Susah betul nak online n update blog skarang. Even ekonomi slow.. keje kat opis tetap banyak. Rasa mcm tak sempat je nak berelex relex kat opis. Selasa lepas bawak Aiman pi klinik. Berat Aiman naik 100g je! Huhuhu.. risau gak. Takkan suma yang Aiman makan kuar jadi taik kot. Susu aku dah tak elok ke bila Aiman minum? Hmmm.. tanya nurse, katanya monitor dulu, tengok next month berat dia camne. Tapi memang skarang Aiman tak minum banyak sangat pun. Suka main2. Kalu lapar, dia minum skit.. pastu bila dia rasa mcm tak lapar dah, dia berenti la. Tengok aku.. senyum.. isap jari! Aku tarik jari dia, suruh minum susu.. dia senyum lagi.. Pastu kepala dok pusing keliling.. suma nak tengok.Bosan betul dok kat klinik. Bosan menunggu. Dari daftar memula masa datang tu.. sejam menunggu nak timbang berat Aiman. Lepas tu, sejam lagi menunggu nak jumpa nurse. Huh.. nurse je pun.. bukan doktor. Pastu, aku yang lagi banyak cakap ngan nurse tu. Tanya itu.. tanya ini.. Dia dok sibuk tanya checklist dalam buku Aiman tu. Kalu tanya kita.. then tick kat checklist tu tak pe gak.. ni dia main tick je suma. Taula nak cepat... tp at least.. tanya la 'baby sihat?'. Tapi sapa suruh aku pi klinik kerajaan? Nape tak pi klinik swasta? Kan lagi cepat.. erkkk.. alasan aku ialah.. rugi je aku bayar cukai mahal2.. so gunakanla kemudahan yg diberikan. Kalu cucuk kat klinik swasta.. bayar pulak mahal. Biarla separuh petangku berlalu begitu saja.. at least dapatla jimatkan skit duit (hehe.. ni kira jimat ke kedekut?..)
Next week.. aku kena pi Singapore. Keje.. ada meeting.. n terpaksa pegi 3 hari!! Nasib baik susu stok banyak.. kalu tak terpaksala Aiman minum fm. Ikut hati, nak je bawak Aiman.. hahahahaha... suka ati jek.. tp memang tak leh la kan. Pegi awal2 pagi isnin.. flight balik.. petang rabu. Sangat tak suka sebab leceh nak kesana kemari dengan beg pam susu. Kena pam susu jugak.. tp yang pling penting terpaksa tinggal Aiman. Nanti mak yang akan jaga Aiman.. maybe siang mak anto Aiman kat umah tok wan. Petang baru amik.. kira sama la macam hari2 biasa aku pi keje.
Petang ni hujan.. baru je plan nak pi melepak kat umah mak, skali hujan turun lebat giler.. lama plak tu. Petang2 sikit la baru pegi. Aiman dah pandai meniarap! Lepas baik demam aritu, dia dah berjaya pusing sepenuhnya. Cuma sangkut tangan je. Kekadang lepas jugak tangan dia. Tp kena tengok jugak dia.. sebab ada skali tu, pusing, dok sibuk angkat punggung, tergolek balik. Abis kepala terantuk kat lantai. Meraung la kejap.. huhuhu... dimana aku masa tu? Hehehe.. ibu Aiman tertido kat tepi masa tu... hampeh punya aku... dah tu.. nak wat camne, dah tertido. Terus terjaga bila dengar Aiman nangis..So.. seperti biasa.. beberapa gambar terbaru Aiman..
1 comment:
comelynye aiman ni!!!! geramm lah..
Post a Comment