Thursday, March 29, 2012

HFM lagi..

HFM menyerang lagi.. Kali ni Aiman yang kena. Lepas en suami kena 3 minggu lepas, Danish yg dok skali ngan tokwan kena. Esoknya, Ammar cucu tokwan pun kena. Masa diorg kena, mmg Aiman n Amni xhantar pun rumah tokwan, mak ngan Dilah yg jaga kat rumah. Weekend baru ni, lepas mandi kolam kat rumah Nisah, Aiman plak demam. Hari ahad petang mcm sakit2 mulut. Isnin pagi, dah banyak naik ulser dalam mulut. Aiman xbyk bintik2 kat kaki n tangan tp adala satu dua biji. Aiman banyak rashes kat punggung. Bila jumpa doc hari isnin petang, doktor sahkan mmg HFM sb untuk budak2, nappy rashes pun antara tanda. Huhuhu..

Terus hantar Amni rumah mak tak bawak balik. Aku singgah kejap malam untuk bf n jumpa Amni. En suami jaga Aiman kat rumah. Tengah2 malam aku bangunla pam, kang nanti susu kurang pulak. Selasa, ulser Aiman makin teruk. Aiman xnak makan langsung. Minum air pun kurang. Seb baikla dah xdemam. Asyik merengek n nangis2 je sebab sakit. Tengok syok2 main, tetiba menjerit sambil pegang mulut. Sangat kesian bila Aiman nak makan, pastu sakit n luah balik. Then Aiman try makanan lain plak, sama.. Sakit jugak. Macam nak nangis je bila tgk aiman yang lapar tapi xdpt makan. Last2 nangis je. Aiskrim yang Aiman sgt suka tu pun Aiman xnak. Sehari, sekali je Aiman dapat makan, tu pun aiskrim je and agaknya, tu pun masa dia lapar sgt2. So far, xde tanda2 dehydrate lagi. Ada masa dok diam, mungkin penat or ngantuk or kesan ubat. Tapi banyak masa main2 cuma sangat cranky bila tetiba terasa sakit. Masa jumpa doc Aiman menangis, air mata meleleh2 kuar, ngan air hidung ngan air liur, doc kata ok lg. Banyak lagi air ni.. Hehehe..xtaula dia main2 or betul tp mmg banyakje air yg keluar sebab Aiman asyik nangis je.

Lewat malam semalam (rabu malam), agaknya lapar sangat, dan mungkin ulser dah elok sikit, habis la separuh burger ayam mcD. Dagingnyer je, roti xmakan. Okla, satu kemajuan dalam memakan makanan pejal. Pagi ni, masa aku titikkan ubat, Aiman terjaga n mintak lg. Terus aku amik air yogurt, letak dlm picagari ubat tu, kasi Aiman. Ala2 tu ubatla.. Alhamdulillah... Dapat segelas la jugak Aiman minum. Tp thru picagari la.. Mungkin sebab xkena bahagian ulser, ngan sejuk.. Campur plak Aiman lapar n dahaga kot. Sampai sedawa la.. Senang hati aku tengok. Skang Aiman dah tertido semula. Harap2 esok bila Aiman bangun nanti, ulsernya makin elok dan dah boleh makan.

Amni pun demam semalam, dah bawak jumpa doc. Alhamdulillah la Amni xkena hfm dan harap jugak xde la kena. Xsanggup tgk Amni kena ulser. Cukupla tengok susahnya Aiman sorang. Xsabar nak tunggu Aiman dah sihat. Nak kemas rumah and bawak Amni balik. .
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

No comments: