Friday, March 30, 2012
Kena tinggal
Kesian kena tinggal kat rumah maktok..
Jumpa ibu kejap je..
Ibu pun dah rindu kat Amni..
Harap2 esok ulser abg Aiman dah ok, dan abang Aiman dah boleh makan n x nangis2 sakit lg
Jadi bolehla ibu cuci2 lantai, cadar, toto n sarung kusyen + mainan skali pagi esok
Then bawak Amni balik rumah...
Amni pun makan banyak2, supaya kuat, xdemam dah..
Kalu ada lg sisa2 kuman abg Aiman pun, Amni boleh lawan!!
Owh.. Rindunyer kat Amni!
Thursday, March 29, 2012
HFM lagi..
Terus hantar Amni rumah mak tak bawak balik. Aku singgah kejap malam untuk bf n jumpa Amni. En suami jaga Aiman kat rumah. Tengah2 malam aku bangunla pam, kang nanti susu kurang pulak. Selasa, ulser Aiman makin teruk. Aiman xnak makan langsung. Minum air pun kurang. Seb baikla dah xdemam. Asyik merengek n nangis2 je sebab sakit. Tengok syok2 main, tetiba menjerit sambil pegang mulut. Sangat kesian bila Aiman nak makan, pastu sakit n luah balik. Then Aiman try makanan lain plak, sama.. Sakit jugak. Macam nak nangis je bila tgk aiman yang lapar tapi xdpt makan. Last2 nangis je. Aiskrim yang Aiman sgt suka tu pun Aiman xnak. Sehari, sekali je Aiman dapat makan, tu pun aiskrim je and agaknya, tu pun masa dia lapar sgt2. So far, xde tanda2 dehydrate lagi. Ada masa dok diam, mungkin penat or ngantuk or kesan ubat. Tapi banyak masa main2 cuma sangat cranky bila tetiba terasa sakit. Masa jumpa doc Aiman menangis, air mata meleleh2 kuar, ngan air hidung ngan air liur, doc kata ok lg. Banyak lagi air ni.. Hehehe..xtaula dia main2 or betul tp mmg banyakje air yg keluar sebab Aiman asyik nangis je.
Lewat malam semalam (rabu malam), agaknya lapar sangat, dan mungkin ulser dah elok sikit, habis la separuh burger ayam mcD. Dagingnyer je, roti xmakan. Okla, satu kemajuan dalam memakan makanan pejal. Pagi ni, masa aku titikkan ubat, Aiman terjaga n mintak lg. Terus aku amik air yogurt, letak dlm picagari ubat tu, kasi Aiman. Ala2 tu ubatla.. Alhamdulillah... Dapat segelas la jugak Aiman minum. Tp thru picagari la.. Mungkin sebab xkena bahagian ulser, ngan sejuk.. Campur plak Aiman lapar n dahaga kot. Sampai sedawa la.. Senang hati aku tengok. Skang Aiman dah tertido semula. Harap2 esok bila Aiman bangun nanti, ulsernya makin elok dan dah boleh makan.
Amni pun demam semalam, dah bawak jumpa doc. Alhamdulillah la Amni xkena hfm dan harap jugak xde la kena. Xsanggup tgk Amni kena ulser. Cukupla tengok susahnya Aiman sorang. Xsabar nak tunggu Aiman dah sihat. Nak kemas rumah and bawak Amni balik. .
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, March 26, 2012
Xreti FB
Owh.. Apekah jenis manusia tu? Hello..... Aku pun terasa tau sebab aku selalu posyt gambar Aiman n Amni kat FB. Boleh kata lebih kurang 2 hari tu,mesti akan post at least 1 gambar. So, sesapa kawan2 yg kat FB xsuka, just delete je la kita dr FB korang. Suka atila kan kita nak letak apa kat FB kita. Ada je orang yg meniaga, asyik post barang2 dia. Ada jugak yg sukakan politik, asyik sokong/kutuk je sesapa yg dia suka or xsuka. Ada jugak yg asyik letak je gambar segala jenis makanan yg dia makan. Ada jugak yg asyik check in je segala tempat yg dia pegi. Ada jugak yg asyik post pasal rumah baru,kerusi baru,suma baru yg dia beli. So?? Apa kau kisah? Biarla, sebab itu FB dia, suka ati dia la. Apatah lg bila orang letak gambar family, gambar anak2. Bukan untuk tatapan orang yang xnak tengok, tu untuk sesapa yg nak tengok. Sedara mara yang jarang jumpa, yang dok jauh. Kawan2 yg xsempat bersua muka, tapi masih dapat mengikuti update kawan2 yg lain secara diam2 thru FB.
Kalula ko rasa terasa nisah asyik post gambar anak, xyahla ko kawan ngan orang2 yg ada anak. Xde sapa nak riak pun dengan letak gambar anak sendiri, tapi sebagai ibubapa (mak2 especially).. gembira melihat anak membesar, telatah2 anak yg even memeningkan kepala.. tu yang seronok nak berkongsi ngan orang lain. Hanya untuk yang berminat je.. Untuk orang macam ko, baik ko delete suma friend2 yg ada anak. Pastu, xyahla pi shopping complex ke mana2 yg ada budak2. Nanti susah pulak tokey kedai kena tutup kedai sb nanti ko kecik ati bila lalu depan kedai dia yang jual barang budak2.
Agaknya, orang ni samala species ngan sorang bakal bapak yg kak milin jumpa kat kk. Rajin, bagus sebab teman wife pegi checkup kat kk. Tapi, boleh pulak dia sound budak2 kecik yang main kat situ! Budak yang dia sound tu pun, bukan bising mana, setakat bunyi vroomm.. vroomm main keta je pun. Dia marah budak tu bising. Ni lagi satu jenis manusia, kalu xsuka budak, jgn pegi tempat budak ramai. Ko tu yg salah tempat, budak tu memang betul dah datang klinik ibu n anak. Pastu bila marah budak bising, lupa la tu yang dia pun bakal dapat anak. Dia pun belum tentu tahu lagi anak dia nanti jenis yg diam xbanyak nangis atau bising.
Itu la manusia. Aku simpati pada orang yg msg Nisah. Mungkin bukan rezeki dia lg untuk dapat anak. Tapi, fikirkanla, ruang FB ni bukan untuk ko sorang je. Kalu ko kecik hati tgk post2 nisah, ada ramai lagi orang yg follow nisah untuk dapatkan resepi2 untuk anak, termasukla aku. Ramai jugak follow untuk tengok perkembangan twins tu membesar termasuk aku even seminggu skali aku biasa jumpa diorg. Still jugak nak tgk and nak tahu teletah2 n gelagat diorg.
Moga orang itu diberikan rezeki untuk dapat anak.. dan dapat merasa kegembiraan seorang ibubapa nak berkongsi perkembangan / cerita anak di FB.
**kalu rasa rimas sgt ngan post2 FB orang, xyah ada FB mobile. Sb bila ada FB kat talipon, lg kerap bukak FB, lg selalu nampak org lain post menda2 yg ko xsuka. Lagi senang kalu ko delete je suma orang....
**nisah yang kena, aku pun terasa sb selalu post gambar anak2 aku. Maka.. Lahirlah entri ini..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, March 25, 2012
Petang ahad
Wednesday, March 21, 2012
Jaga-jaga abang Aiman..
Hahahahaha.. Alasan seorang ibu yang gila bershoppin...
Monday, March 19, 2012
Supplement
Rasanya yang paling selalu aku abaikan ialah vitamin n zat2 makanan yang cukup. Apa yg nampak sedap main makan je, xkira dah cukup ke x vitamin, kalsium etc. Even ada jugakla anlene, pil B complex, vitamin C dan kalsium, mmg boleh kata jarangla sangat nak makan. Selalu hold dan hold dan akhirnya xmakan.
Maka.. Dengan ini, aku berazam untuk mendapatkan vitamin yang secukupnya untuk diri sendiri. Banyak dengar cerita pasal shaklee, aku pun bukan jenis yang rajin nak pi jalan2 lama2 kat farmasi mengadap rak vitamin tu. Kebetulan jugak, nisah pun ada pakai 2-2 ni. Katanya susu pun bertambah. So bolehla try jugak. Jus ni plak aku jumpa kat kedai jual kurma & barang2 arab. Katanya bagus untuk menambah tenaga, sesuai utk preggie n bf mom, tambah darah, kurangkan stress bagai. Ni dah botol ke 2 aku, tiap2 pagi aku bancuh ngan satu bekas air. Lepas hari2 minum, aku pun mcm boleh rasa supply susu yang konsisten hari2. Even xde la banyak giler kan, tp at least bekalan tu konsisten.
Moga makin sihatla lepas ni. X malas2 makan vitamin jugak. Tinggal kat opis sebab hari2 asyik mengadap, baru x lupa nak makan! InsyaAllah...
Saturday, March 17, 2012
Gatai gusi
Untuk rekod : berat Amni 5.8kg @ 6 bulan 3 hari
Maid demand
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Saturday, March 10, 2012
Baru menyulur..
Friday, March 9, 2012
It's Friday & I'm On Leave!!
Aku pegi ngan Nisah n Dilah, so we can call it Sister's Day Out! Berjaya jugak mempromosikan expo ni pada ibu2 boyot di opis, maka Wani, Aisyah n Kak Milin pun akan ada. Diorg plak berjaya memujuk suami2 diorg utk amik cuti and pergi sama. Hahahahahahaha.. Makanya, Kayangan arini separuh bercuti.
Hope we'll enjoy ourself. Happy working everyone!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, March 8, 2012
Masa malam paling aktif
# Rajin nak lipat kain. Kalu kain mmg xlipat lg xpe, ni baju2 Aiman yg elok disusun dalam almari. Kalu bangun pagi tengok baju suma bersepah atas lantai, tu maknanya semalam Aiman terlebih rajin la.
# Khamis lepas, lepas setel 'lipat kain', Aiman masuk bilik air. Xpernah tau Aiman pandai2 masuk bilik air sensorg. Lampu toilet mmg tutup, cuma pintu je aritu tombol pintu rosak, so xrapat pintu toilet. Kalu tutup rapat, xleh bukak n kena pecahkan pintu. So Aiman masuk toilet, amik paip air yg tepi toilet bowl, halakan ke bilik dan... tekan!!! Maka melimpah ruahla air kat luar toilet = dalam bilik tido. Siap kena la 1/4 kaw tilam n tempias Amni basah. Aku sedar rasa basah2.. sebab Aiman lari2 keliling aku dengan dia sendiri pun basah. Memang berladung la air dalam bilik! Campur pulak dengan semua baju yg Aiman main sblm tu, suma basah! Huhuhu... Nak marah, sampai xterkata nak marah apa. Sebab rasa macam salah diri sendiri jugak. Nape xtutup paip ketat2, nape tertido (tp mmg xtahan,kol 3 pagi nak berjaga sama2 Aiman? Kalu try xnak tido pun sure akan tertido jugak). So slow2 angkat suma baju yg basah, amik cadar lap sikit2 lantai, amik toto tutup kaw yg basah atas tilam sambil bebel2 cakap nape aiman.. nape main sampai cenggini.....
# Jumaat malam pulak, ms tu dah lewat and Amni berak. Tengah basuh dalam toilet, tetiba Aiman masuk dan membaling hp aku dalam toilet bowl!!! Serta merta celup tangan amik hp n letak kat luar. Tapi sebab tak abis lg basuh Amni berak, xsempat nak bukak phone cepat2. Memang mode pasrah n kecewa dah tgk phone berendam dalam jamban. Pagi esoknya bukak, mmg dah rosak. Kena hantart kedai. Sakng dah ok pas tukar board baru. Memory card xleh guna sb chip dia rosak (not part of replaced board). Tunggu budget bulan depanla pulak..
# Sebab Aiman selalu tido lambat, dia selalu lapar malam2. Selalu mintak milo tp sebab aku malas nak turun bawah, aku sorokkan air kotak milo dlm almari. Bila Aiman mintak baru kasi. Memang dah ajar pun, air kotak yg dah bukak letak kat tepi dinding, jauh dari katil. So everytime Aiman nak minum, dia akan pegi minum n letak balik kat situ. Satu malam tu, agaknya air dah tinggal sikit, so Aiman bawak kotak air ke aku yang dah terlelap. Pastu dia goncang2kan air kotak tu. Huhuhu.. Tengah syok2 mimpi ni, terasa percikan air milo macam titisan hujan rintik2. Xpasal2 aku mandi air milo tengah malam tu! Abis muka, rambut, baju, cadar n bantal.
# Main henpon then call orang. Yang ni aku sgtla mintak maaf kepada sesiapa yg terkena. Aku memang akan terus delete suma dialed number sblm tido sb Aiman lg senang tekan yg no2 yg latest call in / out. Tapi kekadang tu terlepas jugak dia dail no2 dr contact. Xleh nak off kan line sb biasa Aiman akan tengok video2 dari youtube. Lately dah jarang dah sebab Aiman dah bosan nak main phone. Barang2 real dalam bilik lagi menarik.
# Sekarang hari2 buat konsert dalam bilik. Guna hairdryer sbg microphone, Aiman nyanyi la macam2 lagu. Ba ba black sheep la, old mcdonald la, InsyaAllah la..
2-3 hari ni, sebab en suami sakit, duduk rumah mak, macam2 la aktiviti tgh malam dia sb banyak menda baru disekeliling. Aku mmg menghadapi masalah untuk buatkan Aiman tido lama. Kalu dia tido awal pun, eg kol 11.. Boleh je bangun kol 4 pagi dengan segarnya. Sembang2.. Main2.. Kalu tido lg awal, lg awalla bangunnya. Even aku kasi ubat selsema dlm kol 9 (ms ni Aiman selsema), kol 2.30 baru tido. Suka sangat lawan mata yg mengantuk tu. Mak cadangkan beli bear besar untuk Aiman peluk kasi tido, so smlm mak jemur bantal ulat yg panjang tu kan.. dah takut plak tgk bantal tu.. Hahahaha.. Kena buat research skit untuk mengatasi masalah ni. Memang xlarat kalu hari2 xcukup tido camni.
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, March 7, 2012
Tangan, kaki, mulut
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone