Baru minggu lepas pi.. tetiba minggu ni kena pegi lagi. Last minit notice plak tu. Arini customer call, cakap ada meeting petang esoknya. Seb baikla sehari je.. tapi tetap kena bermalam kat sana just in case meeting abis lambat. Memang lambat pun habis.. start kol 4 sampai kol 9.30 malam. Sampai kepala pun dah rasa melayang2.. seb baik ada bekalan kek beli kat airport, memang dah agak akan abis lambat pun. Biskut kat pentri company tu pun kitorg makan! Hehehe.. memang diorg offer pun, memula macam malu nak amik tapi sebab lapor.. buat tak malu je lah.
Kali ni hotel murah je.. company dah start cutting cost. Pegi singapore pun naik fireflyz. Tapi aku memang lagi suka sebab airport kat subang je.. check in pun paling lambat 30 minit sebelum. Takde la nak rush sangat. Tapi hotel ni tak best.. tak de pun peti ais, mini bar tak de, peti ais hotel pun tak de. Hotel koboi je.. yang ada bilik2 je. So.. dengan sedihnya.. aku terpaksa buang suma susu2 yang aku pam. Huhuhuhuhu... sedey... tapi nak wat camne. Takde tempat nak simpan. Ais yang aku bawak dari umah pun.. tak de la sampai sehari lebih nak tahan aisnya. Suma dah cair. Pasrah je la, pasni... tak mo dah dok hotel ni. Ada satu lagi hotel budget, tp ada je minibar dalam bilik (bulan lepas pi Singapore dok hotel ni).
Esoknya, flight petang n takde meeting. So aku n Wani jalan2 kat Orchard Road, carikan botol susu Dla n Aisyah pesan. Pastu pi Quensway Road, ada mall warehouse sale. Belikan mak handbag sempena birthday next week, Aiman pun dapat satu seluar askar.. aku pun dapat satu lagi handbag! hehehehe... banyak sungguh shopping kali ni. Sebab rasanya pas ni dah tak pi Singapore untuk satu jangka masa yang lama dah kot. Sebab hasil meeting kitorg tu, tidak membuahkan hasil.. =(
Rindu kat Aiman.. kat airport, aku belikan mainan baru untuk Aiman. Stich!! Last week pegi dah usha2.. 2 kali keluar masuk kedai, dok pk2 nak beli ke tak. Kali ni.. beli!!!!! Sebab compare rege kat m'sia, lagi murah dalam RM50 la jugak. Aku suka sb dia boleh duduk, so bolehla letak tepi Aiman n dia main2 ngan Stich. Okla, Jumbo kat umah mak tok, Tigger kat umah mak ngah, umah sendiri ada Stich.
Aiman dah pandai tegakkan tangan dia bila dia meniarap... pastu menyulur ke belakang... Semalam, aku kat bawah, dia meniarap, pusing balik, pastu meniarap semula.. sangkut kat bawah kusyen! Badan masuk.. kepala tak lepas! Menjerit2 panggil orang tolong. Aku datang, tak nampak Aiman! Hahaha... kepala je kuar... badan suma dah bawah sofa. Pastu.. kalu letak atas rocker dia lama2... bila dia dah bosan main ngan mainan kat rocker tu, mula la memusingkan badan. Last2 berjaya meniarap atas rocker tu.. seb baikla rocker ni jenis yang tak berayun sangat, so dia sangat stabil bila Aiman meniarap atas tu. Kalu tak, mesti boleh terbalik rocker n Aiman..
Weekend ni, dok umah je. Pagi tadi dah kuar breasfast umah mak sambil menghantar Amin balik US semula. Hantar kat pintu pagar je.. thanks to Amin n Aisyah, susah2 tolong belikan breast pump. So far, bertambah la sikit susu yang di pam. All the best jugak untuk Amin n Aisyah yang akan dapat baby very soon.... congrats korang!
Sebab pagi ni pi umah mak, Aiman bangun awal. Masa nak kasi Aiman mandi kat umah mak, dia dah merengek2 nak tido, tapi aku mandikan jugak dia. Sampai umah... minum susu.. terus tido.. dengan tigger, stich dan jugak pet baru yang takde nama lagi..
1 comment:
Makin cute la Aiman ni... emmm geram tengok...
Post a Comment