Bila difikirkan.. makin besar Aiman.. makin sikit masa yang aku akan luangkan dengan dia. Memula.. dia sentiasa dengan aku.. 9 bulan bersama, kemana saja aku pegi. Sebab dia dalam perut aku. Pastu.. bila lahir, dalam pantang, 2 bulan jugak.. dia dengan aku. Even bukan menjadi sebahagian dari aku, tp dia masih sentiasa dengan aku.. dekat dengan aku. Then.. aku start keje.. masih balik lunch so lebih sikit la masa aku ngan dia. Hampir sebulan la jugak. Dan sekarang.. aku dah tak balik lunch.. makin sikit la masa tu. Then nanti.. bila dia dah makin besar, dah boleh jalan, dah boleh main2 sendiri.. dia pasti akan sibuk dengan dunia dia. Pastu masuk sekolah.. lagilah.. aku pun sibuk ngan keje, mungkin dengan anak yang lain jugak.. dia pulak dengan kawan2 dia, keje sekolah etc.. Masa berlalu lagi.. sampai masa dia ke sekolah asrama.. tak pun masuk kolej dan universiti.. terus jauh dari aku. Bila dia kawin.. dia sepenuhnya akan pergi.. dah ada perempuan lain dalam hidup dia. Waaaa... nape tetiba emo plak nieh.. tapi itulah aturan kehidupan. Sepertimana aku dari kecil sampai sekarang.. macam tu la jugak Aiman denganku kini.. sehingga dia besar nanti. Aiman tido nyenyak giler masa aku bawak dia shopping kat Giant. Sampai kat bahagian sejuk beku baru jaga. Agaknya angin sejuk tu yang buatkan dia jaga kot.
Aiman pegi kenduri kat Ipoh! Aiman jarang pakai baju cantik2 sebab dia jarang kuar jalan2. Petang skit dah tukar baju lain sb panas..
Aiman dan atuk..
Lena sungguh tido..
Muka baru bangun tido.. blur...
1 comment:
Jangan fikir2 byk2 Mirah... just enjoy the special moments, yes bf is very rewarding...hug Aiman as much as you want now...
Post a Comment