni semalam..

Malam ni pi tengok transformer plak. Finally.. dapat gak tiket untuk seat yang agak ok kedudukannya. Before this, tiap kalu aku nak beli tiket, seat yang available mesti 2-3 row yang paling depan je. Teringat dulu penah skali masa kat UM tengok citer Senario (tiket free sempena festival filem kot), seat paling depan sekali. Lengoh kepala mendangut. Tapi aku pun satu, esok nak tengok, arini baru cari tiket. Citer ni plak memang terhangat di pasaran, konfem2 la asyik full house je. Dari komen yang aku baca n dengar.. ada yang kata citer ni best.. tak kurang jugak yang kata kureng skit. Tunggujela malam karang yek..

Perihal EPF & Penama

2 minggu lepas.. aku n en suami berbincang pasal penama dalam insurans dan EPF. Pastu aku tak ingat sapa dah aku letak sbg penama. Then minggu lepas plak, dapat email mengisahkan 3 org yang berpengalaman menghadapi masalah pasal EPF/KWSP tak update nama penama yang diorg dah namakan. Konon pakai sistem baru and tak suma data tak update. Pastu ada gak kes yang sampai penama terpaksa susah payah mintak ngan Amanah Raya sebab pemegang akaun dah meninggal dunia, and KWSP tak update penama kat diorg. Dahla tu, siap Amanah Raya amik sikit plak bahagian yang berjaya dituntut (setelah bersusah payah melalui pelbagai prosedur). Dari cerita tu, kesimpulannya, kita kena check balik penama yang kita letak kat KWSP sb maybe penama yang kita penah letak dulu, diorg tak update dalam sistem. Silap2, duit kita tu free2 je dapat kat Amanah Raya.

So last wednesday, aku ngan Diana pun pi la KWSP utk check penama kitorg. Diana ingat sangat, masa memula dia keje kat Transwater, 2 kali orang HR mintak dia isi form utk penama bagi KWSP ni. Skali.. masa kitorg pi check, kitorg dua2 takde penama yang dinamakan dalam sistem. Memang kitorg tak terkejut pun, ye la, lepas baca email tu kan. So isila borang balik semula, kena potostet i/c. Yang hampehnya, potostet i/c pun kena wat kat luar. Tak leh potostet kat KWSP. Pada aku la kan, apala salahnya diorg tolong potostetkan. Brapa sen sangatla, even memang ramai orang yang menggunakan khidmat kat situ. Tp copy i/c tu bukan utk saja2, utk kegunaan diorg jugak. Bukannya suruh bukak kaunter potostet pun. Setakat sekeping pun nak berkira.

Itula.. dari kejap je process tu patutnya, dahla tak ramai orang, jadi lama plak kitorg kat situ. Yela, memula amik borang & no utk check penama. Bila tau penama takde, kena isi borang lain, potostet ic and kena amik no semula. Menapakla kitorg mencari kedai potostet. So kepada sesapa pasni yang nak pi check penama, bawakla siap2 ic copy, kalu tetiba nama penama tu takde, tak yah susah2 nak pi cari kedai yang ada potostet plak.