Monday, March 26, 2012

Xreti FB

Isu hangat minggu lepas, adik aku dapat PM kat inbox FB dia. Secara generalnya, org tu komen sebab Nisah selalu letak gambar twins, Nuha n Furqan. Nisah selalu jugak post pasal makanan2 yg dia masak untuk twins kat FB. Org tu kata, Nisah ni menyakitkan hati isteri2 yang xde anak. Pastu, Nisah ni riak dah ada anak and patut jaga hati orang yg x ada anak.

Owh.. Apekah jenis manusia tu? Hello..... Aku pun terasa tau sebab aku selalu posyt gambar Aiman n Amni kat FB. Boleh kata lebih kurang 2 hari tu,mesti akan post at least 1 gambar. So, sesapa kawan2 yg kat FB xsuka, just delete je la kita dr FB korang. Suka atila kan kita nak letak apa kat FB kita. Ada je orang yg meniaga, asyik post barang2 dia. Ada jugak yg sukakan politik, asyik sokong/kutuk je sesapa yg dia suka or xsuka. Ada jugak yg asyik letak je gambar segala jenis makanan yg dia makan. Ada jugak yg asyik check in je segala tempat yg dia pegi. Ada jugak yg asyik post pasal rumah baru,kerusi baru,suma baru yg dia beli. So?? Apa kau kisah? Biarla, sebab itu FB dia, suka ati dia la. Apatah lg bila orang letak gambar family, gambar anak2. Bukan untuk tatapan orang yang xnak tengok, tu untuk sesapa yg nak tengok. Sedara mara yang jarang jumpa, yang dok jauh. Kawan2 yg xsempat bersua muka, tapi masih dapat mengikuti update kawan2 yg lain secara diam2 thru FB.

Kalula ko rasa terasa nisah asyik post gambar anak, xyahla ko kawan ngan orang2 yg ada anak. Xde sapa nak riak pun dengan letak gambar anak sendiri, tapi sebagai ibubapa (mak2 especially).. gembira melihat anak membesar, telatah2 anak yg even memeningkan kepala.. tu yang seronok nak berkongsi ngan orang lain. Hanya untuk yang berminat je.. Untuk orang macam ko, baik ko delete suma friend2 yg ada anak. Pastu, xyahla pi shopping complex ke mana2 yg ada budak2. Nanti susah pulak tokey kedai kena tutup kedai sb nanti ko kecik ati bila lalu depan kedai dia yang jual barang budak2.

Agaknya, orang ni samala species ngan sorang bakal bapak yg kak milin jumpa kat kk. Rajin, bagus sebab teman wife pegi checkup kat kk. Tapi, boleh pulak dia sound budak2 kecik yang main kat situ! Budak yang dia sound tu pun, bukan bising mana, setakat bunyi vroomm.. vroomm main keta je pun. Dia marah budak tu bising. Ni lagi satu jenis manusia, kalu xsuka budak, jgn pegi tempat budak ramai. Ko tu yg salah tempat, budak tu memang betul dah datang klinik ibu n anak. Pastu bila marah budak bising, lupa la tu yang dia pun bakal dapat anak. Dia pun belum tentu tahu lagi anak dia nanti jenis yg diam xbanyak nangis atau bising.

Itu la manusia. Aku simpati pada orang yg msg Nisah. Mungkin bukan rezeki dia lg untuk dapat anak. Tapi, fikirkanla, ruang FB ni bukan untuk ko sorang je. Kalu ko kecik hati tgk post2 nisah, ada ramai lagi orang yg follow nisah untuk dapatkan resepi2 untuk anak, termasukla aku. Ramai jugak follow untuk tengok perkembangan twins tu membesar termasuk aku even seminggu skali aku biasa jumpa diorg. Still jugak nak tgk and nak tahu teletah2 n gelagat diorg.

Moga orang itu diberikan rezeki untuk dapat anak.. dan dapat merasa kegembiraan seorang ibubapa nak berkongsi perkembangan / cerita anak di FB.

**kalu rasa rimas sgt ngan post2 FB orang, xyah ada FB mobile. Sb bila ada FB kat talipon, lg kerap bukak FB, lg selalu nampak org lain post menda2 yg ko xsuka. Lagi senang kalu ko delete je suma orang....
**nisah yang kena, aku pun terasa sb selalu post gambar anak2 aku. Maka.. Lahirlah entri ini..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Anonymous said...

Hahaa.. Mirah hangin satu badann! Kekeke... Suruh je nisah banyakkan lagi post gamba2, dan pastikan tag org tu setiap kali. Biar dia semak. Hehhehe.. Ala, bende ni sama je dgn blogging. Aku penah je kene sound dr sorg anonymous yg kata aku ni nak tunjuk alim kat blog - macam haram hahaa.. Nanin

ummi mien said...

mirah, bg nickname fb nisah tuh. aku nk tau resipi food dia.