# Rajin nak lipat kain. Kalu kain mmg xlipat lg xpe, ni baju2 Aiman yg elok disusun dalam almari. Kalu bangun pagi tengok baju suma bersepah atas lantai, tu maknanya semalam Aiman terlebih rajin la.
# Khamis lepas, lepas setel 'lipat kain', Aiman masuk bilik air. Xpernah tau Aiman pandai2 masuk bilik air sensorg. Lampu toilet mmg tutup, cuma pintu je aritu tombol pintu rosak, so xrapat pintu toilet. Kalu tutup rapat, xleh bukak n kena pecahkan pintu. So Aiman masuk toilet, amik paip air yg tepi toilet bowl, halakan ke bilik dan... tekan!!! Maka melimpah ruahla air kat luar toilet = dalam bilik tido. Siap kena la 1/4 kaw tilam n tempias Amni basah. Aku sedar rasa basah2.. sebab Aiman lari2 keliling aku dengan dia sendiri pun basah. Memang berladung la air dalam bilik! Campur pulak dengan semua baju yg Aiman main sblm tu, suma basah! Huhuhu... Nak marah, sampai xterkata nak marah apa. Sebab rasa macam salah diri sendiri jugak. Nape xtutup paip ketat2, nape tertido (tp mmg xtahan,kol 3 pagi nak berjaga sama2 Aiman? Kalu try xnak tido pun sure akan tertido jugak). So slow2 angkat suma baju yg basah, amik cadar lap sikit2 lantai, amik toto tutup kaw yg basah atas tilam sambil bebel2 cakap nape aiman.. nape main sampai cenggini.....
# Jumaat malam pulak, ms tu dah lewat and Amni berak. Tengah basuh dalam toilet, tetiba Aiman masuk dan membaling hp aku dalam toilet bowl!!! Serta merta celup tangan amik hp n letak kat luar. Tapi sebab tak abis lg basuh Amni berak, xsempat nak bukak phone cepat2. Memang mode pasrah n kecewa dah tgk phone berendam dalam jamban. Pagi esoknya bukak, mmg dah rosak. Kena hantart kedai. Sakng dah ok pas tukar board baru. Memory card xleh guna sb chip dia rosak (not part of replaced board). Tunggu budget bulan depanla pulak..
# Sebab Aiman selalu tido lambat, dia selalu lapar malam2. Selalu mintak milo tp sebab aku malas nak turun bawah, aku sorokkan air kotak milo dlm almari. Bila Aiman mintak baru kasi. Memang dah ajar pun, air kotak yg dah bukak letak kat tepi dinding, jauh dari katil. So everytime Aiman nak minum, dia akan pegi minum n letak balik kat situ. Satu malam tu, agaknya air dah tinggal sikit, so Aiman bawak kotak air ke aku yang dah terlelap. Pastu dia goncang2kan air kotak tu. Huhuhu.. Tengah syok2 mimpi ni, terasa percikan air milo macam titisan hujan rintik2. Xpasal2 aku mandi air milo tengah malam tu! Abis muka, rambut, baju, cadar n bantal.
# Main henpon then call orang. Yang ni aku sgtla mintak maaf kepada sesiapa yg terkena. Aku memang akan terus delete suma dialed number sblm tido sb Aiman lg senang tekan yg no2 yg latest call in / out. Tapi kekadang tu terlepas jugak dia dail no2 dr contact. Xleh nak off kan line sb biasa Aiman akan tengok video2 dari youtube. Lately dah jarang dah sebab Aiman dah bosan nak main phone. Barang2 real dalam bilik lagi menarik.
# Sekarang hari2 buat konsert dalam bilik. Guna hairdryer sbg microphone, Aiman nyanyi la macam2 lagu. Ba ba black sheep la, old mcdonald la, InsyaAllah la..
2-3 hari ni, sebab en suami sakit, duduk rumah mak, macam2 la aktiviti tgh malam dia sb banyak menda baru disekeliling. Aku mmg menghadapi masalah untuk buatkan Aiman tido lama. Kalu dia tido awal pun, eg kol 11.. Boleh je bangun kol 4 pagi dengan segarnya. Sembang2.. Main2.. Kalu tido lg awal, lg awalla bangunnya. Even aku kasi ubat selsema dlm kol 9 (ms ni Aiman selsema), kol 2.30 baru tido. Suka sangat lawan mata yg mengantuk tu. Mak cadangkan beli bear besar untuk Aiman peluk kasi tido, so smlm mak jemur bantal ulat yg panjang tu kan.. dah takut plak tgk bantal tu.. Hahahaha.. Kena buat research skit untuk mengatasi masalah ni. Memang xlarat kalu hari2 xcukup tido camni.
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment