Monday, February 27, 2012

6 months little princess!!

Hello..

I'm 6 months today!!

But my ibu so lazzy to make bubur nasi for me..

So i'll just drink my ibu's milk..

Maybe tomorrow.. or maybe next week..

Owh.. i know.. i'll start my solid food after my mak lang send me some food that she already grind..

Mak lang pandai masak... (ayat bodek untuk mak lang selalu masakkan untuk Amni)

Sekarang saya suka pusing dan pusing dan pusing..

Sampaila saya tersekat kat celah kerusi la.. tepi tilam la.. peti ais la.. dinding la..

Saya juga dah agak mengada sekarang.. kalu ibu tengok main2 ngan saya, pastu tinggalkan saya.. saya akan menangis suruh ibu angkat..

Tapi bila ibu buat bodoh lama2.. saya pun berenti la nangis dan main sorang2 balik..

Saya suka sembang ngan abang Aiman, tp abang Aiman selalu jugak tarik rambut saya..

Agaknya sebab dia jeles rambut saya panjang..

Menjelang umur saya 6 bulan.. ibu sangat gembira dengan kadar pembesaran saya..

Berat sedang2 sahaja.. tidak terlalu berat lalu bolehla ibu dukung saya sebelah.. dukung abang Aiman sebelah.. kuatkan ibu saya? Hehe..

Jumpa lagi bulan depan bersama gambar terbaru saya..


~ Amni Malaikha ~

27 February 2012

Thursday, February 23, 2012

Evening walk

Biasanya bila amik Aiman dari rumah tokwan, singgah rumah mak. Minggu ni mak ke kuantan, so terus balik rumah. Pagi semalam Aiman sibuk nak jalan kat luar rumah so aku janji nak bawak petang tu. Balik keje cepat2, tapau nasi kukus.. then pusing area rumah aku je. Lalu kat taman tu, sure la kena singgah kan. Seb baik memang takde budak pun. Adala budak tp dok main kad. Lega skit aku sb aku risau kalu orang tolak2 Aiman. Dahla Aiman ni ringan..


Suka hati sangatla dapat main..


Amni dok dalam stroller je. Perut kenyang.. so relex2 je lah..


Tengah main, lalu pulak pakcik aiskrim. Memang dah siap duit pun untuk beli. Terus tak mo main, nak makan aiskrim. Ok jugak.. excuse yang terbaik untuk ajak balik. Kalu tak, mau jadi drama pulak nak ajak Aiman tinggalkan playground maghrib2..


Rajin nak tolak jugak. Memula nak tolak kat belakang.. tp kesian la pulak kalu Aiman tolak, tak nampak depan. So ajar Aiman untuk pegang tepi...



Masa jalan2 tu, jumpa jiran area belakang rumah. Diorg pun ada anak yang sebaya ngan Aiman, lahir bulan 2 and 3 tahun yang sama. Tapi.. suma lagi besar dari Aiman! Pompuan pulak tu... jangan Aiman nanti kena buli kat skolah sudah......


Petang ni nak jalan2 lagi? Tengokla.. ngantuk ni, Aiman jaga dari kol 2.30 - 5.30 pagi.. huhuhu..

Monday, February 20, 2012

Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

SAYANG AIMAN & AMNI!!

Bahaya tau..

Pagi ni jem, kuar exit kota je kereta yg dari Jln Duta n Sg Buloh dah merangkak2. Jalan dan jalan slow2, rupanya ada lori yang sangat berat muatannya, lori panjang dok jalan kat NKVE. Lepas lori tu je, jalan clear. Sabo je la ngan manusia2 yang x pikir orang lain. Kan ke kenderaan berat xleh guna nkve sampai kol 9.30 pagi. Masa tu kol 8.45, tunggu kejap je lagi pun dah boleh jalan. Sebab lori tu je, bukan main panjang jemnyer.

Pastu, keta2 yang potong kat emergency lane. Aku stakat tengok je, kadang2 rasa berapi la jugak kan. Tapi paling aku marah keta2 yang xtahu nak sabar ni, dahla guna emergency lane, bawak laju2 plak tu. Korang xtau ke yg emergency lane tu motor2 lalu. Aku memang suka kalu motor2 ni saja je bawak slow depan keta2 yang konon nak laju sangat. Pastu mula la sibuk nak masuk laluan jalan biasa. Lagi aku suka kalu tengok diorg kena tahan. Patutnya kat nkve kota damansara-subang ni, kena ada banyak polis tunggu tepi highway, amik gambo. Tak payah tahan, kang kalu tahan lg teruk plak jemnyer. Amik gambo, pastu hantar surat saman ke rumah dengan gambo2 nyer skali. Baru padan muka. Bahaya tau bawak laju2.. Kang terlibas penunggang motor. Eii.. Geram tol. Polis2.. Sila bertindak. Jangan asyik nak mintak rasuah je dengan dok tahan pendatang2 asing yg berkeliaran, tp lepas diorg kasi duit, lepaskan.

** en suami pegi keje naik moto.......
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 17, 2012

Aiman, Amni dan.... fish???

Aku tengah solat maghrib, tetiba dengar bunyi macam Aiman menjerit nangis mengada. Lama skit, tetiba muncul depan aku yg tengah berdiri.. pastu suakan pinggan berisi ikan yang dah dikunyitkan dalam peti ais. Pastu cakap kat aku.. 'Fish gigit.. Fish gigit..' Seketika la jugak Aiman cakap, nak kasi jugak fish tu kat aku. Aku ni, dalam hati doa supaya Aiman angkat fish tu letak atas sejadah. Bila tgk aku xrespon, dia pun berlalu, letak fish kat tepi. Sepanjang aku nak abis solat tu, sempat jugakla beberapa biji kereta dah masuk dalam pinggan fish. Lepas aku siap, terus Aiman tinggalkan fish kat lantai, pegi tengok buku2 plak.

Suka sangat buka fridge, mujur jugakla dalam fridge tu xde banyak barang. Paling suka jilat kicap. Kekadang tu sampai bersihla bahagian atas botol kicap dicalitnya. Coklat, calcium, vitagen, mmg xleh letak depan2. Suma dah pandai bukak sendiri. Bila dah bukak tu.. Abisla tumpah satu rumah. Ada x agaknya jual mangga peti ais macam mangga yang orang selalu letak kat tepon rumah tu? Hehe..

Wednesday, February 15, 2012

Kebab Jalan TAR

Arini aku kuar collect tender kat Wisma Campbell, betul2 kat Jln TAR. Sebab aku sampai dah kol 12 dan lunch time dia pun kol 12, so aku ronda2 dulu. Teringat zaman kat UM dulu, selalu datang Jalan TAR hari keje, xsesak tp suka jugak pi pasar malam Jln TAR hari sabtu. Sebelum2 ni kalu datang, pi makan nasi padang depan SOGO tapi kali ni aku cari kebab pulak. Memang terbaik, biar beratur panjang pun. Tapaukan skali utk budak opis ramai2. Xde shopping pun, beli brooch kecil yg paling murah.. Masuk sogo kejap, ada sale tapi xbeli pun untuk diri sendiri. Beli spek hitam untuk Aimana je. Suka sangat berebut nak pakai spek en suami.
Bila dah siap beli suma, opis customer pun dah bukak, pegi amik tender ngan plastik2 shopping! Yang paling xtahan, kuat giler bau kebab! Dahla lama pulak receptionist amik masa nak cari CD tender tu. Aku buat muka bodo je la bila orang lalu lalang + sorokkan plastik kat belakang. Sebab jarang dpt pegi n beli kebab, aku tapau 2 untuk diri sendiri. 1 dah selamat dalam perut.. lagi satu nanti tea time plak. Burrpppppp... sedappppp..

Aiman is 28 months!

My little cute n sweet son is 28 months already!! Hadoi yai.. Sangat pening nak melayan kerenah dia. Macam2 idea yang tak terjangkau pemikiran aku. Cakap pun dah makin lancar skarang. Kadang2 kelakar dengan susunan ayat yang dibuat. Kalu tengok gambar2 kat buku, mcm dia pulak yang ajar kita bila dia xsetuju apa yg kita ajar. Nak ajar 'duckling' xkan berjaya sebab Aiman akan sentiasa kata 'duck'.

Bab x ikut cakap bila aku marah sebab dia buat menda yg xboleh, lagi la. Memang suka agaknya tengok aku terjerit2. Sampaikan skarang dah sampai tahap kena pukul or kurung dalam bilik kejap. Sebab Aiman reti bukak pintu bilik sendiri, takutla jugak dia sekejap kan.. pastu keluar sendiri nangis2. Bila wat camni, kalu dia buat salah, aku ugut nak kurung, terus bertempiaran lari takut nak kena kurung. Tapi.. Lepas tu buat balik! Hadoi... Memang susah nak ajar anak. Tapi aku berdoa sangat, biarla masa kecik2 ni nakal sikit xpe, jangan besar2 nanti nakal.. Lg susah nak bentuk/ajar.

Macam2 lg perkembangan Aiman ni, sampaikan xleh nak ingat bila nak tulis cenggini. Apapun.. Moga Aiman membesar bak juara dan muslim yang soleh. Rajin jaga Amni tau, jangan kedekut sangat barang sendiri.. kena belajar kongsi ngan orang lain. Sayang Aiman!

Saturday, February 11, 2012

Sembang Aiman

Alasan biasa aku kasi kat Aiman bila malam2 tetiba ajak mandi n discover yg Aiman x berak or pampers x penuh :
XLEH MANDI MALAM2, NANTI DEMAM.

So far ok lagi, alasan masih diterima oleh Aiman. Tadi, masa Aiman sibuk nak main kereta lg dan dah kol 1 pagi xnak tido, aku tanyala

Aku : dah la tu main motor.. Tido pulak.
Aiman : tak boleh.. Nanti demam..

Adoi.. Nampak sangat xpaham maksud perkataan tp perkataan yang kerap digunakan dengan dia, disimpan dan dikeluarkan bila2 je, ikut suka dia.

Makanya.. Kenala jaga perkataan depan Aiman.. Jangan cakap yg x elok.. Nanti suma tersimpan dalam memori.
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 10, 2012

Lazy

Saya tersangat malas sekarang..

Malas nak buat kerja..

Email pun xde la banyak.. tp keje still ada..

Cuma sangat malas nak buat..

Rasa macam malas nak buat apa2..

Pagi tadi kol 5, Aiman bangun nangis2..

Mula2 sebab marah nyamuk gigit, lepas tu nangis tak berenti renti

Kejap mata pejam, kejap mata bukak mcm sedar

Kejap nangis kuat.. pastu makin slow..

Tetiba kuat balik, siap tendang2 lagi..

Malas nak piker yang pelik2 tapi aku memang ada la jugak baca ayat Qursi la, 3 Qul la..

Last2 aku biar kan je la..

Lepas 45 minit.. tertido sendiri…

Aku sempat tido semula dalam 15 minit.. dah alarm bunyi..

Owh esok n lusa cuti.. seronoknya..

Nak mulakan operasi mengemas rumah..

Kalu sempat nak tengok Hafalan Shalat Delisa..

Ramai kat best..

Owh malas… owh malas… boleh tak nak balik rumah skarang???