Saturday, January 4, 2014

Aiman first day at school


Aiman dah 5 tahun.. even belum lg 5 tahun.. tp dah kena masuk sekolah.. excited betul dia nak pegi skolah.. en suami agak risau sebab aiman suka tido lambat.. bangun lambat. Selalu jugak sampai rumah tokwan.. xsedar pun.. so 2 minggu kebelakangan ni aku train dia untuk bangun pagi. Dalam kol 6.30 kejut.. kalu xbangun angkat turun bawah bukak tv. Adala few times yg dia xbangun tp biasanya akan bangun n tengok tv. Tp xde la surih mandi.. asalkan dah boleh bangun. nanti kasi alasan nak pi skolah.. harap2 senangla nak ajak mandi. Aiman start skolah 3 jan.. aku cuti.. en suami pun cuti tp en suami xsihat. So aku je la yg hantar.. memula gi hantar amni dulu..


Then dah hantar amni.. heading to tadika Mahir Dhuha area seksyen 8 shop lot menghadap Kasturi Idaman Apartment. Aku dah mula sebak2.. nak ckp bg pesanan kat aiman pun mcm dah suara xberapa betul. Sampai skolah.. aiman gembira naik tangga.. then masuk kelas.. tetiba terus aiman berdiri.. xnak gerak. Aduh.. dahla ibu rasa nak nangis ni.. kalu nangis.. kang ngan ibu pun sama ikut nangis.. teacher Iena cikgu aiman.. kata xpe.. aku bleh stay kejap utk teman dia. Parents lain byk yg tunggu kat luar.. tengok dr cermin je.lama jugak amik masa nak pujuk aiman  untuk gi duduk n mula tulis. Teacher kasi kertas nama Aiman.. so aiman pakai marker untuk ikut balik huruf tu. Then tulis ABC.. then color..


Then aiman diam je.. tengok kawan2 ada dalam kelas. Ada few budak yg dah biasa agaknya.. lari2 dalam kelas.. dah siap buat pegi kasj kat teacher ckp dah siap.. agaknya dah biasa kat tadika. Ada sepasang kembar lelaki yg sedih.. bila mak dia hilang je.. adik akan nangis dulu.. then lari ke pintu.. followed by abang.. pegi tangga lari2 cari mak dia.. thwn bila aku dah tgk aiman dari luar.. mak dia pun tunggu kat luar juvak sama2 ngan aku. Dia akan datang kat cermin ajak mak dia masuk kelas duduk tepi dia. Aiman plak nampak aku kat luar.. melambai sambil jerit ibu!!! 




Drama bermula bila mak budak kembar ni turun bawah.. adiknya perasan.. then lari ke pintu.. masa ni suma parents dah kena kuar..diorg start nangis meraung2 menjerit panggil mak. Kebetulan plak pengetua tu naik.. so tolong tenangkan 2 org ni.. dah 2 nangis.. lagi 2 budak pun nangis kat pintu nak kuar jugak.. bising giler masa tu.. budak2 lain dah mula tutup telinga.. aiman? Hahaha.. mcm xde perasaan and maybe xsedar sebab sibuk main mainan cikgu kasi.. then pengetua tu suruh suma parents yg kat luar tu turun.. aku mcm nak tengok lg so tunggu kat tangga. Sebab kembar ni kuat sgt meraung..  pengetua tu kuarkan diorg.. bawak ke 1 kelas kosong.. sambil jalan ke sana. Pandai plak diorg ckp.. saya nak belajar.. saya nak belajar.. kalu aku kene serba salah dah..tp dia dah biasa handle budak kan.. lama jugak kat sana..dlm 15minit gak la. Memang berdentum2 bunyi budak tu mengamuk sambil pukul2 pintu. Dalam kelas..cikgu tenangkan lagi 2 budak yg nangis jugak..so bila kembar tu dah tenang.. pengetua ckp amenda ntah.. diorg pun mcm dah janji.. so bwk masuk kelas semula. Otw ke kelas..lalu depan aku.. dgrla kembar tu cakap.. Boleh x saya nak jumpa ibu.. kejap je.saya ada benda nak tanya. Pandai je kan budak ni nak nego utk jumpa mak dia. Tp xdpt la.. hahaha.. mak dia ada naik lepas tu tp xtunjuk muka. Iyela.. kena la biasakan.





Ibu stalk aiman dari luar.. hehehe.. time suma org kena sebut nama.. aiman diam je..xmo ckp.. sampai kena pujuk.. tp mujur last2 bagitau jugak. Ada sorg budak ni.. sampai teacher kena tengok luar tanya parent dia nama.. so by 9.40 tu aku pun turun la balik.

Sebenarnya risau sebab aiman jenis xmo ckp kalu dia nak kencing. Sempat la brief teacher psl ni.. then aku datang balik kol 12.30. Kelas aiman ptt habis kol 12.. then sambung kat tingkat bawah untuk lunch..solat zohor berjemaah ngan ada extra kelas agama. Aku dtg nak tgk aiman cemana.. then byr yuran n baju extra utk aiman. Masa tu aiman sibuk main.. xperasan aku. Bila aku tanya teacher dia dah kencingken belum..  teacher ckp aiman refuse utk pegu toilet. Aku saja nak pujuk dia.. dah nampak aku.. sibuk nak ikut aku balik. Siap nangis2 peluk aku. Xnak stay.. nak ikut balik. Kesedihan dari pagi yg aiman simpan.. terlepas jugak. Hahaha.. masa ni ibu xsedih dah.. nak gelak je sebab malu aiman nangis sambil meniarap. Kebetulan diorg nak start aktiviti petang.. so aku pujuk aiman pegi meja.. then slow2 la lari balik.

Petang amik dia.. aiman mcm seronok.. katanya nanti datang lagi tadika. Harap2 senang la aiman ke sekolah lepas ni. Isnin en suami plak yg take over hantar.. n balik aiman naik van tp en suami jadi spy.. ikut belakang. Sebelum gerak balik tunggu pakcik van.. kasi aiman test naik.. amik feel skit..  hopefully next week ok lah.


Aiman terkucil jugak dalam seluar.. biasa lepas kol 12 tu diorg akan gilir2 bwk budak ke toilet n tukar baju. Aiman dah kencing.. tp agaknya ada lg la.. sbb seluar yg teacher kasi tu..xde la basah pun mcm byk kencing.. so pakai balik seluar sekolah.. teacher kata.. masa minum pagi.. aiman bertambah.. mintak nak lagi.. lapar la tu sebab pagi minum setengah gelas milo je. And ok jugak sbb dia nak makan.. byk pun xpe..sebab diorg ckp mmg xletak byk sbb budak2 biasa xhabis. Aiman jenis jarang makan tp bila lapar tu.. mmg makan portion org besar.. 

So gitula serba sikit cerita aiman first day at school. Harap2 aiman dapat cepat catch up.. ibu sedikit malu bila teacher kasi pen.. budak2 lain boleh tulis elok je ikut garisan. N warna dengan cantik.. pegang pen pun aiman xbetul lg. Selalu rasa sementara kecik ni.. kasi la peluang dia nak main.. xyah push sgt.. tp bila tgk budak lain nyer progress.. rasa menyesal plak.. apapun.. ibu tahu aiman bleh buat.. belajar rajin2.. terutama utk jadi muslim sejati. Insya Allah..


1 comment:

Unknown said...

Salam. Saya plan nak hantar anak kat mahir dhuha next year.ade x contact no. Van yang hantar area condo casa indah 1? Ok x mahir dhuha?

Thanks.
Arina