Friday, April 30, 2010

Sibuknyerrr..

Sapa yang sibuk? Aiman la...
Dah pandai menyulur ke depan 2-3 hari niMakin lama makin laju.. especially kalu atas lantai kayu rumah makLicin.. tu yang laju je ke depanAiman sibuk ngan aktiviti diri sendiriKejap kejar bola.. kejap kejar tigger.. jadi kejar sebab bila ke depan, dia pegang bola sikit, bola golek ke depan.. pegang tigger, tigger tertolak ke depan..Hahaha... pantang dengar suara orang.. serta merta kepala pusing cari orang..Kalu dia tengah dok main.. orang lalu depan dia ke kiri.. pusing dia ke kiri jugak konon nak ikut..
Orang lain pulak lalu ke kanan.. pusing pulak ke kanan..
Lalu sebelah nak ke belakang dia.. Aiman pun sibuk nak pusing belakang..
Kalu dulu sebelum pandai meniarap.. bolehla kejap dok main sensorang..Tapi lama2, dia jadi bosan.. start la panggil2 orang cara dia..Skarang.. lama jugakla boleh tinggal tanpa perlu teman main2 ngan Aiman..Tp.. bila dia perasan takde orang.. jerit2 jugak panggil..
Aiman dah tau.. kalu baringkan dia, pegang.. haaa.. tu tanda nak makan ubatSerta merta tutup mulut (tak bukak langsung), then letak lidah antara bibir atas ngan bawahHahaha.. siap sedia untuk elak sebarang ubat masuk mulut diaTengok picagari pun dia akan tutup mulutUmpan ngan mainan kat mulut dia, tak jalan.. tetap tutup mulut..
Camne nak cepat baik ni.. payah sungguh nak kasi makan ubat
Aku pulak jenis lembut hati, tak sampai hati tengok dia nangis2 nak melepaskan diri dari kena makan ubatMakin cekap n pantas Aiman tarik benda skarang
Paling dia suka.. tarik rambut!Even rambut 2-3 helai pun dia tarik.. tarik kuat plak tu.. sakit!!!Tapi seronok ngan perkembangan Aiman...Geram tengok Aiman.. memang tak puas nak cubit!!!!!!!!!!!!!

Sementara menunggu nak jumpa doktor kat klinik..Pasni meraung Aiman masa kena sedut gas cairkan kahak.
Lepas penat sejam bergelut tak mo minum susu+ubat.. finally.. minum jugak sb dah ngantuk n lapar..
Aiman bersama mainan baru.. 3 bola yang tak bulat. Senang Aiman nak kejar sb tak golek jauh..
Eh.. dah pandai pegang.. tp tak lama la.. inila, kasi susu badan je kat umah sampai kan Aiman dah pandai pegang botol pun tak perasan..
Dulu masa Aiman kecik, Mak Su Nabila teringin tengok Aiman nangis.. haaa... ni saja je amik gambo dulu.. baru angkat..
Sudah2 la tu isap jari.. nanti jongang kang..

Thursday, April 29, 2010

What's up doc??

Mana pegila doktor2 tempatan skarang nieh..
Aritu.. penah pi Pusrawi, doktor ala2 bangla
Entahla, mungkin dari India ke.. Bangla ke.. tp yang pasti.. dia bukan orang local
Asyik cakap 'tada demam.. tada demam..'
Balik dari BP ahad lepas, malamnya terus pi klinik
Ingat nak pi klinik kanak2 tp tutup so kitorg terus pi satu klinik family 24jam
Penah dah pi skali sblm ni bawak Aiman, masa tu Aiman demam gak
Even dia tersalah kasi dose yang sangat rendah.. tp doktor melayu and ramah la jugak
Macam2 tanya.. macam2 cek..
Ni klinik besar.. ada banyak panel
Bila banyak panel.. banyakla orang datang
Tunggu punyala lama.. bila masuk bilik doktor..
Aku tengok doktornya tua skit, rupa gelap skit tp mcm melayu
Dalam hati senang la skit, 'doktor tua.. mesti banyak pengalaman dia..'
Sekali.... bila cakap.. huhuhuhuhuhuhuhuhu...
Aku rasa dia pun doktor bangla jugak!
Even pandai skit ckp bahasa melayu dari doktor kat Pusrawi tu..
Tapi tetap tak pandai nak respon kita tanya apa
Agaknya sebab dia tak paham kot apa yang aku cakap..
Antara perbualan kitorang..

Situasi 1:
Aku : Anak saya ni batuk.. semalam adala dia batuk then kuar kahak. Pastu.. tengah malam dia batuk lagi sampai muntah, habis susu kuar. Saya rasa sebab ada kahak dalam tekak dialah doktor
Doktor : Oooo.. ok ok.. Emmm.. dia ada batuk?
Aku : Erkkkkkk.. ada.. kan saya cakap tadi semalam dia batuk (dalam hati, apa doktor ni, baru sangat aku citer.. memang sah dia tak paham apa aku cakap)

Situasi 2:
Aku : Biasanya anak saya berak 2 hari sekali. Tapi hari ni, dia dah berak 2 kali doktor
Doktor : Oooo.. saya bagi ubat cirit birit
Aku : Cirit.. saya rasa anak saya tak cirit birit. Perlu ke ubat tu?
Doktor : Eh.. tadi kata anak berak banyak kali..
Aku : Baru dua kali je..
Doktor : Ooo.. tak pe, saya kasi ubat, nanti kalu perlu, makan..
Adula doktor.. geramnyer lah..rasa serta merta nak kuar tinggalkan klinik tu

Situasi 3:
Doktor cek dada Aiman
Aku : Ok ke anak saya? Ada bunyi ke? (aku yang tanya.. agaknya, kalu aku tak tanya, doktor tu pun tak cakap apa)
Doktor : Ada bunyi sikit.. tp takde apa2

Masa amik ubat.. segala sakit yang aku sebut.. suma dia kasi ubat. Antibiotik, demam, selsema, batuk (ubat batuk hitam yang orang minum sampai gian tuh..) n cirit..
Huh... memang balik umah je terus tepon zaid n nisah tanya. Tak berani nak kasi ubat kat Aiman. Aku kasi Aiman makan ubat demam je.

Tak puas ati betul. Mana doktor2 local kita? Suma amik orang luar. Dahla tak paham apa kita cakap.. dia cakap pun kita tak paham. Ni la klinik2 suma pakat nak wat 24jam.. tapi doktor tak cukup. Ntah2 dia amik je sesapa.. mamak kedai makan wat part time jadi doktor waktu malam. (Teringat masa kat opis lama, ada sorang mamak tu kata, dulu dia study akauntan tp sb kat india tak de keje, dia jadila pelayan kedai mamak. Bleh jadi tak ada gak doktor yang tak dapat keje kat india n jadi pelayan kedai mamak.. so malam2 wat part time kat klinik??). Itula, doktor2 tempatan suma penat keje kat hospital, masa nak rehat, masa bersama keluarga pun limited, bukan suma rajin nak tambah lagi keje kat klinik. Makanya... doktor2 luarla yang kat klinik ni.

Malamnya.. okla.. kurang sikit panas Aiman.
Esoknya, aku anto Aiman kat mak. Mak monitor tengok dia camne.. tengahari aku balik bawak Aiman pi klinik kanak2 tu. Doktor cek, Aiman tak demam dah. Tapi batuk n kahak dia memang banyak. N dah kat paru2 pun.. so kena sedut gas. Memula tu Aiman relex je, sibuk nak pegang penutup mulut tu. Lama2 dia bosan.. last2 dia menangis. Sampai keluar la boleh dengar! Tapi kata doktor bagus nangis, lagi senang ubat masuk. So pas tu, Aiman dah tak batuk. Doktor kasi ubat kahak.

Arini, aku bawak Aiman pi klinik tu balik. Sebab dia ada batuk skit2 semula n ada kahak. Risau kalu ada kahak dalam paru2 dia.. tp doktor cek suma ok. Doktor tambah satu lagi ubat je.. untuk cairkan kahak. Hopefully Aiman cepat sembuh.

Payahnya nak kasi makan ubat... kalu bubuh dalam susu.. rela berlapar la untuk tak minum susu tuh. Even puting masuk dalam mulut, tapi mesti Aiman tolak2 ngan lidah. First few days, nak jugak.. bila dia betul2 lapar, kasi susu ngan ubat, dia minum. Kalu kasi masuk ubat je, dia nampak je picagari tu.. terus tutup mulut rapat2! Hahaha.. dah bijak dah. Tau beza menda2 yang tak sedap. Tapi tanpa belas kasihan.. memang bertungkus lumus la kasi juga masuk ubat dalam mulut. Seb baik Aiman telan, rasanya dia tak pandai nak luahkan sendiri lagi kot..

Aku pun tak sihat since selasa. Mula sakit tekak.. tengah malam bangun kasi Aiman makan ubat, kepala aku pun sakit plus seram sejuk. Bangun pagi semalam.. lagi rasa tak best. Kat opis check suhu, dah 37degC. Tengahari.. 38degC.. so lepas anto en suami ke airport, aku terus pi klinik. Sebelum jumpa doktor, aku tanya dulu. Doktor apa yang jaga. Dia sebut nama.. pastu aku tanya, ni doktor foreigner ke? Hahaha.. kalu doktor luar.. memang aku tak jadi pi klinik tuh. Bila cek, suhu aku 39degC plak.. balik umah mak.. makan ubat n tido.. Petang nya mak amik Aiman. En suami outstation so kitorg balik kampung la. Hahaha.... kampung Aiman. En suami outstation sampai tak tau bila. Siap keje baru balik. Harini aku mc, merehatkan diri n bawak Aiman pi klinik. Esok stat balik keje.. seb baik dah jumaat. Tapi skarang tengah peak.. keje sangat banyak.. Malasnya..

Video Aiman banyak tp tak upload lagi. Laptop tinggal kat opis. Tengokla weekend ni ke..

Lorry..

Angin betul..
Dah la nak kena pi keje..
Bangun pagi pagi..
Skali banyak pulak lori2 atas jalan ni..
Korang takleh tunggu lewat2 skit ke korang gerak?
Pas kol 10 ke..
Ni pagi2 jugakla nak kuar..
Pastu traktor pun sama..
Jangan kata satu.. kekadang tu sampai 2-3 traktor..
Tak pasal2 suma orang kena slow..
Yang lori plak..
Slow satu hal.. yang laju tak sedar diri dia tu lori pun ada..
Nak dok lane kanan..
Bawak tanah, ada hati nak bawak laju..
Wei.. bersepai tau tanah awak tu kena keta orang..
Pastu lori2 panjang ringan yang suka bawak laju pun ada jugak..
Dahla panjang.. sebab nak laju, dok mencelah2 kat orang..
Huh.. tensen2..
Tak masuk keje lagi dah tensen atas jalan..
Bleh tak sesapa kuat kuasakan..
Lori2.. traktor2.. pas kol 10 baru jalan..
Kasi can la orang nak masuk keje ni tenang n bahagia pagi2 nak pegi keje..
Hai la...

Monday, April 19, 2010

Masuk-Datang-Cukai

Dah declare income tax?
Buat sesapa yang belum tu.. buatla cepat2 ye.. sebelum 30 April nieh
Kata my SIL yang keje kat jabatan audit Johor (kalu tak silap ah..)
Kalu tahun sblm2 ni, declare dulu, bayar kemudian
Tapi tahun ni, kena declare and setelkan bayaran (kalu ada) sebelum 30 April
Kalu tak bayar.. ada denda.. aku perasan dia tulis brapa denda dia kat muka surat last skali dalam form income tax tuh
Tapi tak ingat dah berapa peratus
Last week aku siapkan suma.. siap tolong buatkan untuk en suami dan juga mengecohkan opis bahagian atas dengan pengumuman aku menggalakkan suma orang declare cepat2
Hehehe.. berjiwa negara tak aku?
Dan tadi.. baru tau pulak, rupanya Jumlah Pendapatan dalam EA form tu, kena tolak ngan item #G = Bonus/Elaun yang dikenakan cukai
Huhuhu..kata tukang bagitau tu, tahun2 sebelum ni takde item #G dalam EA form
Tahun ni baru HR-HR company dipanggil oleh LHDN n cerita pasal item #G nieh
Penambahan baru la agaknya
Nape HR company aku tak inform awal2?
Aku perasan gak yang ni, tp ingatkan kat Jumlah Penggajian tu dah tolak dah..
Apsal kat dalam form income tax tu pun, tak letak satu item baru untuk item #G nieh
Saja la tu.. nak amik duit orang..
Huh.. padan muka aku..
Agaknya suma orang lain tahu kot.. aku n kawan2 budak opis aku je yang tak tahu
Nak wat camne.. bukan boleh isi balik semula..
Tunggu tahun depan la.. jangan lupa tolak
Menyampah sebab kena kasi duit lebih kat kerajaan
Kalu betul2 guna untuk kebaikan rakyat tak pe gak
Ni sama banyak je duit untuk rakyat ngan duit guna masuk poket sendiri
Project besar, jadi lebih besar valuenya
Yang kaya makin kaya...
So kesimpulannya.. tahun depan, perbanyakkan lagi la duit untuk bayar zakat
Pahala dapat... duit pun disalurkan pada yang betul2 memerlukan...

Sunday, April 18, 2010

6 bulan..

Alhamdulillah.. 6 bulan dah Aiman.. kejap je rasanya..
Makin lasak.. makin berat.. kekadang tu bila menyusu, rasa lengoh nak pegang
Aiman masih minum susu badan sepenuhnya
Lepas pandai meniarap, sekarang dah naikkan badan pulak
Pastu gerak ke belakang n pandai pusing bila meniarap
Pandai mengecam orang jugak.. mcm bila jumpa mak tok bila lama tak jumpa.. mesti dia tengok je dulu.. lama skit baru dia senyum!
Kalu tinggal dia sensorang.. lama sikit je, tengok balik, mesti dah keluar dari kawasan tilam dia
Suka jugak lompat2 bila kita pegang ketiak dia
Aiman jarang gelak mengekek ngekek
Kalu dia gelak ngekek pun, sekali tu je lah
Next time geletek dia kat tempat tu, dia dah tak gelak ngekek
Tapi.. Aiman sentiasa murah ngan senyuman
=) =) =)
Stich pun dah naik rocker main skali ngan Aiman. Last2 Aiman tendang stich tergolek jatuh..
Tak cukup tangan.. ngan kaki skali naik nak main jugak..

Kerja

Dah banyak hari pk nak update blog
Macam2 cerita rasa nak tulis
Tapi bila tulis je.. mesti tak sempat nak abis n rasa mcm tak de mood je nak post entri
Weekend ni dok melepak kat umah je, keta anto pi polish
Mak plak balik ipoh.. masak pun apa yang ada dalam peti ais je
Then main2 n lepak2 ngan Aiman
********
Pegi pasir gudang untuk meeting ari khamis
Balik ari je, amik flight pagi then balik malamnya
Seb baik dekat je airport so takde la nak kena kuar awal pagi giler
Then dengan bijaknya makan breakfast kat dalam airport
Ni yg kat area waiting tu.. bukan kat bahagian lobi airport
Amik ha.. RM5 untuk nasi lemak, RM4 untuk milo
Then sewa keta, meeting, jalan2 kat Tesco Plentong sementara tunggu after lunch nak collect tender plak
Pastu, around kol 3 gerak ke Bandar Baru Uda mencari nasi ayam sedap yang en suami suka sangat2
Siap tapaukan untuk dia makan malam
Hua hua hua.. bawak nasi ayam naik flight, seb baik orang cek tu tak cakap apa2
Cuak gak mula2 takut tak boleh.. tp kalu pk2 balik.. bawak mcD boleh.. nape kalu bawak nasi tak leh.. ye tak? =P
********
Hari jumaat, wat potluck kat opis
Aku siap beli kek sejuk kat airport
Teringat masa kat UM, ada orang ketuk bilik jual kek sejuk
Bawak kek dalam bekas polistrin putih tu n mesti aku beli kek sejuk (kalu ada duit la masa tu)
Kat supermarket pun banyak jual dah skarang.. tp rasanya yang kat airport ni lagi murah kot, RM5 je sekotak
Tapi tak jadi plak nak bawak kek sejuk.. then pk macam nak masak lala
Pastu malas.. so last2 aku beli je rendang daging yang mak cik nasi lemak jual
Okla, at least bawak gak something kan
Banyak giler makanan.. n syok giler makan!
Kari ayam.. sambal udang petang.. kerabu ikan bilis.. pucuk paku belacan.. mcm2 la.. suma best.. suma sedap..
Nanti boleh buat lagi, jadi acara bulanan
********
Baru dapat order baru
Order yang agak besar.. small size with special material
Untuk customer yang special jugak.. yang ada mcm2 requirement
Tp tu biasala, nama pun keje kan
Cuma yang tak bestnyer... bila P sentiasa sibuk kejar order...
Bila dah dapat order.. P la penyebab kepada lambat deliver
Jangan kata deliver barang je.. provide document pun lambat
Aku.. hanyalah orang tengah
Apa P kata.. itu jugakla akan aku kata pada customer
Tapi.. customer paham ke? Kalu aku tak dapat kasi apa yang diorg mintak sebab P tak kasi kat aku lagi.. customer akan marah..
Ada je customer yang baik.. tp banyak yang sangat menekan
Tp aku paham.. diorg pun ada target yang nak kena meet which is siapkan keje ontime
Diorg pun ada bos kat atas yang menekan..
Belah customer menekan.. belah P menekan mahukan order yang lebih.. sedangkan pada masa yang sama.. order2 yang ada pun diorg tak mampu kat kasi full support
Yang terpenyek n makin pendek.. adala aku di tengah2
Mampu lagi ke aku bertahan? Sanggup lagi ke aku menahan?
Entahla.. ada hari.. kecewa sangat ngan keadaan ni
Aku cuba sedaya upaya untuk buat keje ngan baik.. secepat mungkin setelkan keje yang customer mahukan
Tapi bukan suma keje tu datang dari aku.. kena tunggu P jugak
Sedih sebab bekerja setiap hati.. gembira menjelang jumaat bila ingat weekend akan menjelma
Tapi.. pagi ahad (mcm pagi ni..), pas bangun semayang subuh.. terus tak leh tido mengingatkan keje2 esok dan hari2 mendatang
Memikirkan alasan2 lagi yang hendak diberi
Ada orang kata kasi alasan senang.. tp bila nak kasi alasan atas urusan yang bukan dalam tangan kita.. alasannya hanyalah "i'm still waiting for the reply...."
Then kenala marah bertubi2...
Bila dah selalu kena, macam dah biasa..
Tapi skarang... aku rasa dah penat....
Apala.. umur tak sampai 30 dah penat ngan keje!
Sebagai motivasi untuk diri sendiri, sabarlah..
Ramai orang kat luar yang takde keje
Ramai orang yg lagi teruk kejenye dari aku
Maka.. bersyukurla dengan keje yang aku ada skarang
Walau camne susah pun.. hidup mesti diteruskan
Kalu tak sanggup.. cari keje lain..
Tak pun meniaga.. so sendiri jadi bos!
Emmmm... nak meniagalah... bukak Cool Blog...

Saturday, April 10, 2010

Semingguku..

Ahad.. dok umah sepanjang siang yang amat panas. Siapkan kemas umah n basuh baju. Petang.. kuar konon nak pi cari ABC. Pusing2 sampai ke Bintang Walk Shah Alam. Tengah tunggu makanan, jalan2 kat gerai tudung tepi kedai. Sekali.. prottt prottt.. Aiman berak!!! Sambil makan, pegang Aiman, terbocor plak kuar taiknyer.. abis baju n seluar aku.. Cepat2 makan, then terus balik. Dalam keta, sampai nak lemas sebab bau taik Aiman.. baekkk punya..

Isnin.. semangat baru!! Yey.. finally dapat order yang hampir sebulan pending. Order baru.. maknanya silalah bersedia menghadapi segala masalah dalam masa 34 minggu akan datang.. or mungkin lebih...

Selasa.. balik keje.. malas nak masak. Plan nak pi makan wet butter chicken. Masa order, sebut butter chicken je.. Sampai makanan, terkejut tengok makanan yang dihidang tak sama macam yang di idamkan. Tapi oklah.. sedap jugak..

Rabu.. sambil tunggu makcik gayut datang jual lunch, sembang2.. terkuar pasal bubble tea. Emmm.. sedapnya.. elok abis lunch je, kuar pi Subang Parade beli. Suma orang kat atas order.. 10 bubble tea please... yum..yum... sedappppp... sayang nak abiskan.. Petang, bawak Aiman pi klinik untuk timbang. Berat 6.1kg, panjang 60cm. Bila balik dari klinik, baru nampak hingus Aiman.. selsema la pulak.. kat klinik tadi takde..

Khamis.. Malasnyer nak keje. Lunch pi makan 1901 + bubble tea (again...). Tapi rasa mcm tak puas.. balik opis, ada lebihan lunch untuk org training.. aku makan sepinggan nasik plak. Sampai Peah tegur.. ko pregnant lagi ke? banyak giler aku tengok ko makan lately.. tidakkkkk... hanyalah nafsu yang besar je.. Lepas lunch, dapat panggilan dari customer (dari job yang dapat ari isnin tu). boleh tak kalu kita wat kick off meeting rabu depan kat Banglore? Errkkkk... rasa mcm hilang kepala je.. India???? Tak mo pi... huhuhu... tak mo.. tak mo.. kena pikir xcuse supaya tak pegi ni.. Petang lepas keje, terus balik BP. Selsema Aiman pun makin banyak. Meleleh je hingusnya..

Jumaat.. melepak kat umah. Petang kuar pi potong rambut Aiman. Elok je Aiman, tak nangis pun. Sibuk je dia pusing kepala nak ikut mesin yang potong rambut dia. Agaknya dia dok diam sebab rasa mesin tu jalan2 atas kepala dia. Pastu.. pegang wayar mesin pemotong tak mau lepas... Lepas potong rambut, pi minum and sebelah kedai tu ada kedai barang baby. Aiman dapat kasut baru!!!

Sabtu.. melepak kat umah jugak. Petang kuar pi cari baju baru Aiman kat kedai kawan en suami. Banyak gak pilihan tapi banyak baju besar. Last2 dapat 2 helai je baju untuk Aiman. Takpela, nanti tunggu Pureen Warehouse plak.. Selsema Aiman ada lagi, tapi tak seteruk semalam. Malam ni, aku pulak yang mula sakit tekak n selsema..

Esok balik kl. Plannya nak singgah Muar visit Aisyah n baby Aqilah.. hopefully esok aku n Aiman dah sihat... tak syoknyer sakit.. keje tengah nak banyak nieh..

Tuesday, April 6, 2010

Welcome!!

Welcome!!!
Comeynyer...
Geramnyer...
Tak sabar nak tengok..
Baby girl Zaid..
3.45 kg.. lahir 5 April 2010..
Sepupu Aiman..
Jangan buli adik ye Aiman..
=)

Friday, April 2, 2010

Lemau..

Bosannya arini.. dari pagi lagi dah takde semangat nak keje
Aku rasa penat seminggu.. menjelang akhir minggu ni, dah tak larat dah..
Ye la.. keje.. then balik umah.. masak (ikut mood la). Kalu tak masak, tapau..
Then tido lewat.. ikut bila Aiman tido.. kekadang tu aku biar je dia main2 kat tepi aku sampai dia tido.. kol brapa pun aku tak tau sebab aku dah tido dulu!
Then bangun lagi tengah malam bila Aiman nak minum susu..
Pastu bangun awal pulak... then pi keje semula..
Sampaila hari jumaat.. dah tak larat dah.. ni pun rasa macam nak tido je..
Seb baik arini tak banyak keje.. tp sebab tak banyak keje tu jugak, dari kol 3.30 ptg tadi aku dok menghitung waktu nak balik...
Skang hujan lebat plak.. emmm.. tok wan Aiman nak pi Langkawi, so mak akan amik Aiman dulu harini..
Aku pun kena balik secepat mungkin untuk amik Aiman kat umah mak sebab petang ni mak ada tuisyen..
Dah ujan lebat ni, ntah kol brapa dapat sampai umah..

Pagi tadi, masa panaskan enjin, aku terdengar kat radio pasal ucap takziah..
Tak pasti siapa yang meninggal.. then bila dah masuk dalam keta, baru tau rupanya Din Beramboi yang meninggal..
Radio2 pun suma main lagu syahdu2 je.. aku n en suami pun macam tak bercerita banyak pun otw pi keje..
Biasanya mesti kitorg akan dengar Drama Sebabak kat Era tu..
Aku memula tak suka sangat sb aku rasa lawak dia macam kasar
Tapi bila lama2.. rasa syok pulak..
Nak pulak baru je lepas Raja Lawak.. dulu aku memang tak minat langsung pun, tp en suami aku ni peminat setia..
Sejak kawin, aku pun terikut2 gak Raja Lawak..
And yang bestnya sebab juri Raja Lawak yang terkini ni memang lawak2..
Yang paling aku suka skali ialah masa episod jadi tua tu..
Din Beramboi berlakon jadi orang masjid tu..
Memang kelakar giler...
Emmm.. tu la, ajal kita, hanya Allah yang tahu..
Semoga rohnya dirahmati..

** chewah.. beriya pulak entri aku ni citer pasal artis..