Friday, April 30, 2010

Sibuknyerrr..

Sapa yang sibuk? Aiman la...
Dah pandai menyulur ke depan 2-3 hari niMakin lama makin laju.. especially kalu atas lantai kayu rumah makLicin.. tu yang laju je ke depanAiman sibuk ngan aktiviti diri sendiriKejap kejar bola.. kejap kejar tigger.. jadi kejar sebab bila ke depan, dia pegang bola sikit, bola golek ke depan.. pegang tigger, tigger tertolak ke depan..Hahaha... pantang dengar suara orang.. serta merta kepala pusing cari orang..Kalu dia tengah dok main.. orang lalu depan dia ke kiri.. pusing dia ke kiri jugak konon nak ikut..
Orang lain pulak lalu ke kanan.. pusing pulak ke kanan..
Lalu sebelah nak ke belakang dia.. Aiman pun sibuk nak pusing belakang..
Kalu dulu sebelum pandai meniarap.. bolehla kejap dok main sensorang..Tapi lama2, dia jadi bosan.. start la panggil2 orang cara dia..Skarang.. lama jugakla boleh tinggal tanpa perlu teman main2 ngan Aiman..Tp.. bila dia perasan takde orang.. jerit2 jugak panggil..
Aiman dah tau.. kalu baringkan dia, pegang.. haaa.. tu tanda nak makan ubatSerta merta tutup mulut (tak bukak langsung), then letak lidah antara bibir atas ngan bawahHahaha.. siap sedia untuk elak sebarang ubat masuk mulut diaTengok picagari pun dia akan tutup mulutUmpan ngan mainan kat mulut dia, tak jalan.. tetap tutup mulut..
Camne nak cepat baik ni.. payah sungguh nak kasi makan ubat
Aku pulak jenis lembut hati, tak sampai hati tengok dia nangis2 nak melepaskan diri dari kena makan ubatMakin cekap n pantas Aiman tarik benda skarang
Paling dia suka.. tarik rambut!Even rambut 2-3 helai pun dia tarik.. tarik kuat plak tu.. sakit!!!Tapi seronok ngan perkembangan Aiman...Geram tengok Aiman.. memang tak puas nak cubit!!!!!!!!!!!!!

Sementara menunggu nak jumpa doktor kat klinik..Pasni meraung Aiman masa kena sedut gas cairkan kahak.
Lepas penat sejam bergelut tak mo minum susu+ubat.. finally.. minum jugak sb dah ngantuk n lapar..
Aiman bersama mainan baru.. 3 bola yang tak bulat. Senang Aiman nak kejar sb tak golek jauh..
Eh.. dah pandai pegang.. tp tak lama la.. inila, kasi susu badan je kat umah sampai kan Aiman dah pandai pegang botol pun tak perasan..
Dulu masa Aiman kecik, Mak Su Nabila teringin tengok Aiman nangis.. haaa... ni saja je amik gambo dulu.. baru angkat..
Sudah2 la tu isap jari.. nanti jongang kang..

No comments: