Selalunya aku tak kisah pun masuk tahun baru ke tak.. sebab aku kira peningkatan umur aku ikut birthday.. hahahaha... tp tahun ni, sajala nak menghargai 2009 sebab padaku, tahun 09 memang memberi seribu satu kenangan padaku..
Mula2.. 17 January 2009.. AKU KAWIN!! Alhamdulillah.. sampai jugak jodohku. Tak sangka.. tak rancang pun.. tapi itulah, semuanya ketentuan Allah. Aku bersyukur dan aku sentiasa berdoa semoga ikatan ini berkekalan dan bahagia dunia dan akhirat..
Bila dah kawin.. mengandung pulak!! Hehehehe.. seronoknya perasaan mengandung tu. Sentiasa diberi perhatian n kelebihan oleh orang sekeliling tapi yang paling best bila mula merasa geraknya Aiman dalam perut. Pastu, 14 October 2009.. lahirlah Aiman Mikhail yang akan menjadi penyeriku. Bukan aku saja, tapi seluruh keluargaku and mertuaku.
Selain tu.. biasa2 je rasanya hidupku sepanjang tahun ni. Ada naik turunnya.. dan pasang surutnya. Bagi orang yang kenal aku, melancong memang minat aku yang paling utama. Tapi tahun ni, tak pegi mana2 pun. Setakat ke Pulau Tiga, Sabah untuk honeymoon dan Pulau Redang, trip yang disponsor oleh TW. Cukupla 2 trip ni, lagipun tahun ni aku kan wanita mengandung. Owh.. banyak jugak turun naik Pasir Gudang bermeeting dan terpaksa kulepaskan trip ke Singapore and USA sebab masa tu dah 7 bulan lebih mengandung.
2009 jugak aku pindah rumah dari Sri Damansara ke Kota Damansara. Rezeki kitorg jugak sebab dapat rumah teres 2 tingkat yang fully furnish dan harga yang berpatutan. And of course.. dekat ngan umah mak! TW jugak dah berpindah ke opis baru ni Glenmarie. So skarang, rumah baru lebih dekat ngan opis baru jugak.
Tahun ni.. Hanisah dah habis belajar and balik Malaysia for good. Good for our family.. sebab lebih ramai ahli keluarga yang ada bila berkumpul. Ada la sorang lagi tambahan yang boleh tolong masakkan rendang kat umah tok bila raya.. tolong masak bila wat jamuan kecik2lan etc.
Selalunya aku pun takde azam tapi rasanya untuk 2010 ni, azam aku nak cuba sedaya upaya untuk mengurangkan perbelanjaan duit simpanan aku! Hua.. hua.. hua...
1 comment:
selamat tahun baru!
Post a Comment